Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dua bulan yang lalu...

Hayden dan Jayden melangkah masuk ke dalam rumah yang gah itu dengan tangan yang memegang dua buah fail.

"Woi !!!!!!", jerit Jayden kuat.

"Kau dah kenapa sial ?", tanya Aryan yang baru melangkah keluar dari dapur.

"Mana binatang tu ?! Mana ?!!!", jerit Ariq yang juga baru melangkah keluar dari dapur.

Hayden yang melihat Ariq kelihatan marah itu hanya tersenyum lebar sebelum dia mencampak dua buah fail yang dipegangnya ke atas sofa.

"Bro rilek bro...", kata Hayden sambil tersenyum lebar.

"Siapa suruh kau hack CCTV rumah aku ?!!! Apa yang kau dah nampak ?!! Bagitahu aku sekarang !!!", jerit Ariq sambil melangkah dengan pantas ke arah Hayden.

"Sumpah aku tak nampak apa-apa !", jawab Hayden kuat.

"Sial punya penipu !!!", jerit Ariq sambil berlari ke arah Hayden.

"Bro !!", jerit Hayden sebelum dia berlari ke arah Aryan.

"Dahlah tu, Frandy. Dia cakap tak nampak apa-apa kan. Kenapa nak marah sangat nya ?", Aryan berkata sambil memegang bahu Ariq.

"Habistu apahal kau hack ?!", tanya Ariq kuat.

"Shhh... Diamlah sikit. Aku bukannya nak intai kau. Aku cuma nak tengok... Haaa...", kata Hayden perlahan.

"Apa haa haa ?!! Kau ingat aku faham ke setan ?!!", jerit Ariq kuat.

"Aduhh... Aku nak tengok Isha lah", jawab Hayden dalam nada berbisik.

"The fuck ?", tanya Aryan dan Ariq serentak.

"Saja je", kata Hayden sebelum dia membetulkan lengan baju kemejanya.

"Jangan cakap yang kau skodeng dia selama ni...", kata Ariq dengan mata yang dibesarkan.

"Tak babi. Baru sekali", kata Hayden mendatar.

Jayden hanya mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan yang sangat tidak indah itu.

"Kenapa ?", tanya satu suara perempuan dari arah belakang Hayden dan Aryan.

Perlahan-lahan Hayden menoleh ke belakang. Liurnya ditelan selepas melihat Arisha berdiri sambil memegang segelas cawan.

"Err....", Hayden terus terkaku.

"We need to talk, Hayden", kata Arisha mendatar. Matanya bertentang mata dengan mata biru kristal milik Hayden.

"Talk ? Err... Jangan salah faham", kata Hayden perlahan.

"Follow me", kata Arisha sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah.

"Hahahahahaha. Basaklah kau bro. Memang mati kau. Betul ni, memang mati kau bro. Jangan risaulah, aku pandai baca Yassin untuk kau nanti. Okay ?", kata Ariq dengan senyuman lebarnya.

"Apahal kau tak cakap yang Isha ada dekat rumah ?!", kata Hayden dalam nada berbisik.

"Manalah aku tahu", kata Aryan sambil tersenyum lebar.

"Hayden !!!!", panggil Arisha kuat dari luar rumah.

"Oh suck...", bisik Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah itu.

Mata terus tertumpu pada Arisha yang sedang berdiri di tepi laman.

Perlahan-lahan Hayden melangkah menuju ke arah Arisha.

Arisha menoleh ke arah Hayden sebelum tangan Hayden dipegang dengan lembut.

Hayden yang terkejut itu terus menarik tangannya semula. Kening dikerutkan seribu.

"Okay-okay... I'm sorry sebab pegang tangan Hay. Tapi akak dah dengar yang Hay intai akak. Betul ?", tanya Arisha lembut.

"Yang tu... Jangan salah faham", kata Hayden mendatar.

"Dah berapa lama Hay pendam rasa dekat akak ?", tanya Arisha lembut.

"Apa ? Bila masa pulak ?", tanya Hayden dengan wajah tidak bersalahnya.

"Tak baik menipu di hari raya, Hayden", kata Arisha perlahan.

"Fuh... Ayat ahli syurga lah sangat", bisik Hayden pada diri sendiri.

"Jangan ingat akak tak dengar", kata Arisha mendatar.

"Dengar apa ? Dahlah, saya masuk dulu. Banyak kerja nak kena buat", kata Hayden sebelum terus memusingkan badannya untuk masuk ke dalam rumah.

"Jadi boyfriend akak ?", tiba-tiba Arisha bertanya soalan yang langsung tidak dijangka oleh Hayden.

                 Hayden memusingkan semula badannya sebelum dia merenung ke dalam anak mata Arisha.

                 "Ha ?", tanya Hayden buat-buat tidak faham.

                 "Akak nak jadi girlfriend Hayden. Akak tahu Hay tak pernah bercinta selama ni, kan ? So biarlah akak jadi yang first. Can i ?", tanya Arisha lembut.

                 "Oh... Okay", jawab Hayden mendatar.

                 "Is that mean yes ?", tanya Arisha sambil tersenyum lebar.

                 "Hmm", jawab Hayden sebelum tersenyum nipis.

                  "Okay thank you my dear !! Lepasni jangan panggil akak dah. Panggil i you je okay", kata Arisha teruja.

                  Hayden hanya tersenyum nipis sebelum dia terus melangkah mahu masuk ke dalam rumah.

                  Hayden terus terdiam selepas melihat Jayden, Ariq dan Aryan sedang berdiri di tepi dinding. Ketiga-tiga memandang ke arah Hayden dengan senyuman nakal mereka.

                 "Emmmm~~~", kata Jayden, Ariq dan Aryan serentak. Bibir elok menayangkan senyuman nakal mereka.

                  "Babi", sepatah sahaja yang keluar dari mulut Hayden sebelum dia tersenyum lebar.

                 "Yeah... Aaden akan dapat kawan baru", kata Ariq sambil mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

                 "Kepala hotak lu la. Bila masa aku cakap aku nak kahwin", kata Hayden mendatar.

                 "Acecece... Takkan bercinta taknak kahwin pulak", balas Ariq.

                 "Diamlah. Serabut je", marah Hayden sebelum dia terus membuka sebuah fail dan komputer riba miliknya.

               
Satu bulan kemudian...

"Hay, jomlah pergi tengok movie. Sekarang ada banyak cerita best tau", ajak Arisha teruja.

"Lain kali jelah. I ada banyak kerja ni", jawab Hayden mendatar. Mata langsung tidak menoleh ke arah Arisha.

"I ni pemilik Louise Airlines tau, tapi takdalah busy macam you !", kata Arisha kuat.

"You tu pemilik. Kerja you semua anak-anak buah yang buat. Tapi i ni anak buah, mestilah i yang buat kerja", kata Hayden masih mendatar.

"Tak habis-habis dengan kerja you tu ! Sampai langsung tak kisah pasal i !", kata Arisha kuat sebelum dia terus melangkah mahu keluar dari bilik pejabat milik Hayden.

Dengan pantas Hayden berdiri dari duduknya sebelum dia berlari ke arah Arisha.

"You nak pergi mana ?", tanya Hayden sambil terus berdiri di depan pintu.

"Ketepi lah ! I nak balik !", jerit Arisha kuat.

"Okay-okay kita keluar. Bagi i kemas barang i dulu boleh ?", kata Hayden lembut.

"Hmm... Cepat sikit", jawab Arisha perlahan.

"Okay", kata Hayden sebelum dia terus melangkah ke arah mejanya semula. Fail-fail disusun dengan kemas.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar.

"Jom bro", kata Aryan mendatar.

"Pergi mana ?", tanya Hayden dengan dahi yang berkerut.

"Meeting lah. Takkan baru bercinta sebulan terus jadi pelupa ?", jawab Aryan sebelum dia menoleh ke arah Arisha yang jelas sedang kelihatan marah.

"Kau ni tak reti pergi kerja ke kak ? Takda faedah pun berkepit dengan budak tu 24 jam", kata Aryan sebelum dia menoleh ke arah Hayden semula.

"Kau drive. Aku tunggu kau kat bawah", kata Aryan sebelum dia terus melangkah pergi.

"Lain kali lah kita keluar. I ada meeting", kata Hayden mendatar.

"Apasal you tak cakap kat dia yang you ada hal ?!", tanya Arisha kuat. Nafasnya turun naik dengan pantas.

"Hal apa nya ? Tu bukannya hal, tapi tu membuang masa. Dahlah, pergi balik. Kurangkan sikit merayap, you tu perempuan", kata Hayden sebelum dia melangkah ke arah Arisha.

Hayden mendekatkan jarak wajahnya dengan telinga Arisha.

"Love you. Bye", bisik Hayden perlahan kemudian terus melangkah mahu keluar dari bilik itu.

"Mark Hayden William. Kalau you tak habis-habis pentingkan kerja lebih dari i, i takkan teragak-agak untuk singkirkan you dari syarikat ni", kata Arisha cukup dingin dan tegas.

Hayden menghentikan langkahnya tetapi langsung tidak menoleh ke belakang. Nafas beratnya dihela keluar.

"Teruskan, Arisha Fancy Louise. I kerja bawah Froy, dan bukan bawah you. Thank you darling", kata Hayden sebelum dia terus meninggalkan Arisha di dalam bilik itu.

"Shit ! I swear you'll regret one day, Hayden", kata Arisha seorang diri.

Satu bulan kemudian...

Hayden melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Louise itu dengan tangan yang memegang tiga buah fail. Aryan yang menyuruhnya untuk meghantar fail-fail itu di situ.

"Hahaha", tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki dari arah belakang rumah.

"He was stupid as fuck. I just can't imagine how can he loves someone evil like me. I thought he was clever enough but nahh. Hahahahaha", suara Arisha kedengaran kuat dari arah yang sama.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi melangkah masuk ke dalam rumah. Dengan pantas Hayden menyorok di dalam langsir. Arisha yang melangkah masuk langsung tidak perasan akan kehadiran Hayden.

"Fuck", bisik Hayden sepatah. Dia kemudian mengintai kelibat lelaki di tepi kolam renang belakang rumah itu. Lelaki berambut merah campur hitam itu jelas sedang mengorek isi beg tangan milik Arisha.

"Nice bitch", kata Hayden sebelum dengan berani dia melangkah keluar ikut pintu kaca belakang rumah itu. Selaras pistol bewarna silver dikeluarkan dari belakang seluarnya.

Lelaki berambut merah hitam itu jelas terkejut dengan kehadiran Hayden yang cukup dikenali sebagai Headhunter itu. Barang-barang Arisha diletakkan semula ke dalam beg tangan gadis itu.

Hayden berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu. Pistol miliknya elok diacukan ke arah kepala lelaki itu.

"Whatcha doing bro ?", tanya Hayden mendatar. Mata helangnya elok menikam mata lelaki itu.

"Take it easy bro... Take it easy...", kata lelaki itu sambil mengangkat tangannya ke atas.

"Fuck you bitch", kata Hayden dingin.

"Hayden", satu suara perempuan memanggil Hayden dengan sangat dingin.

Arisha elok mengacukan pistolnya ke arah kepala Hayden.

"Apa yang you buat dengan lelaki ni ?", tanya Hayden mendatar. Tangannya masih elok mengacukan pistolnya ke arah lelaki berambut merah hitam.

"Bukan urusan you, Hayden", jawab Arisha dingin.

"Bukan urusan i ? How nice you are my girl. Memang bodoh i percayakan you", kata Hayden mendatar.

"You memang bodoh Hayden", kata Arisha mendatar.

"Fuck", kata Hayden juga dingin. Matanya sudah berapi-api menahan amarah.

"Pergi dari sini", halau Arisha tenang.

"Est-ce le type stupide que tu m'as déjà dit? (Dia ni ke lelaki bodoh yang you cakap dekat i ?)", tanya lelaki berambut merah hitam itu.

Arisha hanya menghela nafas panjang.

"J'étais assez stupide pour comprendre ce que tu as dit (aku cukup bodoh untuk faham apa yang kau cakap)", celah Hayden sambil tersenyum sinis.

"Hayden. I cakap pergi dari sini", kata Arisha tegas.

"Kalau i taknak ?", jawab Hayden mendatar.

"You tahu yang i takkan teragak-agak untuk tembak you", kata Arisha dingin.

"You pun tahu yang i takkan teragak-agak untuk tembak", kata Hayden sebelum dia mengeluarkan selaras lagi pistol dari belakang seluarnya. Pistol itu diacukan ke arah kepala Arisha.

Hayden kini merenung ke dalam anak mata Arisha. Mata menikam mata. Mata masing-masing langsung tidak menunjukkan belas kasihan.

Kedua-dua belah tangan Hayden penuh memegang dua laras pistol yang dihalakan ke arah Arisha dan seorang lagi lelaki berambut merah hitam.

"Shoot me", kata Arisha mendatar. Bibirnya menayangkan senyuman sinis.

Nafas Hayden semakin kuat kedengaran. Hatinya seperti dikoyak-koyak. Walaupun dia langsung tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya terhadap Arisha, tetapi dia memang sayangkan gadis itu.

Perlahan-lahan Hayden menurunkan senjatanya sebelum ia disimpan di belakang seluarnya semula.

"Kalau ye pun nak cari lelaki lain, carilah yang tak makan duit orang", kata Hayden sebelum dia terus melangkah mahu pergi dari situ.

Arisha menarik pemicu pistolnya sebelum dia melepaskan tembakan.

Hayden yang mendengar pemicu pistol ditarik terus menunduk.

Bang !!!!

Hayden menoleh ke arah Arisha semula sebelum mata mereka bertentangan.

"Thanks sayang", kata Hayden sebelum dia terus menyambung langkahnya semula.

Arisha yang tidak sedar dengan perlakuan sendiri terus mengalirkan air matanya. Apa aku dah buat ni ? Aku hampir bunuh dia !!

Seminggu kemudian...

Arisha melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Hayden dengan wajah yang berapi-api.

Hayden menoleh ke arah Arisha sebelum dia menoleh ke arah komputernya semula. Apahal datang sini bitch.

"Hayden ! Baik you mengaku sekarang ! You yang hack kereta Harry kan ?!", tanya Arisha kuat.

Hayden yang mendengar itu terus menoleh ke arah Arisha. Dahinya dikerutkan seribu.

"Harry mana pulak ni ?", tanya Hayden mendatar.

"Jangan nak buat-buat tak tahu lah ! I tahu you yang buat ! You jeles i dengan dia kan ?! Mengaku jelah !", jerit Arisha kuat.

"Jeles ? Buat apa i nak jeles ? Kita dah takda apa-apa hubungan. I pun dah malas nak ambik kisah pasal you", kata Hayden sebelum dia menyambung kerjanya semula.

"Baguslah kalau dah taknak ambik tahu pasal i ! You nak tahu sebab apa ? Sebab you tu mudah sangat terpedaya. You fikir sebab apa i nak dekat you sebelum ni ? Sebab i cuma nak kekalkan generasi pembunuh dalam keluarga i ! Kalau you nak tahu sangat, i sikit pun tak pernah rasa suka dekat you !! I fikir nak kahwin dengan you sebab i nak ada anak dan suami pembunuh !!", terang Arisha kuat.

Hayden hanya terdiam mendengar segala luahan Arisha, gadis yang disayangi selama ini.

"I dah bosan nak kena berlakon sayang dekat you !! Apa pun i tak dapat !! You tu membosankan !! Hidup tak habis-habis dengan kerja !! Yang you tahu cuma bunuh orang pastu kerja !! Langsung takda life !!", jerit Arisha lagi.

"I fikir nak kahwin dengan Harry sebab dia dah belajar bunuh orang, tapi tiba-tiba dia boleh accident. Sekarang dia tengah koma, ni semua salah you !!! You penyebabnya kan ?!!", jerit Arisha kuat.

Hayden menghela nafas panjang sebelum dia menyambung kerjanya semula.

"Hayden !!!! I tengah cakap dengan you ni !!! Tak dengar ke ?!!!"

"Pergi balik lah, Fancy. Jangan kacau i buat kerja", kata Hayden mendatar.

"Baik you mengaku sekarang !!!!!", jerit Arisha sebelum dia melangkah ke arah Hayden. Bahu Hayden dipukul dengan kuat sebelum Hayden memegang kedua belah tangan Arisha dengan kuat.

"I nak mengaku apa kalau i tak buat ?", tanya Hayden mendatar.

"Takda siapa dah yang pandai hack kereta kecuali you !!!", jerit Arisha lagi.

"Sudahlah. I dah penat layan dunia. Pergi balik sana. I nak siapkan kerja ni", kata Hayden lembut.

Pakkkk !!!!!

Satu tamparan mengena pipi putih Hayden.

Pakkk !!!!

Arisha menyepak kepala Hayden dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh ke atas lantai. Darah mulai mengalir dari bibir lelaki itu.

Hayden yang sedang bersabar itu terus mengeluarkan selaras pistol dari belakang seluarnya sebelum dia menarik tangan Arisha dengan kuat. Dia meletakkan pistol bewarna silver itu di dalam genggaman Arisha.

"Haritu you nak bunuh i tapi tak lepas kan ? Sekarang sila buat", kata Hayden mendatar. Tangan Arisha ditarik supaya pistol itu menghadap ke arah Hayden.

Arisha hanya terdiam sebelum dia mencampak pistol itu ke atas lantai. Kaki terus berlari keluar dari bilik itu.

Hayden hanya memerhati sebelum dia menyeka darah halus yang mengalir dari bibirnya. Perlahan-lahan dia duduk semula di atas kerusi meja kerjanya.

"Bodoh", bisik Hayden sendirian.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dengan kasar dari luar.

"Bro, kita kena balik Malaysia lah. Banyak projek kat sana tak siap lagi", kata Aryan mendatar.

Hayden hanya menganggukkan kepalanya sedikit tanda faham.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro