BAB 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Uih, kau tahu tak hari ini ada guru baru masuk?"

"Tahu-tahu. Orang kata guru baru kita ni kacak sangat!!!"

"Ye weiyh! Tadi masa rehat, aku sempat jumpa dia. Sumpah, muka dia ada iras-iras dengan pelakon Thailand. Erm, apa entah nama dia.. aku lupa.."

Aku biarkan suara-suara itu menyergah telingaku. Walaupun, sekarang ini aku berada dalam kelompok tersebut namun perhatianku jauh tersimpang.

Aku mendagu di atas meja. Termenung sambil pandanganku tercampak ke luar tingkap. Fikiranku sedari tadi terimbaukan apa yang terjadi malam tadi.

Kenapa semua orang selalu fikir aku lemah? Abang Mikhael masih menganggap aku seorang Warda yang lemah walaupun dia tahu umur aku sudah lama dewasa. Tak semua orang akan kekal dengan personaliti nya yang dulu. Semua orang akan berubah, hmm.. abang Mikhael tak pernah dengar ke frasa itu?

"Waaaa..!!!! Abang Mikhael, Warda jatuh!!" rengekku dalam kesakitan.

Lutut kecilku yang luka, aku tayangkan pada abang Mikhael. Raut risaunya bertayang bila lihat luka itu sudah mulai berdarah. Sempat kepalanya dipusing ke belakang, barangkali mahu mencari kelibat kedua orang tua kami hmm.. namun hampa, sesiapa pun tiada di situ.

Aku masih menangis. Yurp, aku tak segan kalau menangis depan abang Mikhael. Lagipun dengan tangisan, dia akan selalu ada dekat dengan aku..

"Erm, Warda tahan sikit eiyh. Abang nak siram air ni, nak bersihkan luka Warda.." ujarnya yang sudah berura-ura mahu menuangkan air kosong yang dipegangnya sedari tadi.

Aku sudah gigit bibir. Segera aku menepis. Yurp, pastinya pedih bila air itu menyentuh luka aku.

"Sakit.." rengekku kecil.

Lelaki yang baru saja berusia 14 tahun itu sekadar menggelengkan kepala. "Nope. Tak pedih pun. Percaya dengan abang." dia sudah beri ayat janji.

Aku ketap bibir. Lama aku berdegil dan akhirnya aku mengalah. Perlahan-lahan, abang Mikhael membersihkan luka yang merona di lututku. Sempatlah juga ku merengek dan meraung.

"Warda boleh jalan tak?" soal abang Mikhael memandang aku.

Tingkahku yang mengada buatkan aku ambil keputusan untuk menggeleng kan kepala. Luka tak adalah sampai potong kaki pun tapi mengada tak boleh jalan. Ni kalau orang nampak ni, mau kena cepuk!

"Sikit pun tak boleh?"
"Sakit.."aduku masih bersisa air mata.

Abang Mikhael tidak mengeluh malah senyumannya meniti. Dia akhirnya memberikan belakang badannya pada aku. "Naik badan abang, nanti abang hantar balik rumah." ujarnya.

Aku yang teruja terus semangat memanjat belakang badannya. Leher nya aku rangkul manakala kedua belah kakiku, ditampungnya.

"Warda boleh janji satu perkara tak pada abang?"

Aku yang berada di belakang badannya sudah berkerut dahi. "Janji apa?"

"Janji kalau bila Warda jatuh, Warda jangan menangis. Boleh?"

Aku sudah ketap bibir. Lama aku diam sebelum akhirnya aku mengangguk. "Warda janji."

"Oi, Warda!!!!" seruan Sara itu berjaya buatkan lamunanku mati.

Segera mataku alihkan pada mereka yang berkumpul di hadapanku. Masing-masing tayang muka hairan bila lihat aku. Diorang pandang aku pelik, aku pandanh diorang pelik. Baguskan?

"Apsal korang pandang aku semacam ni?" soalku masih tak beralih memandang mereka.

"Kaulah.. kenapa termenung? Langsung tak masuk bila kitorang sembang." ujar Gina di sebelah.

Yang lain mengangguk setuju. "Kau pun banyak termenunglah sekarang ni, Warda. Kau ada masalah ke?" giliran Sofia pula bertanya.

Aku tergamam. Erk?? Argh, sudah. Semua sudah tayang muka ingin tahu. Dan, suasana itu jelas buatkan aku gigit bibir.

"A-aku..."

Kata-kataku terhenti apabila melihat kelibat Puan Farisha masuk ke dalam kelasku, salah seorang guru yang bertugas mengendalikan subjek bahasa inggeris di sekolahku. Serentak itu, para pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing. Hmm..Puan Farisha ni nampak aje baik tapi kalau datang garangnya itu, anjing pun lari. Begitulah ibaratnya..

"Assalamualaikum and a very good morning, class." ucap wanita itu penuh tertib.

Satu kelas menjawab salam yang dihulur wanita 30-an itu. Semua mata sudah tertumpu sepenuhnya kepada wanita itu. Aku juga turut pandang dia.

"Okay, today I will introduce your new english teacher. He will conduct your learning in english subject and I hope you can get something from his class." jelas wanita itu tanpa gagap.

Para pelajar perempuan yang lain sudah tayang muka penuh teruja manakala aku di belakang sudah berkira-kira mahu menafsir satu- persaty yang dikatakan Puan Farisha. New teacher? Guru baru?

"Assalamualaikum, guys."

Tergamam aku tatkala suara garau itu menyapa gegendang telingaku. Perlahan-lahan pandanganku dongak ke hadapan kelas dan raut kagetku jelas terpampang. Tak-tak mungkin?

Ini mimpi ke atau.. memang mata aku yang tak silap?

"Hye, so.. my name Mikhael Ahmad bin Johari and you can call me Sir Mikhael. I hope you guys will enjoy my class and I'm promise that I will help you to get a great grade for your SPM's result."

Jelas tenang tutur bicaranya. Satu persatu wajah yang ada dalam kelas itu dipandangnya sebelum matanya tepat menikam wajah seseorang. Jelas raut terkejut bermain di wajah gadis itu.

Mikhael kelihatan tenang bila lihat Warda ada dalam kelasnya. Lagipun.. sebelum masuk kelas, Puan Farisha sudh berikan dia senarai nama pelajar yang bakal diajarnya.

Senang cerita, dia sudah terkejut dulu sebelum Warda. Siapa yang tak terkejut bila dapat tahu 'isteri sendiri' ada dalam senarai pelajar yang bakal diajarnya?

"So, can we proceed our class?"
...

Masuk sahaja ke dalam kereta BMW nya, terus aku menghempas pintu. Muka tak puas hatiku bertayang sambil tanganku sudah tegas bersilang di dada. Aku rasakan suasana dala. kereta kini sedikit tegang.

Mana tak marahnya. Dia langsung tak beritahu aku yang dia akan mengajar di sekolah aku dan yang paling buat aku geram yang amat adalah.. dia ajar subjek bahasa inggeris dalam kelas aku! Huh, faham tak bengang aku itu macam mana?

Abang Mikhael nampak tak peduli dengan raut cemberutku yang bertayang. Dengan tenang keretanya dipandu meninggalkan Sekolah Menengah Orhan Hills di belakang. Lama kami berdua diam sebelum akhirnya, abang Mikhael ambil keputusan untuk memasang siaran Era.fm sebagai pengubat keheningan itu.

Baru dia nak pasang, aku sudah bersuara. "Kenapa abang tak cakap yang abang nak mengajar kat sekolah Warda?"

Mikhael yang berada di sebelah, langsung aku tak pandang. Rasa sebalku menghalang aku untuk menatap wajahnya.

"Warda tak tanya jadi bukan hak abang nak ceritakan?" pandai pula dia membalas soalan aku itu.

Aku diam sejenak. Muka tak puas hatiku masih bertayang.

"Warda nak abang berhenti mengajar hari ini juga! Warda tak kira." arahku sedikit membentak.

"Kenapa? Bagi abang alasan kenapa abang kena berhenti mengajar kat Orhan Hills?"

Akhirnya, soalan yang dia ajukan buatkan aku memandang sosoknya di sebelahku. Wajahnya juga sudah berkerut. Mungkin tak suka bila aku tiba-tiba saja masuk campur dalam urusan hidupnya.

"Abang tahukan yang perkahwinan kita ni tak ada siapa tahu? Kalau orang nampak abang mengajar dalam sekolah Warda, diorang akan tahu. Abang nak ke benda ni tersebar? Warda masih nak belajar kat sana dan kalau boleh.. Warda nak ambil SPM pun kat sana so please.. tolong berhenti mengajar kat situ." nadaku sudah merayu.

Aku dengar dengusan kasar keluar dari mulut abang Mikhael. Dia nampak membangkang dengan keputusan aku itu. Hmm, mungkin dia tak puas hati dengan apa yang aku katakan tadi.

"Then, kalau Warda takut benda itu jadi so.. kita jangan bertegur sapa dalam sekolah. Kita buat macam kita tak kenal satu sama lain." cadangan nya itu jelas membuatkan aku terkedu.

"Lagipun kalau dari awal Warda tahu perkahwinan ni akan menyusahkan hidup Warda, kenapa Warda tak tolak?" soalannya juga buatkan aku termangu.

Betul juga apa yang ditanyakan abang Mikhael sebentar tadi. Kalau aku tahu perkahwinan ni akan merosakkan masa depan aku, kenapa tak dari awal aku membantah keras keputusan itu. Kenapa aku rela berkahwin dengan lelaki bernama Mikhael Ahmad itu?

Akhirnya, aku membisu di sebelah abang Mikhael. Pandanganku campakkan keluar bersama hati yang penuh dengan pelbagai perasaan. Marah, benci dan juga.. kecewa.

Ada sebab mama dan papa satukan aku dengan abang Mikhael. Mereka anggap aku akan ada dalam bahaya sekiranya tak berada di samping abang Mikhael namun aku rasakan semua itu benar-benar silap.

Aku akan buktikan Warda tak perlu kan Mikhael.
...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro