BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Abang Sufi yang sedang leka menonton rancangan National Geographic itu aku dekati. Yurp, itulah abang aku. Harap aje muka tampan tapi peminat tegar cerita berkisar haiwan bagai ni. Aku pun sendiri tak faham dengan dia. Keluarga kami keluarga business tapi abang lebih memilih untuk menjadi doktor haiwan. Dia minat tengok haiwan tapi sayangnya ibubapa kami tak menyokong minat nya itu.

Sama seperti abang, minat aku bukan pada business. Cita-cita aku adalah mahu menjadi pereka fesyen yang ternama. Aku nak selebriti tak kiralah Malaysia ke luar negara, pakai baju yang aku design untuk diorang. Wou!!! Of course cantik tapi seperti abang.. cita-cita aku itu mendapat kekangan dan aku dipaksa untuk buat apa yang aku tak mahu. Ambil aliran perniagaan.. hmm, dalam terpaksa, aku ambil juga.

Tempat duduk di sebelah Abang Sufi aku duduki lalu mataku terarah pada TV.

"Apa ni subtitle bahasa Inggeris? Tukar bahasa melayu cepat!" arahku. Haish!! Sudahlah aku anti.

Abang Sufi sudah masam muka. Wajah aku dipandangnya. Terserlah kebengangannya di situ. "Suka hati abanglah nak guna subtitle apa pun. Abang yang tengok, adik nak panas itu kenapa?"

"Memanglah abang yang tengok tapi masalahnya ni. Orang dalam tv ni cakap bahasa inggeris, takkanlah subtitle pun bahasa inggeris juga? Cepatlah tukar!!! Kalau abang tak buat, adik rampas!" ugutku sudah berura-ura mahu bertegang dengan lelaki itu.

Namun, abang aku itu jenis tak makan saman. Dengan wajah tak kisahnya, dia tenung TV itu semula seperti tak terusik langsung dengan ugutanku. Malah, kunyahan popcorn itu buat aku rasa sebal.

"Cepatlah tukar.." desakku sudah menggoncang bahunya.

Satu keluhan nipis lelaki itu lepaskan sebelum wajahnya pandang aku semula. Sempat tangannya menepis tanganku yang memaut bahunya sedari tadi.

"Bagaimana adik nak pandai inggeris kalau nak tengok tv pun pakai subtitle Melayu? Haih.. kata nak pandai bahasa inggeris, tapi usaha pun tak ada. Beritahu abang, apa aje usaha adik untuk belajar BI?" tanya nya sudah mengaitkan isu bahasa inggeris itu dengan aku.

Lama aku pandang wajah abang sebelum satu hela kalahku terlepas. Badan aku sandar lalu tanganku sudah bersilang di dada. Muka menyampah ku bertayang.

"Fine. Adik tahulah adik bodoh BI tapi tak payahlah perli sampai macam itu sekali." sindirku.

Lelaki itu sudah menyengih. Aku dengar dia menghela nafas putus asanya.

"Adik, BI tu penting tau. Adik suka ataupun tak, adik kena belajar juga. By hook or by crook you must learn it." dia sudah mencampuradukkan dua bahasa itu dalam tuturnya.

Aku melepaskan keluham berat. Wajah abang Sufi aku pandang geram. Nak dibandingkan aku dengan abang Sufi, dia bagus segala nya. Bukan setakat kokurikulum aje dia perform habis, kurikulum pun dia juara juga.

Semasa keputusan SPM diumum kan, abang Sufi merupakan salah seorang daripada pelajar yang berjaya mendapat 10A semua subjek yang dia ambil. Mesti pelik kan? Kenapa keputusan baik tapi ambil tingkatan 6?

Semuanya disebabkan abang Sufi ada hati dengan seorang pelajar perempuan dalam sekolah ni. Pelajar perempuan yang dia minat itu adalah kawan aku sendiri iaitu Gina. Well, Gina kan budak bola keranjang dan abang aku memang taste dia jenis perempuan lasak. Aku pun dapat tahu bila aku perhati gelagat abang bila jumpa Gina.

Senyum acah kacaknya itu ditayang malah bila Gina nak bercakap dengan dia pun, dia gugup tiba-tiba. Hmm.. nampak aje abang aku itu macho pada luaran namun hakikat yang pasti dia pengecut. Fuh..rasa lega pula bila buka kelemahan dia ni. Hehe..

Kerana tidak tahan dibebel, aku akhirnya bangun lalu bergegas naik ke bilik. Tak sukalah kalau abang Sufi ungkit bahasa inggeris. Nak dengar orang bercakap bahasa inggeris pun, aku sudah rasa berbulu!

Miang!
...
Buku latihan matematik yabg terbentang depan mata aku belek dengan rasa jenuh. Haih, ini yang malas ni kalau belajar matematik tambahan. Nak kena hafal formula lepas itu kena selesaikan soalan. Aku sedikit buntu.

Selepas bahasa inggeris, subjek yang aku kurang gemar adalah matematik tambahan. Betullah apa abang dan kakak senior tahun lepas kata.. matematik tambahan adalah subjek yang mengharukan kepala otak budak sains. Fuh.. hanya tinggal setahun aje aku kena menghadap subjek-subjek ni then.. I'm done!!!

"Huh.. soalan cantik sikit, boleh tak?" rengekku sendiri.

Kepalaku garu beberapa kali. Berharap perbuatan itu dapat meringankan sedikit keserabutan dalam fikiran aku ketika ini.

Sedang leka aku menghubungkan neuron-neuron otakku, deringan telefon pintarku menjedakan segala nya. Segera aku capai lalu aku belek nama pemanggil itu.

Senyumanku terukir. Gina.

"Heiyh, babe! Apsal call ni?" soalku sudah menutup buku latihan. Tiga soalan dalam satu jam..?? Hmm.. not bad, sebenarnya.

"Aku call ni sebab nak tahu something. Betul ke kau nak ajak aku, Laura, Jenny dan Atika cuci tandas lusa? Betul ke, Warda?" nada tak puas hatinya terselit.

Aku sudah jongket kening. Apa yang salahnya kalau ajak kawan join sekaki?

"Betullah itu. Korang pun Jumaat itu bukan buat apa pun kan?" dugaku dengan penuh yakin.

Satu keluhan lemah Gina lepaskan. "Kau ni, Warda. Sejak dulu sampai sekarang perangai kau masih tak berubah. Kau fikir fasal kau tanpa kau pedulikan perasaan kawan kau yang lain. Please, fikir fasal orang lain." kesal Gina sedikit tegas.

Aku sudah berkerut dahi. Tak puas hati bila Gina bahaskan fasal 'keburukan' aku itu.

"Apa maksud kau? Salah ke kalau aku ajak korang cuci tandas sekali? Kau kata kau kawan aku. Kawan itu, susah senang bersama." aku masih mahu berdebat.

"Memanglah, susah senang bersama. Masalahnya sekarang problem itu kau buat sendiri. Kau tahu tak.. Jumaat ni aku ada pemilihan untuk bola keranjang, Jenny pula dia ada hal family. Kau tak tahu kan semua itu?" tebak Gina pula ingin tahu.

Aku sedikit terpempan. "Baguslah. Macam inilah kawan. Bila aku perlu kan, tak ada siapa nak tolong. Suka sangat bagi alasan." keluhku.

Terus aku menamatkan talian lalu telefon pintarku yang berjenama iPhone itu aku matikan. Rasa marah dan kesalku berkecamuk. Membuat kan fikiran yang tadi serabut bertambah teruk.

Langkahku atur menuju ke bilik tidur. Buat masa sekarang, aku perlukan tidur. Rehatkan minda dan buang kemarahan aku itu.

Mataku cuba lelapkan namun suara Gina tadi berjaya menjenguk fikiran ku. Satu keluhan lemah aku lepaskan sambil siling putih bilikku aku tatap dengan perasaan bercampur baur.

Aku sudah berkawan dengan Gina hampir empat tahun begitu juga dengan Laura manakala Jenny dan Atika aku kenal ketika aku berada di tingkatan empat. Antara Laura dan juga Gina, aku lebih rapat dengan Gina. Aku selesa berkawan dengan dia sebab dia selalu ada untuk aku bila susah dan senang.

Namun lepas Gina dipilih mewakili sekolah untuk pertandingan bola keranjang, aku dan dia sudah jarang berkumpul bersama. Yurp.. aku akui sedih bila tak dapat bersama dengan dia tapi sekurang-kurangnya, tingkatan lima ini, aku sekelas dengan dia. Jadi, kami bolehlah bergurau sakan bagi menggantikan masa yang aku sudah hilang dengan nya.

"Aku pentingkan diri ke?" soalku sendirian.

Selimut yang berada paras pinggang aku tarik sampai ke dada. Kepalaku ligat memikirkan jawapan bagi soalanku sendiri. Pentingkan diri?..

Lama aku berfikir sehingga akhirnya, aku tertidur dengan jawapan yang tak pasti.
...
"Cantiknya kau, Warda. Aku suka.." pujinya.

Gambar gadis itu yang diambil daripada instagram dibeleknya dengan senyuman penuh makna. Jari telunjuknya bermain di sekitar wajah milik Warda. Dari dahi sampailah ke bibir. Kadang tangan nya turun mengusap leher jenjang Nurul Zafira Warda yang terdedah.

Matanya dipejam membayangkan ketika ini dia sedang mengusap kulit gebu gadis itu. Makin mekar senyum gatalnya terukir.

"Haih, hari ini pun kau nampak cantik, sayang. Sama cantik macam hari-hari lain.."masih dengan pujian nya.

Setelah dibelai dan diusap gambar itu, diciumnya pula bibir merah Warda yang terpotret pada gambar itu. Dengan penuh lembut namun bernafsu. Masih seperti tadi.. memejamkan mata rapat seakan-akan dia benar-benar menikmati dua ulas bibir comel itu.

"Bilalah agaknya kau akan sukakan aku, Warda? Sampai bila?? Aku tunggu kau nampak aku tapi.. masa itu masih belum tiba. Aku harap sebelum kita habis SPM, kau akan sedar perasaan aku ni pada kau sayang.."ujarnya sendirian.

Sekali lagi gambar itu dibelainya. Dengan penuh berhati-hati, dia meletakkan gambar Warda itu di bawah selimut miliknya.

Terkekek-kekek dia berlari ke bahagian sebelah katil. Tubuh sasa nya dibaringkan bersebelahan gambar Warda.

Untuk kali terakhir, dia merenung gambar gadis itu lalu senyuman nya terukir.

"Goodnight, darling." ucapnya sebelum memadamkan lampu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro