BAB 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langkah kirinya silih berganti dengan langkah kanannya. Satu keluhan kecil Mikhael lepaskan tatkala melihat beberapa bungkusan hadiah masih jelas terlihat di atas mejanya. Haih, budak-budak memang keras kepala. Mikhael dah mengaku ada bini pun, masih ada juga yang taruh hati padanya. Hm.. budak-budak zaman sekarang.

Kerusi berlapik kuisyen nipis itu didudukinya sambil tangannya menggapai satu persatu bungkusan yang diberikan para pelajar padanya. Pelbagai jenis benda yang ada atas mejanya kini. Ada coklat, ada bunga dan tak terlepas juga tali leher mahal. Namun, kesemua itu dipandang remeh oleh Mikhael. Yurp, peduli apa dia semua itu.

Orang kata kalau tak suka, jangan menaruh harapan yang tinggi pada orang itu. Yurp, Mikhael amalkan pepatah itu. Daripada biarkan orang itu minat dan bertepuk sebelah tangan jadi lebih baik dia reject!

Setiap barang yang diterimanya iti diagihkan ke beberapa meja guru berdekatan. Cara paling selamat daripada buang. Lagipun, berkongsi kan lebih baik?!

Setelah selesai mengagihkan bungkusan tersebut, Mikhael kembali ke mejanya semula. Dia mahu selesaikan apa yang patut sebelum tamat sesi persekolahan. Dia tak mahu ada hal yang akan kacau waktunya bersama dengan Warda malam ini.

Semenjak Gina masuk ke dalam wad, Warda seringkali tiada di rumah ketika waktu petang. Jadi, masa yang mereka ada untuk bersama cuma malam hari. Itupun ikut nasib. Kalau Warda tak lelah, bolehlah mereka bersama namun kalau gadis itu tidur.. terpaksa Mikhael hiburkan diri sendiri.

Mikhael keluarkan kotak untuk menyusun barangnya untuk dibawa pulang. Al-maklumlah, esok dia bakal menamatkan tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris Orhan Hills. Walaupun berat hati untuk meninggalkan sekolah itu, namun dia terpaksa juga.

Cita-cita dia bukan mahu menjadi seorang guru sekolah, impiannya adalah untuk menjadi seorang pesyarah di universiti. Jadi nak tak nak, Mikhael terpaksa lepaskan title guru itu untuk mengejar cita-citanya itu.

Sedang dia leka mengemas, tak semena matanya terpandang akan sampul surat putih yang terselit di bawah kamus tebalnya. Dahi Mikhael sudah berkerut. Perlahan-lahan, surat itu dicapainya.

'To: Sir Mikhael..'

Tertera namanya sebagai penerima. Makin dalam kerutan dahi Mikhael. Rasanya pagi tadi, dia tak nampak kehadiran surat itu. Hmm.. Mikhael sudah sangsi.

Dibukanya sampul surat itu lalu isinya dikeluarkan. Tergamam dia sejenak tatkala melihat beberapa keping gambar dia dan Warda bersama. Sepucuk surat juga turut disertakan.

Segera surat itu dibacanya. Huh! Otaknya sudah ralit memikirkan individu yang ada kaitan dengan semua ni. Pastinya.. Laura!

'Hai, sir. Tak sangka kita tak dapat berjumpa lama kan? Cuma tiga bulan dan esok sir bakal keluar dari Orhan Hills.. Saya dengar ramai yang merindui sir. Saya juga pastinya bakal merindui sir. Erm, by the way..

Niat saya tulis surat ini bukan sebab perpisahan. Saya datangkan surat ini bersama beberapa keping gambar. Saya bercadang nak buat suprise esok untuk sir. Saya ingat nak hantar semua gambar ni pada satu sekolah Orhan Hills. 'Seorang guru lelaki ada scandal dengan pelajar'? Hmm.. bukankah itu suatu topik yang amat memalukan..?

Saya pasti Warda juga tak mahu berita ini tersebar di sekolah. Mungkin benda ni juga akan buat masa depan Warda yang cerah berubah gelap. Orang akan kecam dia, orang akan kecam sir. Kahwin gadis bawah umur..?? Bukankah itu menjijikkan? Erm, nevermind.

Saya boleh pertimbangkan semua itu atas budi bicara saya. Kalau sir nak saya batalkan semua itu, come see me. Saya akan tunggu sir tepat pukul 2 petang, lokasi saya akan berikan. Saya harap sir datang.

Untuk kebaikan sir dan Warda juga..'

Surat yang dibacanya itu terus dikeromok sekecil yang mungkin. Panas hatinya tak dapat dibendung lagi. Sungguh dia tak menyangka budak sekolah yang disangkanya hingusan itu mampu melakukan perkara sebegini rupa. Entah dari mana, dia mendapat didikan begitu pun.. Mikhael tak tahulah.

Ting!!

Bunyi deringan dari telefon pintarnya itu berjaya mengalihkan perhatian nya sejenak. Terus dia alih pandang ke arah telefon pintarnya. Ada pesanan mesej masuk.

'Saya dah kirim lokasi dalam wasap. Hope, sir dapat datang.'-unknown number.

"Tak guna betul budak ni!" herdiknya geram.

Giginya sudah dikacip. Mencari jalan agar terlepas daripada semua bahana ni.
...
'Datang meja abang.'-Abang Shuben.

Beberapa kali aku belek pesanan yang dikirim oleh abang Mikhael itu. Dia kirim sejam yang lalu dan aku baca dua minit yang lepas. Dengan perasaan penuh hairannya, aku atur juga langkahku menuju ke bilik guru yang terletak di blok pentadbiran Anggerik.

Jarang, abang Mikhael suruh aku datang mejanya. Yang buat aku makin hairan itu, jarang juga dia whatsapp aku bila aku masih dalam kelas. Katanya, dia tak mahu mengganggu konsentrasi aku ketika belajar. Jadi, aku ikut ajelah.

Namun, hari ini.. tiba-tiba saja abang Mikhael minta aku datang ke meja nya. Jadi, nak tak nak terpaksa aku bergegas juga ke mejanya.

Sampai saja ke tempatnya itu, aku sudah jongket kening hairan. Langsung tak terlihat kelibat abang Mikhael di kerusinya malah beg yang selalu dibawanya pergi dan pulang sekolah juga turut sama berada di atas meja. Hmm.. nampak, macam dia belum pulang lagi.

"Kamu cari sir Mikhael ke, Warda?" sapa Puan Yurina yang sedar akan gelagatku sedari tadi.

Terus aku menatap gur wanita itu. Sebuah anggukan aku berikan. "Ya, cikgu. Erm.. nampak tak sir Mikhael pergi mana? Dia ada cakap tak?" soalku mahu tahu.

Wanita itu sekadar menggeleng kepala. "Cikgu ada jumpa dia masa nak masuk bilik guru ni. Dia macam tergesa-gesa. Tak sempatlah cikgu nak bertanya dia ke mana. Hmm.. " jelas wanita itu sedikit terperinci.

Aku ketap bibir. Segera aku ucapkan terima kasih sambil mataku masih tak henti meliar ke atas mejanya. Kenapa dia suruh aku datang ke mejanya pula, aku sudah bertanya sendiri. Satu persatu atas mejanya aku belek sehingga akhirnya aku terpandangkan sesuatu yang terselit di celah buku.

Dahiku sudah berkerut. Pantas tangan aku mencapainya. Beberapa keping gambar? Yang paling memeranjatkan aku adalah gambar itu hampir kesemuanya adalah gambar antara aku dan abang Mikhael. Jelas kemesraan dari raut wajah kami. Seakan-akan pasangan yang benar-benar sedang bercinta.

"Apa itu, Warda?"tegur Puan Yurina. Aku ingat dia tak pedulikan aku. Terus aku suakan pandanganku pada dia.

Senyumku paksa ukir. "Erm, tak ada apa-apalah, cikgu. Erm.. saya pergi dulu. Bye!!" ucapku dan bergegas keluar dari bilik guru tersebut.

Gambar itu juga aku bawa sekali. Setelah memastikan jarakku sudah jauh dari bilik tersebut terus aku keluarkan gambar tersebut lalu aku belek. Bibirku ketap kejap.

Siapa yang kirim gambar ni? Dan.. apa motif dia hantar gambar ni pada abang Mikhael?, aku sudah berteka teki sendiri.

Kepalaku ligat mencari jawapan.

"Warda tahu tak yang sebenarnya Laura dah tahu tentang hubungan kita ni?" senada dia bertanya.

Mendengar kata-katanya itu, aku jelas tergamam. Siapa saja tak terkejut pada butir bicaranya itu? L-Laura tahu?

"Laura tahu?" aku ulang soalannya semula.

Lelaki itu membalas anggukan. "She's know we're married. Dia ada gambar yang boleh buktikan kita tinggal satu rumah."

Terimbau kata-kata abang Mikhael beberapa hari yang lalu. Aku sudah terkedu sendiri.

Tak mungkinlah.. orang itu Laura?

Aku tergamam. Masih tak percaya pada tebakan sendiri.

Tapi, kenapa?
...
Wajah gadis yang sedang tenat di atas katil itu dipandangnya lirih. Sudah empat hari gadis itu tidak sedarkan diri. Sudah empat hari jugalah, dia tak melihat gadia itu tersenyum dan berbicara. Yurp, walaupun hanya mampu disaksikan dari jauh namun.. Sufi sangat menghargai semua detik itu.

Bibirnya diketap kejap. Satu keluhan lemah dia lepaskan. Sempat juga matanya mengerling ke arah tangan gadis itu yang tersadai di hadapan matanya.

Kalau tak diikutkan waras akalnya, sudah lama dia pegang dan genggam tangan gadis itu. Kalau dia tak kenal halal haram, sudah lama tubuh lemah gadis itu dipeluk nya melepas rindu. Yurp, kini fikiran Sufi hanya dibelengu dengan perkataan 'kalau'.. sebuah perkataan yang tak menggambarkan apa-apa.

"Gina, sampai bila Gina nak terbaring macam ini? Sampai bila Gina nak bergantung pada semua mesin ni? Abang tahu Gina boleh bangun, please..bangun!" desak Sufi. Dia harap desakannya berjaya namun nampaknya ia kosong semata-mata.

Gina masih tak buka mata malah nak bersuara pun tak ada. Sufi makin mengeluh panjang. Mata gadis itu yang masih terkatup, direnung lesu.

"Abang selalu tunggu detik untuk rasa dekat dengan Gina. Tapi, abang tak nak dekat dengan Gina dengan situasi yang macam ni. Abang nak tengok Gina bangun. Dan, abang janji.. abang takkan gagap lagi bila bercakap dengan Gina. I'm promise to you. Abang akan luahkan apa yang abang rasa pada Gina and please, can you open your eyes?" nada Sufi sudah merintih.

Namun, rintihannya itu masih belum mendapat respons daripada Gina. Gadis itu masih diam dalam lenanya yang entah bila penghujungnya.

Telinga Sufi sempat menangkap bunyi pintu wad itu dikuak, segera dia toleh ke belakang. Dia lihat jasad mama Gina memasuki kamar wad tersebut.

Segera dia bangun dari kerusi di sebelah katil Gina lalu dia beri laluan untuk wanita itu duduk. Mama Gina terus ambil tempat di kerusi tersebut. Senyum nipisnya sempat dihadiahkan pada Sufi sebagai tanda terima kasih.

"Kamu ni Sufi, selalu sangat datang lawat Gina. Kamu tak sibuk ke?" soal wanita itu sengaja mencari topik.

Mikhael tarik sengih. "Tak sibuk pun, auntie. Itu yang datang sini itu. " ujar Sufi sedikit santun.

Wanita itu sekadar mengangguk kepala. Perhatiannya dialihkan pada Gina yang masih terbaring di atas katil hospital. Raut pucatnya masih jelas kelihatan.

"Terima kasih, Sufi. Kalau tak ada kamu, auntie tak tahulah apa yang jadi pada Gina sekarang. Kalau bukan sebab kamu, mungkin kami takkan dapat jumpa dia lagi. Sekurang-kurangnya, sekarang dia ada depan mata kami." lirih wanita itu berbicara. Terlihat air matanya bertakung di kantung mata.

Sufi ketap bibir. "Saya akan bantu semampu saya, auntie. Jadi, auntie tak perlulah nak berterima kasih dengan saya." ujar Sufi merendah diri.

Senyum nipis wanita itu terukir. Terus pandangannya disuakan pada Sufi yang berdiri bersebelahannya. "Betullah apa yang Gina cerita tentang kamu. Kamu memang seorang lelaki yang baik.." jelas wanita itu sebak.

Tergamam Sufi dibuatnya. Langsung dia tak percaya pada apa yang didengarnya tadi.

Gina buka cerita fasal dia?
...
p/s>>

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. By the way, terima kasih sebab sudi baca cerita saya lepas itu komen dan vote. Sebab anda semualah, Terkahwin dengan Sir dapat bacaan 50k++.. Terima kasih!!

InsyaAllah minggu depan story ni bakal sampai ke penghujungnya. Haha.. tak sangka dah nak habis dah story ni. So, lepas ni saya tak tahulah nak sambung cerita baru ke tak. Niat waktu itu, nak published new story 'Cinderella and Her Knight' but tengok dulu.

Saya takut nanti saya sibuk dan tak dapat published apa-apa dua tiga hari. Lagipun, saya rasa ayat yang saya guna terlalu common sangat dan tak cantik. So, saya nak baca story wattpader lain untuk dapat ilham. So, saya dah published empat bab dalam satu hari. Ini hadiah sempena Hari Raya Aidiladha.

Terima kasih sekali lagi sebab vote dan komen.😁😁.. Saya akan cuba untuk selesaikan cerita ini secepat mungkin.

Saya gembira kalau story ni habis cepat.. Ahaha!! Hilang conflict.

Stay tuned😀
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro