Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

              Sudah seminggu anak buah Ariq yang bernama Simon menjadi pemandu kepada Erika. Kadang-kadang Ariq sendiri yang akan menghantarnya ke kerja. Erika pun tidak tahu mahu terhutang budi bagaimana. Tetapi itulah yang dipanggil rezeki. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

             "Kenapa awak baik sangat sampai sanggup ambik saya pastu hantar pergi kerja bagai ?", tanya Erika tiba-tiba.

             "Syukur sikit. Bukan senang aku nak jadi baik", kata Ariq mendatar. Dia pun tidak tahu mengapa dia rajin betul menjadi driver kepada gadis yang entah datang dari mana itu.

              "Abang awak tak cakap apa-apa ke ?", tanya Erika yang sedang berada di tempat duduk penumpang.

           Ariq menoleh ke sisi dua saat sebelum menoleh ke jalan raya semula.

           "Macam mana kau tahu aku ada abang ?", tanya Ariq mendatar.

            Erika sudah cuak. Mahu jawab apa pun tidak tahu. Takkanlah nak mengaku yang dia sudah bertahun mengenali keluarga jutawan dan gangster itu. Ketua mafia la sial bukan gangster kampung taik kucing tu. Puii..

            "Err.. Saya mengagak je. Eh ? Betul ke awak ada abang ? Hehe", jawab Erika dengan muka cuak yang dibuat-buat tenang.

             "Ada. Apahal ? Kau nak dekat abang aku ?", tanya Ariq dingin.

             "Eh takdalah. Baik saya nak dekat awak dari saya nak dekat dia. Kan ?", kata Erika selamba. Niat hati mahu bergurau.

            "Eee.. Geli lah aku dengar. Kau jangan cakap dengan aku dah lepasni. Jangan jumpa aku dah. Aku taknak tengok muka orang mulut manis macam kau ni", kata Ariq dengan suara yang dibuat-buat geli.

            "Erk ? Kenapa serius sangat ? Saya bergurau jelah. Awak ni..", kata Erika lembut. Matanya merenung ke arah Ariq yang sedang memandu.

            "Tak payah bergurau dengan aku. Kalau nak, cakap je nak. Aku tahu kau suka dekat aku. Kan ?", kata Ariq dengan lembut. Matanya merenung ke anak mata coklat pekat milik Erika.

Dup dap dup dap...

            "Haaa ??? Apa awak merepek ni ?", tanya Erika. Mata terus menoleh ke arah bertentangan.

             "Aku boleh mula cuba cintakan kau kalau kau nak", kata Ariq lembut. Matanya sudah tertumpu ke depan.

             "Haaa ? Seriously ?", tanya Erika dengan suara yang dinaikkan sedikit.

             "Tipu je. Jangan harap aku ni bangang sangat sampai nak guna dialog drama TV3 tu. Aku tak sebodoh itu", kata Ariq selamba.

             "Aik ? Duduk US pun boleh tengok TV3 ?", tanya Erika dengan mata bulatnya. Senyuman lebar tertayang dengan sendiri.

             Ariq menoleh ke arah Erika yang sedang tersenyum lebar ke arahnya. Jantungnya berdegup dengan laju mengepam darah ke seluruh badan. Seperti tidak cukup darah dah ni.

            "Stop pandang aku macam tu kalau rasa taknak kahwin dengan aku", kata Ariq yang sudah menoleh semula ke hadapan.

           Erika kemudian tersenyum dengan sinis.

           "Kenapa ? Dah jatuh cinta ke ? Tu la lain kali jangan tuduh kita suka dekat dia.. Kan dah jatuh cinta sendiri", kata Erika tenang. Jantungnya juga berdegup dengan sangat laju. Mata terus membuang pandang ke luar tingkap.

           "Diamlah", kata Ariq sepatah.

           Tiba-tiba telefon bimbit Ariq berdering dengan kuat. Ariq mengangkat panggilan itu selepas membaca nama si pemanggil.

           "Yo", kata Ariq sepatah.

           "Bro.. Ada group kongsi gelap Malaysia yang tengah buru kau", kata Kevin yang berada di hujung talian.

            "Siapa ?"

Erika hanya menoleh Ariq yang sedang bercakap dengan seseorang di talian.

            "Double 7. Group paling kuat dekat Malaysia tu"

             "Apahal dia cari aku ?"

             "Ni kes kau bunuh anak buah dia tahun lepas la. Aku dah cakap kabel budak tu kuat, tapi kau degil"

             "Kau fikir aku kisah ke kabel dia kuat ke tak ? Aku Frandy lah. Aku bunuh sesiapa je yang aku nak. Kau pun tahu tu"

Erika bermain dengan jarinya sendiri. Hati sudah menjadi sedikit gentar dengan lelaki itu. Dia tahu Ariq seorang pembunuh, tetapi selama dia mengenali lelaki itu, tiada langsung keganasan yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Kecuali masa mintak hutang haritu.

            "Ye aku tahu. Tapi sekarang ni diorang dah buat kecoh sampai ke bangunan company. Takkan kitorang nak bunuh diorang dekat bangunan company pulak ?"

            Ariq terus terdiam. Dia tahu anak-anak buahnya diharamkan untuk membunuh di bangunan syarikat milik keluarganya. Itu adalah undang-undang sampah daripada Aryan. Nerd punya budak. Menyusahkan betul.

           "Jaga company. Nanti aku balik Malaysia", kata Ariq dingin.

            "Okay, bro. Nanti apa-apa aku roger"

            Tiba-tiba Ariq terdengar bunyi siren dari dalam panggilannya.

            "Bunyi apa tu ? Apa tengah jadi ?!", jerit Ariq.

             Diam..

            "Kevin !!!!", jerit Ariq lagi.

            "Diorang datang, bro. Diorang datang", kata Kevin sebelum mematikan panggilannya.

              Ariq mendengus sebelum mencampak telefonnya ke tempat letak kaki.

             "Sial !!!", jerit Ariq. Wajahnya jelas bengang. Tangan menggenggam stereng kereta dengan kuat.

              Erika menoleh ke sisinya.

             "Kenapa ni ?", tanya Erika berani.

             "Company keluarga aku dekat Malaysia kena serang", jawab Ariq dingin. Mengapa perlu jawab soalan perempuan itu ? Bukannya dia boleh tolong pun !

              "Serang ? Siapa yang serang ?"

              "Double 7"

               Gulp....

Erika terus menoleh ke luar tingkap. Double 7. Dia cukup mengenali nama kumpulan itu. Iya, sangat-sangat kenal.

               "Apahal diam ?", tanya Ariq dingin.

               "Takda apa. Kita nak ke mana ni ? Rasanya jalan ke rumah saya dah lepas", kata Erika yang menyedari kereta yang dipandu oleh Ariq telah tersasar jauh.

             "Aku kena balik Malaysia", jawab Ariq masih dalam dinginnya.

             "Haaa ?!! Habistu apa kena mengena dengan saya ?!!", tanya Erika kuat.

             "Kau kan doktor. Aku perlukan bantuan kau buat masa sekarang", kata Ariq tenang.

             "Habistu kerja saya macam mana ?!!", jeritnya lagi.

Ariq memejamkan matanya sekejap. Pekak telinganya dek suara Erika yang kuat ituz Perlu ke menjerit ?!! Bukannya aku duduk sebatu pun !! Rasa nak cekik aje.

            "Tinggal jelah kerja kau tu. Kerja berjam-jam tapi gaji ciput. Baik kau kerja dengan aku. Kerja baru sejam dah jadi jutawan. Takdalah nampak bodoh sangat", kata Ariq selamba.

            "Frandy !!!"

            "Ikut jelah aku balik Malaysia. Jangan banyak bunyi boleh tak ? Aku cium karang", kata Ariq dengan tenang.

            Erika menutup mulutnya menggunakan kedua belah telapak tangannya. Kemudian menjerit-jerit dengan mulut yang tertutup.

             "Ehmmmm !!! Uhmmmm !! Ahmmmm !! Erhhhmmmmm !!!"

             Ariq mengerutkan dahinya. Susah betullah nak handle perempuan. Ada je benda bangang yang nak dibuatnya. Rogol karang baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

            Erika kemudian mengetuk-ngetuk tingkap dengan kuat.

           "Woi !! Kau jangan sampai aku campak kau dekat luar !!", Ariq menjerit. Tak pernah lagi dia tertekan sebegini. Selalunya orang yang begini sudah lama dibunuh. Buang masa biar orang begitu hidup di dunia. Dunia menjadi sial disebabkan mereka-mereka ini.

            "Saya nak balik !!! Saya nak balik !!! Saya nak balik !!! Saya nak balik !!!", jerit Erika kuat.

            "Diam", kata Ariq sepatah. Tetapi cukup tegas dan dingin.

            "Saya nak balik !!! Nak balik !!! Nak balik !!!"

             "Aku cakap diam", kata Ariq lagi.

            "Nak balik !!! Nak balik !!!"

            "Diam !", kata Ariq. Pistol bewarna putih dihalakan ke arah Erika yang sedang meronta-ronta.

            Erika terus terdiam. Wajah berubah cuak. Mata terbuka dengan luas.

            "Good. Please be a good girl, okey ?", pujuk Ariq lembut.

Dia menyimpan pistolnya yang sudah tentunya tidak berisikan peluru. Mana mungkin mahu membunuh si gadis yang telah mencuri hatinya dalam sekelip mata itu.

           "Sampai hati awak nak bunuh saya. Huaaaaaa !!!!", Erika tiba-tiba menangis dengan kuat. Wajah yang cantik tiba-tiba bertukar menjadi hodoh.

           Ariq meraup wajahnya. Ya Allah bala apa yang kau turunkan dekat aku ni. Kalau begini, lebih baik kau cabut sahaja nyawaku.

         
Pintu bilik pejabat Aryan dibuka dengan kasar dari luar.

           "Woi ! Tak boleh nak bukak perlahan-lahan ke ?! Tercabut pintu aku tu nanti !", jerit Aryan yang sedang duduk di kerusi kerjanya.

            Ariq tidak mengendahkan malah terus meluru ke arah abangnya. Erika pula dengan perlahan melangkah masuk ke dalam bilik itu.

            "Kau jangan nak jadi babi dekat sini. Company kita dekat Malaysia kena serang doo", kata Ariq dingin.

            "Siapa babi ? Kau ke aku ?", tanya Aryan lembut.

            "Kaulah babi", kata Ariq. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

            "Kalau aku babi, kau tu adik babi. Sama jugak kita dua-dua babi", kata Aryan tenang.

            "Jadi adik babi takpa. Abang babi, jangan", kata Ariq.

Erika menoleh ke arah Ariq sebelum menoleh ke arah Aryan secara bergilir-gilir. Seriuslah ketua mafia macam ni.

            "Apahal pulak ? Abang babi dengan adik babi sama je, dua-dua pun babi", kata Aryan pula.

             "Lain"

             "Apa yang lain ?"

             "Abang babi memang dah tentu masuk neraka. Adik babi tak tentu lagi sebab dia tak tahu apa-apa"

              Aryan mengangkat jari tengahnya ke arah Ariq. Mata mula menoleh ke arah gadis yang sedang berdiri tidak jauh dari meja kerjanya.

             "Siapa tu ?", tanya Aryan lembut.

             "Siapa ni ? Girlfriend kau ke, Fran ?"

             "Nice one", kata Hayden dan Jayden yang baru melangkah masuk ke dalam bilik itu.

              Erika menoleh ke arah dua jejaka kacak yang mempunyai mirip wajah yang sama itu sebelum menoleh ke arah Ariq.

            Ariq hanya berdiam diri dengan mata yang merenung ke arah Erika.

            Aryan tersenyum nipis sebelum senyumannya bertukar lebar.

          "Patutlah tiap kali habis meeting, cepat je kau nak bla. Rupa-rupanya sebab ni", kata Aryan lembut.

          "Ah. Takda kena mengena. Aku datang ni sebab nak cakap pasal company kita kat Malaysia, bukannya cakap pasal menda bangang", kata Ariq cuba untuk mengubah topik perbualan diantara mereka.

           "Yelah, yelah. Aku dah setkan flight kita esok. Kemas lah barang", kata Aryan.

           "Dia ni ikut", kata Ariq dengan jari yang menunjuk ke arah Erika.

           "Huh ? Tapi flight tu aku ambik empat seat je", kata Aryan lembut.

            "Nampaknya seseorang kena tinggal", kata Hayden. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

            "Siapa ?", tanya Aryan.

            Ariq, Hayden, Jayden dan Erika hanya memandang ke arah Aryan. Itulah jawapannya.

            Aryan menunjukkan jari fucknya ke arah Ariq.

            "Jaga anak bini kat rumah, bro. Biar aku handle semua", kata Ariq sebelum melangkah ke arah Erika.

            "Kau nak balik sangat tadi, kan ? Ha kau boleh balik. Esok aku jemput kau", kata Ariq dingin.

            "Saya nak balik dengan apa ?", tanya Erika lembut.

            "Jalan kaki", jawab Ariq ringkas sebelum melangkah ke pintu keluar.

            Erika terpinga-pinga sendiri. Sampainya hati suruh aku balik jalan kaki. Patah la kaki aku ni nanti. Hmm...

            "Woi ! Cepatlah ! Tercegat apa lagi dekat situ ?!", suara Ariq naik dua oktaf.

Aryan, Hayden dan Jayden hanya memerhati.

             "Eh ? Saya ingat saya kena balik jalan kaki tadi.. Hehe", kata Erika sebelum melangkah ke arah Ariq.

             "Bila kau dah kenal cinta, kau akan berhenti dari membunuh, bro", kata Aryan perlahan. Cukup untuk diri sendiri sahaja yang dengar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro