BAB 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari Isnin kembali menjengah. Seperti biasa, aku akan bangun pada pukul 6.30 pagi sama seperti biasa namun hari ini, bangun aku sedikit berbeza. Bila aku bangun, abang Mikhael juga akan bangun. Terus mataku yang sedikit mengantung itu tajam memandangnya yang sedang mengeliat.

Baru sahaja dia berura-ura mahu bangun, segera aku turun katil lalu tuala yang tergantung di kaki katil aku capai laju. Dalam beberapa saat, aku akhirnya berjaya menakluki bilik air.

"Warda, mandi jangan lama sangat. Abang pun nak guna juga!" laungnya dari luar bilik mandi.

Aku langsung tak menyahut laungan nya itu. Bak pepatah orang dulu-dulu, siapa cepat dia dapat.

Yurp, hidup berdua dalam satu bilik memang memerlukan kepantasan. Kepantasan dalam merebut bilik mandi.

Selesai sahaja mengemas diri, aku segera menuruni tangga. Meja makan aku dekati dan roti bakar yang terhidang atas meja aku capai. Kelibat Puan Sri Adila muncul dari dapur dengan membawa minuman pagi untuk kami semua. Air milo panas..

"Mikha dah bangun?" soal wanita itu. Tempat duduk kosong di hadapanku didudukinya.

Aku yang leka menikmati roti bakarku sekadar mengangguk. Sempat mataku mengerling ke arah jam yang tergantung di ruang makan. Jam sudah menunjuk angka 7.10 minit. Hanya tinggal 20 minit saja lagi, waktu persekolahanku bermula.

"Mama Dila, nak tanya something boleh tak?" soalku sudah menatap wajah wanita di hadapanku itu.

Mama Dila sekadar mengerut dahi. "Apa dia?"

"Sekolah Orhan Hills dari sini jauh tak?" aku mengajukan soalan pentingku pada wanita itu. Sekolah aku itu memang terkenal sekitar kawasan KL, jadi takkanlah Puan Sri Adila tak tahu pula kan?

Wanita itu tersenyum lalu menggeleng kecil. "Tak jauh pun. Kalau naik kereta, tak sampai sepuluh minit pun.." ujarnya dalam nada yakin.

"Erm, Mikha pun.." belum sempat wanita itu menghabiskan bicaranya, terdengar derapan tapak kaki laju menuruni tangga.

Aku dan Puan Sri Adila sama-sama berpaling ke arah bunyi kuat tersebut. Terlihat kelibat Abang Mikhael yang sudah tergopoh-gopoh memakai tali leher. Pftt.. over betul lah gopohnya itu.

"Kamu taknak makan ke, Mikha?" soal Puan Sri Adila apabila melihat anak terunanya itu terus sahaja meluru keluar dari rumah.

"Mikha dah lambat ni, ma. Hmm.. Mikha breakfast kat sekolah ajelah." ujarnya sudah menyarung stokin.

Puan Sri Adila sekadar mengangguk kan kepala. Segera, aku dipandang nya. Terus senyumannya meleret.

"Apakata kalau kamu hantar Warda sekali. Dia pun sudah lambat nak ke sekolah. Alang-alang, sekali jalan itukan.." cadang wanita itu penuh makna tersirat.

"Eh, tak apa. Warda boleh naik dengan driver papa aje. Dia pun tengah dalam perjalanan sekarang ni." tingkahku sudah menolak.

"Tak apa. Alah, naik ajelah dengan si Mikha itu. Bukan orang lain pun, laki sendiri kan?" sempat pula wanita itu mengusik.

Abang Mikhael yang diam memerhati mengeluh berat. Selesai sahaja menyarung kasut, terus dia bangun lalu memandang aku.

"Cepatlah decide. Nak pergi dengan abang ke, atau driver?" dia sudah mengajukan dua pilih.

Aku sudah ketap bibir. Wajah Puan Sri Adila aku pandang dengan perasaan serba-salah. Sesekali, aku belek jam yang tergantung. Hanya tinggal 10 minit saja lagi, waktu persekolahan akan bermula.

Akhirnya, satu keluhan nipis aku lepaskan. Beg yang terletak di sebelahku capai. Hmm.. nak tak nak, kenalah naik satu kereta dengan abang Mikhael.

Lagipun kalau berdebat dengan Puan Sri Adila, kemenangan takkan berpihak pada aku. Sama betul spesiesnya dengan mama..
...
Sepanjang perjalanan menuju ke sekolahku, suasana di dalam kereta dibelengu keheningan. Aku dan abang Mikhael sama-sama diam. Dia pandang ke utara manakala aku pula sudah berpaling ke barat. Langsung tak bercakap malah bertegur sapa pun tidak. Yurp, keadaan yang sungguh janggal.

"Abang berhenti kat sini aje. Warda boleh jalan kaki masuk." arahku kepada lelaki itu.

Dahi abang Mikhael berkerut. Kereta jenama peugeot yang dipandunya diperlahankan. "Tapi abang.."

"Tak apa, abang berhenti aje kat sini. Kalau orang lain nampak, Warda takut benda ni jadi isu. Lagipun, abanh sendirikan yang cakap yang abang dah lambat?" aku sudah beri alasan padanya.

Walaupun aku tak tahu kat mana abang Mikhael bekerja tapi aku tahu yang hari ini dia bakal memulakan hari pertamanya di sebuah sekolah. Erm, sekolah apa itu.. aku tak pastilah tapi dengar cerita berdekatan dengan Orhan Hills. Mungkin Sekolah Menengah Orhan High atau Sekolah Menengah Venjava Hills. Yurp.. hanya dua sekolah itu sahaja yang ada berdekatan dan kedua-duanya memang digelar sekolah elit sama seperti sekolahku.

Aku lihat abang Mikhael nampak termangu namun kereta yang dipandunya masih diberhentikan di tempat yang aku pinta. Tempat yang sedikit jauh dari pintu pagar masuk pelajar.

Berhenti saja kereta, segera aku melangkah keluar dari kereta. Salam pun tiada, pamitan pun tiada. Lagipun, aku memang sedang tak ada mood nak menghadap abang Mikhael.

"Wou, banyak betul collection cekak. Ni memang kumpul sejak sekolah menengah ke apa ni?"usik abang Mikhael apabila aku mengeluarkan satu persatu cekak rambutku untuk dipadankan ke kepalaku.

Aku sekadar mencebik sindirannya itu. Masih dengan tabiatku itu. Aku memadankan cekak yang berkenan di hati, persediaan untuk esok.

Dalam pantulan cermin, mataku melirik jasad abang Mikhael yang sudah mengemas 'tempat tidur sementara' nya di sofa. Haih, kasihan pula aku tengok anak mama Dila ni. Tak sakit badan ke tidur atas sofa itu?

Akhirnya, satu keluhan lemah aku lepaskan lalu aku memusingkan kepala memandangnya.

"Apakata malam ni, abang tidur atas katil. Biar Warda pula yang tidur atas sofa itu. Kita gilir-gilir.." cadangku.

Abang Mikhael yang ketika itu baru sahaja mahu membaringkan tubuh terus mengalih pandangannya pada aku. Tatapan kami saling bertemu dan sebingkis senyuman nipis abang Mikhael hadiahkan untuk aku.

"Tak payah. Abang okay aje. Lagipun, Warda tak tahankan tidur bawah air-cond?" soalnya seperti kenal aku luar dalam.

Aku sudah ketap bibir. Mataku masih tak beralih padanya. "Siapa cakap yang Warda tak tahan tidur bawah air-cond? Warda tahan okay?!" aku sudah membela diri. Pleaselah, aku tak selemah itu, okay?!

"Abang cakap dan abang pernah tengok yang Warda demam gara-gara tidur bawah air-cond. I know you, Warda." ujarnya. Aku rasakan nadanya seperti menyindir.

"Itu dulu dan bukannya sekarang. Warda dah berubah. Warda bukan lagi budak yang lemah.." aku masih pertahankan kekuatanku.

Namun, tawa kecil abang Mikhael itu seperti merasakan apa yang aku katakan itu bukannya sebuah realiti. Dia buat tak peduli lalu tubuhnya dibaringkan membelakangi aku.

Huh?!!

Dari jauh lagi, aku sudah lihat kelibat Syed Haris di pintu pagar. Sama seperti hari-hari lain. Tugasnya, pasti akan mencatat nama pelajar yang hadir lewat. Sempat jam tanganku belek, aih.. nasib baik sempat.

Tanpa banyak bicara, terus aku menerobos masuk ke laluan kecil pelajar tersebut. Namun, langkahku terhenti apabila tiba-tiba sahaja Syed Haris menyeru namaku.

"Apa?" sepatah soalan aku berikan. Muka jengkelku tayangkan.

"Papa kau lantik driver baru ke?" soalan berbalas soalan.

Dan, yurp.. soalannya jelas menimbulkan reaksi terkedu daripada aku. Kembali mata aku dialihkan ke tempat yang abang Mikhael berhentikan aku tadi. Kereta BMW R8 milik abang Mikhael sudah lama menghilang.

"Ha-haah.. driver baru." bohongku mengiakan dugaannya itu.

"Bukan kau selalu pergi dengan abang kau ke? Mana dia?" soalan lain pula dia hamburkan.

Aku sudah telan liur. Entah kenapa, hari ini Syed Haris jadi seorang yang teliti pula. Selalunya, dia akan abaikan aku dan biarkan aku masuk dengan tenang.

"Abang aku ada kerja kursus kat Terengganu." pelik.. kenapa rajin pula aku nak jawab soalan si Syed Haris itu.

Lagipun, apa hak dia nak tanya macam-macam pada aku? Come on lah.. dia cuma pengawas kerek yang aku tak suka dan gelagatnya itu pula persis seorang boyfriend yang cemburu. Erk? Tak kuasa aku nak pilih dia sebagai boyfriend..

Tidak menunggu lama, segera aku meneroboskan diri ke dalam kawasan sekolah. Yurp.. lebih baik aku mengelak daripada soalan si Syed Haris itu. Soalan yang akan menjahanamkan hiduo aku kalau semua pelajar dan guru tahu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro