Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ariq masuk ke dalam perut kereta Lamborghininya dengan malas. Sumpah dia malas mahu keluar rumah pada hari ini. Tetapi dalam masa yang sama, hatinya gembira untuk berjumpa dengan si gadis itu. Tidak tahulah apa yang terjadi pada Ariq sejak akhir-akhir ini. Asyik gembira saja. Petanda orang dah nak mampus mungkin ?

"Woi !! Agak-agak lah nak cakap aku ni dah nak mati ! Bangang punya author !", jerit Ariq yang sedang memandu. Tengah drive pun sempat lagi membabi.

"Mana dia ni ? Takkan bersiap pun lambat ? Macam perempuan lah", omel Erika sendiri. Jam tangan dibelek beberapa kali.

"Amboi. Kutuk aku nampak", tegur Ariq dari belakang Erika. Dia terus mengambil tempat bertentangan dengan gadis itu.

"Kenapa awak lambat sangat ? Bawak kereta harga berjuta pun still lembab macam kura-kura !", bebel Erika dengan mata yang merenung ke arah Ariq.

Ariq hanya tersenyum, terhibur.

"Sebab ni lah aku tak minat perempuan, bebel tak berhenti macam mak nenek. Fikir ada orang ke yang nak dengar bebel tu ?", perli Ariq dengan senyuman sinisnya.

"Awak ingat saya kisah ke kalau awak taknak dengar sekalipun. Masalahnya sekarang ni awak dah lambat. Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa ? Kita janji pukul berapa ? Awak tahu tak saya nak kena masuk kerja kejap lagi ?! Saya bukannya pemilik yang kaya raya macam awak !", bebel Erika panjang berjela.

Ariq menutup telinganya. Matanya dipejam sebelah. Bibir bawah digigit.

"Erghhhh ! Sakit telinga lah ! Mak aku pun tak membebel macam kau, tau tak ?!", Ariq mengerutkan keningnya.

Erika mendengus nafasnya sebelum mengeluarkan beg kertas yang berisi kot kerja milik Ariq.

"Nah ambik ni ! Saya pergi dulu. Dah lambat nak masuk kerja ni !", kata Erika sebelum bangun dari duduknya.

Ariq hanya memandang beg kerta itu dengan reaksi tidak berminat.

"Nak pergi mana ?", tanya Ariq mendatar.

"Kerja lah !", jawab Erika marah.

"Duduk", arah Ariq sepatah. Matanya tajam memandang ke arah Erika.

"Apasal pulak ?", Erika tidak puas hati. Kening dikerutkan seribu.

"Aku cakap duduk. Kau tak faham bahasa ke ?", suara Ariq sudah naik satu oktaf tetapi masih dingin.

"Kenapa saya nak kena dengar cakap awak ?"

"Aku pemilik bangunan tempat kau kerja tu. Bila-bila masa je aku boleh halau korang semua keluar dari situ. Lagi-lagi bila orang tak bayar duit sewa dah tiga bulan. Kau nak menganggur ? Kalau taknak, sila duduk", kata Ariq dalam ketegasannya.

Erika merengus kasar sebelum duduk semula di kerusinya. Tangan dilipat ke dada. Mata merenung tajam ke arah Ariq.

"Kita makan dulu", kata Ariq mendatar sambil membelek buku menu yang berada di depan mata.

"Taknak", jawab Erika sepatah. Cukup geram dengan lelaki yang gila kuasa di hadapannya itu. Kalau boleh, nak kunyah-kunyah je sampai lumat.

"So teman aku makan", kata Ariq sambil tangannya memanggil si pelayan.

Erika hanya menjeling. Fuck betul dengan orang macam ni.

Ariq mengelap mulutnya dengan menggunakan sapu tangan. Matanya terus menoleh ke arah Erika yang sedang menongkat dagu di hadapannya kini. Sumpah gadis itu cantik. Sudah kahwin ke belum ye ?

"Dah siap ?", tanya Erika mendatar.

Ariq hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Boleh saya pergi sekarang ?", tanya Erika lembut.

"Hmm..", jawab Ariq malas. Tangannya membelek-belek iPhone X miliknya.

Tanpa berlengah masa, Erika terus bangun dari duduknya.

"Ambik kot tu. Simpan. Mana tahu suatu hari nanti kau akan memerlukan kot tu", kata Ariq dengan mata yang memandang ke arah beg kertas bewarna coklat itu.

"For what ? Malas saya. Gerak dulu. Bye", kata Erika lalu terus melangkah meninggalkan Ariq di situ.

          Erika berjalan dengan pantas menuju ke keretanya di hujung jalan. Mulutnya masih tidak berhenti memaki hamun si Frandy.

          Tangannya dengan panta membuka pintu kereta.

Tiba-tiba lengan kanannya dipegang kuat oleh seseorang. Erika pantas menoleh ke arah seorang lelaki yang sedang memegang lengannya.

          Erika berasa kesakitan yang amat sangat apabila tangan lelaki itu bergesel dengan kuat dengan lengannya. Itulah padah memakai baju lengan pendek.

         "Who are you ? What do you want ?!", Erika separa jerit. Matanya merenung ke arah anak mata lelaki yang memakai topeng mulut bewarna hitam itu.

         "Give me your car key !", kata lelaki itu juga separa jerit.

         "Or i will kill you !", sambung lelaki itu lagi.

         Dengan pantas Erika menghulur kunci keretanya ke arah lelaki itu. Kunci kereta bertukar tangan.

         Dengan pantas lelaki itu masuk ke dalam kereta dah berlalu pergi. Pencuri kereta yang berani..

         "Aduhh...", Erika mengerang kesakitan apabila lengannya yang putih telah bertukar warna kemerahan itu.

          Dahlah pergi kerja lambat, kereta kena curi pulak, lengan pulak sakit. Rasa macam bala je bila berjumpa dengan Frandy ni.

          "Sakit ?", tanya satu suara garau dari belakang Erika.

         Erika pantas menoleh ke arah si pemilik suara.

        "Dah berapa lama awak ada dekat sini ?", tanya Erika dingin. Mukanya masih masam mencuka.

        "Cukup lama untuk tengok kereta cabuk kau tu kena curi. Pencuri tu tak berpendidikan tinggi ke apa ? Serius ah kereta Mercedes buruk macam tu pun nak curi. Silap-silap jual kat besi buruk pun tak laku", kata Ariq selamba. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam kocek seluar manakala tangan kanan pula memegang beg kertas berisi kot kerjanya.

         "Seriously ?! Awak dah nampak saya kena serang tapi awak langsung tak tolong ?! Manusia jenis apa awak ni ?! Lepastu datang-datang nak kutuk kereta saya ?! Kejadah apa awak ni ?!", marah Erika.

          "Hey, hey.. Rilek lah. Dia curi kereta je pun, bukannya dia nak bunuh kau ke apa", kata Ariq penuh dengan ketenangan.

         Erika menjengkelkan matanya.

         "Dia kata dia nak bunuh saya kalau saya tak bagi kunci kereta tu kat dia !", Erika separa jerit.

         "Hidup kena bijak. Jangan mudah sangat terpedaya dengan kata-kata manusia yang acah berani. Kalau dia nak bunuh kau, takdanya dia nak ugut kau bagai. Kalau dia tu memang pembunuh, dah lama dia bunuh kau tanpa ugutan. Faham, sweetheart ?", kata Ariq lembut.

Erika menelan air liurnya setelah mendengar Ariq memanggilnya 'sweetheart'. Cair mak.

           "Apa yang awak tahu pasal pembunuh ? Tak payah nak buat-buat bijak depan saya lah", kata Erika dengan muka menyampahnya.

           "Tak perlu buat-buat bijak. Aku dah memang bijak", kata Ariq dengan kening yang diangkat sebelah.

           Erika hanya mendengus kasar. Apasal lah mamat ni tak habis-habis nak perasan.

          "Tak payah nak mengumpat aku dalam hati. Lengan tu, okay tak ?", tanya syaitan yang tiba-tiba berubah prihatin.

          "Hmm..", jawab Erika malas. Mata merenung ke lengannya yang merah.

         Ariq mendekati Erika yang sedang berdiri di hadapannya. Kot kerjanya dikeluarkan dari beg kertas.

         "Lain kali pakai baju bertutup sikit", kata Ariq sambil menyarungkan kot kerjanya ke bahu Erika.

Erika terdiam dengan perubahan Ariq itu. Sungguh dia terkejut. Jaraknya dengan lelaki itu hanya beberapa inci sahaja. Jantung bagai nak melompat keluar.

          Erika memegang dadanya untuk menenangkan jantungnya yang berdegup dengan kencang seperti genderang mahu perang.

          Ariq menoleh ke arah tangan Erika yang kini berada di dada gadis itu.

         "Hmm ? Baru sarungkan kot dah jatuh cinta ke ?", tanya Ariq lembut. Kening sebelahnya diangkat tinggi.

          "Mana ada ! Ish perasan lah awak ni !", balas Erika dengan wajah cuaknya.

          "Dahlah. Jom", ajak Ariq. Kakinya melangkah meninggalkan gadis itu di belakang.

          "Nak pergi mana ?", tanya Erika dengan suara yang kuat.

           "Pergi klinik lah", jawab Ariq dengan langkah yang laju.

           Erika pantas mengekor.

           "Tak payahlah. Sikit je ni. Esok baiklah. Yang awak tiba-tiba berubah jadi baik ni kenapa ?", tanya Erika yang cuba untuk berjalan seiringan dengan Ariq.

           "Kalau macam tu aku hantar kau pergi kerja. Habistu nanti kau tanya pulak aku ni manusia jenis apa", perli Ariq.

           "Takpa ke kalau awak hantar saya pergi kerja ? Saya ingat nak pergi jumpa pemilik kereta yang saya sewa tu dulu. Hmm..", kata Erika sayu.

           "Kau ni banyak cakaplah. Tak penat ke mulut tu ? Kalau aku nak hantar tu, ikut ajelah. Tak payah nak banyak tanya", kata Ariq dingin.

           "Habistu kereta saya ?", tanya Erika perlahan.

           "Bagi aku nombor pemilik kereta tu. Biar aku settlekan", jawab Ariq mendatar.

           Erika hanya terdiam. Kenapa dia pulak yang nak uruskan semua ? Eh takpalah. Rezeki, rezeki..

           Lamborghini Aventador milik Ariq berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk Prince Hospital.

          Erika melangkah keluar dari kereta mewah milik Ariq.

          "Balik pukul berapa ?", tanya Ariq lembut.

           "Saya balik lewat. Tak payah jemputlah", kata Erika juga lembut.

           "Siapa kata aku nak jemput ? Ingat aku takda kerja lain ke ?", kata Ariq mendatar.

           "Erghh.. Habistu lain kali tak payah tanya", kata Erika dengan muka masam mencuka.

            "Nanti whatsapp bagitahu balik pukul berapa. Aku suruh anak buah aku ambik. Cau", kata Ariq sebelum dengan pantas menekan pedal minyak.

           Erika hanya terdiam. Dia menghantar pemergian Ariq dengan ekor matanya.

          "Woooo... Pakwe ke ? Hantar pergi kerja naik Lambo tu !!", suara Faruk tiba-tiba kedengaran.

          Rakan seperjuangan dari Malaysia itu menghabiskan pelajarannya bersama-sama dengan Erika. Sudah bertahun mereka menjadi sahabat baik. Mereka kini bekerja di tempat yang sama. Kerjaya pun sama.

           Erika terus menoleh ke arah si pemilik suara.

           "Bukan pakwe akulah. Sibuk jaga tepi kain orang lah kau ni", kata Erika yang terus berlalu meninggalkan Faruk di belakang.

            Faruk hanya tersenyum sambil melihat kereta Lamborghini Aventador itu berlalu pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro