BAB 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejak aku duduk di bangku sekolah sampailah nak ke masa rehat, aku langsung tak bercakap dengan Gina. Gadis itu juga memilih jalan untuk mendiamkan diri. Dia seperti tak pedulikan aku di sisinya.

Bila dia diam, aku pun diam. Keadaan sedikit janggal antara aku dan dia. Malah, Gina juga abaikan aku bila kami mulakan sesi gosip gigirl kami. Gila tak terasa? Aku terkilan namun aku pendam sahaja.

Kringgg!!

Kelas Sejarah sudah tamat. Setelah Encik Azman keluar dari kelas, pelajar lain juga beransur-ansur pergi. Yang tinggal hanyalah beberapa orang pelajar, aku dan juga Gina.

Baru sahaja Gina berura-ura mahu pergi, terus tangannya aku gapai. Langkah sahabat aku itu terhenti lalu wajahnya disuakan pada aku. Raut nya nampak biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku antara kami berdua.

"Kau okey tak?" soalku ingin tahu.

Gina nampak menghela nafas. Senyumnya dijongket paksa. "Apsal kau tanya macam itu? Aku okey. Kau tak nampak ke aku sihat sekarang ni." dia dengan loyanya.

"Bukan. Maksud aku, cara kau layan aku nampak macam lain. Kau marah kat aku ke fasal hal tandas itu? Kalau kau taknak follow, tak apa. Aku tak kisah. Yang lain ada.." balasku sedikit hambar disitu.

"Kalau yang lain pun ada hal, kau masih nak paksa diorang?" soalan nya kini buatkan aku termangu.

"Maksud kau dengan paksa? Kau nak cakap aku pentingkan diri?"

Satu keluhan Gina lepaskan. Tangan ku yang menggenggam tangannya dilepaskan lalu senyuman nipis dia berikan.

"Kau tak pernah tahu fasal aku, fasal Atika, Laura dengan Jenny. Kita memang kawan tapi kau kena faham kitorang. Now, semua sibuk dengan urusan masing-masing. Aku dengan tournament aku, Jenny dengan kelab dia, Atika dengan family dia.. Laura dengan polo dia. Kau pernah tak terfikir semua itu. Kekadang, kami tak boleh nak selalu dengan kau, Warda tapi tak bermaksud kami bukan kawan kau." luah Gina dalam nada melepaskan segalanya.

Aku tergamam dengan apa yang Gina katakan. Dia seolah-olah menuduh aku ganggu hal 'penting hidupnya' itu. Dan, yang buat aku paling tak terkata adalah bila di hujung ayat, dia masih gunakan istilah kawan. Huh?!

Penumbuk geram aku bukukan. Tubir mataku terasa panas.  Kecewa bila mendengar luahan hati kawan yang sangat aku sayang. Sanggup dia kata begitu pada aku? Selama ini.. aku tak cukup memahami mereka berempat ke?

"Fine!"
"Kalau kau taknak ikut, kau boleh pergi. Kau dah banyak berubah semenjak masuk game kau itu. Lepas aje kau masuk bola keranjang, kau dah tak banyak luang masa dengan yang lain. Fine, kau ada kawan yang hebatkan sekarang!! Sebab itu, kau cakap macam itu. Kalau kau rasa diorang lagi bagus, kau boleh blahlah!!" halauku. Nadaku memuncak.

Sebal hati kian menghimpit. Membulat dan tajam mataku menikam anak mata coklat milik Gina. Terlihat jelas wajah terkedu nya di situ. Aku tak peduli riak wajah bengis yang bertayang pada muka ku kini. Rasa marahku lebih penting.

Lama Gina diam tak berganjak di hadapanku namun setelah itu keluhannya terlepas. Sempat mata nya mengerling wajahku sebelum dia akhirnya melangkar pergi meninggalkan aku sendiri. Raut kecewanya sempat dia suakan.

Pelajar lain yang ada dalam kelasku juga sudah diam tak berkutik. Mata mereka malah tak lepas dari menyaksikan aku yang masih berdiri dengan muka bengisku. Jelingan tajam aku berikan kepada mereka sebagai tanda amaran sebelum aku juga mengikut jejak langkah Gina keluar dari kelas itu.

Langkahku bawa menuju ke blok yang jarang digunakan oleh pelajar. Hati yang masih tercalar, aku cuba ubat sendiri. Mungkin dengan jauhkan diri daripada Gina, aku dapat hilangkan perasaan geram itu.

Baru sahaja aku mahu memanjat ke tingkat dua, aku dikejutkan dengan kelibat seorang manusia. Dia sedang duduk di tangga, betul-betul menghadap aku. Matanya tajam merenung wajahku. Senyumannya tak berhias. Terdapat puntung rokok yang masih menyala di celah jari nya.

"Kau merokok?" terkejut aku gamaknya.

Mana taknya, aku ingat pelajar baru yang baru dua hari menjadi rakan sekelas aku itu perangainya serupa dengan rambut tolak tepinya itu namun sangkaan aku meleset 360 darjah. Rasanya, rambut tolak tepi itu sekadar topeng untuk mengaburi pandangan kami satu sekolah kepadanya.

Raut wajahnya nampak tak bersalah. Masih acah poyo walaupun hakikat nya dia sudah terjerat oleh Nurul Zafira Warda.

"So?"

Aku sudah berkerut seribu. Wajahnya nampak bersahaja. Ibarat kesalahan yang dia lakukan ini tak adalah sebesar mana. Pfft.. dia tak tahu ke? Kalau merokok dalam kawasan sekolah, dia boleh digantung sekolah?

"Merokok. Itu not true tahu tak?!" sempat aku selitkan adverb di situ. Dalam kamus inggeris Warda, not true membawa maksud kesalahan.

Alis keningnya sudah bertaut. "Not true?"

Aku sudah menganggukkan kepala tegas. "Yurp, not true!" tanganku sudah aku cekakkan di pinggang.

Untuk seketika, Hairil tak membalas. Suasana panas tadi berubah sepi. Dia tak menyahut dan aku juga tak membalas. Kami diam. Janggal sedikit suasananya disitu.

Puntung rokok yang masih menyala dihisap habis. Matanya pula masih tak lepas memandang aku yang acah buat muka garang. Sempat pula itu matanya meliar ke arah cekam merah hati yang menghias rambutku. Sengih sinisnya terlukis.

Dan, yurp.. aku rasa berdebar bila disapa senyuman itu. Manis sangat. Mahu saja aku tersengih di situ namun aku masih kentalkan jiwa untuk tidak terpujuk.

Hairil bangun lalu puntung rokok itu disumbatkan ke dalam tin minuman milo yang terletak di sebelahnya. Setelah itu, tin tersebut dibuangnya ke dalam tong sampah. Pandangan sinisnya masih menatap wajahku.

"Sebelum kau betulkan salah aku lebih baik, kau betulkan bahasa inggeris kau dulu." sindirnya sebelum pergi meninggalkan aku terpinga di situ.

Watdehek? Dia perli bahasa inggeris aku! Cis, baru nak puji senyuman dia yang manis walaupunsinis itu.. tapi, huh?! Tak sangka perangainya macam hareemm!!!
...
"Warda!!!"

Laungan bersatu yang menyapa halwa telingaku itu berjaya buatkan langkahku mati. Terus aku pusing kan tubuhku menghadap si empunya suara. Terlihat jelas kelibat Atika, Jenny dan Laura berlari-lari anak mendapatkan aku.

Muka risau mereka bertayang. Nampak macam bersalah pun ada juga.

"Kau gaduh dengan Gina ke, Warda?" itulah soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Laura saat mendekatiku.

Atika dan Jenny tumpang telinga sekali. Muka ingin tahu mereka jelas terpampang.

"Haah, apsal masa rehat tadi aku tak nampak kau keluar dengan Gina?" soalan Atika pula berganti.

Terus Jenny menunjal kepala Atika. Atika yang sedikit selenga itu terus berpaling pada Jenny. Kawasan ditunjal itu diurutnya perlahan.

"Apa? Salah ke soalan aku itu?"

"Bukan salah tapi sabar boleh tak? Bagi si Warda tu jawab soalan Laura, then..barulah kau pula yang tanya." jelas Jenny.

Aku yang melihat gelagat mereka berdua itu sekadar tersengih pendek. Tiba-tiba pula rasa rindu dengan tingkah comel Atika dan Jenny. Atika jenis yang macam bimbo sikit. Bodoh tak bertempat. Jenny pula jenis yang malas nak layan Atika tapi dalam pada masa yang sama, dia care fasal Atika. How sweet..?

"Tak adalah. Aku okey aje. Korang jangan risau." ujarku cuba mengukir senyuman seperti biasa.

Laura mengeluh perlahan. Dia melangkah setapak mendekatiku lalu bahuku dipegangnya. "Aku tahu yang kau gaduh dengan Gina lagi kan?" tebaknya.

Aku hanya mampu diam. Mana mungkin aku akan ceritakan pada mereka bertiga tentang apa yang jadi antara aku dan Gina.

"Warda!!!"

Laungan suara garau itu mengalih kan perhatian kami bertiga. Aku lihat kelibat Abang Sufi melambai- lambai ke arah aku. Nice! Tak sangka abang Sufi itu berguna di saat-saat genting begini.

"Erm, guys!! Aku rasa kereta papa aku dah sampai. So.. erm, bye!!" ucapku lalu tergopoh-gopoh berlari meninggalkan mereka bertiga di belakang.

Satu helaan lega aku lepaskan. Tak sanggup aku hendak berhadapan dengan mereka semata-mata mahu membahaskan fasal Gina.

Hm..
....




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro