Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fuck. Serius lah kakak aku macam tu ?", tanya Aryan seperti tidak percaya.

"Habistu ? Takkan kakak jiran aku pulak ?", jawab Hayden dalam nada perli.

"Eh boleh jadi jugak !", kata Aryan dengan mata yang dibesarkan.

"Kau ni sejak bini mengandung makin bertambah bodoh pulak", kata Hayden mendatar sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluar.

"Whatever. So kiranya kau dah takda hubungan dengan kakak akulah ?", tanya Aryan mendatar.

"Takda", jawab Hayden sepatah.

"Habistu kenapa dia datang sini ?"

"Manalah aku tahu. Apahal kau tak tanya dia sendiri ? Datang macam perempuan lapar kasih sayang je. Padahal haritu siap nak bunuh aku lagi", omel Hayden.

"Kau ada rasa nak bunuh dia ke bro ?", tanya Aryan tiba-tiba.

"Huh ! Soalan apa ni bro ? Kau kenal aku. Orang sentuh rambut aku pun aku bunuh, inikan pulak sepak aku sampai bibir aku pecah. The fuck lah", jawab Hayden mendatar.

"Kakak aku tu bro", kata Aryan sambil matanya merenung ke dalam anak mata biru kristal milik Hayden.

"Tahulah. Kau nampak dia mati ke sekarang ni ? Tak, kan ? So tak perlu nak ingatkan aku pasal benda tu", kata Hayden mendatar. Kot kerjanya yang diletakkan di atas tembok rendah diambil sebelum disarung ke badan.

"Kau tak bunuh dia sebab tu ke ? Aku ingat kau tak bunuh sebab kau sayang dia", kata Aryan sambil melangkah ke arah Hayden.

"Aku dah berpuluh tahun kerja jadi pembunuh, bro. Aku dah takda rasa simpati. Lagi-lagi dia dah sakitkan hati aku", jawab Hayden mendatar.

                "Yalah. Sabar jelah bro. Kalau dia bukan jodoh kau, aku yakin kau akan dapat yang lebih baik. Jodoh kita akan saling melengkapi bro. Ingat tu", kata Aryan sambil memegang bahu Hayden.

                "Malas nak ambik kisah pasal jodoh bagai ni. Dahlah, jom turun bawah. Aku ada kerja nak kena siapkan", kata Hayden sambil mencapai beg snipernya sebelum dia terus melangkah ke arah pintu.

                
                 "Sampai macam tu sekali ?", tanya Ariq kepada Aryan. Abangnya itu menceritaka dari awal sampai ke akhir tentang apa yang berlaku di antara Hayden dan kakak kandung mereka itu.

                 "Haah. Tapi aku rasa benda ni biasa untuk Isha. Biasalah, kita orang barat. Curang-curang ni benda biasa", kata Aryan sambil menekan-nekan papan kekunci komputernya.

                  "Aku dah lama rasa yang diorang tu tak sesuai bro", kata Ariq sambil mengambil tempat di kerusi hadapan meja kerja Aryan.

                 "Kenapa kau rasa macam tu ?"

                  "Isha tu jenis sosial nak mati. Enjoy hari-hari. Shopping sana sini. Tapi Hay tu jenis kerja keras. Mana layan benda-benda ni semua", jawab Ariq sambil memusing-memusingkan sebatang pen menggunakan tangan kirinya.

                   Aryan hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

                 "Kenapa kau warning dia supaya jangan bunuh Isha ?", tanya Ariq tiba-tiba.

                 "Are you nuts ? Dia kakak kita kot. Takkan aku nak suruh dia bunuh pulak ?", jawab Aryan sambil mengerutkan dahinya.

                 "Haha. Aku tak sokong yang itu. Kadang-kadang kita kena bersikap adil dekat semua. Tak kisah lah dia kakak kita atau tak", kata Ariq sambil tersenyum sinis.

                "Apa maksud kau ?"

                "Orang lain hilang bapak, abang, anak disebabkan keluarga mafia kita. Kenapa kita bunuh ? Sebab dia bersalah. Kita takkan bunuh orang macam tu je. Tapi on their side, pasti ada yang rasa sedih di atas kehilangan diorang", kata Ariq mendatar.

                "Habistu ? Kau nak aku buat apa ?", tanya Aryan lagi.

                "Well... if it's getting worse, aku takkan teragak-agak untuk beri kebenaran Hay untuk bunuh", kata Ariq sebelum dia terus bangun dari duduknya.

                 Tiba-tiba pintu dibuka dengan kasar dari luar. Muncullah gadis berambut perang itu.

                Aryan dan Ariq terus menoleh ke arah Arisha.

                 "Mana Hay ?", tanya Arisha mendatar.

                 "Buat apa kau cari dia ?", tanya Ariq mendatar.

                 "Buat bodoh. Aku tanya tu jawab jelah", kata Arisha tegas.

                 "Fuck. Kau hampir bunuh dia dan sekarang kau datang balik. Apahal ?", tanya Ariq dingin.

                 "Frandy", panggil Aryan mendatar.

                 "Kau dah kenapa sial ? Apahal nak masuk campur urusan aku ?", tanya Arisha dingin.

                 "Kau tu yang dah kenapa. Jangan fikir kau kakak, aku akan sokong kau buat apa je yang kau nak buat", kata Ariq dingin.

                  "Frandy dahlah tu", kata Aryan dengan oktaf yang dinaikkan seoktaf.

                 "Eh tak guna. Aku tak perlukan sokongan kau pun lah", kata Arisha sambil melangkah mendekati Ariq.

                 "Habistu ? Bla lah. Jangan nak buat semak dekat office ni", kata Ariq sambil memasukkan tangan kirinya ke dalam kocek seluar.

                 "Kurang ajar betul kau ni", kata Arisha sebelum dengan pantas dia menaikkan tangannya untuk melempang pipi Ariq.

                  Dengan pantas Ariq memegang tangan kanan gadis itu sebelum matanya menikam anak mata milik Arisha.

                 "Kau jangan ingat aku ni macam Hayden. Kau fikir kenapa dia tak halang bila kau lempang sepak dia ? Sebab dia hormat kau. Tapi jangan sampai aku sendiri hilang hormat dekat kau, kak", kata Ariq penuh dingin.

                 Arisha hanya merengus sebelum dia menarik tangannya dan terus melangkah keluar dari bilik itu.

                "Jangan keruhkan lagi keadaan boleh tak ?", Aryan memberi amaran kepada adiknya.

                 Ariq hanya mengendahkan kata-kata abangnya sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

Aryan menghela nafas panjang sebelum wajahnya diraup dengan kasar.


"Kau nak balik ke tak ? Aku nak balik dah ni", kata Sofia sambil mencapai beg tangannya.

"Kau balik lah dulu. Aku nak siapkan kerja aku ni dulu", kata Darlene sambil jari sibuk menekan-nekan di papan kekunci komputer ribanya.

"Haa okay. Aku hantar Aina sekali lah", kata Sofia lembut.

"Okay. Thank you !", ucap Darlene dengan senyuman lebarnya.

Sofia melambaikan tangannya sebelum dia terus naik ke tingkat atas untuk menjemput Aina. Tinggallah Darlene seorang diri di tingkat 20 itu.

"Haih... Banyaknya kerja...", keluh Darlene seorang diri.

"Guna lif VVIP jelah. Lif lain semua penuh sebab pekerja-pekerja nak balik", kata Aina mendatar.

"Tak berani lah aku. Rela aku tunggu berjam kat depan lif staf", kata Sofia mendatar.

"Masalahnya dah lama sangat ni... Dahlah, aku nak naik lif VVIP je. Kau nak tunggu sini, kau tunggu sorang. Bye", kata Aina sebelum dia melangkah ke arah lif VVIP.

"Wei ! Janganlah buat kerja gila !", jerit Sofia kuat.

"Aku bukan buat kerja gila tapi aku memang gila", kata Aina sambil menekan punat lif untuk turun.

"Kalau terserempak dengan boss-boss macam mana ?", tanya Sofia takut. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang.

"Takda maknanya. Boss-boss semua tu mesti dah balik", jawab Aina sambil melangkah masuk ke dalam lif yang sudah terbuka.

"Kalau diorang belum balik lagi, macam mana ?", tanya Sofia lagi.

"Kau ni banyak tanyalah. Kalau kau taknak naik sudah ! Aku turun dulu bye", kata Aina sebelum dia menekan punat lif itu.

"Eh tunggu !!", jerit Sofia sebelum dia berlari masuk ke dalam lif bewarna emas itu.

"Tolonglah jangan jumpa boss, tolonglah jangan jumpa boss...", bisik Sofia perlahan.

Aina yang mendengar itu hanya menjelingkan matanya.

Setelah satu minit berada di dalam lif, akhirnya pintu lif itu terbuka dengan luas sebelum mata Sofia dan Aina terbeliak luas.

"Wow... Kerja sini tak sampai sebulan dah jadi VVIP ke ?", perli Ariq sinis.

Sofia dan Aina terkaku seperti patung. Sofia takut dengan kesemua orang atasan di dalam syarikat itu manakala Aina hanya takut dengan salah seorang orang atasan yang bernama Hayden.

Hayden, Jayden, Ariq, Aryan dan Spencer elok berdiri di hadapan lif dengan tangan masing-masing terletak elok di dalam kocek seluar. Mata masing-masing memandang Sofia dan Aina dari atas ke bawah.

"Lif staf penuh tadi, sebabtu kitorang terpaksa guna lif ni", kata Aina mendatar. Mata memandang ke arah Ariq.

"Err... Sss... Sir...", kata Sofia tersekat-sekat.

"Keluar", kata Hayden sepatah tetapi cukup tegas didengari.

Dengan pantas Sofia dan Aina melangkah keluar sebelum mereka menundukkan kepala mereka tanda hormat.

"Amboi. Dengan Hayden korang takut pulak ? Babi betul", kata Ariq mendatar.

                  Kelima-lima mereka melangkah masuk ke dalam lif. Jayden menoleh ke arah Sofia sebelum mata mereka bertentangan. Satu saat... Dua saat... Tiga saat... Pintu lif itu pun tertutup dengan rapat.

                 "Fuhhh.... Mujur sir Hayden tak nampak marah sangat", kata Aina lega.

                 "Kalau dia marah tadi, kita memang dah mati sekarang ni", kata Sofia mendatar.

                 "Dia nampak macam tengah takda mood je", kata Aina sambil mereka melangkah untuk keluar dari bangunan itu.

                 "Yeke ? Rasanya dia memang macam tu setiap masa", kata Sofia mendatar.

    
Selepas 30 minit menaip tidak berhenti, akhirnya Darlene dapat menyiapkan kerjanya. Tangan sibuk mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah.

                 Tiba-tiba komputer ribanya yang sudah tertutup itu terbuka dengan sendiri. Cahaya dari skrin komputer ribanya menyala dengan terang sekali.

                 Darlene yang sedang terkejut itu hanya kaku melihat komputer ribanya yang tiba-tiba terbuka dengan sendiri. Hantu ke apa ni ?

                 Skrin komputernya tiba-tiba menayangkan Microsoft World.

                 "Allahuakbar...", bisik Darlene sendiri. Dia menjarakkan dirinya dengan komputer riba milik sendiri.

                 Tiba-tiba skrin putih kosong itu mempunyai tulisan seperti ada seseorang yang sedang menaip.

                "Ya Allah !!", kata Darlene sedikit kuat. Matanya memandang ke arah papan kekunci komputer ribanya. Tidak bergerak malah tulisan itu muncul dengan sendiri.

                Darlene mendekatkan jaraknya dengan skrin komputer untuk membaca apa yang tertulis di situ.

Kenapa tak balik lagi ? Bahaya duduk sini sorang-sorang.

                 "Arghhhhhhh !!!!", jerit Darlene kuat sebelum dia terus berlari ke arah lif staf. Punat turun ditekan ke semua punat lif staf yang ada.

                "Cepatlah !!!", jerit Darlene kuat. Matanya memandang ke arah meja kerjanya. Terdapat tulisan baru yang besar di skrin komputer ribanya tetapi dia tidak berani untuk pergi ke mejanya semula.

                "Ya Allah !!! Kenapa lambat sangat ni !!!", jerit Darlene kuat. Dia akhirnya berlari ke arah lif VVIP sebelum punat turun ditekan.

                 Jantungnya berdegup dengan kencang. Kakinya menggeletar dek ketakutan. Tangan dan wajahnya berpeluh-peluh.

                Ting !!!

                 Pintu lif VVIP itu terbuka dengan luas.

               "ARGHHHHHHH !!!!!", jerit Darlene kuat.

               "Hoi, hoi. Dah kenapa ni ?", tanya Spencer dengan dahi yang berkerut. Kot kerjanya sudah lama ditanggalkan manakala tali lehernya pula sudah pun dilonggarkan sedikit.

               "Terkejut saya ! Saya ingatkan siapa tadi....", kata Darlene yang masih menggeletar.

               "Dah kenapa ? Nampak hantu ke ?", tanya Spencer lembut.

               Dengan pantas Darlene menganggukkan kepalanya beberapa kali.

               "Mana ?", tanya Spencer sebelum dia terus melangkah keluar dari lif VVIP itu.

               "Sir !!", panggil Darlene kuat.

               "Apa ? Kata tadi ada hantu, meh aku tukar hantu tu jadi pisang. At least boleh dimakan", kata Spencer sebelum dia terus melangkah ke arah meja Darlene.

                Darlene hanya mengerutkan dahinya. Tukar jadi pisang ? Apa ke pelik sangat sir yang ni sorang ?

                 Darlene hanya mengekor Spencer melangkah ke meja kerja miliknya.

                Spencer memandang ke arah skrin komputer riba milik Darlene sebelum dia tersenyum nipis.

                 Darlene membaca di skrin komputer riba miliknya.

Jangan takut.
     
                  Tanpa banyak kata Spencer terus duduk di kerusi itu sebelum dia menaip-naip di papan kekunci.

                  "Apa yang sir nak buat ni ?", tanya Darlene dengan jantung yang masih berdegup kencang.

                  "Shhh...", kata Spencer dengan senyuman nipisnya.

PERGI MATI LAH KEPALA BABI. JANGAN KACAU ANAK ORANG.

                  Darlene hanya membulatkan matanya dengan luas. Berani betul sir Spencer tulis macam tu.

Hahahaha. Serabut lah kau ni babi. Berambus lah sana

                  Darlene kemudian membaca apa yang ditulis di pihak sana pula.

Bye

                Itu yang terakhir ditaip oleh Spencer sebelum dia sendiri yang menutup komputer riba milik Darlene.

                Spencer kemudian menoleh ke arah Darlene.

                "Kalau benda ni jadi lagi, kau tak payahlah takut", kata Spencer tenang sambil menghulur komputer riba milik gadis itu.

                "Kenapa pulak ? Apa semua ni sebenarnya ?", tanya Darlene sebelum dia menyambut komputer riba miliknya.

                "Tu kerja salah sorang orang atasan dalam syarikat ni. Dia pandai hack, maka dia adalah babi", jawab Spencer lembut.

                "Oh yeke... Kenapa dia kacau saya ?", tanya Darlene lembut.

                "Dah dia suka kat kau", jawab Spencer sambil melangkah ke arah lif VVIP.

                "Haa ?", tanya Darlene yang sedang menutup semua suis lampu dan pendingin hawa di tingkat itu. Hanya sesetengah lampu sahaja yang dibiarkan terbuka.

                "Takda apa", kata Spencer sebelum dia menekan punat turun.

               "Jangan tinggalkan saya sir !", jerit Darlene sebelum dia berlari ke arah Spencer yang sedang menunggu lif itu.

               "Pergi naik lif staf lah sana", halau Spencer lembut.

               "Saya takut... Kalau dia hack lif saya, macam mana ?", kata Darlene dengan wajah tiada perasaannya.

               "Haih... Apa-apa jelah", kata Spencer sebelum dia menoleh ke arah pintu lif yang sedang terbuka.

                 Hayden, Jayden, Ariq dan Aryan telah pun berada di dalam lif dengan beg kerja masing-masing dibimbit dengan elok.

                 Mata mereka terus menoleh ke arah Spencer dan Darlene.

                 "Apa korang berdua buat ni ? Maksiat ke ?", tanya Ariq mendatar.

                 "Kepala hotak kau punya maksiat. Ada satu makhluk ni sibuk kacau anak dara orang", kata Spencer sambil melangkah masuk ke dalam lif.

                  Hayden hanya terdiam dengan wajah yang dibuat-buat tiada perasaan. Padahal hatinya sedang berdekah. Bukannya dia tidak nampak Darlene berlari ketakutan dari dalam CCTV.

                  Darlene hanya berdiri tegak di depan lif. Masih berkira-kira untuk masuk. Dahlah semua orang atasan berada di dalam lif yang sama.

                 "Tunggu apa ? Masuklah", kata Jayden yang sedari tadi hanya memerhati.

                 "Err... Boleh ke ?", tanya Darlene lembut.

                 "Masuk jelah. Karang naik lif sorang takut pulak", kata Spencer mendatar.

                 "Err... Terima kasih sir-sir semua", kata Darlene sebelum dia menunduk dan melangkah masuk ke dalam lif. Pintu lif kemudian tertutup dengan rapat.

                  Jayden yang sedang berdiri di penjuru lif itu hanya memerhati Darlene yang jelas sedang menutup malu.

                  Krik... Krik... Krik...

                  "Ehem ! So macam mana malam ni ? Kau kata nak belanja makan", kata Ariq kepada Hayden.

                  "The fuck ? Bila masa aku kata ?", kata Hayden dengan dahi yang berkerut.

                 "Oh bukan kau ke ? Habistu siapa ? Kau ke ?", tanya Ariq kepada Jayden pula.

                 "Buat apa aku nak belanja kau makan, better aku belanja Darlene makan. Kan Darlene ?", kata Jayden sambil memandang ke arah Darlene.

                 "Hah ? Errr....", Darlene hanya memandang ke lantai. Sungguh dia malu. Dia langsung tidak memandang ke arah mereka. Kedudukan mereka pun Darlene langsung tidak tahu. Dahlah duduk di dalam lif bersama lima jejaka hensem yang kaya. Boleh jadi gila kalau macam ni !

                "Kau malu dengan siapa sebenarnya ni ?", tanya Ariq mendatar.

                 "Hah ? Malu apa pulak ? Saya tak malu. Saya cuma hormat...", dalih Darlene tenang.

                 "Dia suka dekat Jayden", kata Spencer tiba-tiba.

                 "Eh mana ada !!!", jerit Darlene kuat.

                 "Serius lah ? Hahahahahaha. Dalam banyak-banyak lelaki, budak Spain ni jugak yang kau minat ?", kata Ariq sambil tersenyum lebar.

                  Aryan hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

                "Tak lah ! Saya tak minat pun !", kata Darlene lagi.

                "Takpalah. Suka jelah dekat budak ni. Dia pun dah lama single. Dah terlajak tua dah tu", kata Ariq masih dengan  senyumannya.

                 Hayden hanya mendiamkan diri. Apahal lama sangat lif ni nak turun ?! Babi betul lah.

                Ting !

                Pintu lif terbuka dengan luas sebelum Darlene terus melangkah keluar dari lif itu. Dia melangkah ke tepi supaya orang-orang atasan di dalam lif itu boleh keluar.

                Jayden, Ariq, Aryan dan Spencer melangkah keluar dari lif sebelum mereka terus melangkah menyeberangi ruang lobi itu.

                Hayden melangkah ke arah Darlene yang masih berdiri tegak di tepi lif. Mata helang Hayden merenung ke dalam anak mata milik Darlene.

                "Lain kali jangan tinggal sorang-sorang dekat office", kata Hayden mendatar.

                "Hah ? Err... Sir ni sir apa ?", tanya Darlene pelik. Suaranya garau seperti suara Hayden. Tetapi mana mungkin Hayden begitu mengambil berat tentang pekerja bawahan.

                "Jayden", jawab Hayden mendatar.

                "Ohh... Mati-mati saya ingat sir Hayden tadi. Sebab suara sir macam suara dia lah. Garau gila...", kata Darlene sambil tersenyum.

                "Kalau aku Hayden, kenapa ?", tanya Hayden mendatar.

                "Tak mungkinlah... Sir Hayden takdalah baik sangat sampai nak pesan kat saya macam tu", kata Darlene selamba.

                Jayden yang sedang menunggu di pintu kaca bangunan itu hanya memerhati. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

                "Hmm. Balik dulu. Bye", kata Hayden mendatar kemudian terus melangkah meninggalkan Darlene di belakang.

               "Sir !!", panggil Darlene kuat.

                Hayden menoleh ke belakang.

                "Bye !", kata Darlene sambil melambaikan tangannya tinggi.

                 Hayden hanya tersenyum nipis sebelum dia menoleh ke hadapan semula. Kaki meneruskan langkah.

                 Darlene hanya memerhati Hayden dan Jayden yang sudah hilang dari pandangan. Kereta Audi yang dinaiki oleh kedua kembar itu telah pun berlalu pergi.

                 Darlene tersenyum lebar sambil melangkah ke arah Honda Jazz miliknya. Tinggal beberapa buah kereta sahaja lagi yang tinggal di situ.

                 Bang !!!! Pranggg !!!

                  Tiba-tiba cermin hadapan keretanya pecah ditembak oleh seseorang.

                 "Arghhhh !!!", jerit Darlene sambil mengundurkan langkahnya ke belakang.

                 Seorang gadis perempuan berpakaian gelap dengan kasut tumit tinggi halusnya melangkah ke arah kereta Darlene. Tangan elok memegang selaras pistol bewarna merah jambu.

               Darlene terus terduduk di atas tar dek kerana ketakutan.

                "Wanna play a game ? Then let's start the game", kata Arisha dingin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro