BAB 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Buka sahaja pintu rumah, suasana tegang menyelubungi ruang tamu rumahnya itu. Dilihat kedua orang tuanya sudah menanti dengan wajah penuh beremosi di ruang tamu. Rasa serba salah juga turut sama menyelit.

Walaupun sedikit kekok dengan suasana itu, Mikhael cuba untuk mengekalkan senyuman di birai bibir nya. Wajah papa dan mamanya dipandang dengan perasaan yang cuba ditenangkan.

Sempat jam dinding dikerlingnya, jarum sudah menuding angka 9 malam. Dia pulang lewatkah? Huh.. wait..sejak bila pula ibubapanya itu pantau dia keluar masuk?

Selama ini, Mikhael pulang pukul 11 pun, Puan Sri Adila dan Tan Sri Johari langsung tak peduli. Al-maklumlah, anak lelakikan. Keselamatannya lebih terjamin berbanding anak gadis.

"Mama, papa.. tunggu Mikhael ke?" soalnya sudah tarik sengih sumbing. Tak tahu nak beri respons apa.

Puan Sri Adila ketap bibir. Sempat wajah suaminya dipandang. Entah kenapa, jelas riak bersalah di wajah nya. Bersalah untuk apa?.. soalan itu menerpa benak fikiran Mikhael.

"Ada benda yang kami berdua nak bincang dengan Mikha. Hmm.. kamu sibuk ke?" soal Tan Sri Johari ingin tahu kemaskini jadual hidup Mikhael untuk malam ini.

Pantas, Mikhael menggelengkan kepala. Memang selepas ini, dia mahu merehatkan minda dan fizikal nya di dalam bilik. Ingat bila masuk rumah, dia dapat tenang namun lain pula yang jadi.

Suasana penuh tegang yang menyapa. Tak senang Mikhael dibuatnya.

"Benda apa itu, pa?" soalan berbalas soalan. Mikhael diterpa rasa ingin tahu.

"Kamu duduk dulu, Mikha. Nanti, papa terangkan segalanya pada kamu." celah Puan Sri Adila bagi pihak Tan Sri Johari.

Tidak membantah, Mikhael mengambil tempat berhadapan orang tuanya. Sempat ekor matanya mengerling siaran drama yang sedang terpasang di kaca tv. Namun, suasana janggal itu mematikan selera Mikhael untuk menikmati semua itu.

Yurp, dia lebih berminat membincangkan 'benda' yang papanya sebut sebentar tadi. Macam penting dan benda itu juga buatkan Mikhael disapa rasa tidak sedap hati.

"So, what it is? Apa benda yang penting sangat itu?" Mikhael cuba menambah rencah gurau senda dalam pertanyaannya.

Sungguh, dia tak selesa dengan suasana sepi dan hening itu. Kacau mood dibuatnya.

Keluhan berat terlepas dari mulut Tan Sri Johari. Dia sudah saling berpandangan dengan isterinya. Serba tak kena dia mahu menyebut ayat seterusnya.

Di hadapan, Mikhael masih menanti. Silih berganti wajah kedua-dua orang tuanya dipandang. Masih menagih jawapan pada 'benda' itu.

"Kenapa, pa?" Mikhael sedikit mendesak. Rasa ingin tahunya buat kan dia berubah begitu.

Terus Tan Sri Johari mengalih perhatiannya pada Mikhael. Wajah anak terunanya itu dipandang dengan rasa berbelah bahagi. Mahu tidak mahu, dia perlu teruskan juga.

Tak kisahlah, keputusannya ya ataupun tidak..

"Apa pendapat kamu tentang Warda?" soalan pertama yang terpacul dari mulut papanya itu sudah buat Mikhael berkerut hairan.

Tiba-tiba pula tanya fasal Warda?

"Kenapa papa tanya? Apa kaitan Warda dengan topik yang kita bincang ni?" makin bertubi soalan dihamburkan oleh Mikhael. Dia masih tak mengerti.

Puan Sri Adila yang sedari tadi menjadi pemerhati akhirnya menghela nafas.

"Kamu jawab dulu. Baru kami akan cerita perkara yang seterusnya.." celah wanita itu yang sedari tadi membisu.

Mikhael sudah ketap bibir. Rasa sangsinya sudah menyapa perasaan. Dia sudah dapat hidu sesuatu yang tidak kena.

"Tentang Warda?" akhirnya Mikhael beralah.

Puan Sri Adila dan Tan Sri Johari sama-sama mengangguk. Mereka sudah fokus menanti jawapan yang meniti keluar dari mulut Mikhael.

"Yurp, tentang dia." jawab Tan Sri Johari.

"Dia okey. Hmm.. lemah sikit. Senang cerita, Mikha tak kenal sangat dia jadi Mikha tak boleh nak describe lebih." jelas Mikhael.

Memang, semenjak pulang dari belajar.. dia hanya bertemu dua kali saja dengan Nurul Warda Zafira. Kalau kecil dulu, selalulah. Senang cerita, sepanjang masa..

"Kalau macam itu, cuba kamu beri pendapat tentang Warda masa dia kecil dulu." tambah Puan Sri Adila seakan tak puas hati dengan jawapan yang Mikhael beri.

Tak cukup..

Mikhael sudah jongket kening. Kalau boleh, dia mahu saja tanya apa dan kenapa.. namun, dia pasti soalannya takkan mendapat jawapan yang bernoktah dengan betul. Pasti, mereka berdua akan mengelak.

Mikhael cuba membayangkan zaman kecilnya dahulu. Yurp, zaman di mana.. dia masih ingin jadi pelindung buat Warda Zafira. Gadis kecil yang dua puluh empat jam perlukan perhatian daripadanya dan Sufi.

"Dia lemah, penakut, cengeng, pemalu tapi.. dalam pada masa yang sama, dia comel, ketawa dia manis, kuat berlari, berenergi. Tak pernah kantoi bila main sorok-sorok.. Hmm, berlagak tapi friendly." jelasnya penuh detail.

Tersenyum Puan Sri Adila bila mendengar jawapan Mikhael. Walaupun kebanyakannya negatif belaka namun akhirnya Mikhael tetap berikan komen positif tentang peribadi milik Warda Zafira.

Dia suka dengar. Kira, si terunanya dah bagi yellow light lah.. cuma, tunggu green saja sekarang ini.

"Kamu rasa dia cantik?" soal Puan Sri Adila lebih mendapat. Sengaja mahu tahu.

Mikhael ketap bibir. Sah, memang ada yang tak kena sekarang ini. Tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba saja tanya fasal sepupunya itu. Apa ke halnya?

"Wait..Apa sebenarnya benda yang mama dan papa nak bincang ni? Apa kaitan Warda dalam hal ini." kali ini Mikhael sudah bertegas.

Dia dapat lihat ibubapanya itu seperti sengaja mahu melengahkan masa. For what?

Tan Sri Johari gigit bibir. Sempat ekor matanya mengerling isterinya di sebelah. Akhirnya, satu keluhan berat dia lepaskan.

"Kalau papa suruh kamu kahwin dengan Warda, kamu mahu?"

"What?" tercengang Mikhael dibuat nya.

Kegilaan apakah ini?
...
"Apa?"

Aku rasa telinga aku baru korek semalam. Segala tahi dan kotoran degil di telingaku yang tersumbat, aku sudah keluarkan. Takkanlah telinga aku masih bermasalah lagi?

Tak ada angin, tak guruh pun lagi.. tiba-tiba saja aku dapat berita yang langsung buatkan aku tercengang. Kegilaan apakah ini?

Berkahwin dengan Abang Mikhael? Di usia 17 tahun? Usia muda?! 17 tahun?????

"Okay apa? Adik pun dulu memang bercita-cita nal berkahwin dengan abang Mikha itupun kan?" sampuk Abang Sufi yang sedari tadi tersengih melihat reaksi spontan yang aku berikan.

Terus anak mataku menikam tajam wajah abang kandung aku itu. Ih, kalau dia diam untuk sehari aje.. tak boleh ke?

Panas pula hati aku tengok dia ikut buat semak dalam perbincangan ni. Ini perbincangan orang dewasa, okay? Dia bukan tahu apa..

"Jangan ungkit zaman kecil-kecil boleh tak? Usia Warda dah 17 tahun lah.. dah besar." jelasku membela diri.

"Kalau macam itu, kira kamu boleh jadi isterilah kan diusia begini?" mama sudah belitkan jawapan yang aku bagi.

Terkedu aku dibuatnya. "Tak!!! Warda tak nak! Ma, pa.. Warda budak lagi. Warda masih budak sekolah yang baru aje nak tamat SPM. Masa depan Warda masih panjang lagi.." aku sudah beri alasan.

Gila ke? Aku taknak jadi isteri semasa zaman sekolah ini. Budak seumuran dengan aku sepatutnya memiliki seorang lelaki sebagai boyfriend bukannya sebagai seorang suami. Watdehek?!

Papa sudah berdiri mendekatiku. Bahuku dipegangnya. "Papa tahu semua itu tapi papa risau. Nak tak nak, kamu kena terima keputusan ni. Papa risau.. naka-nak lagi dengan penculik yang culik kamu itu. Sampai sekarang masih tak dapat diberkas." sengaja Tan Sri Ridhwan ungkit cerita kelam itu.

Yurp, kejadian itu masih menghantui hidup aku malah kiriman yang aku terima beberapa hari yang lalu juga turut memburukkan keadaan. Tapi, itu bukannya tiket untuk aku dikahwinkan dengan sesuka hati.

Well, berdasarkan urutan adik beradik. Abang Sufi yang kena kahwin dulu.. baru aku. Selagi abang Sufi tak buat kenduri kahwin, selagi itulah aku akan berdegil untuk berkahwin.

Tapi, mampu ke aku? Bila papa, sudah mula guna taktik memujuk nya.

Dengan mata bulat, pandangan sayu.. raut penuh perhatian papa berikan. Berharap agar aku terpujuk. Memandangkan aku sudah terpandang wajah papa, aku tak dapat mengelak.

Yurp.. sikit-sikit aku terpujuk.

"Papa buat semua benda ini untuk kamu juga. Papa risau dengan keselamatan kamu. Kalau kamu kahwin dengan Mikhael, papa yakin yang dia akan jaga kamu dengan lebih baik.. please, cuma itu aje yang papa mahu."nadanya merayu.

Lama aku diam sebelum akhirnya satu keluhan berat aku lepaskan. "Tapi pa.. Warda boleh jaga diri Warda sendiri. Warda masih boleh lawan semua itu." aku masih mahu yakinkan mereka berdua.

"Sampai bila?" soalan itu buatkan aku termangu.

Hmm.. entah kenapa aku tak dapat berjanji. Mampu ke aku tabah dengan setiap ugutan bangkai yang dibagi? Baru dua bangkai, aku sudah tersungkur..

Mama bangun lalu mendapatkan aku. Bahuku dipeluknya. Sebuah pujukan penuh kelembutan dia berikan.

Mungkin, dia juga dapat membaca perkara  yang membelengu fikiran aku ketika ini. Sama ada ya, ataupun tidak..

"Mama dan papa buat semua ini sebab kami risau kalau ada apa-apa yang akan jadi pada kamu nanti. Kalau Mikha ada, mungkin dia dapat jaga kamu bila kami tak ada di sisi kamu." pujuk mama penuh dengan kasih.

Aku tidak mengangguk, tidak menggeleng. Masih diam. Tak pasti, respons yang aku patut beri ketika ini..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro