BAB 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sedari tadi, Syed Haris asyik mundar mandir di sekitar biliknya. Perasaan resah yang membelengu dirinya buat kan dia terasa panas punggung untuk bertenang. Yurp,rasa gelisahnya kian membelit jiwa semenjak kehadiran guru baru di sekolah mereka.

"Aduh!!" keluh Syed Haris sakit.

Dada bidangnya yang terasa sakit dipegangnya apabila tiba-tiba sahaja tubuhnya secara tak sengaja melanggar suatu sosok dari arah hadapan. Gerangan yang melanggar nya turut sama mengeluh. Lengan sasanya diurut.

"Kamu okay ke?" tatkala suara garau itu menerjah gegendang telinganya, kesakitan yang dialami oleh Syed Haris tiba-tiba sahaja terasa pudar.

Laju kepalanya didongak memandang gerangan yang melanggarnya itu. Hampir terkedu dia saat melihat sosok Sir Mikhael kini berada di hadapannya. Wajah risau yang bertayang pada wajah lelaki itu dipandangnya.

Terasa bulu romanya merinding bila terserempak guru muda itu depan mata. Kerana resah, segera Syed Haris meninggalkan lelaki itu terkebil-kebil di belakang.

Setelah hampir beberapa minit dia berlegar di sekitar ruang biliknya, akhirnya Syed Haris pilih jalan untuk duduk di atas sofa yang terhias dalam biliknya. Pelipis matanya diurut perlahan. Haih, kenapa dia boleh jadi seresah ini?!

Kejadian malam itu masih menjadi memori buat Syed Haris. Malam di mana dia mahu menculik Warda ketika malam hari jadi Warda berlangsung. Telinganya juga masih terngiang-ngiang dengan jeritan, tangisan dan rayuan Warda malam itu. Dia berharap agar dirinya terlepas namun Syed Haris tak bagi peluang.

Rasa marahnya makin menebal apabila dia dapat tahu yang Warda langsung tak menjemputnya untuk hadir ke parti hari jadinya. Kerana itulah, Syed Haris bertekad untuk balas dendam.

Dalam diam, Syed Haris pendam rasa sayangnya pada gadis itu. Namun kerana ego, dia berlagak untuk tidak menunjukkan perasaan itu secara berdepan. Ada sebab kenapa dia selalu cari fasal setiap kali bersemuka dengan Warda. Orang kata dari tak suka itu menjadi cinta.. kerana tak sukalah, orang yang dicintai bakal menyemai rasa cinta. Kerana tak sukalah, orang yang membenci akhirnya bersama. Yurp, bukankah itu prinsip yang dipegang oleh sebuah drama?

Sejak tingkatan 1 lagi, dia sudah mulai meminati Nurul Warda Zafira. Bukan setakat kecantikannya saja yang menjadi penyebab malah telatah lucunya juga buatkan daya tarikannya semakin menyerlah. Dari situlah, hati Syed Haris mulai berputik untuk gadis itu.

Hampir setiap hari, kalau boleh dia mahu mengenakan gadis itu. Fikir nya perkara itu akan mencambahkan perasaan cinta Warda untuknya namun dia silap. Warda bukan jenis tipikal perempuan yang senang jatuh cinta. Hati gadis itu bagaikan susah untuk dibedil dengan cintanya malah hati gadis itu juga seakan-akan terkunci untuk seorang lelaki.. yurp, itulah apa yang Syed Haris rasakan ketika ini.

Telefon pintar yang berada dalam kocek seluarnya dikeluarkan lalu segera dia mencari nama seseorang dalam kenalan yang disimpan. Setelah jumpa, jari jemarinya mulai menari menulis sesuatu untuk diluahkan.

'Aku rasa kita ada dalam masalah besar sekarang ni.'-kirim.

Syed Haris sudah gigit bibir. Pesanan Whatsapp yang dikirimnya diralit penuh gelisah. Satu dengusan kecil dia lepaskan apabila pesanan nya itu mendapat bluetick tanpa balasan.

Huh, memang bekerjasama dengan seorang gadis itu seleceh ini ke?

'Balaslah!! Ini soal hidup dan mati tahu tak?!'-kirim.

Yurp, pesanannya masih mendapat bluetick daripada pihak yang di sana. Ergh!!! Kenapalah dia setuju mahu bekerjasama dengan orang seperti ini?

Akhirnya, Syed Haris ambil keputusan untuk menghubungi rakan kongsinya itu melalui panggilan. Beberapa detik dia menunggu dan syukurnya, panggilan nya itu mendapat jawapan. Huh, tak fasal-fasal, dia buang kredit.

"Apsal kau call aku ni?"soal suara gemersik itu dari hujung talian. Nadanya sangat selamba.

"Aku pun tak inginlah nak call kau but now I think there are something that we need to discuss.." ujar Syed Haris sudah serius.

Di hujung talian, gerangan itu sudah jongket kening. "Apa dia?"

"Aku rasa kita betul-betul ada dalam masalah besar sekarang ni.."
...
Buka sahaja pintu bilik, aku lihat kelibat abang Mikhael di ruang tamu. Seperti biasa, dia mesti sibuk menanda dan meralit kerja sekolah yang dihantar oleh para pelajar kepadanya. Hmm, siapa suruh suka sangat bagi homework banyak-banyak, cebikku dalam hati.

Sudah dua hari, aku tak bertegur sapa dengan abang Mikhael. Dia pun seperti tak kisah dengan kewujudan aku dalam rumah itu. Dia sibuk dengan kerjanya dan aku pula sibuk dengan kerja sekolahku jadi masa terluang yang kami ada kebanyakan nya berada dalam bilik.

Ini ke kehidupan rumahtangga yang orang kata best sangat itu? Suami menyayangi dan isteri juga mencintai? Adakah ini perasaan yang orang kata bahagianya itu sampai ke Jannah?! Huh.. kenapa aku tak rasakan semua itu? Dan.. sampai sekarang, aku masih tercari-cari apa erti perkahwinan yang sebenar.

Sudah hampir tiga minggu, aku menjadi isteri kepada abang Mikhael namun langsung tiada nikmat perkahwinan yang aku rasakan. Walaupun kami tinggal dalam rumah yang sama, namun perbualan antara kami berdua tersangatlah kurangnya sampai aku sendiri boleh menghitung berapa banyak kami berbual sepanjang kami tinggal bersama.

Langkahku susun menuju ke ruang dapur kering yang betul-betul menghadap ruang tamu. Peti sejuk aku buka lalu minuman susu coklat yang abang Mikhael belikan semalam, aku capai lalu aku tuangkan ke dalam gelas. Sempat sesekali mataku mengerling ke arah sosok abang Mikhael di ruang tamu.

Dia nampak tak terusik dengan kehadiranku di situ. Hmm, dia seperti ibaratkan aku halimunan dalam rumahnya.

Lama aku perhatikan dia sebelum tiba-tiba saja abang Mikhael menguak kelelahan. Kedua-dua tangannya diregangkan sambil mulutnya pula menguap penat. Nampaklah, perihnya di situ.

Aku ketap bibir. Entah kenapa, malam ini aku terasa nak berbual dengannya. Bosanlah asyik terperuk dalam bilik aje..

"Erm, banyak lagi ke yang abang Mikha kena tanda?" soalku sudah mulai menyusun soalan.

Spontan, ekor matanya beralih padaku yang tiba-tiba sahaja mahu mendekatinya. Mata kami sempat bertemu namun abang Mikhael lebih pantas mengelak. Dia larikan pandangannya daripada terus bersua dengan anak mataku.

"Tak adalah banyak sangat. Sikit aje lagi." ujarnya sambil kembali menanda buku-buku yang ada di atas meja.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Sempat mataku meliar ke atas meja yang sedikit bersepah dengan buku itu sebelum akhirnya tatapanku terhenti pada buku karanganku yang terasing daripada yang lain.

Dahiku sudah berkerut. Tak semena, tanganku segera mencapai buku tersebut. Abang Mikhael yang perasan dengan gelagatku itu hanya pandang.

"Kenapa abang asingkan buku Warda daripada yang lain?" soalku ingin tahu.

Mana tidaknya, buku rakan sekelasku yang lain disusun di tempat yang sama manakala buku aku pula dibiarkan terasing. Sedikit terasa di situ.

Abang Mikhael membisu sejenak sebelum akhirnya, satu keluhan lemah dia lepaskan. "Banyak sangat kesalahan dalam karangan Warda sampai abang pun kadang pening kepala nak baca. Sebab itu, abang ingat nak tanda buku Warda paling akhir." dengan selambanya, dia bagi sebab kejam itu.

Terkedu aku dibuatnya. Ya Allah, jujurnya dia. Tak bertapis langsung butir bicaranya itu.

Segera aku buka buku latihanku itu lalu aku belek. Pada ayat pendahuluan saja, sudah penuh dengan pen merah. Perenggan pertama dan kedua pula kosong seperti belum ditanda lagi. Yurp, ketara sangat.

"Hmm, abang rasa karangan budak darjah 6 pun lagi bagus daripada karangan Warda ni." sindirannya itu berjaya buatkan aku sudah terkebil-kebil di sisinya.

Amboi, ayat dia! Tak boleh lawa lagi ke?

"Sekurang-kurangnya, Warda cuba kan? Bukan senang nak suruh Warda buat karangan." ujarku sudah membela diri. Ingat senang nak tundukkan aku?

Lelaki itu masih ralit menyemak buku karangan yang lain. "What and where pun Warda tak dapat beza." sekali lagi teguran sinisnya menyapa halwa telingaku.

Menggelegaklah juga hati ini bila dengar dia menyindir aku. Dia fikir english dia itu perfect sangat ke?! Ih, berlagak!

"Abang pun.."
Belum sempat aku menghabiskan bicaranya, telefon pintar abang Mikhael yang terletak di atas komputer riba tiba-tiba sahaja berdering. Segera, lelaki itu angkat panggilan tersebut.

Aku yang masih tercegat di situ sudah pasang telinga. Mahu tahu siapakah gerangan yang menghubungi abang Mikhael itu. Haih, malam-malam pun nak mengganggu.

"Ya, Laura. Ada apa?"terkedu aku dibuatnya bila nama Laura diseru oleh abang Mikhael.

Huh? Dalam tingkatan 5, hanya seorang saja Laura yang aku kenal dan orang itu adalah kawan aku. Aik?! Apsal tiba-tiba Laura menghubungi abang Mikhael pula ni? Rasa ingin tahuku sudah membuak. Lain macam..

"Okay, nanti saya akan cuba fikirkan." ujarnya dalam nada mesra. Aku pula yang gatal telinga mendengarnya. Huh, dengan aku.. bukan main lagi dinginnya itu.

Tak lama lepas itu, panggilan ditamatkan. Kembali abang Mikhael mengerjakan kerjanya yang tertangguh. Aku di sebelah abang Mikhael sudah diam. Berkira-kira aku mahu bertanya soalan.

"Siapa yang call?" soalku sudah menyusun soalan.

Ekor matanya mengerling padaku sebelum dia kembali menyambung kerjanya. "Laura." nama singkat gadis itu disebutnya.

"Laura Batrishah binti Dato' Rasyid Uwais ke?" kali ini nama panjang milik Laura aku sebut. Mahukan kepastianlah katakan..

Abang Mikhael sekadar mengangkat bahu. "Entahlah, abang pun tak tahu nama panjangnya." mendatar saja dia membalas.

"Apa dia nak?" soalku lebih lanjut. Macam nak cari gaduh pun ada, gaya aku sekarang ni..

Dahi abang Mikhael sudah berkerut. Segera pandangannya beralih pada aku. Muka ingin tahuku dipandang nya.

"Kenapa nak tahu?"soalanku dibalas soalannya. Dia nampak tak selesa dengan pertanyaan aku itu.

Huh, bukan soalan yang perlukan dia berkorban nyawa pun. Itupun susah, hatiku sudah menggetus tak puas hati.

Aku diam sebelum akhirnya, aku ambil keputusan untuk beredar dari situ. Sebal dengan perangai abang Mikhael yang selalu tak jaga hati aku!
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro