BAB 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Memandangkan hari ini Gina mengambil cuti latihan jadi nak tak nak terpaksalah aku pergi ke kantin seorang diri. Bukan selalu aku akan pergi ke kantin sendiri. Selalunya, kalau tiada Gina pun.. pasti aku akan pergi dengan Sofea ataupun sesiapa saja menuju ke sana. Senang cerita, aku tak suka bersendiri.

Namun, hari ini.. aku pilih untuk menjurangkan diri daripada semua orang. Yurp, kerana kejadian malam semalam.. mood aku kacau sampai ke hari ini. Ego dan layanan yang abang Mikhael berikan semalam buatkan mood Warda Zafira jadi tak menentu.

Sejak Abang Mikhael mendapat panggilan daripada Laura itu, aku asyik kepikiran sendiri. Kenapa Laura  call abang Mikha? Apa yang gadis itu nak? Pertanyaan demi pertanyaan menerjah benak fikiranku sehingga tidurku juga jadi tak lena. Huh.. yurp, alam perkahwinan mendatangkan masalah besar dalam hidup aku.

Aku fikirkan perkahwinan itu adalah benda yang paling senang. Sama seperti dalam drama tv kora ataupun english. Suami mengusik, isteri ketawa.. suami sweet, isteri melayan.. suami mencintai, isteri juga mencintai. Bukankah itu suatu bayangan yang bahagia?

Yurp, drama memalsukan kebenaran di sebalik semua perkara. Yang indah dipapar namun realitinya.. ia tak sama seperti fantasi. Ditambah lagi dengan usiaku yang masih mentah, yurp.. perkahwinan itu bukannya sesuatu yang mudah untuk aku kendalikan. Menjadi seorang isteri juga tersangatlah sulit untukku.

Aku teringat pula tentang kejadian pagi tadi. Keluar saja dari bilik untuk ke sekolah, aku dan abang Mikhael sama-sama diam. Suasana janggal itu buatkan aku rasa ingin cepat-cepat jauh daripada abang Mikhael. Hmm..

"Woi!"sergahan suara gemersik itu terus menjeda lamunan yang sedari tadi meleret dalam fikiranku.

Segera aku beralih pandangan pada gadis yang sudah mengambil tempat di hadapanku. Dia hadir bersama makanan yang baru dibelinya di kantin tadi. Entah kenapa, lepas kejadian semalam.. aku rasakan senyuman yang meniti di bibirku kali ini adalah kerana paksaan.

"Amboi, khusyuk nau aku tengok kau mengelamun, Warda. Dah sampai mana dah itu?" usik Laura dengan senyumnya. Nampak lebih lebar untuk hari ini. Bahagia kot.

Aku buat tawa. Kedengaran pelik pula tawaku kali ini. Jelas sangat dibuat-buat.

"Tak adalah. Aku tengah bosan, selalu kalau ada Gina.. bolehlah aku cari bahan untuk membawang dengan dia." hamburku sengaja mencari topik.

Dan, yurp.. lawak hambarku itu mendapat tawa berdekah daripada Laura. Ketara sangat kebahagiaan nya itu dalam pandanganku. Hati aku jadi tak menentu, nak membenci tapi tak mahu. Nak tak nak, Laura adalah kawan aku. Kawan yang sudah lama kenal aku ketika susah dan juga senang.

Bila, aku ada masalah dengan Gina ataupun yang lain.. aku pasti akan cari Laura. Walaupun perangainya yang mengada itu buat aku tak suka, namun dalam diam.. aku akui yang Laura adalah seorang teman yang sangat memahami. Jadi, tak ada sebab untuk aku bencikan dia. Jujur, aku sayangkan dia dan aku juga sayangkan persahabatan empat tahun antara aku dan dia.

"Erm, kau tak beli makanan ke? Apsal aku tak nampak makanan pun? Kau berdiet lagi ke?"duganya sudah hairan apabila melihat tiada sebarang 'sosok' makanan di sekitarku.

Aku tarik sengih. "Tak ada mood nak makan." beritahuku.

Wajah risau Laura bertayang. Hmm, nampaknya dia juga turut terusik sama bila aku kata aku tak ada mood. Aih, janganlah buat aku macam ni, Laura!

"Kenapa ni, babe? Tiba-tiba aje tak ada mood? Ada something wrong ke?" soalannya sudah berduyun. Raut risaunya juga makin jelas kelihatan.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Siap dengan package senyum 'saya ok' aku bagi.

"No lah. Aku okay aje. Biasalah. Moody sebab nak dekat period lah kot." itu saja satu-satunya alasan yang aku boleh beri ketika ini. Alasan yang selalu digunakan perempuan bila moody menjengah.

Baru saja Laura mahu membalas, tiba-tiba saja kami disapa dengan kehadiran Jenny dan juga Atika. Mereka juga datang  bersama makanan di tangan. Al-maklumlah, waktu rehatlah katakan.

"Uit Laura, aku dengar cerita kau minta sir Mikhael jadi guru tuisyen kau kan? Betul ke??" beria-ia si Jenny bertanya. Nampak wajah ingin tahu nya di situ.

Aku yang mendengar juga turut sama tergamam. Guru tuisyen?! Abang Mikhael jadi guru tuisyen kepada Laura?

"Sir Mikhael jadi guru tuisyen kau?" aku yang mendengar juga turut sama bertanya. Terkejut.

Senyuman Laura makin lebar. Hmm, dari rautnya pun aku sudah tahu jawapannya. Tak lain dan tak bukan, pasti ya.

"Dah nampak dah itu dari muka. Mesti betul kan?" sampuk Atika seperti sudah dapat baca apa yang bakal menjadi jawapan Laura.

Tawa bahagia Laura mengekek. "Ya weiyh. Thats true. Aku sendiri yang minta pada sir Mikhael untuk jadi guru tuisyen and sir Mikhael pun dah approve."jelasnya serba sedikit.

"Omaigod!!! Serious, aku cemburu. Isy, nak juga!" rungut Jenny sambil buat muka berharapnya. Ketara sangat yang dia juga turut sama menaruh hati pada abang Mikhael.

Tanpa semua sedar, senyuman yang meniti di bibir aku tersangatlah kelat. Entah kenapa, berita itu tak menggembirakan aku langsung.
...
Sejak habis waktu Maghrib sampailah ke pukul 10 malam, aku asyik berkurung dalam bilik saja. Kalau duduk dalam bilik kerana belajar, tak apalah juga tapi ini.. belajar pun tidak, mengelamun saja memanjang.

"Urgh!!! Tak suka, tak suka, tak suka!!!!" berkali-kali aku ulang ayat keramat itu. Wajahku masih aku sembamkan pada katil empukku. Argh!! Aku tak suka dengan situasi sebegini.

Kenapa ketika umur aku baru saja menginjak angka 17 tahun, aku perlu lalui semua ini? Kenapa ketika usia ku masih muda, aku perlu tempuhi kehidupan sesulit ini?! Urgh!!

Aku sayangkan persahabatan aku namun pada masa yang sama juga, sahabat aku meminati suami aku sendiri. Adakah aku perlu memain kan peranan sebagai seorang isteri untuk menjaga rumahtanggaku ataupun.. mungkin aku patut mengambil tugas sebagai seorang kawan, yang akan menyokong temannya apabila persoalan tentang hati dan juga perasaan diungkit?

Yurp, suatu keputusan yang tersagat lah sulit.

Akhirnya, aku bangkit dari baring meniarapku itu. Aku sudah bersila di atas katil sambil tanganku ralit mengusik telefon. Huh, rasanya aku perlu bercakap dan berborak dengan mama. Mungkin itu adalah satu-satu nya cara untuk aku hilangkan kerunsingan yang membelengu.

Beberapa kali, nombor telefon mama aku dail namun semuanya tak mendapat jawapan. Wa!!! Mama pun taknak bagi kerjasama.

Perut yang tadinya senak akhirnya berbunyi hebat. Terus perut kempis ku itu, aku peluk erat. Hmm, baru teringat yang diri ini tak makan sejak pagi tadi. Berlapar sampai ke malam. Al-maklumlah, tak ada selera makan.

"Bagus sangatlah itu, Warda. Tengah sedih, time itu jugalah kau nak berlapar." ujarku pada diri sendiri.

Beberapa kali, perutku berkeroncong. Yurp, suatu bunyi yang teramatlah memalukan bagi seorang perempuan..

Tuk! Tuk!!

Ketukan di pintu itu mengalihkan perhatian sementaraku pada lapar. Dahiku sudah berkerut. Ditambah lagi dengan laungan namaku. Hairan ku datang menjengah. Aik, kenapa tiba-tiba abang Mikhael panggil aku ni?

Aku masih tercegat atas katil. Masih berkira-kira sama ada mahu bersemuka dengan lelaki itu ataupun tidak..

Gruu!!

"Diamlah!" gertakku pada perut sendiri. Kacau feel betullah bunyi ni.

Akhirnya, aku mengeluh. Jumpa ajelah, getusku sendiri. Kalau taknak tegur pun, paling kurang bersemuka lah. Malas nak panjangkan masalah.

Pintu aku kuak dan yurp, seperti apa yang aku duga. Abang Mikhael sudah berdiri di muka pintu. Namun, yang paling aku tak tahan itu.. bau haruman makanan yang menyapa batang hidungku. Aih, aku berimaginasi di malam hari ke?

"Apa abang nak?" satu saja soalan aku tanya. Sengaja mahu berselindung dari topeng tak suka.

Lelaki itu nampak bersahaja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara aku dan dia.

"Abang pergi kedai mamak tadi and abang pun ada belikan mi goreng untuk Warda . Kalau lapar, makan aje." senada dia berkata.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang. Macam acuh tak acuh saja bunyinya. Haih, baru nak marah dia tapi.. tiba-tiba pula dia offer makanan untuk aku. Tak guna betul!

Tanganku sudah bersilang di dada. Muka penuh annoying, aku tayang. Kononnya tak berkenan.

"Tak apalah. Warda pun dah kenyang. Hmm, lagipun Warda tak makan malam." nadaku itu seakan tak sudi dengan pelawaannya itu.

Grrrruuu!!.
Haih, tak guna!!!

Bunyi lantang yang datang dari perutku buatkan suasana antara aku dan abang Mikhael jadi sepi. Dia diam terkejut, aku pula diam malu. Dan, tanpa disangka-sangka.. senyumannya meniti. Nampak nipis dan menyindir.

"Kuat betul bunyi. Kenyang sangat kot.." perli abang Mikhael sebelum beredar.

Aku sudah malu sendiri. Arghhh!! Rasa nak menjerit dan meraung aje sekarang ni.
...









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro