BAB 61

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pejam celik, pejam celik, sudah hampir sebulan kejadian penculikan itu terjadi. Aku memulakan kehidupanku sebagai seorang pelajar seperti biasa. Dikelilingi para guru tetapi ada dua benda yang berbeza selepas kejadian itu berlaku. 

Pertama, abang Mikhael bukan lagi sir aku. Perkhidmatannya sebagai seorang guru di Orhan Hills sudah tamat dan sekarang dia cuma bergelar suami aku. Sementara menunggu permohonannya sebagai pesyarah di universiti diluluskan, abang Mikhael membantu papa dalam urusan pentadbiran syarikat. Katanya, sekadar mencari ilmu berguna. Aku rasa lagi better dia bukan guru aku, ehem.. dia itu terkenal sangat. Jealous tau!

Kedua, sebelum ini kami berlima dan sekarang kami berempat. Hilang seorang. Itu paling pahit yang terpaksa aku telan. Mengenangkan detik-detik bersama Laura, kadang aku terbawa emosi. Kalau bukan kerana dendam, aku pasti Laura akan menjadi kawan yang terbaik yang pernah aku miliki. Ya, sejak tingkatan dua aku menjadi temannya dan di tingkatan lima, tahun akhir kami, dia tinggalkan aku dengan cara paling sadis.

Huh, mungkin dia sudah bahagia sekarang. Aku harap..

Hari ini, papa jemput aku dari sekolah. Bukan sebab, abang Mikhael taknak jemput tapi memang aku sendiri yang minta papa jemput aku. Ada benda yang aku nak buat untuk papa.

Aku tahu dia masih rasa bersalah ke atas Laura dan keluarganya. Walaupun, segala-galanya sudah selesai namun aku masih dapat baca perasaan papa yang resah. Seskan-akan melakukan dosa paling besar dalam hidupnya.

Papa buka kisah silamnya dahulu. Dia cerita dari awal sampai akhir. Aku jelas terkejut. Mana tidaknya, aku tak sangka papa akan berfikiran sebegitu rupa namun.. manusia kan? Hamba mana yang tak pernah melakukan silap dan salah? Yang penting, sekarang papa dah berubah. Aku yakin tentang itu.

"Kamu nak bawa papa ke mana ni, Warda?"soal papa sudah berkerut dahi. Tangannya masih melekap pada stereng kereta.

Hairan juga dia. Mana taknya, sekarang ini mereka tiba di kawasan kedai-kedai setinggan. Kebanyakan penduduknya bukan datang dari orang senang.

Aku tersenyum. Lengan papa aku sentuh. "Warda nak tolong papa." ujarku. Jawapan yang langsung tak membantu.

"Tolong papa? Untuk apa?" soal papa . Kereta Mercedez yang dipandunya diparkirkan berhadapan salah sebuah kedai. Matanya teralih padaku. Masih tak mengerti pada bicaraku.

Aku tarik senyum pendek. Aku betul kan kedudukanku menghadap papa dalam kereta. Matanya aku pandang dalam.

"Warda tahu yang papa masih rasa bersalah pada Laura kan? Hmm.. jadi, Laura nak papa hilangkan semua itu. Lupakan. Yang dah jadi, biarkan terjadi." ujarku.

Papa nampak terkedu dengan kata-kataku. Pandangannya ditundukkan ke bawah. Ya, dari reaksinya ini.. aku dapat baca yang apa aku katakan itu betul belaka.

"Kamu nak tolong papa dengan apa? Sebab papa, Laura jadi macam itu. Dia dah tak ada.."ucap papa lirih. Sebak dadanya tiba-tiba.

Aku ketap bibir. "Kita tebus pa. Mungkin bukan dengan tolong Laura tapi.. tolong orang lain yang senasib dengan Laura." tuturku memujuk papa.

"Tolong orang lain?"papa terpinga.

Kepala aku anggukkan. Spontan, aku keluar dari perut kereta. Papa yang masih tertanya dengan apa yang aku cuba lakukan, sudah akur menuruti. Langkahnya menjejaki aku di hadapan.

Kami melalui lorong yang sedikit ramai dengan budak-budak bermain kejar-kejar. Gamak betul bunyinya. Riuh sakan.

Kami tiba di hadapan pagar yang berkunci. Pintunya tertutup. Papa sudah berkerut dahi. "Kamu nak jumpa siapa ni, Warda?"

Aku senyum saja. "Kawan Warda." itu saja jawapan yang aku mampu bagi.

Beberapa kali, aku mengetuk pintu yang tertutup itu sambil huluran salamaku berikan. Tak lama lepas itu, pintu dibuka dari dalam dan aku lihat kelibat seorang lelaki muncul disebalik pintu yang terbuka.

"Wa-Warda?"lelaki itu nampak tercengang melihat aku sudah berdiri depan rumahnya.

Aku masih setia dengan senyuman. Papa di belakang turut sama memandang lelaki itu. Dahinya berkerut. Masih tak faham.

"Hai, Hairil. Lama tak jumpa."ucapku ramah.

Lelaki itu diam sejenak. Pintu pagar rumahnya dibuka. Wajah tak percaya nya masih bertayang.

"Macam mana kau tahu rumah aku? Kau spy aku ke, hah?!" sempat lagi dia buat tebakan minta kakinya.

"Ha, betullah itu. Aku hantar spy intip kau selama ni." balasku melayan. Orang macam si Hairil kena melayan aje. Bodoh dia pun layan juga.

"Erm, by the way..aku nak kenalkan kau pada papa aku. Pa, ini Hairil kawan sekelas Warda."aku memulakan sesi perkenalan ringkas antara papa dan Hairil. Mereka nampak termangu.

"Kau nak buat apa sebenarnya ni? Tiba-tiba bawa papa kau jumpa aku pula." soal Hairil tak mengerti.

Aku ketap bibir. Terus wajah papa aku pandang. "Pa, Hairil sebaya dengan Warda. Dia baru aje berhenti sekolah dan Warda tahu kemampuan dia dalam belajar. Erm.. kalau betul papa nak tebus kesalahan papa. Tolong bantu Hairil untuk bersekolah semula." cadangku dalam memujuk.

Hairil jelas tercengang dengan kenyataan yang aku berikan. Terus matanya teralih pada raut wajah papa yang berubah.

"Ma-maksud kau?"Hairil bertanya.

Aku pandang Hairil pula. "Aku tahu fasal kau, Hairil. I'm also know who your father are. Aku tahu kau taknak sekolah sebab dia so aku cadangkan pada papa aku untuk tanggung pembelajaran kau. Help him, please." lirih aku berbicara.

Hairil terpinga. Wajah papa dipandangnya.

"Betul apa yang Warda kata itu. Kalau kamu tak keberatan, saya akan tanggung pembelajaran kamu. Tolong terima pertolongan saya ni.." ucap papa sudah meminta.

Aku tarik senyum panjang melihat papa dapat menerima cadangan aku itu. Hairil ketap bibir. Lama dia diam sebelum akhirnya mengeluh lemah.

"Saya akan fikirkan, Tan Sri.."
...
"Kan aku dah cakap, aku bab make up ni memang power. Korang aje yang tak percaya." galak Jenny memuji dirinya.

Aku yang sedari tadi menutup mata terus membuka mataku perlahan-lahan. Wajahku yang didandan oleh Jenny makin jelas dalam cermin di hadapanku. Tergamam aku dibuat nya saat membelek diriku dalam cermin.

"Weiyh, serious cantik gila!!!"puji Gina sambil terjerit-jerit tak percaya.

"Kau tak pernah bagitahu kitorang pun yang selama ni kau pandai teknik conture semua ini. Tak gunalah. Kan elok kau bagitau awal-awal. Tak adalah aku berhabis duit nak upah orang dandan aku." Atika luah rasa tak puas hatinya. Sempat pula dia menampar bahu Jenny yang terdedah.

Jenny sekadar mencebik. "Harta bapak kau kan banyak. Tak luak pun harta itu kalau upah pendandan. Lagipun, khidmat aku bukan percuma okay. Member ke tak member ke still bayar." ujar Jenny mengusik Atika.

Aku yang melihat gelagat Jenny dan Atika sudah tertawa mengekek manakala Gina pula sudah geleng kepala. Rius satu bilik dibuatnya.

Hari ini adalah hari persandingan aku dengan abang Mikhael. Aku dan abang Mikhael setuju untuk bersanding sebelum aku menduduki peperiksaan SPM, itupun setelah aku paksa. Kalau tak, mana maunya laki aku itu.

Kononnya, taknak ganggu study aku. Haihlah, cik abang..

"Isy, korang ni. Sudah-sudahlah itu. Kalau layan korang ni, sampai esok si Warda ni tak bersanding." bebel Gina sudah bercekak pinggang. Meredakan suasana.

Aku tersengih sambil alih mata pandang Gina. "Thanks, Gina. Menyedarkan mereka-mereka ini." balasku.

Memandangkan hari ini, adalah hari istimewa aku untuk seumur hidup. Jadi, aku sengaja bawa kawan-kawan aku sebagai pendandan. Jenny aku pilih sebagai 'mak andam' sementara Gina dan Atika tawar diri untuk belikan baju pengantin paling anggun abad ni. Haha.. meriah dibuatnya. Seronok. Yurp, aku sangat seronok.

Gaun putih yang membaluti tubuh aku itu, aku belek suka. Teruja pun ada. Sangat indah pada tubuh aku. Jenny, Gina dan Atika sudah tayang muka terpesona. Mungkin mereka juga suka pada baju yang aku pakai itu..

"Sumpah, beautiful ever."ujar Atika sedikit membulat matanya.

Gina dan Jenny sama-sama mengangguk. "Ini kalau sir Mikhael nampak ni. Confirm cair!!" ujar Jenny cuba kaitkan reaksi abang Mikhael.

Aku tarik senyum bila Jenny sebut nama lelaki itu. Aku sudah bayang abang Mikhael dengan sut pilihan nya. Pasti dia kelihatan tampan malam ini. Aumm!!

Setelah segalanya selesai, ketiga-tiga mereka membawa aku bertemu dengan rombongan yang sedang menunggu di muka pintu dewan. Dengan penuh teruja, aku melangkah. Entah kenapa, perasaan ini ternanti-nanti respons abang Mikhael saat melihat gayaku malam ini.

"Abang.."seruku merdu.

Abang Mikhael yang ketika itu sedang leka membetulkan tali lehernya terus alih pandang ke arahku. Seperti apa yang aku bayangkan. Dia nampak terpegun melihat aku dengan gaun itu. Tadi sibuk, sekarang tak berkutik.

"Cantik tak, bang?" soalku sengaja nak tahu jawapan dari mulutnya.

Lelaki itu diam sebelum senyum sengetnya terukir. Alahai, cair aku dibuatnya. Makin kali sepuluh tampannya itu.

"Bila aje isteri abang tak cantik. Always beautiful dalam mata abang." ujarnya.

Jenny, Atika dan Gina sudah terjerit gedik. Biasalah remaja kan. Digasak dengan perkataan jiwang bagai itu. Tapi.. serious, kalau bukan sebab nak jaga imej aku malam itu.. dah lama aku menjerit sakan.

Yang lain juga turut sama memuji kecantikan aku malam itu. Banyak yang kata cantik dan padan dengan sosok tubuhku. Bangga? Of course lah..

Kami bergandingan masuk ke dalam dewan hotel. Semua sudah berikan tepukan paling gemuruh saat kami melangkah di sepanjang karpet merah menuju ke mahligai kami. Aku peluk erat lengan abang Mikhael. Rasa selamat..

Tiba saja di mahligai, kami duduk sesopan yang mungkin. Mataku meliar memandang tetamu yang hadir. Kebanyakannya rakan sekolah dan kelasku. Mereka nampak teruja melihat aku di sisi abang Mikhael.

Tema pilihan kami adalah fantasy floral. Jadi, dewan itu penuh dengan bunga sana sini. Aku punya tempat bersanding pun, dihias dengan tersangatlah indah. Sangat cantik dan mempersona.

"Ada sepatah dua kata yang ingin disampaikan oleh raja sehari kita?" soal pengacara majlis memandang kami berdua.

Aku pandang abang Mikhael, lelaki itu pandang aku semula. Selepas itu, dia tarik senyum lalu berdiri menuju ke arah pentas yang tidak jauh dari tempat kami.

"Terima kasih, pengacara majlis. Saya berterima kasih kepada semua yabg sudi hadir ke majlis kami ini. Apa yang saya nak cakap adalah, saya rasa gembira diberi peluang untuk sedar kekhilafan saya pada isteri saya. Even she's young and sometime childish..but kalau dah termaktub dia jodoh saya maka saya kena terima hakikat itu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Nurul Warda Zafira kerana layan karenah saya yang lebih mengada daripada budak. Saya harap selamanya dia isteri saya. Thanks.." ucapnya sambil mata bundarnya menatap wajah aku.

Semua sudah berikan tepukan yang semuruh. Aku sudah sebak, takung mata yang sudah panas aku tahan daripada jatuh. Bahagia.. ini tangisan gembira.

Bila Mikhael labuh punggung di sebelahku, spontan aku peluk dia dan menangis di dadanya.

"Thanks for being my wife, my dear." bisiknya sambil mengusap kepalaku yang terbalut selendang putih itu.

"Most welcome, abang Mikhael!!" balasku lirih.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro