BAB 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ma, boleh tak kalau kita jangan teruskan perkahwinan ni. Warda dah fikir masak-masak dan Warda masih tak sedia lagi nak jadi isteri orang." luahku.

Mama yang ketika itu sedang sibuk mengemas kebun bunganya sudah berpaling hairan padaku. Terus kerjanya ditunda lalu dia bercekak pinggang.

"Kenapa tiba-tiba kamu kata macam itu pula? Warda, kamu jangan nak mengada. Majlis itu esok dan kamu cakap kamu tak nak pula?" nada mama sudah bertegas.

Aku kacip gigi. Pandanganku ditunduk kan ke bawah. Kecut perut aku bila bertentang dengan mata garang mama itu.

Yurp, mestilah mama marahkan? Waktu itu kata, nak berserah untuk terima namun sekarang mengada minta taknak teruskan. Hmm.. apalah kau nakkan sebenarnya Warda?

Majlis pernikahan kami akan diadakan pada esok hari. Acaranya dibuat serba ringkas memandangkan semua ini datang mengejut. Bertunang pun mengejut, nak menikah pun mengejut. Lepas sahaja mama dan papa pulang, baru majlis persandingan akan dibuat secara besar-besaran. Erk?

Apabila melihat aku diam membisu. Mama sudah mengeluh lemah. Gunting kecil yang berada dalam tangannya diletakkan di atas meja yang tersedia di taman lalu bangku di sebelahku didudukinya.

Bahuku dipeluknya. Aku terus alihkan pandanganku ke arahnya.

"Kenapa ni? Cuba kamu ceritakan pada mama.." pujuk mama. Nadanya lembut saja.

Aku masih diam. Takkan mungkin aku mahu menjaja cerita fasal perbincangan antara aku dan abang Mikhael semalam. Perbincangan yang buat aku rasa sebal hati pada abang Mikhael.

"Hmm.. tak ada apa-apalah. Warda tak apa-apa." aku pilih untuk berbohong.

Mama pandang aku sejenak. Tangan nya dialihkan menggenggam tanganku . Aku pula biarkan.

"Mama faham benda ini sukar untuk kamu tapi mama dan papa buat semua ini sebab kami sayang kamu. Kami nak kamu selamat. Sejak kecil lagi, Mikhael ada selalu untuk kamu. Waktu kamu sakit, kamu luka, kamu menangis.. dia yang ada untuk kamu. Sebab itu, mama yakin yang dia akan lindungi kamu."

Hmm.. mama pun fikir aku perlukan abang Mikhael untuk jaga aku. Lemah sangat ke aku ni sampai semua orang fikir aku perlukan lelaki itu untuk terus selamat?

Terus aku beralih dari sofa ke katil. Tubuh langsingku baringkan lalu siling putih bilikku,aku renung. Hmm.. aku masih terus dibayangi dengan apa yang abang Mikhael sebutkan.

'Bukan ke itu sebabnya diorang satukan kita? Sebab diorang risau akan jadi sesuatu pada Warda. Sejak kecil sampai sekarang, Warda akan selalu menangis kalau ada apa-apa jadi. Thats the reason, I always care about you as my sister.'

Suatu bicara yang amat menghina Warda Zafira. Dia bercakap seperti aku ni lemah sepanjang masa. Hmm.. tiba-tiba pula aku rasa memyesal tentang zaman kecil aku. Yurp, menyesal sebab bergantung harap pada lelaki itu.

"Huh, serabut!" keluhku kasar.

Tidak mahu terus menerus dihantui oleh fikiran itu, telefon pintarku belek. Laman instagram aku buka. Setiap satu persatu akaun milik selebriti dan juga teman sekolahku tilik. Mungkin dapat hilangkan ingatan aku pada abang Mikhael buat sementara waktu.

Lama aku belek laman sosial itu namun perasaanku masih tak keruan. Aku sudah gigit bibir. Aku diam sambil tanganku perlahan-lahan menekan satu persatu papan kekunci. Nama akaun milik abang Mikhael aku eja di laman carian.

_Mikhx.YiL

Jelas terpampang akaun peribadi milik abang Mikhael. Terus mataku tertancap pada gambar yang baru sahaja diupload satu jam yang lalu.

Gambar yang diupload bukan gambar dia tetapi gambar tangan lelaki dan perempuan yang saling menggenggam. Captionnya panjang lebar.

'Hari ini mungkin bakal menjadi my last day as a single person. Someone yang suatu ketika dulu pernah buat aku rasa nak lindung dia, someone yang dulu buat aku rasa nak dia selamat dalam jagaan aku. Mungkin, aku patut turun kan ego aku dan teruskan dengan takdir yang sudah Tuhan tetapkan untuk aku.. Ergh?!! Geli bhai..'

Aku tersenyum nipis bila baca captionnya itu. Haha.. tak sangka abang Mikhael boleh buat ayat jiwang meremang satu badan.

Aku beralih pada ruangan komen pula. Terdapat sekitar 65 komen bagi gambar tersebut. Hmm.. not bad! Satu persatu komennya aku baca.

Jamal_eunos Aphal? Kau nak getback dengan Rina balik ke?

Cathy231 Why baby? Did you want to getback with Rina again?

Sofi_xmxl Kau ni, Mikha. Mentang-mentang aku tak ada kat Malaysia, terus kau tak bagitahu aku kau nak getback dengan Rina balik kan? Haha.. hope, kali ini relationship kau sampai ke Jannah, bro!

Aku sudah berkerut dahi. Kebanyakan komen yang aku baca semua berkaitan fasal Rina. Huh? Siapa perempuan ni? Perasaan geramku meluap.

Terus, aku tutup laman instagram lalu telefon pintarku campak ke sebelah. Ergh?!!!

Siapa pula Rina itu?!!
...
"Kamu sudah siap ke, Warda?" soal mama dari luar.

Pintu bilikku yang terbuka menyenangkan mama untuk melihat aku. Senyumannya meniti tatkala melihat aku nampak sopan berbaju kurung putih berserta selendang yang menutupi sebahagian daripada rambutku. Pendandan yang mengerjakan wajahku, aku pinta agar tidak menyaratkan bahan kimia itu ke wajah aku. Senang cerita, natural beauty.

Perlahan mama mendekati aku. Senyumannya masih jelas terlukis. Dekat saja denganku, wajahku dibeleknya kiri kanan atas bawah. Aku yang melihat gelagat mama itu sudah tarik sengih sumbing.

"Tak cantik ke, ma?" soalku ingin tahu. Senang cerita, aku sudah tahu aku memang cantik tapi sengaja nak menagih pujian. Hehe..

Mama mengangguk. "Anak dara mama memang cantik pun. Kamu pun nampak manis berselendang macam ni. Seronok mama tengok.." puji mama melambung.

Aku masih seperti tadi. Senyuman penuh innocent aku berikan. Konon nya, segan padahal mahu.

"Jom kita turun, semua pun dah ada kat bawah itu.." pinta mama tidak mahu berlengah.

Aku menurut kehendak mama. Entah kenapa, sedari tadi dadaku asyik dengan debaran. Beberapa kali, aku menyentuh dada agar debaran itu dapat diredakan namun semakin dekat waktu, semakin itulah dia makin kencang. Huh..!

Mama pimpin aku menuruni tangga. Dari atas aku sudah lihat ramai yabg berkumpul. Kebanyakannya ahli keluarga yang terdekat. Kawan? Hmm.. aku tetapkan syarat baru pada mama. Kalau aku dinikahkan, aku tak mahu rakan sekolah mahupun rakan sekelasku tahu tentang perkara ini.

Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan keluarga sahaja. Aku yakin kalau perkara ibi tersebar, pastinya ia akan memburukkan keadaan. Yurp..!!

Mataku terus tertumpu pada sesosok lelaki yang segak mengenakan baju melayu putih dan bersongkok hitam. Lelaki itu sudahpun sedia bersila di meja akad. Aku ketap bibir tatkala membelek wajahnya. Yurp, dia sedang termenung memikirkan sesuatu.

"Cantiknya Warda.." pujian orang ramai itu mengalihkan perhatian Mikhael padaku.

Tak semena, pandangan kami bertaut. Dia nampak terpaku tatkala melihat gerangan aku datang mendekati namun tak lama lepas itu, dia terus alihkan pandangannya ke tempat lain. Aku pula sudah menunduk malu. Pfft..

Usai sahaja aku duduk di sebelah mama dan Puan Sri Adila, upacara akad nikah dimulakan.

Al-Fatihah sebagai pembuka acara. Selesai itu, papa sebagai wali aku terus menghulur tangan untuk berjabat. Mikhael mencapai tangan papa perlahan. Wajahnya sama seperti tadi.. berserah.

"Boleh kita mulakan sekarang, Mikha?" soal papa minta izin.

Mikhael tarik senyum nipis. Sebuah anggukan dia berikan. "Boleh." balas nya sepatah.

Papa dan yang lain sudah mengangguk faham. Terus genggaman tangannya dipererat.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Nurul Warda Zafira binti Ridhwan Khalid dengan mas kahwin sebanyak RM1305 dan seperangkat alat solat dibayar tunai." lancar papa mengucapkan taklik itu.

Debaranku kian kencang. Sedari tadi, mataku masih tak lepas dari memandang jasad Mikhael. Aku tahu dia juga sudah serba-serbi.

Hampir beberapa saat dia diam, sebelum akhirnya dia membalas. Mata papa dipandangnya.

"Aku terima nikahnya Nurul Warda Zafira binti Ridhwan Khalid dengan mas kahwin sebanyak RM1305 dan seperangkat alat solat dibayar tunai." lancar sebutan akad itu disebut nya.

Apabila saksi menjawab sah, maka hari itu telah tercatat sebagai hari bersejarah aku. Hari dimana status anak daraku berubah kepada seorang isteri. Isteri 17 tahun yang masih belum tamat SPM! Huh..

Upacara pembatalan air sembahyang diteruskan. Abang Mikhael datang mendekatiku. Mama pula disebelah sudah berikan kotak kecil berisi cincin kepada kami. Dia sarungkan cincin ke jari manisku manakala aku pula sarungkan cincin ke jarinya pula.

Setelah itu, suasana janggal kembali mengisi ruang antara kami. Yang lain masih menanti upacara pembatalan air sembahyang. Kini, mata terarah pada kami berdua.

Aku yang terasa diperhatikan yang lain sudah meliar memandang mereka semua. Erk?! Kenapa semua tenung aku ni? Terus mataku mengerling mama di sebelah.

"Ma, kenapa semua pandang Warda?" soalku dalam perlahan. Manalah tahu ada yang salah ke?

Mama tersenyum nipis. Mikhael yang ada di hadapanku juga turut memandang ke arah kami berdua. Rasanya, dia pun tak tahu kot. Ingat tukar cincin dan lepas itu, habis. Erm..

"Memanglah semua pandang kamu. Kamu belum cium lagi tangan abang Mikhael kamu itu. Mikha pun belum cium dahi kamu." celah Puan Sri Adila yang turut sama mendengar perbualan antara aku dengan mama.

Aku tersentak. Huh? Tak pernah aku tahu tentang perkara itu. Walaupun dalam drama Melayu benda itu bersepah, tapi.. aku jarang tonton drama. Masa sepupu belah mama kahwin pun, aku elak dari berkumpul. Senang cerita, aku memang tak tahu yang step itu wujud.

"Cepatlah salam."arah mama bila lihat aku termenung lama.

Telan liur aku dibuatnya. Dengan mata yang tertunduk ke bawah, aku cium tangan abang Mikhael. Berpeluh tapak tangan aku dibuat nya. Setelah mencium tangannya, kini giliran abang Mikhael pula yang kucup dahiku.

Bibirnya makin dekat dengan wajahku. Sempat aku lihat ahli keluarga yang datang sudah berura-ura mahu mengambil gambar. Kedua-dua belah tangan abang Mikhael memegang pipiku lembut lalu spontan, bibirnya mengucup dahiku.

Hmm, yurp.. tak sangka perkahwinan olok-olok kami dulu kini menjadi cerita realiti.
...
p/s》

Hye dan Assalamualaikum, guys. Sebelum itu, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca cerita saya yang kelapan ni, Terkahwin dengan Sir! Serius saya rasa serba salah sebab jarang sangat update sejak kebelakangan ni. Update pun sekali sehari. Saya sibuk dengan praktikal.

Balik aje praktikal, saya terus tidur. Pukul 2 pagi, baru bangun. Sebab itulah sekarang saya selalu update pepagi. Saya cuba nak biasakan update selalu.

Hmm, saya harap cerita ni takkan buat readers meremang bulu roma. Al-maklumlah perkahwinan budak bawah umur kan?😂😂.. Orang buat cerita cenghini, saya pun nak cuba. Saya janji, ini last.. lepas ni saya x nak libatkan kehidupan budak sekolah. Haha.. isu Malaysia terkini. Nak-nak lagi bila viral kes budak 11 tahun kahwin dengan lelaki lagi tua dari dia itu.

Erm, saya tulis cerita ni suka-suka aje tau. Kalau anda rasa mcm tak bagus, disarankan untuk berhenti. 😥😥.. saya risau benda ni sensitif. Itu aje. Tapi, kalau nak baca.. boleh aje. Thanks sebab always support karya saya.

Stay tuned😍

Btw, saya nak tolong someone promote story dia. Judul dia 'Sunflower for Cik Cinta' karya @aaisyah_daisy. Support👏




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro