Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ariq merenung ke dinding lokap itu. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri. Masih ada sehari sebelum dia dihantar ke pihak polis Amerika. Dia bukan warganegara, jadi dia perlu dihantar semula ke Amerika. Itulah yang bagusnya, kerana Amerika adalah negaranya. Kerja yang susah akan jadi mudah. Kacang lah.

"Woi.. Kau apahal kat sini ? Tengah tunggu perbicaraan ke ?", tanya lelaki di lokap sebelah.

Ariq hanya mendiamkan diri. Takda masa mahu berborak dengan penjahat tahik kucing seperti itu. Ceh. Sedap sangat cakap orang penjahat tahik kucing. Habistu kau tu apa ? Tahik anjing ?

"Bro.. Aku kenal kau. Kau adik ketua mafia, kan ? Setahu aku kau ni hebat, tapi macam mana boleh kena humban kat dalam ni ? Tiba-tiba jadi lembab ke ? Ke dah jadi bodoh ?", tanya lelaki itu dengan tangan yang dijulur ke luar.

Ariq dengan pantas menarik tangan lelaki itu. Dia memusingkan tangan lelaki itu 360 darjah.

"Arghhhhhh !!!!", jerit lelaki itu kesakitan.

"Woi !! Kau buat apa ni ?! Lepaskan !!", jerit seorang anggota polis yang menjaga di situ.

Ariq kemudian menghentak tangan lelaki itu dengan kuat.

Krakkk !!

Kedengaran bunyi tulang tangan lelaki itu. Jelas ia sudah patah.

"Arghhhhhhh !!!!"

"Woiiiiii !!!", jerit anggota polis itu lagi. Dia kemudian mencapai sebatang kayu bewarna hitam dan dipukul kuat ke tangan Ariq.

"Sakitlah, sial", kata Ariq dingin tetapi cukup tenang. Dia melepaskan genggaman tangannya. Tangannya dipegang menahan sakit.

Lelaki yang sudah terpatah tangan tadi segera dikeluarkan dari lokap itu oleh tiga orang anggota polis.

Ariq terpandang seorang anggota polis yang sedang ralit melihat lelaki sakit itu. Jaraknya agak dekat dengan lokap yang diduduki oleh Ariq. Lelaki itulah yang memukulnya tadi.

Dengan pantas Ariq menarik kolar baju lelaki itu. Lelaki itu tertarik ke hadapan.

"Woiii !!", jerit polis itu.

"Lepaskan dia !! Kalau tidak, aku tembak kau !!", jerit seorang lagi anggota polis yang baru tiba.

Ariq merenung lelaki yang dipegangnya dengan tajam.

"You're son of a bitch", kata Ariq dingin.

"Lepaskan !!!", jerit polis itu lagi.

Lambat-lambat Ariq melepaskan pegangannya. Lelaki itu cepat-cepat menjarakkan diri dari lokap Ariq.

Dua orang anggota polis itu melangkah kaki untuk keluar dari situ sebelum mereka dipanggil.

"Hey...", panggil Ariq dingin.

Kedua-dua anggota polis itu menoleh ke arah Ariq.

"You guys on my list", kata Ariq tenang dengan senyuman jahatnya.

Kedua-dua anggota polis itu hanya mendiamkan diri dan ingin berlalu pergi. Jelas mereka takut dengan Ariq.

"Muahahahahahahaha !! I will kill both of you !! Tunggu malaikat maut korang sampai !!!", jerit Ariq seperti orang gila.

"Macam mana boleh kena tangkap ?!", tanya Aryan dengan kuat. Dia baru saja dikabarkan berita tentang adiknya yang kini berada di dalam lokap.

"Aku rasa ni semua rancangan perempuan tu. Dia yang beria suruh Frandy teman dia balik kampung", jawab Hayden.

"Fuck", kata Aryan dingin.

"Bila dia akan dipindahkan ke US ?", tanya Aryan.

"Esok", jawab Hayden.

"Sediakan budak-budak. Sediakan duit. Kita akan lepaskan adik aku".

Erika hanya merenung ke arah pokok kelapa yang berada di depan rumah ibunya itu. Bagaimana dia mahu selamatkan Ariq pun dia tidak tahu.

"Sayang...", tegur Puan Ana dari belakang Erika.

"Hmm..", jawab Erika malas.

"Boleh bagitahu ibu apa yang berlaku sebenarnya ni ?", tanya Puan Ana lembut.

"Ika dah jatuh cinta, bu.. Ika rasa Ika dah salah.. Ika tak patut jatuh cinta dekat dia", kata Erika sayu. Dengan ibu sahajalah dia dapat meluahkan perasaannya.

"Jatuh cinta tu tak salah, sayang.. Mungkin dia jodoh Ika", kata Puan Ana lembut. Cuba untuk memujuk.

"Salah. Tak cukup lagi ke dengan apa yang ibu dah nampak ? Dia tu penjahat, bu.. Dia tu orang jahat !", kata Erika dengan oktaf suaranya yang sudah naik.

"Apa yang dia buat ? Jahat macam mana tu ?", tanya Puan Ana lembut.

"Dia pembunuh, bu.. Dia pembunuh", jawab Erika dengan sayu. Air matanya sudah gugur ke tanah.

"Astaghfirullahalazim..", ucap Puan Ana perlahan.

"Dia mafia. Tahun depan dia akan jadi ketua mafia kalau abang dia turunkan pangkat dekat dia", jelas Erika.

"Ika... Kita kena percaya dengan jalan yang Allah dah tulis untuk kita. Pertemuan Ika dengan dia pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hantar Ika untuk nasihatkan dia.. Tegur dia.. Insafkan dia..", kata Puan Ana lembut.

"Tak, bu.. Pertemuan Ika dengan dia memang dah dirancang oleh papa. Papa nak Ika kahwin dengan dia. Papa nak Ika mengandungkan anak dia..", jelas Ika.

"Kenapa nak Ika mengandungkan anak dia ?", tanya Puan Ana. Jelas tidak faham.

"Kalau anak Ika lelaki, dia akan dapat pangkat ketua bila besar nanti. Papa akan bunuh Frandy supaya papa akan jadi berkuasa. Papa nakkan kabel Frandy. Papa nakkan pangkat yang Frandy ada. Papa nak disanjung seperti Frandy. Senang cerita, Double 7 nakkan pangkat Sr US Mafia yang dihormati dan disanjungi tu. Pergi mana-mana pun orang tetap tunduk hormat", jelas Erika panjang lebar.

"Astaghfirullahalazim... Kenapa papa kamu jadi sampai macam tu ? Tak cukup ke dia dah bunuh ibu kandung kamu sendiri ?", kata Puan Ana lembut.

Arwah Puan Alisa telah dibunuh oleh suaminya sendiri apabila dia enggan menghantar Erika untuk pergi mendapatkan Ariq. Sebab itulah, Erika sanggup pergi sekarang supaya tiada siapa yang akan dibunuh oleh bapanya sendiri. Tetapi, nyawa Ariq pula berada dalam bahaya.

Erika cukup buntu. Dia tersepit di tengah-tengah. Dia telah mula sayangkan Ariq, cintakan Ariq tetapi dalam masa yang sama, dia juga turut menyayangi ibu angkatnya itu.

"Buat pilihan yang terbaik, sayang.. Ibu tahu kamu boleh buat..", kata Puan Ana lembut.

Erika termenung lagi.


Hari ini Ariq akan dihantar ke Amerika. Akhirnya dia akan terlepas juga. Haha

"Hey, bitch. I will come back for you, asshole", kata Ariq kepada seorang anggota polis yang mengiringinya ke kereta. Anggota polis yang sama yang telah memukulnya semalam.

Polis itu hanya mendiamkan diri.

"Muahahahaha. Belum apa-apa lagi dah pucat ke, bro ? Takda telur !!", kata Ariq sebelum badannya ditolak masuk ke dalam kereta.

Polis itu hanya mendiamkan diri sebelum masuk ke dalam bangunan itu semula.

Kereta polis yang dinaiki Ariq bergerak dengan laju. Terdapat empat orang anggota polis berada di dalam kereta itu.

"Bro...", tegur seorang anggota polis yang sedang memandu.

"Menda ?", tanya Ariq dingin.

"Kitorang dibayar untuk bagitahu kau benda ni", kata seorang lagi anggota polis.

"Siapa bayar korang ?", tanya Ariq dingin.

"Abang kau", jawab anggota polis yang berada di kanan Ariq.

"Berapa dia bayar ? RM30,000.00 ?? RM50,000.00 ?? RM100,000.00 ??", tanya Ariq dengan nada perli.

"RM100,000.00", jawab si pemandu pula.

"Okay. Now tell me what's the plan", kata Ariq dingin.

Ariq tersenyum dengan sinis. Semua akan buta bila ditawarkan dengan duit yang banyak. Haha dunia, dunia..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro