BAB 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Loceng di hadapan rumah, ditekan nya sekali dua. Tak lama selepas itu, pintu rumah villa itu dikuak. Tersembul sosok Puan Sri Fatimah di muka pintu. Senyuman manisnya diberikan sebagai penyambut.

"Masuklah Dila, Mikha.." pelawa Puan Sri Fatimah apabila melihat kelibat orang yang ditunggu-tunggu nya sudahpun tiba.

Serentak, Puan Sri Adila dan Mikhael memasuki rumah besar tersebut. Mereka menuruti langkah Puan  Sri Fatimah di hadapan sehingga akhir nya jasaf mereka terpacak di ruang tamu. Suasana hening membelengu.

"Sufi dengan Warda mana? Sekolah ke?" soal Puan Sri Adila.

Wanita itu melabuhkan punggung di ats sofa yang tersedia. Mikhael pula mengambil tempat di sebelahnya.

Senyuman nipis, Puan Fatimah berikan. Satu keluhan berat dia lepaskan. Nampak seperti terbeban pada sesuatu.

"Sufi sekolah hari ini, Warda pula.. hmm, ada dalam bilik itu. Masih tak mahu keluar." luahnya sedikit sayu.

Kasihan juga dia melihat nasib anak daranya itu. Sudah dua hari Warda berkurung dalam bilik. Nampaknya, orang itu memang sengaja mahu menjahili Warda. Bukan cuma di rumah, tetapi juga di sekolah.. Yang, Puan Sri Fatimah tak faham.. bagaimana orang itu juga boleh tahu kelas dan kedudukan meja Warda yang mana satu?

"Apa yang jadi pada dia masa di sekolah?" soal Puan Sri Adila mahu tahu.

"Orang itu letak bangkai kucing tak berkaki tangan bawah meja dia. Itu yang dia trauma itu. Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Kalau boleh nak pindahkan si Warda itu aje tapi dia pula yang taknak.." ujar Puan Sri Fatimah kendur.

Puan Sri Adila sekadar mengangguk kan kepala. Begitu juga, sosok Mikhael disebelah. Dia juga turut berduka dengan keadaan yang menimpa Warda ketika itu. Kasihan juga gadis itu.

"Luka kamu sudah sembuh ke, Mikha? Masih sakit?" Puan Sri Fatimah cuma mengubah topik. Dia tidak mahu untuk membahas cerita sayu tentang Warda.

Mikhael hanya menarik senyum nipis. "Dah sembuh dah, auntie. Sikit-sikit aje ni."

Puan Sri Fatimah mengangguk. "Auntie dengar kamu akan mengajar tak lama lagi? Pesyarah ke?"

"Eh, tak adalah, Auntie. Cikgu biasa aje. Cikgu sekolah menengah.." jawab Mikhael dengan tertib.

"Sekolah mana?"

"Orhan Hills. Sekolah elit itu."

Spontan jawapan Mikhael mengundang rasa terkejut Puan Sri Fatimah. Matanya terbelalak kerana kaget. Dahinya sudah berkerut. Entah kenapa, fikiran menggilanya sudah datang.

Dia tahu yang Sufi tak boleh selalu menjaga Warda di sekolah itu memandangkan blok pelajar Tingkatan 6 terpisah jauh dari blok pelajar menengah biasa. Paling kurang pun, Sufi boleh menjenguk semasa rehat dan balik namun dia takut perkara itu akan membeban kan anak terunanya itu.

Kalau betul, Warda berdegil tidak mahu tinggalkan sekolah jadi Puan Sri Fatimah perlu cari alternatif lain untuk pastikan keadaan Warda sentiasa selamat di situ. Tak kira apapun yang jadi.

Kembali matanya menatap Mikhael. Kali ini, dengan rasa ingin tahu yang mendalam.

"Kamu mengajar budak tingkatan enam ke pelajar menengah biasa?" makin terperinci pula soalan yang dihamburkan Puan Sri Fatimah pada Mikhael.

Lelaki itu sudah berkerut dahi.  "Erm.. pelajar menengah biasa. Kenapa auntie tanya?" Mikhael seakan-akan dapat menghidu sesuatu daripada sesi soal jawab Puan Sri Fatimah itu.

Wanita itu sekadar menggelengkan kepala. Senyuman yang tadinya nipis kini melebar. Yurp.. senyuman yang penuh dengan muslihat yang Puan Sri Fatimah aje yang tahu.

"Tak adalah, auntie cuma nak tahu. Bagus kamu mengajar kat situ.. budak-budak di situ pun rajin belajar." sempat dia buat coverline baekkk punya kat situ.

Mikhael mengangguk. Rasa sangsi nya hilang.
...
Pintu bilik tidur milik Warda dibukanya. Lehernya dipanjang memasuki celah. Matanya terus tertumpu pada jasad Warda yang masih terbaring di atas katil. Terlihat, pelekat pemanas ditampal atas dahinya. Wajah berkerut Warda juga turut memberi petanda bahawa dia memang tidak berkeadaan baik.

Satu keluhan berat, Puan Sri Fatimah lepaskan. Terus pintu bilik itu dikunci nya kemudian dia menyusun langkah menuju ke bilik tidurnya semula.

Di situ, dia lihat jasad suaminya sedang duduk membelek dokumen di atas meja. Nampak sibuk saja kerjanya.

"Abang buat apa itu?" soalnya. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa berhadapan suaminya. Sempat, jubah tidurnya diikat kemas.

Tan Sri Ridhwan masih fokus pada kerjanya. "Esok abang ada meeting so nak tak nak, abang kena selesai kan yang selebihnya malam ini." ujar Tan Sri Ridhwan tegas.

Puan Sri Fatimah sekadar menganggukkan kepala. Sempat matanya melirik ke arah dokumen dan kertas-kertas yang bersepah di atas meja suaminya itu. Nampak serabut dan dia tak suka.

Kalau ikutkan hati, mahu saja dia kemas namun.. dia takut gelagatnya itu bakal memburukkan keadaan. Lagipun,dia kenal perangai suaminya. Pantang diganggu bila bekerja.

"Erm, by the way.. minggu depan, kita kena fly pergi Sabah untuk tiga hari. Awak okay kan?" soal Tan Sri Ridhwan. Barulah kali ini, wajah isterinya itu dipandang.

Tergamam Puan Sri Fatimah dibuat nya. Dalam keadaan Warda yang begini, takkan mungkin dia mahu tinggalkan Warda begitu saja.

"Kalau kita pergi, Warda macam mana? Sekurang-kurangnya, ada seorang yang kena jaga anak kita itu kat sini." beritahu wanita itu. Nadanya berubah sebal.

Mana tak marahnya, suaminya terus buat keputusan tanpa fikir baik buruk nya.

Satu keluhan berat, Tan Sri Ridhwan lepaskan. Pelipis matanya diurut. Dia sibuk dengan kerja sampai terlupa fasal anak daranya yang seorang itu. Haih.. silap kaulah, Wan.

"Abang terlupa fasal itu. Huh, tapi.. kalau abang cancel, kita akan rugi. Ini projek besar. Hmm.. nak tak nak, kita kena pergi juga." ujar lelaki itu sudah mulai berbelah bahagi.

Puan Sri Fatimah ketap bibir. "Kalau saya tak pergi, tak apa ke bang?" soalnya.

Terus gelengan diberikannya sebagai jawapan. "Tengku nak jumpa awak. Dia sendiri yang call  saya suruh bawa awak sekali." jelas lelaki itu.

Tak sangka perbincangan itu akan menundakan kerjanya.

"Habis itu, takkan kita nak tinggalkan Warda macam itu aje? Saya risau kalau orang itu ganggu Warda lagi. Polis pun sampai sekarang, tak dapat tangkap dia.." luah Puan Sri Fatimah sudah risau.

Tan Sri Ridhwan sudah mati akal. Dia juga diam. Tak pasti jawapan apa yang patut dia berikan.

Puan Sri Fatimah juga turut membisu. Lama dia diam sebelum akhirnya fikirannya terimbau tentang Mikhael. Dia sudah ketap bibir. Entah betul atau tidak, idea gilanya ini.

Terus wajah suaminya dipandang. "Abang, si Mikha itu jadi cikgu kat sekolah si Warda itu.." beritahunya singkat.

Alis kening Tan Sri Ridhwan sudah bertaut. Masih tak mengerti dengan isi ringkas yang dimuntahkan isteri nya itu.

"Jadi? Kenapa?"

"Saya cuma terfikir. Kalau kita bertiga aje yang jaga si Warda itu mungkin tak cukup. Sufi pun sekarang.. ada kelas aje memanjang. Masa dia nak jaga si Warda itu pun tak banyak, jadi.. saya terfikir sesuatu tentang itu." satu persatu diterangka oleh Puan Sri Fatimah.

Makin berkerut dahi suaminya itu. Masih tak dapat baca makna yang terselit dari ayat berbelit Puan Sri Fatimah.

"Apa yang awak fikirkan?"

"Mungkin benda ni tak waras tapi saya rasa better kalau kita.. hmm.. kita carikan suami untuk si Warda itu. Dan.. saya rasa Mikhael itu calon sesuai untuk anak kita itu." terang nya.

Tergamam Tan Sri Ridhwan dibuatnya. Kegilaan apakah yang sedang merasuk akal waras isteri nya itu agaknya?
...
Sengaja dia memilih untuk melintasi kelas 5 Amanah, kelas di mana Warda ditempatkan sekarang. Senyuman puasnya melirik apabila melihat kerusi yang selalu diduduki oleh Warda masih kosong. Sama seperti dua hari lepas.

Spontan, dia melangkah menuruni tangga. Rasa gembiranya buatkan dia mahu saja melonjak kemenangan. Tak sangka penangan nya kali ini begitu kuat.

Huh, nampaknya si Warda itu tak adalah bagus mana pun. Perangai menggediknya saja yang melebih. Acah kuat padahal nothing!

Telefon pintarnya yang bergetar pada poket baju kurungnya buatkan langkahnya terhenti. Tergamam dia tatkala melihat nombor telefon milik Haris tertera pada skrin telefon pintarnya.

Segera, dia berlari anak menuju ke tandas perempuan. Pintu tandasnya ditutup lalu segera dia mematikan panggilan tersebut.

'Jangan call aku!'-kirim.

'Aku risau kalau polis tahu aku terlibat. Kalau aku kena tangkap, kau pun kena sekali!'- Syed Haris.

Senyumannya meleret. Penuh dengan rasa yakin dan sinis. Nak takut apa?

'Selagi kau tak buka mulut dan berkelakuan seperti biasa, keadaan akan okay. Faham?'-kirim.

'Kalau kau dah cakap macam itu, I'll trust you.'-Syed Haris.

"Kan, bagus kalau macam itu. Tak payahlah nak takut sangat. Huh.." perlinya sendirian.

Terus telefon pintarnya disimpan di dalm kocek baju kurungnya. Dia keluar dari tandas dengan lagak biasa. Seperti tiada apa-apa yang terjadi.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro