Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Arghhhh !!!!", jerit Kevin kuat. Bahu kanannya terkena dua das tembakan sekaligus. Gila sakit.

"Saya tak biasa buat kerja-kerja macam ni tau, tapi Frandy yang nak sangat saya buat", kata Erika lembut. Tangannya memegang alat-alat untuk mengeluarkan peluru dari bahu Kevin.

Peluru itu tidak masuk terlalu dalam, maka ianya dapat dikeluarkan tanpa menggunakan cara pembedahan. Tetapi cukup perit.

Ariq hanya berdiri di belakang Erika sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Arghhhhh !! Sakit !!!!!", jerit Kevin.

"Tahan lah sikit", kata Erika lembut.

"Sakit !!!!!!!!", jerit Kevin kuat.

"Bisinglah, babi ! Pekak telinga aku !", Ariq yang sedari tadi hanya mendiamkan diri akhirnya bersuara dengan kuat.

"Sakitlah, sial !"

"Bukannya mati pun !", marah Ariq.

"Dahtu kau nak suruh aku mati dulu baru aku boleh menjerit ?!!", jawab Kevin kuat.

Pakkkk !!!

"Menjawab, menjawab !"

Kasut hitam milik Ariq tepat mengena hidung mancung Kevin.

Kevin hanya mendengus kegeraman. Erika pula hanya memerhati.

Tiba-tiba bilik itu dibuka dari luar. Hayden melangkah masuk dengan tangan kiri yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Yo. Ingatkan dah mati", tegur Hayden kepada Kevin.

Kevin hanya menjelingkan matanya. Sumpah malas nak layan.

"Macam mana dengan Jay ? Kau dah tengok-tengokkan dia ?", tanya Ariq dingin.

"Hmm.. By the way, thank you", kata Hayden kepada Erika.

"Kenapa ?", tanya Erika lembut.

"Sebab keluarkan peluru kat badan adik aku", kata Hayden dingin.

"Itu memang kerja dia", kata Ariq mendatar.

Erika hanya menjeling sebelum menyambung kerjanya untuk menjahit lubang yang terkesan di bahu Kevin.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Erika berdering dengan kuat. Kesemua mereka menoleh ke arah iPhone 6 milik Erika yang berada di atas meja.

"Zaman batu punya phone ke apa", biisk Ariq perlahan.

Erika membaca nama si pemanggil sebelum menjawab panggilan itu dengan bibir yang mengukir senyuman.

"Assalamualaikum, ibu. Ada apa call Ika ni ?", tanya Erika lembut.

"Ibu ? Haha. Ni aku lah. Baik kau balik sini sekarang sebelum aku apa-apakan ibu kesayangan kau ni"

Erika menelan air liurnya. Wajah sudah berubah cuak. Dia cukup mengenali suara garau itu. Cukup kenal.

"Dah apahal ni ? Cakap dengan ibu sendiri pun boleh jadi pucat ke ?", tegur Ariq yang sedang memerhati.

"Jangan !!! Tolong jangan sentuh ibu !!! Ika merayu.. Tolong jangan sentuh ibu !!", jerit Erika.

"Aku takkan apa-apakan dia selagi kau dengar cakap aku. Sekarang, aku nak kau bawak dia kepada aku"

"Tolong jangan macam ni.. Ika tak sanggup nak korbankan siapa-siapa.."

"Jadinya kau lebih sayang dia dari ibu kau ni ? Okay, terpulang.. Lepasni jangan harap kau nak dengar suara ibu kau ni lagi"

"Okay, okay !! Ika akan bawak dia. Ika janji Ika akan bawak dia. Tolong jangan apa-apakan ibu", Erika sudah teresak-esak.

"Good girl. Macam tu lah anak papa. Bye"

Panggilan dimatikan.

"Apahal ?", tanya Ariq prihatin tetapi kedengaran dingin.

Erika tidak menjawab malah hanya menangis dengan teresak-esak. Sungguh dia tidak sanggup untuk gadaikan sesiapa. Tetapi, jika dia mahu ibu angkatnya untuk terus hidup, dia perlu tunaikan permintaan bapa kandungnya yang merupakan ketua kumpulan Double 7.

Iya, Erika dilahirkan dalam keluarga yang senang sebenarnya, tetapi dia tidak sanggup untuk menggunakan duit-duit haram yang bapanya peroleh dengan menjual dadah. Sebab itulah dia hanya menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri atau yang ibu angkatnya telah salurkan.

"Woi !! Apahal ni ?!", tanya Ariq dengan oktaf suara yang sudah dinaikkan.

Erika kemudian merenung ke dalam mati biru laut milik Ariq. Maafkan saya, Frandy.. Maafkan saya....

"Boleh teman saya balik kampung ?", tanya Erika lembut.

"Haa ? Nak buat apa ?", tanya Ariq dengan kening yang diangkat sebelah.

"Ada orang nak bunuh ibu saya", jawab Erika.

"Siapa ?", tanya Ariq sepatah.

"Saya tak kenal", jawab Erika tidak jujur.

Ariq dapat mengecam riak muka Erika yang sedang menipu, tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.

"Okay. Jom", kata Ariq sambil tangannya mencapai kunci keretanya.

Erika tidak berkata apa malah terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Nak aku follow ?", tanya Hayden sambil tangannya memegang bahu Ariq.

"Tak payah. Kau jaga budak-budak", jawab Ariq dingin.

"Kau tahu kan dia tengah menipu tadi ?", tanya Hayden juga dingin.

"Ini Frandy lah. Bodoh sangat kalau aku tak dapat nak cam dia tu menipu ke tidak", kata Ariq dengan nada bangganya.

"So kau yakin nak pergi sorang ?", tanya Hayden serius.

"Biar aku handle benda ni. Jangan risaulah", kata Ariq sebelum melangkah ke pintu.

Hayden hanya menghantar pemergian Ariq dengan ekor matanya.

"Sekarang ni siapa yang nak jahitkan luka aku ni ?", tanya Kevin yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Meh sini", kata Hayden dengan kaki yang sudah melangkah ke arah Kevin.

"Jangan nak membabi, Hayden. Kau tu hacker, bukannya doctor !!", jerit Kevin.

"Aku boleh buat semua", kata Hayden dingin.

"Bro.."

Hayden dan Kevin terus menoleh ke arah si pemilik suara.

"You should come with me", kata Ariq dengan kepala yang diintai ke pintu.

Hayden hanya tersenyum lebar sebelum melangkah keluar meninggalkan Kevin keseorang di situ seperti orang bodoh dengan mata yang tidak berhenti berkelip.

Ariq, Erika dan Hayden tiba di satu perkampungan di Selangor. Rumah ibu angkat Erika terletak sedikit jauh dari rumah orang lain. Lonely mungkin.

"Hayden, awak tunggu dalam kereta je boleh ? Frandy awak temankan saya", kata Erika lembut.

"Hmm..", jawab Ariq malas.

Zack mengintai dari belakang pokok yang agar besar supaya dirinya tidak dilihat oleh sesiapa terutamanya Ariq.

Zack kemudian membelek-belek ubat pengsan yang berada di tangannya. Hari ini dia pasti akan berjaya.

Erika melangkah masuk ke dalam rumah dengan pantas. Matanya mencari-cari kelibat ibu angkatnya.

"Ibu !! Ibu !!", jerit Erika.

Ariq hanya mengekor langkah Erika yang tergesa-gesa masuk ke dalam rumah itu. Seperti biasa, Ariq tetap nampak tenang dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Ika ? Bila masa kamu balik ni ?! Kenapa tak bagitahu ibu dulu ?", tanya Puan Ana yang baru sahaja muncul dari dapur.

"Ibu !!", jerit Erika. Dia mendapatkan ibu angkat yang sudah dianggap seperti ibu kandung itu. Wajah ibunya dibelek beberapa kali. Jelas gadis tua itu tidak cedera apa-apa.

"Siapa ni ?", tanya Puan Ana yang menyedari Erika datang bersama seorang lelaki mat saleh celup tepung cicah sos.

Ariq hanya mendiamkan diri.

"Err... Dia bakal suami Ika. Kenalkan, ni Frandy", kata Erika dengan tergagap.

"Bakal suami ?! Alhamdulillah akhirnya kamu dah jumpa jugak jodoh kamu !!", Puan Ana tersenyum lebar.

Ariq tidak menampakkan apa-apa reaksi malah hanya beriak dingin.

"So where's the killer ?", tanya Ariq yang sudah menilik rumah itu tetapi tiada kelibat orang lain pun selain dari ibu kepada Erika itu.

"Killer apa ?", tanya Puan Ana.

"Eh tak... Bukan macam tu. Kejap ye ibu", kata Erika sebelum menarik lengan baju Ariq untuk pergi ke pintu.

"Awak duduk luar dulu boleh tak ? Saya nak cakap dengan ibu saya", kata Erika lembut.

"Cakap pasal apa ? Perkahwinan kita ?", tanya Ariq dingin.

"Tak, bukan pasal tu. Saya bergurau je. Saya tak maksudkan pun tadi", kata Erika.

"Whatever", kata Ariq sebelum memakai cermin mata hitamnya dan terus keluar dari rumah itu.

Sazali yang menyedari akan kehadiran kereta mewah dan mat saleh celup itu di hadapan rumah Puan Ana, terus mendail nombor polis. Fikirnya mungkin Erika atau Puan Ana berada dalam bahaya. Kalau bakal isteri mati susah pulak nanti. Huh gila bayang.

Erika terus mendapatkan ibunya semula.

"Papa ada datang sini ?"

"Ada, pagi tadi. Kenapa ?", jawab Puan Ana.

"Papa ada cakap apa-apa tak ?"

"Tak ada pulak. Dia cuma pinjam phone ibu sebab nak call kamu je. Katanya rindu", jawab Puan Ana jujur.

Erika sudah cuak. Dia telah ditipu oleh bapanya. Bullshit orang tua ni.

"Kau ni siapa ? Apasal kau datang rumah buah hati aku ni ?", tanya Sazali yang baru tiba di depan rumah Puan Ana itu untuk menghantar baju untuk dijahit.

"Buah hati aku", jawab Ariq selamba.

"Apa yang kau buat ni, Fran. Masuklah dalam kereta balik !!", jerit Hayden yang berada di dalam kereta.

"Buah hati kau ?! Apa kau merepek ni, bodoh ?!! Dia tu tunang aku !! Tak lama lagi kitorang akan berkahwin !!", jerit Sazali. Memang lelaki yang perasan. Dasar gila bayang !

"Ada ke perempuan nak dekat lelaki hodoh macam kau ni ?", tanya Ariq selamba. Matanya merenung lelaki yang berkali ganda pendek darinya itu dari atas hingga ke bawah.

"Mulut kau !!", jerit Sazali sebelum

Bukkk !!!

Sazali menumbuk pipi putih milik Ariq.

Ariq tertoleh ke kanan sebelum menoleh semula ke arah lelaki pendek itu.

"Cara kau tumbuk tu macam lelaki takda telur la, bro", kata Ariq dengan senyuman sinisnya.

Sazali merengus sebelum memijak kasut Ariq dengan kuat.

"Sial celaka punya iblis", kata Ariq selepas menyedari kasutnya yang berkilat tadi kini sudah penuh dengan kesan tanah.

Dengan pantas Ariq memusing 360 darjah sebelum menyepak kepala Sazali dengan kuat.

Sazali terbaring di atas tar dengan bibirnya yang sudah berdarah.

Dengan pantas Ariq mengeluarkan pistol bewarna putih dari belakang seluarnya. Pistol diacu ke arah Sazali yang sedang terbaring.

"Kau tahu tak berapa ribu aku beli kasut ni ?", tanya Ariq dingin.

Sazali hanya terketar-ketar tanpa jawapan.

"Apa kau buat ni, najis !! Sial !!", marah Hayden yang berada di dalam kereta.

"Tahu tak ?!!!!!", tanya Ariq lagi selepas Sazali hanya berdiam diri.

"T...t...tak...", jawab Sazali. Wajahnya berubah pucat.

"Kalau tak tahu, jangan nak jadi babi dengan aku !!! Kau tahu tak aku ni siapa ? Tahu ? Confirm lah kau tak tahu sebab kau tu bodoh !! Pergi sekolah pun tak habis belajar ! Sial punya otak sempit ! Puiihh !", Ariq meludah air liurnya tepat di tepi Sazali.

Sazali hanya terketar-ketar sahaja.

"Kau patut mati lah sial", kata Ariq sebelum menarik pemicu pistolnya.

"Frandy !!!!!"

Ariq menoleh ke arah Erika yang memanggil namanya.

"Kalau perangai macam ni, elok awak tu masuk penjara je tau tak ?!", maki Erika.

Ariq hanya mendiamkan diri. Otaknya masih berfikir apa yang dirancangkan oleh gadis itu sebenarnya.

Ne.. no.. ne.. no..

Kedengaran bunyi siren polis dengan sangat kuat menghampiri kawasan mereka sekarang.

"Shit !!", kata Zack sebelum dengan pantas berlalu dari situ. Kehadiran pihak polis sudah mengganggu rancangannya.

Ariq yang mendengar itu terus memberi isyarat kepada Hayden yang berada di dalam kereta untuk pergi dari situ.

Setelah mendapat arahan, dengan laju Hayden masuk ke tempat duduk pemandu dan terus menekan pedal minyak kereta.

Erika juga jelas terkejut dengan kehadiran pihak polis yang mencecah tiga buah kereta itu.

Tiga buah kereta polis semakin menghampiri rumah Puan Ana. Ariq masih diam tidak bergerak.

Sebuah dari kereta itu terus mengejar kereta yang dipandu oleh Hayden. Sepatutnya jangan cuba untuk kejar kerana kereta yang dipandu oleh Hayden berkali ganda lebih laju berbanding dengan kereta polis itu. Tetapi takpalah usaha itu tangga kejayaan.

"Apa awak buat ni, Frandy ?! Kenapa tak lari ?!", tanya Erika dengan kuat selepas menyedari Ariq hanya berdiri tegak tanpa reaksi. Pistol milik Ariq masih di tangannya cuma tidak lagi diacukan ke arah Sazali.

Erika tahu Ariq boleh sahaja terlepas dengan caranya sendiri tetapi kali ini dia berkeras untuk berdiri dengan tegak sahaja.

Ariq kemudian menoleh ke arah Erika. Pistol diacukan ke arah gadis itu. Erika jelas terkejut dengan tindakan Ariq itu.

"So, ini rancangan kau ? Nak campak aku masuk penjara ? Lepastu sekarang kau acah nak suruh aku lari ? Bullshit", kata Ariq dingin.

"Apa awak merepek ni ? Awak fikir saya ke yang call polis ? Awak fikir saya memang nak campak awak masuk penjara ke ?! Apa awak cakapkan ?! Jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan boleh tak ?!", Erika sudah sebak dengan tuduhan Ariq sebentar tadi.

Dua buah kereta polis berhenti betul-betul di hadapan rumah Erika. Terdapat beberapa orang polis yang mengeluarkan pistol mereka dan diacukan ke arah Ariq.

"Letakkan senjata !!", jerit seorang anggota polis.

"Tolong letakkan senjata awak, Frandy. Bendi akan jadi lebih teruk kalau awak tak letakkan senjata awak", pujuk Erika lembut.

Ariq masih diam dengan pistol yang diacukan ke arah Erika.

"Kau pun tahu aku tak teragak-agak nak bunuh kau even aku pun akan mati sama", kata Ariq dingin. Sungguh dia marah ketika ini. Semua perempuan sama je ! Menyusahkan !

"Frandy.. Bukan saya yang report polis. Percayalah.. Kenapa saya nak campak awak masuk penjara sedangkan saya sayangkan awak, Frandy...", kata Erika lembut. Cukup kedengaran sayu.

"Semua perempuan sama je", kata Ariq dingin.

"Letakkan senjata !!!", jerit anggota polis yang sama.

Puan Ana yang baru keluar dari pintu rumahnya itu jelas terkejut tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Sazali hanya memerhati sahaja. Tidak berani mahu bunyi apa-apa.

"Saya sayangkan awak.. Tolong percayakan saya..", kata Erika lagi. Air matanya tiba-tiba gugur.

Ariq hanya mendiamkan diri. Dengan laju dia mencampakkan pistolnya ke tanah. Kedua belah tangannya diangkat hingga paras kepala.

Dua orang anggota polis terus mendapatkan Ariq dan digari tangan yang putih itu.

"Woo, woo... Sakitlah ! Buat slow-slow tak boleh ke, sial ? Tangan mahal ni !!", jerit Ariq setelah tangannya digari dengan sangat kasar.

"Aku bagi amaran keras ye, JANGAN PIJAK KASUT AKU", kata Ariq dengan mendatar.

"Diam !!", jerit seorang anggota polis.

"Ye, ye.. Aku diam lah ni", kata Ariq sebelum dia ditarik ke arah kereta polis.

"Sekejap !!! Saya nak cakap dengan dia", kata Erika dengan kaki yang mendekati Ariq yang sedang dikunci oleh pihak polis itu.

Ariq hanya menoleh ke arah gadis itu.

"Tak boleh, cik. Kami kena..."

"Aku cakap nak, nak lah !!", jerit Erika.

Pihak polis itu hanya mendiamkan diri.

"Saya mintak maaf.. Tolong maafkan saya.. Saya betul-betul dah mula sayangkan awak. Saya berani bersumpah yang bukan saya yang buat report polis tu. Saya...", Erika tidak sempat menghabiskan katanya.

"Shhh... Jangan nak drama sangat, darling. Get ready for our marriage. I'm coming back for you..", kata Ariq lembut.

"Haa ?? Tapi awak..."

"This is Frandy", kata Ariq dengan senyuman lebarnya. Mata dikenyitkan sebelah khas buat Erika.

Erika cukup faham dengan ayat itu. Lelaki itu akan melepaskan dirinya suatu hari nanti dengan caranya tersendiri.

"Dan kau ! Aku belum settle lagi dengan kau ! Kau tunggu aku datang cari kau balik ! Aku akan pastikan kau mati kat tangan aku !", kata Ariq kepada Sazali yang berdiri agak jauh dari mereka.

Ariq ditarik masuk ke dalam kereta polis. Dia dibawa pergi dari situ.

Erika menghantar pemergian Ariq dengan ekor matanya. Lelaki itu cukup bahaya untuk hidup bersama, tetapi sentiasa akan berasa selamat.

"Kau", kata Erika yang sudah menoleh ke arah Sazali.

"Banyak-banyak sikit buat pahala. Sebab dia akan datang bunuh kau", kata Erika mendatar.

"Kenapa nak bunuh aku pulak ?", tanya Sazali.

"Sebab kau yang buat report polis", kata Erika mendatar.

Sazali jelas terkejut tetapi hanya mendiamkan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro