BAB 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jam dinding aku belek sambil sesekali mataku tak lepas dari memandang pintu rumah. Jarum panjang sudah menuding pukul 7.30 malam namun kelibat abang Mikhael masih belum menjengah. Aku sudah resah.

Gambar yang aku jumpa di atas meja abang Mikhael petang tadi masih aku genggam erat. Kaki ku yang sudah penat meronda kiri kanan terus aku hentikan. Punggungku labuhkan di atas sofa. Aku yakin semua ini mesti kerja Laura.. !!!

Tapi, kenapa?! Kenapa dia buat aku dan abang Mikhael macam ini? Apa salah aku pada dia?!

Beberapa kali nombor telefon gadis itu, aku hubungi namun kesemuanya langsung tak berjawab. Hampir kesemuanya masuk ke peti suara talian. Aku sudah mengeluh resah. Ke mana hilangnya abang Mikhael?!

Aku sudah gigit bibir. Air mataku sudah bertakung di tubir mata. Entah kenapa, bermacam-macam benda yang merasuk akal warasku ketika ini. Entah apa yang jadi pada abang Mikhael ketika ini? Kenapa hati aku kuat katakan yang dia sekarang berada dalam kesakitan?!!

Akhirnya, air mataku lebat meleleh bila membayangkan semua itu. Aku takut kalau benda itu betul-betul jadi pada abang Mikhael. Tolonglah, aku masih mahu kecapi rasa bahagia  bersama lelaki itu. Aku cuma ingin dia sampai ke akhir hayatku.

Hmm.. besar sangat ke hajat aku yang satu itu?! Cuma nak bersama dia.

Sedang leka aku menangis, telefon pintar yang aku pegang tiba-tiba saja berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Sempat aku membelek skrin, senyumku terukir lebar. Abang Mikhael?!!!!

Tanpa menunggu masa yang lama, aku terus angkat panggilannya itu. Air mata yang bersisa di pipi, aku sapu kesat.

"Abang Mikhael, abang pergi mana?! Warda tunggu abang. Tolong jangan buat Warda risau macam ni. Abang, abang kat mana sekarang ini?" berduyun soalan aku ajukan pada lelaki itu.

Namun apa yang aku dapat hanyalah rintihan kesakitan dalam talian. Aku dengar seseorang sedang ditumbuk. Dia merintih kesakitan. Namaku juga turut tak lepas disebutnya. Setiap kali nama aku disebut, setiap kali itulah dia mengerang penuh kesakitan.

"W-Warda..."lemah saja nadanya.

Air mataku yang tadinya kontang terus deras mengalir. "Abang!!!!!" jeritku sekuat hati.

Apa yang aku dengar ketika ini sangat menghibakan hati. Sungguh, aku tak sanggup lagi nak mendengar erangan dan rintihan abang Mikhael yang sedang kesakitan itu. Siapakah gerangan yang sanggup buat abang Mikhael sampai begitu sekali.

Hahahahahah!!!!
Tawa gemersik itu berjaya menjeda kan tangisanku buat seketika. Sungguh lantang bunyinya. Nadanya juga kedengaran begitu sinis seperti mengejek aku.

"Abang, abang..pfft, please lah." sindirnya sambil nada geli gelaman dibaginya.

Aku terkedu. "L-Laura?"

"Yes, I am. Kenapa? Kau terkejut? Hmm.. kejutan Warda. Haha, I'm your enemy now, my ex-friend."ujarnya sempat memperlekehkan aku.

Aku ketap bibir geram. "Apa yang kau nak sebenarnya ni, Laura? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau culik abang Mikhael?! Kau nak apa daripada dia? Kau nak apa daripada aku, hah?!!!" jerkahku sudah sebal hati.

Kawan ataupun tidak, sekarang gadis itu sudah berjaya melukakan suami aku. Dia panggil aku ex-friend dia? Huh, dengan senang hatinya aku akan panggil dia musuh aku. Yurp, tak ada sesiapa boleh lukakan abang Mikhael termasuklah perempuan itu!

Tawa gadis itu meletus. Kedengaran begitu jahat. Aku pula sudah membengis. Entah apa yang kelakar nya pun, aku tak tahulah. Mungkin ada yang shot pada otak si Laura ni!

"Kalau aku cerita kat kau pun, tak ada gunanya lagi dah.Sekarang, apa yang aku nak, cuma nak tengok anak Tan Sri Ridhwan sengsara. That's all.. " ujarnya dengan tawa yang minta aku ludah. Sungguh nyaring dan menyakitkan hati.

"Lepaskan abang Mikha lah, Laura!! Lepaskan dia?!!" gertakku berkali. Berharap agar Laura mendengar permintaan aku itu.

Namun, mungkin itu takkan pernah terjadi.

Dia.. bukan lagi Laura yang aku kenal dulu. Dia bukan lagi gadis yang aku suka duka bersama. Dia sekarang gadis yang penuh dengan helah dan niat yang kejam. Dia bukan lagi kawan yang selalu bertepuk tampar dengan aku, sekarang dia tak ubah seperti seorang penzalim yang tak ada belas ihsannya. Huh.. tak sangka, selama ini aku bersahabat dengan syaitan bertopengkan manusia semata!

"Kau nak aku lepaskan dia? Hmm.. lepas aku lepaskan dia, kau nak buat apa? Nak peluk dia, nak cium dia?" ujar gadis itu sedikit sinis.

Aku sudah kertak gigi geram. "Huh, apa kau nak sebenarnya ni, Laura? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku sampai kau perangkap abang Mikhael sekali?!"

"Banyak, Warda. Banyak. Ya, banyak benda yang aku tak puas hati dengan kau. Semua perkara." jelas nya disertai tawa yang mengekek. Serupa orang hilang akal gayanya itu.

"Dah itu, apa dia?!! Cakaplah!!! Kenapa kau nak diamkan lagi?! Cerita!" gertakku sudah mulai berang. Lantaklah, hati dia tercalar balar ke apa.. perlu ke aku kisahkan syaitan yang tak ada belas itu?!

"Hmm.. senangnya kau cakap. Ehem.. by the way, aku ada pilihan untuk kau. Kau nak ataupun tak jumpa abang Mikhael kau ni?" soalnya sudah bagi dua pilihan.

Dahiku sudah berkerut hairan. "Maksud kau?"

"Tit. Masa dah tamat. Nak tak nak, kau kenalah jumpa abang Mikhael kau ni. Selamat berjumpa, bekas sahabat." ujarnya sebelum menamat kan talian.

Aku sudah kalut. Beberapa kali nombor telefon itu aku dail namun semuanya sia-sia. Nombor tak dapat dihubungi.

Aku sudah ketap bibir. Memikirkan jalan selamat untuk selesaikan masalah ini. Segera nombor telefon mama aku dail beberapa kali namun kesemuanya masuk peti simpanan.

"Mam.."belum sempat aku menghabiskan bicaraku untuk direkod pada peti suara, aku rasakan ada seuatu yang memaut lenganku. Segera aku berpaling ke belakang.

Tergamam aku dibuatnya saat melihat empat orang lelaki berpakaian hitam kini mengelilingiku. Telefon yang aku pegang tadi terus saja terjatuh ke lantai saat aku bergelut dengan lelaki tersebut.

Salah seorang daripada mereka berjaya menekup mulut aku dan kesempatan itu aku ambil dengan menendang telefon pintarku itu ke bawah kerusi. Berharap agar keempat-empat para penjahat itu tidak menyedari telefon yang sudah aku pasang rekod.

"Lepaslah!!" sempat aku menjerit sebelum kembali mulutku dikatupnya.

Dengan sisa baki tenaga yang ada, aku cuba meloloskan diri daripada mereka berempat. Tubuh mereka aku pukul kuat manakala kaki aku pula sudah aku hayun ke kaki kekar mereka. Namun segala tindakan aku itu langsung tak meninggalkan kesan pada mereka berempat.

Salah seorang daripada mereka mengeluarkan kloroform dari poketnya lalu dituang ke sapu tangan. Segera dia bertindak menutup mulut dan hidungku dengan sapu tangan tersebut.

Aku sempat meronta beberapa kali. Zahirku yang semakin lemah buatkan aku tak terdaya melawan mereka bermpat yang tubuhnya sasa belaka. Ditambah dengan bau kloroform itu, akhirnya jasad aku melorot ke lantai. Aku semakin lemah. Pandanganku juga jelas terasa kabur.

"Abang.."sebutku sebelum aku pengsan sepenuhnya.
...
Tan Sri Ridhwan sudah ketap bibir. Surat yang berada dalam tangannya yang tadi elok berupa terus dikeronyoknya dengan rasa amarah. Termasuk kali ini, sudah dua kali dia mendapat surat berupa ugutan itu. Hmm..!!

"Siapa kau? Apa yang kau nak sebenarnya?"soal lelaki itu sendirian. Berharap agar ada seseorang yang akan menjawab soalannya itu namun hampa.. tiada sesiapa di situ.

Surat yang sudah dilumatinya itu terus dicampak ke dalam tong sampah kecil yang terletak bersebelahan mejanya. Hmmm.. buat masa ini, dia anggap ugutan itu perkara remeh.

Sampai saat ini masih tiada benda yang terjadi. Sufi masih sihat walafiat, Warda dan Mikhael pun..

"Abang, abang!!!"laungan lantang Puan Sri Fatimah berjaya buatkan lamunan Tan Sri Rifhwan terhenti.

Terus matanya teralih pada kelibat isterinya yang sudah termengah-mengah masuk ke dalam pejabat mininya. Dahinya sudah berkerut melihat isterinya begitu. Bukan selalu boleh nampak isterinya sekalut itu.

"Kenapa ni, yang? Kenapa kalut semacam ni?"soal Tan Sri Ridhwan sambil jongket kening.

Dia lihat air mata wanita itu mengalir. Raut risaunya bertayang. Segera Puan Sri Fatimah merapati Tan Sri Ridhwan. Telefon pintar yang berada dalam tangannya disuakan pada suaminya.

"Abang, Warda bang.. d-dia.." tersekat-sekat bicara Puan Sri Fatimah. Sedang mencari nafas.

"Kenapa dengan Warda?"Tan Sri Ridhwan sudah menanti.

"Warda kena culik, bang. Warda kena culik!!" gopoh wanita itu meluahkan apa yang terjadi.

Tercengang Tan Sri Ridhwan mendengarnya. Dia yang tadinya selesa duduk terus terbangun sambil matanya tajam mencerlung ke arah isterinya. Lagaknya semacam tak percaya. What?!

"Macam mana ayang tahu Warda kena culik?"gelisah Tan Sri Ridhwan menerjah soalan.

Wanita itu terus pasang rakaman peti suara. Jelas terdengar suara Warda meronta. Ada bunyi bergelut turut sama terselit sebelum akhirnya, bunyi itu beransur hilang dari pendengaran. Tergamam Tan Sri Ridhwan mendengar bukti tersebut. Huh?!

"Abang, macam mana ni? Warda bang?!" desak Puan Sri Fatimah. Lengan sasa suaminya digoyang. Berharap suaminya bakal ada idea bernas untuk selamatkan anak gadisnya itu.

Tan Sri Ridhwan ketap bibir. "For now, kita buat laporan polis dulu." ujarnya sedikit lemah.

Huh!! Mungkin kah benda itu ada kaitan dengab surat itu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro