Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

             Erika menggantung kot kerja milik Ariq elok di dalam almari biliknya. Tiada masa lagi mahu pergi ke rumah kedua ibu bapa Ariq untuk menghantar kot itu. Sejak dua menjak ni kerjanya terlalu padat. Tetapi gaji tiadalah banyak mana.

             Buat sementara waktu, dia akan menyimpan sahaja kot kerja lelaki itu di rumah sewanya. Apabila dia mempunyai masa terluang, dia akan menghantar kot kerja itu sendiri ke rumah kedua orang tua lelaki itu.

            Tanpa sedar, Erika tersenyum sendiri. Benarlah kata orang, tiada siapa yang dapat mengeraskan hati apabila bersemuka dengan jejaka yang bernama Ariq Frandy Louise. Hati semua perempuan bakal cair. Lelaki itu mempunyai auranya yang tersendiri walaupun jelas kelihatan jahat.

            Lengan kot kerja itu dihidu sekali sebelum almari kayu itu ditutup rapat. Walaupun sudah seminggu sejak pertemuan terakhir dan pertama buat Erika dan Ariq, tetapi bau haruman lelaki itu masih cukup kuat di bajunya. Dia sembur minyak wangi ke, dia mandi minyak wangi ?

            Ariq melangkah masuk ke bilik pejabat miliknya yang berada di tepi bilik pejabat milik Aryan.

Punggung menghempas ke kerusi kerjanya sebelum kerusi itu dipusing-pusingkan.

          Tiba-tiba mindanya terfikir akan gadis yang baru dijumpai pada minggu lepas. Cantik jugak minah tu. Haha.

Dia cuba mengingat kembali nama gadis itu ketika ibunya menyebut nama gadis itu di rumah mereka. Fikir, fikir, fikir... Ah tak boleh nak ingat lah pulak. Apahal dengan otak aku ni ? Dah jadi sempit ke apa ? Bodoh punya otak.

            Ariq terus mencapai fail kulit keras bewarna hitam sebelum melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik abangnya.

           "Nah.. Aku dah bereskan", kata Ariq sambil menghulur fail hitam itu ke arah Aryan.

           "Mimpi apa tiba-tiba je siapkan kerja cepat. Selalunya kaulah yang paling lewat hantar", kata Aryan yang menyambut fail itu.

          "Saja. Tetiba rajin", balas Ariq. Kakinya melangkah ke sofa hitam di dalam bilik itu.

          "Bro.. Best tak kahwin ?", tanya Ariq tiba-tiba. Tangannya bermain-main dengan sebatang pen.

          Aryan mengerutkan keningnya.

         "Apahal tiba-tiba tanya pasal kahwin ? Kau dah ada nafsu nak kahwin ke ? Dengan perempuan mana ?", tanya Aryan bertubi.

          "Tak pun. Saja je tanya", jawab Ariq malas. Kakinya dilunjurkan di atas meja kopi. Sungguh biadab.

          "Hmm.. Best. Ada orang jaga makan pakai kau. Kalau kau penat pun ada orang layan kau. Tiap malam dapat habuan", jawab Aryan selamba.

           "Habuan tu sedap tak ?", tanya Ariq selamba.

           "Mestilah sedap. Kita lelaki, nafsu membuak-buak. Dah ada bini, kau lepaskanlah kat bini kau haha"

           "Cun", kata Ariq sepatah.

           "Apa cun-cun ? Kau jangan ada niat nak lepaskan nafsu kau dekat mana-mana perempuan lah. Kahwin dulu", tegas Aryan.

           "Bisinglah kau ni. Makin tua makin pokpek pokpek pulak. Ingatkan makin tua makin fikir dah nak mampus", kata Ariq yang sudah melangkah ke pintu.

          "Aku cuma ingatkan je", kata Aryan lembut.

          "Tak payah ingatkan. Aku takkan pernah sentuh mana-mana perempuan lah. Jangan risau. Lainlah kalau dia bini aku", kata Ariq sambil mengenyitkan mata sebelahnya ke arah Aryan. Kaki terus melangkah keluar dari bilik itu.

            "Fran, ada mamat ni taknak bayar sewa"

            "Kat mana ?"

            "Bangunan kau dekat hujung bandar ni"

           "Aku sampai kejap lagi"

Talian terus dimatikan. Kaki melangkah turun ke tingkat bawah.

          Ariq meneliti bangunan milik keluarganya yang gah itu. Ia telah disewakan sebagai..

         Ne.. No.. Ne.. No..

         Bunyi siren ambulans memekakkan telinga Ariq.

         "Erghhh.. Bisinglah. Pekak telinga aku. Kalau dah sampai hospital tu, tutuplah siren tu lain kali. Takkan tu pun nak kena ajar. Bodoh punya makhluk", omel Ariq sorang diri.

         "Bebel apa ?", tanya Jayden.

         "Takda apa".

          Kedua-dua lelaki itu melangkah masuk ke dalam hospital swasta yang sangat kedekut itu.

          Di lobi hospital itu sahaja telah menunjukkan kekecohan.

          "I'm promise i'll pay as soon as possible. But i really don't have enough money today..."

          "You can't be like this, sir.. You rent this building, then you should pay for it"

          "But i don't have enough money now.."

          Ariq mendekati orang tua yang sedang bercakap dengan salah seorang anak buahnya. Anak buahnya berundur ke belakang untuk memberikan laluan kepada ketuanya.

          "Frandy...", bisik orang tua itu.

           Ariq memegang dagu orang tua itu dengan kasar. Mata bertentang mata.

           "Don't be like a bullshit, bro. You own this hospitality like years. And now you told me that you don't have enough money to pay the rent ? The fuck ?", kata Ariq cukup dingin.

           "I swear to god.. I really don't have enough money.. I just bought a new house last week. So i...", lelaki tua itu tidak sempat menghabiskan ayatnya.

          "I don't care, bitch. Pack your stuff and get out from this building", kata Ariq dingin. Renungannya cukup tajam.

          "Frandy !!", jerit satu suara lembut.

          Ariq menoleh ke arah si pemilik suara. Tangannya melepaskan pegangan di dagu orang tua itu.

          Erika mendekati Ariq yang sedang berdiri tegak. Tangan lelaki itu dimasukkan ke dalam kocek seluar kerjanya.

         "Please bagi dia masa...", rayu Erika tiba-tiba.

         Ariq hanya merenung dengan wajah yang tiada reaksi.

         "Kau siapa nak mengarah aku ?", tanya Ariq dingin.

          "Saya tak mengarah.. Saya cuma mintak tolong.. Tak boleh ke ?", tanya Erika cukup lembut.

          Ariq meneliti pakaian gadis itu. Ohh.. Doktor dekat sini rupanya. Low class betul.

          "Buat apa aku nak tolong ?", tanya Ariq masih lagi dalam dinginnya.

          "Hmm... Kalau hospital ni takda, saya nak kerja mana ?", tanya Erika pula. Mukanya jelas sayu.

          Jayden yang berdiri di sisi Ariq hanya memerhati.

          Ariq masih lagi diam.

         "Please have mercy on him...", rayu Erika lagi. Kali ini dengan tangan yang digenggam. Kakinya melutut di hadapan Ariq.

         "No mercy", kata Ariq ringkas sebelum dia mendekati orang tua itu semula.

         "See you next month", kata Ariq sebelum melangkah pergi.

         "Thank you, Fran ! Thank you !", jerit lelaki tua itu.

          Erika hanya tersenyum. Rayuannya menjadi walaupun tidak nampak begitu ikhlas Ariq tu. Haih...

          "You should thanks her", kata Ariq yang sudah berlalu jauh tetapi tangannya menunjuk ke arah Erika.

           Kaki melangkah ke kereta.

           "Apahal dengan kau ? First time ada belas kasihan", kata Jayden yang sedang berdiri di depan kereta Ariq.

          "Biar jelah. Bukannya miskin pun aku kalau tak kutip hutang dia tu", kata Ariq sambil menyarung cermin mata hitamnya.

          "Ke kau cair dengan perempuan tu ?", tanya Jayden tiba-tiba.

           Ariq hanya mendiamkan diri.

          "Frandy !!!", jerit Erika.

          Ariq menoleh ke arah gadis itu sebelum menoleh ke arah Jayden semula.

          "Bala dah sampai. Kau bla dulu", kata Ariq kepada Jayden. Jayden hanya akur dan berlalu ke kereta miliknya.

           "Apa lagi kau nak ?", tanya Ariq dingin.

           "Fuhh.. Lajunya awak jalan. Penat saya kejar awak", kata Erika lembut. Nafasnya tercungap-cungap.

          "Siapa suruh kau kejar aku ?", tanya Ariq masih lagi dalam dinginnya.

          "Takdalah.. Saya cuma nak tanya, bila awak ada dekat rumah, sebab saya nak hantar kot kerja awak tu. Haritu awak tertinggal dekat saya", kata Erika lembut. Kelembutannya mampu membuatkan semua jejaka cair. Tetapi tidak Ariq. Hati lelaki itu cukup keras.

          Ariq mengangkat keningnya sebelah. Cermin mata hitamnya diturunkan sedikit.

          "Betul ke kau nak datang rumah sebab nak hantar kot kerja aku ? Ke kau saja nak jumpa dengan aku ?", tanya Ariq dengan muka sinisnya.

          "What ?! Tolonglah jangan perasan. Saya betul nak hantar kot kerja awak tu je", kata Erika dengan kening yang diangkat sebelah.

          "Dah berapa kali kau cium kot aku tu ?", tanya Ariq.

          "Haa ?!!!"

          "Aku tahu kau ada cium. Mengaku jelah"

          "Apa awak merepek ni ?"

         "Muka dah biru dah tu. Mengaku jelah. Haha"

         Erika tergamam melihat Ariq yang tidak pernah senyum tu akhirnya mengukir senyuman.

         "Err..."

          Ariq memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Dia tersenyum melihat Erika yang sudah pucat itu.

          Ariq kemudian merapatkan jarak di antara dia dan gadis itu. Dia menundukkan sedikit kepalanya kerana Erika jauh berkali ganda lebih pendek daripadanya.

           Erika sudah cuak. Frandy ni suka betul buat jantung aku nak terkeluar lahh..

          "Kau boleh ambik kot tu kalau kau nak. Aku ada berlambak lagi kat rumah", kata Ariq sebelum dia terus membuka pintu kereta miliknya.

          "Tapi..."

          "Boleh buat hilang rindu", kata Ariq sebelum mengenyitkan mata sebelahnya ke arah Erika.

          Erika membulatkan matanya luas.

          "Janganlah terkejut sangat. Baru kenyit mata, belum cium lagi", kata Ariq selamba. Dia masuk ke dalam perut kereta. Tetapi pintu keretaanya masih dibuka luas.

          "Nah.. Ambik ni.. Call lah kalau rasa nak pulangkan kot tu", kata Ariq lembut. Dia menghulur sekeping kad bewarna hitam ke arah Erika.

          Erika tersenyum sebelum menyambut huluran lelaki itu. Akhirnya dia mendengar juga suara lelaki itu dalam nada yang lembut.

         "Terima kasih..."

         "Tapi tak boleh datang rumah aku.. Kita jumpa kat tempat lain", kata Ariq lagi.

         "Kenapa pulak ?", tanya Erika.

         "Tu privacy keluarga aku. Jangan sesuka hati datang", kata Ariq sebelum menutup pintu keretanya. Tingkap kereta dibuka.

         "Cau", kata Ariq sebelum keretanya meluncur pergi dengan laju.

          Erika masih lagi tidak lekang dengan senyumannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro