BAB 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kelas tambahan matematik di hari sabtu memang buatkan pelajar sekolah aku rasa tak semangat nak belajar. Nasib baiklah sekolah kami tak sangat menggalakkan pelajar memakai baju sekolah bila hari sabtu. Kami boleh memakai baju kasual di hari sabtu asalkan etika pemakaian masih dipatuhi.

Selesai sahaja sesi selama dua jam itu, akhirnya kami dibenarkan pulang ke rumah semula. Pelajar lain sudah keluar kelas setelah bunyi loceng berdering manakala aku pula masih terpacak mahu mengemas buku.

Hari ini, aku dan kumpulan belajar ku yang dianggotai oleh Laura, Gina, Jenny dan Atika bercadang untuk belajar bersama. Katanya di dalam kelas aku sampai ke pukul 12 tengah hari nanti.

"Yow!!!" sergah Jenny setibanya ke kelasku. Kelibat Laura dan Atika juga turut kelihatan. Mereka berpakaian kasual sama seperti aku.

Gina yang sedari tadi mentelaah buku Biologi sekadar mengangkat wajah. Senyum selamat datang diberinya sebelum dia kembali menundukkan pandangannya ke buku semula.

Laura, Atika dan Jenny sudah melabuh punggung di hadapan meja kami berdua. Masing-masing mengeluarkan buku yang bakal dibawa berbincang nanti. Memandangkan Atika dan Jenny dari kelas perakaunan jadi mereka berdua tak ambil subjek Sains tulem seperti biologi, kimia, fizik namun mereka tetap mengambil matematik tambahan sebagai subjek teras.

"Kita bincang Add math dulu. Aku nak fahamkan logarithm semula. Tak jelaslah.." pinta Jenny. Tajuk logarithm diselaknya.

Antara kami berlima, hanya Gina saja yang cerdik matematik tambahan. Kami berempat ni, suam-suam kuku aje. Taklah pandai mana. Ehem..

Baru sahaja kami berlima mahu memulakan sesi ulangkaji, telefon pintarku yang terletak di atas meja tiba-tiba sahaja bergetar. Terus aku capai lalu nama pemanggilnya aku belek.

Tersentak aku dibuatnya bila tahu gerangan yang menghubungiku ketika itu.

Abang Hubby?

Aih, abang hubby? Mikhael ke? Aku sudah bertek-teki pada diri sendiri. Entah sejak bila pula, aku namakan dia hubby pun aku tak tahulah. Ini mesti kerja mama.

Bila melihat aku diam tak berkutik, yang lain sudah pandang hairan ke arahku. Masinh-masing sudah berkerut dahi. Pelik.

"Kau okay tak, Warda? Apsal muka kau nampak terkejut ini?" soal Laura ingin tahu.

"Entah.. kau dapat call daripada siapa itu? Boyfriend baru ke?" soalan yang terpacul keluar dari mulut Atika buat aku tersengih kerang.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Berharap cara itu dapat menyingkir kan rasa sangsi yang membelengu mereka berempat.

"Eh, tak adalah. Erm, b-biasalah. Panggilan daripada papa aku.." rasa gelisahku buatkan aku gagap. Nak tenang tapi tak boleh.

Sekali lagi, telefonku kembali bergetar dalam tanganku. Tertera nama 'abang hubby' pada skrin telefon pintarku.

Segera aku bangun lalu meminta diri untuk ke tandas sebentar. Berlari-lari anak aku ke kawasan yang sedikit jauh. Sanggup turun tangga, semata-mata tak mahu sesiapa pun dengar perbualan aku nanti..

Setelah bersembunyi di balik dinding, aku cuba menarik nafas tenang. Telefon pintar yang masih bergetar dalam tangan segera aku angkat. Sempat mataku meliar ke sekeliling. Takut-takut kalau ada yang mendengar.

"That I'm disturbed you?" dia bertanya dalam bahasa inggeris.

Aku sudah jongket kening. Belum apa-apalagi, dia sudah mulakan sesi inggerisnya. Mahu saja aku garu kepala di situ. Terlampau pekat bhasa inggeris yang dia gunakan sampai aku tak dapat tangkap satu apa pun..

"Distrube?" haih, itu aje yang aku dengar. Yang lain ke laut..

"Nope. It's nothing. Hmm.. kalau Warda tak kisah, apakata petang ni kita jumpa. Ada benda yang abang nak cakap dengan Warda. About us.." ujarnya dengan nada mendatar.

Aku ketap bibir. Dia nak jumpa aku? Berdua? Huh.. sebab nak bincang kan fasal perkahwinan itu ke? Aku sudah berteka-teki sendiri.

"Abang nak jumpa pukul berapa?" soalku.

Entah kenapa, aku diterpa suatu perasaan yang agak pelik. Teruja tapi dalam pada masa yang sama, tak mahu. Hmm..

"Pukul 2, restoran Manhattan Fish Pavillion." jelasnya secara ringkas.

Aku sekadar mengangguk kepala. Haih, entah kenapa pula aku tiba-tiba akur pada keputusan seorang lelaki. Cuma.. dia aje yang mampu buat Warda Zafira jadi begini. Penangan Mikhael Ahmad.

"Boleh, nanti Warda datang jumpa abang." nadaku cuba dikawal agar tidak nampak terlalu desperate sangat.

"Okay."

Setelah itu, talian dimatikan. Aku kemam bibir. Telefon pintarku belek lama sebelum satu keluhan berat aku lepaskan. Haih, abang Mikhael pun bunyinya macam nak tak nak aje bercakap dengan aku.

Tunggu sekejap.. apsal aku kena mengeluh pula ni? Terus aku tampar perlahan pipi sendiri. Nak kena sedarkan diri pada situasi yang menghimpit ketika ini.

Haih, Warda. Come onlah! Apsal nak mengeluh tentang dia? Dia bukannya apa-apa, okay?

Dia bukan sesiapa kau. Dia cuma lelaki yang secara paksa relanya dikahwinkan dengan kau, Warda. Tak lebih daripada itu.

Tidak mahu menerus dibayangi perasaan tak menentu, aku segera simpan telefon pintarku ke dalam kocek seluar slack ku lalu kembali melangkah meninggalkan tempat tersebut.
...
Entah semangat apa yang merasuk aku buatkan aku datang 15 minit lebih awal ditempat yang dinyatakan oleh abang Mikhael pagi tadi. Hmm.. bukan selalu, Warda datang awal. Jarang-jarang.

Habis sahaja sesi ulangkaji, terus aku bergegs pulang ke rumah. Blouse dan pakaian paling cantik disambar. Even kena kahwin paksa pun, kecantikan perlu diutama kan.

Satu persatu cekak yang tersusun dalam laci meja solekku digapai namun kesemuanya tidak menyenangkan hatiku. Aku sudah gigit bibir sambil mataku lek merenung diri yang berada dalam cermin.

Abang Mikhael pastinya bukan lelaki yang jenis matang. Macam tak kenalah pakai cekak yang timbul gambar Hello kitty bagai ni.. mesti dia akan fikir, yang aku memang tak pernah setara dengan umurku.

Daguku urut perlahan. Sesekali rambutku aku ubah dengan pelbagai gaya. Diawali dengan ikat kuda, bertocang dan segala apa gaya namun semuanya tak kena selera. Hmm.. akhirnya, aku pilih untuk biar kan rambut lurusku terlepas. Di celah telinga, aku selitkan penyepit rambut hitam sebagai pelengkap gaya.

Air yang aku pesan sudah tinggal separuh. Sempat mataku mengerling ke arah jam yang tergantung di bahagian kaunter. Hmm.. hanya tinggal tiga minit saja, jam akan menuding pada angka dua.

Lama aku menunggu sebelum akhirnya mataku tertancap pada kelibat seorang lelaki yang berpakaian smart casual. Dengan jaket dan seluar jeans bisa, yurp.. aku sudah tabur puji untuknya. Serba ringkas namun masih tak menjejaskan imej tampannya.

"Sorry abang lambat. Jame." jelasnya.

Tempat duduk di hadapanku didudukinya. Bau haruman minyak wangi yang dipakainya buatkan aku sudah tidak senang duduk diam. Hmm.. minyak wangi favourite aku. Sangat aromatik dan menyegarkan..

"Tak apa. Abang pesanlah dulu lepas itu, kita bincang." ayat matang yang aku latih beberapa minit lalu aku hamburkan. Nampak mantap walau pun ada getaran dalam nadanya.

Selesai sahaja abang Mikhael membuat pesanan. Suasana sepi kembali membelengu. Aku diam dan dia juga diam. Jujur, aku awkward.

Sempat juga mataku mengerling memandang wajah bersih milik abang Mikhael. Siapa aje yang tak cair tengok muka abang Mikhael. Dengan wajah putih, bibir merah dna juga mata tajamnya itu.. sangat mengharukan jiwa wanita. Apa yang aku suka pandang pada wajah lelaki itu adalah tahi lalat mini yang terletak di hujung matanya dan tak lupa juga senyumannya yang panjang itu.

Hmm.. tiba-tiba pula aku rasa tak menyesal untuk ambil dia sebagai suami.

"Tadi, abang kata abang nak bincang sesuatu kan? Hmm.. apa dia?" aku tidak mahu berlengah.

Matanya aku pandang penuh berani. Berharap agar itu adalah cara aku untuk nampak dewasa di hadapannya. Ehem..

Satu keluhan berat Mikhael lepaskan. "Memang adapun. Hmm.. Warda okay tak dengan semua ni?" soalan pertamanya terpacul.

Erk! Okay? Hmm.. aku sendiri pun tak pasti.

"Nak tak nak, Warda kena terima semua ini kan?" balasku.

Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala. Terlihat raut bersalahnya bermain. Dia diam seketika sebelum akhirnya satu keluhan lemah dia lepaskan.

"Abang rasa semua ini betul-betul salah. I means, family kita salah faham. Abang care fasal Warda selama ini bukan sebab abang ada hati pada Warda. Abang cuma anggap Warda sebagai seorang adik. No more or least."ujarnya dalam nada lemah.

Aku agak tersentak dengan pengakuannya sebentar tadi. Jadi, memang selama ini.. aku ajelah yang terhegeh-hegeh fikir dia ada perasaan pada aku? Huh.. walaupun kenyataannya, dia hanya anggap aku sebagai adik perempuan yang patut dia lindungi?

Lemah sangat ke aku ni sampai dia cakap macam itu sekali?

"Kenapa abang perlu ambil berat fasal Warda? Sebab.. Warda ni terlalu lemah ke?" soalku mendatar.

Dia ketap bibir. "Because I think I have my own responsible as your brother."

Huh, tak guna. Dia cakap laju sangat sampai aku tak dapat tangkap satu apapun yang dia cakap.

"Jadi, abang fikir Warda lemah?" aku ulang soalanku semula. Minta dia ulang dalam bahasa Melayu.

"Bukan ke itu sebabnya diorang satukan kita? Sebab diorang risau akan jadi sesuatu pada Warda. Sejak kecil sampai sekarang, Warda akan selalu menangis kalau ada apa-apa jadi. Thats the reason, I always care about you as my sister."

Kali ini, aku agak tersentap dengan apa yang dikatakannya. Lama aku diam sebelum akhirnya mataku beralih pada abang Mikhael. Huh, tak sangka dia boleh anggap aku selemah itu.

Aku tak lemah dan aku tak perlukan perhatian dia.. Aku bukan lagi budak kecil yang menangis sepanjang masa.. Aku sudah besar, dan yurp.. aku tak lemah!

Nurul Warda Zafira bukan lagi seorang budak kecil yang suka merengek dan manja sepanjang masa. Huh, aku adalah seorang dewasa yang cantik dan kuat! Yurp.. sangat kuat!

Satu dengusan kecil aku lepaskan. Senyuman penuh paksa aku berikan. "Terima kasih atas luahan isi hati abang itu. Cuma ada satu perkara yang Warda nak abang tahu. Warda tak perlukan abang untuk care fasal Warda. Warda boleh jaga diri Warda sendiri walaupun tanpa abang." tegasku.

Langkahku atur meninggalkan dia. Sebal hati, aku bawa sekali. Yurp.. tak suka bila encik Mikhael berlagak ambil berat fasal aku.
...






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro