BAB 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kejadian semalam benar-benar mengganggu fikiran aku. Siapakah manusia yang dengki sangat dengan aku sampai kirim benda-benda jijik seperti itu. Yurp, bukan setakat dengki.. malah kejam!

"Papa dah call polis dan minta untuk carikan individu yang kirim benda itu." beritahu papa setelah panggilannya ditamatkan.

Aku yang masih ketakutan hanya mampu termenung memandang lantai. Mama pula di sebelahku sudah mulai memujuk aku untuk melupakan kejadian tadi. Bahuku diurutnya perlahan.

"Mama rasa mungkin itu orang yang sama yang cuba culik Warda malam itu. Huh, apa yang dia nak sangat pada Warda? Kirim burung mati bagai." luah mama dalam nada tak puas hati.

Siapa aje suka bila satu-satunya anak tunggal yang dimiliki dianiaya sebegitu rupa? Hampir kena culik, dan sekarang.. dapat bangkai burung tanpa kepala? Adakah semua itu dilakukan sebagai ugutan?

Mama kemudiannya mengalihkan pandangan pada papa. "Abang.. maybe abang punya musuh? Seingat Imah, Imah tak ada musuh." mama sudah beri pesanan awal.

Papa diam sejenak. Dia cuba mencari sama ada dia ada musuh ataupun tidak. Lama dia diam sebelum akhir nya, dia menggeleng.

"Abang rasa selama abang hidup ni, belum pernah lagi abang jumpa musuh. Rasanya, orang ini pun tak ada kaitan dengan abang." ujar papa pula.

Serentak itu, pandangan mama dan papa berkalih ke arah ku. Tatapan penuh sangsi mereka berikan. Aku pula sudah gelabah dipandang begitu.

"Kamu pernah cari fasal dengan orang ke, Warda?" soal mama  terus.

Aku ketap bibir. Sebuah gelengan pendek aku berikan. Yurp.. aku rasa memang aku tak ada musuh. Orang dengki itu mungkinlah..

But, orang yang dengki dengan aku itu kebanyakannya adalah budak sekolah. Budak sekolah sanggup ke menculik? Huh.. macam tak logik aje.. Paling kurang pun, ajak gaduh.. bawa satu geng. Bertumbuk gitu-gitu aje.

"Tak. Warda tak pernah cari fasal dengan orang." beritahuku jujur dan penuh tulus.

Aku pernah cari fasal dengan orang dewasa ke? Fikiranku cuba membangkitkan memori silam. Manalah tahu.. aku ada terbuat salah ke dengan orang. Namun, hampa. Satu kenangan cari fasal pun aku tak jumpa.

"Warda, kau.. ada bau sesuatu tak?" soal Gina sudah mulai menghidu sesuatu.

Aku yang sedari tadi termenung turut sama memfokuskan pancaindera aku itu. Seperti Gina, aku juga turut terhidu sesuatu yang menusuk. Sangat busuk dan hanyir.

"Bau apa ni?" soalku sudah menutup hidung.

Orang yang berada di hadapanku juga turut menghidu perkara yang sama. Si Hairil yang selama ini tidak menoleh ke belakang juga sudah mulai mengipas-ngipas. Kononnya, cara paling bagus halau bau busuk. Konon ajelah.

"Huh!!! Bau dari kau." spontan, Hairil menghamburkan pendapatnya.

Aku sudah tergamam. Wajah Gina yang sudah terjeluak aku pandang. Berharap agar Gina dapat bela aku. Yalah, siapa aje yang tak segan dituduh berbau?

"Aku rasa apa yang Hairil cakap itu betul. Bau busuk ni macam datang dari kau. Hmm.. cuba kau check." ujar Gina pula. Dia juga turut bersetuju pada pendapat Hairil itu.

Aku ketap bibir. Dengan tangan yang masih menutup hidung, aku mulakan operasi mencari di sekitarku. Awal-awal lagi, aku sudah periksa tapak kasutku. Manalah tahu terpijak tahi ke apa..

Kemudiannya, aku periksa beg sekolahku namun punca bau itu masih belum ditemui. Ketika aku mahu menunduk ke laci meja, terus bau busuk itu menusuk batanh hidungku.

"Arghhhh!!!!!"jeritku sekuat hati apabila melihat bangkai kucing tak berkaki tangan di bawah meja.

Terus aku berundur dan tak semena, tubuhku tersungkur. Kembali air mataku berbirai turun. Aku sudah mengesotkan tubuhku ke belakang sampailah ke dinding. Bulu romaku sudah merinding.

Jeritanku berjaya mendapat perhatian pelajar lain. Termasuk sekali, pelajar kelas sebelah. Mereka sudah mulai berkumpul mahu melihat apa yang terjadi.

Gina yang turut sama melihat bangkai itu terus mendapatkan aku. Tubuhku dipeluknya erat lalu dia cuba meredakan tangisanku.

Pelajar lain yang turut melihat bangkai itu sudah tutup hidung. Ada yang tayang muka loya dan mual. Ada juga yang menjerit kegelian. Yang pasti, tak ada siapa yang suka bila tengok bangkai itu depan mata. Ditambah lagi dengan bau busuk nya..

Tak guna! Sekali lagi?
...
"Ma, pa.. tak tidur lagi ke?" sapa suara garau milik Mikhael.

Turun sahaja dari tingkat 1, dia lihat jasad ibubapanya masih tercegat di ruang tamu. Bukan setakat tercegat, dia juga sempat mendengar perbualan mama dan papanya itu. Asyik kasihan aje memanjang.

Puan Sri Adila menoleh ke arah Mikhael yang datang mendekati. Satu keluhan lemah dia lepaskan.

"Mama tak boleh tidurlah, Mikha. Asyik terfikir fasal si Warda itu. Kasihan dia.." ujar wanita itu dalam nada pilu.

Mikhael sudah jongket kening. Masih tak mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh ibu kandung nya itu. Apa kaitan Warda pula?

"Kenapa dengan Warda, ma?" soal Mikhael ingin tahu.

"Mama kamu beritahu papa yang Warda dikerjakan orang. Selepas aje dia hampir kena culik hari itu, terus dia kena ganggu. Ada someone hantar bangkai haiwan pada dia dan mama kamu ni syak, orang itu adalah orang yang sama yang hampir culik Warda malam itu." jelas Tan Sri Johari bagi pihak isterinya.

Mikhael sudah mengangguk faham. Tipulah kalau dia tak risau bila mendengar apa yang papanya kata kan itu. Walaupun mereka sudah tidak rapat sekarang namun.. Mikhael masih menganggap Warda sebagai adik perempuannya.

Adik perempuan yang perlukan khidmat penjagaannya sepenuh masa.

Tak semena dia terimbau kejadian yang memberi kesan luka pada jasadnya beberapa hari yang lalu. Kejadian itu juga mungkin meninggal kan trauma buruk buat Warda Zafira.

Selesai sahaja memarkirkan kereta di luar, Mikhael terus melangkah laju menuju ke rumah besar milik Tan Sri Ridhwan, ayah kepada Nurul Warda Zafira dan juga Sufian Rafi. Sesekali, telefon pintarnya dibelek.

"Matilah kau kali ini, Mikha." bisiknya sendirian apabila mendapati hampir 10 misscall dia dapat daripada mama dan papanya.

Bukan niatnya mahu datang lambat tapi dia ada hal sedikit nak diuruskan. Al-maklumlah, dua minggu lagi dia bakal menjadi guru di sebuah sekolah. Jadi, nak tak nak.. Mikhael perlu membuat banyak persediaan sebagai seorang guru sekolah menengah.

Ketika Mikhael berura-ura mahu melintas jalan, matanya tiba-tiba saja menoleh ke arah sosok Warda yang sedang berjalan sendirian. Jasad gadis itu sedikit jauh dari rumah. Mikhael sudah kerut dahi.

Baru sahaja dia mahu mendekati gadis itu, tak semena dia lihat seseorang yang berpakaian serba hitam dan bertopeng menekup mulut Warda dari arah belakang. Tergamam Mikhael dibuatnya.

Depan matanya sendiri, dia lihat Warda longlai dalam pelukan kelibat itu. Gadis itu laju saja dipapah oleh gerangan itu. Dari jarak yang tidak jauh, dia lihat sebuah van sedang menanti kedatangan  ahlinya itu.

Spontan, Mikhael memecut mendekati gerangan yang memapah Warda tersebut. Sebuah sepakan di perut, Mikhael berikan. Terundur ke belakang sosok tersebut. Jasad Warda masih dipapahnya.

"Lepaskan perempuan itu!" arah Mikhael tegas.

Disebabkan topeng penuh yang menutupi wajah lelaki itu, jadi Mikhael tidak dapat melihat dengan jelas perincian wajah pemiliknya. Yang pasti, Mikhael tahu dia adalah seorang lelaki. Erangan sakitnya sebagai bukti.

"Kau siapa?! Kalau kau taknak mampus, baik kau jangan masuk campur." gertak sosok tersebut.

Mikhael ketap bibir. Dia tahu sosok itu tidak boleh dibawa berunding. Keras kepala.

Sebuah sepakan di kaki dia berikan dan lelaki itu terus jatuh terduduk. Hampir sahaja jasad Warda mahu terjatuh ke tanah namun pantas Mikhael menyambutnya. Kini, tubuh Warda berada dalam pelukannya.

Baru sahaja Mikhael mahu bangun, dirasakan sebuah hentakan kuat mengena pada belakang badannya membuatkan Mikhael jatuh melutut. Bukan itu sahaja, sepakan bawah dagu serta tumbukan di pipi juga diberikan secara padu sehingga buatkan Mikhael terus terbaring ke tanah. Dia lihat jasad Warda yang sudah terbaring di sisinya. Gadis itu masih belum sedarkan diri..

"Wa.. Warda.." serunya dalam sakit.

Dalam kabur, dia perasan ada jasad yang berdiri di hadapannya kini. Sosok itu mencengkam dagunya mahu melihat keterukan luka pada wajahnya lalu melepasnya kasar.

"Kau.. aku yakin aku tak pernah nampak kau sebelum ni." suara itu membuat dugaan.

Mikhael tidak menyahut. Luka berdarah pada mulutnya buatkan dia tak mampu untuk membalas. Matanya saja yang mampu dia kalihkan memandang gerangan bertopeng itu.

"Huh.. apsal kau nak selamatkan minah ni? Kau pun sukakan dia ke?" kembali dia membuat tebakan.

Sekali lagi.. Mikhael membisu. Suka?

"Hmm.. aku yakin kau pun akan terima nasib yang sama macam aku. Dia akan reject kau, sama macam aku kena. Dia takkan nampak usaha kau, sama macam apa yang aku alami." ulas gerangan itu tiba-tiba saja beremosi.

Mikhael sudah berkerut. Dia yakin yang gerangan tersebut memang ada hati pada Warda namun mungkin dikecewakan oleh gadis itu jadi dia pilih untuk balas dendam.

Dia lihat gerangan itu memusing wajah pada jasad Warda yang masih terbaring.

"Aku akan lepaskan dia supaya kau dapat rasa apa yang aku rasa. Then, I'll waiting for you, man.."

"Mikha? Mikha? Mikhael Ahmad?!!" bila nama penuhnya diseru, terus Mikhael tersedar dari lamunan panjangnya.

Segera dia berpaling pada jasad mamanya yang sudah beralih tempat di sisinya. Wajah mama dan papanya dipandang silih berganti.

"Ya, kenapa ma?" soalnya sudah blur.

Puan Sri Adila sudah menggeleng kepala. Mengelamun pulalah anak terunanya itu.

"Mama tanya tadi, kamu nak ikut tak pergi rumah Tan Sri Ridhwan esok?" ulang Puan Sri Adila semula.

Mikhael diam untuk sejenak. Berfikir sama ada perlu ataupun tidak. Namun, akhirnya dia mengangguk setuju.

"Okey, Mikha pergi." balasnya.
...









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro