BAB 62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nampak sahaja kereta BMW milik abang Mikhael terparkir di luar kawasan sekolah, terus langkahku tuju ke arah kereta tersebut. Kelihatan dia sedang menunggu aku di luar pintu. Senyumanku melirik memandangnya.

"How? Jawab paper okay tak?"soal abang Mikhael sedikit risau.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Senyumanku masih meniti menandakan paper Fizik yang aku jawab tadi tersangatlah senangnya. Ehem, bagai kacang digoreng-goreng!

Hanya tinggal dua paper lagi dan aku akan meninggalkan zaman sekolah menengahku. Yurp, pejam celik pejam celik sudah lapan subjek SPM yang aku duduki dan hanya tinggal menghitung hari untuk menjadi bekas pelajar Orhan Hills. Sebak. Ya, itu apa yang aku rasakan sekarang.

Hala tuju aku selepas ni? Aku sendiri pun tak tahulah. Kerap kali, abang Mikhael bincangkan tajuk itu dengan ku. Dia tak mahu lihat aku habis sekolah dan selepas itu jadi surirumah sepenuh masa. Erm, baru terfikir nak jadi surirumah tapi dia melarang.

Katanya, dia mahu aku ambil peluang untuk mempelopori minatku dan dia rasakan peluang aku cerah untuk teruskan pengajianku. Sungguh, aku terharu kerana lelaki itu selalu menyokong minatku. Aku pernah beritahu abang Mikhael tentang minatku yang mendalam dalam fashion dan dia tanpa membangkang terus menyokong.

Aku pernahlah juga tunjuk pada dia hasil lukisan aku dan dia puji. Hmm.. dia berikan aku semangat. Kata nya lepas saja habis SPM, dia akan tolong aku untuk ambil diploma di luar negara. Dia pun pernah kata mahu aku belajar di universiti yang dia belajar semasa dia di UK dulu. Haih.. seronok aku dibuatnya.

"Jom. Hari ini, abang nak bawa Warda makan-makan."beritahunya sudah berura-ura mahu masuk ke dalam kereta.

Aku juga turut melangkah mahu masuk ke dalam kereta. "Baru dapat gajilah itu. Ahaha.. sebab itu rajin belanja Warda kan?"tebakku sengaja menyakatnya.

Lelaki itu tarik sengih. Rasanya apa yang aku tebak, benar belaka.

"That's true, my dear. Warda cakap aje ke mana, Warda nak pergi. Abang akan ikut aje." soalnya sambil pasang tali keledar ke tubuhnya. Sebagai keselamatan diri dalam kereta. Wajah aku yang duduk di sebelahnya dipandang.

Aku sudah garu dagu sambil mataku melilau memikirkan tempat makan yang seronok untuk dating bersama si suami.

Sedang aku leka berfikir, tak semena aku rasakan tubuhku terasa panas. Perutku juga rasa tak selesa manakala tekakku pula terasa loya. Kepala yang diterpa rasa pening, aku urut. Terus tubuhku aku sandar. Hmm.. kenapa ni?

Abang Mikhael sudah tayang muka risau bila lihat senyum terujaku tadi pudar. "Kenapa ni, Warda? Are you okay?"soal Mikhael sudah resah.

Aku ketap bibir. "Warda rasa tak sihat badanlah, bang. Tiba-tiba rasa nak muntah."rungutku sambil mengurut leher yang terasa payau.

"Salah makan ke?"lelaki itu masih bertanya.

Aku geleng kepala. "Warda pun tak tahulah. Erm.. kita baliklah, bang. Rasa tak sedap badan ni." rintihku sambil menekan perutku.

Lelaki itu diam sejenak sebelum satu keluhan lemah dia lepaskan. "Kita pergi klinik sekejap. Ini salah makan ni." tebak Abang Mikhael.

Aku tak membalas. Masih melayan sakit yang tiba-tiba saja menjengah. Terjeluak aku sepanjang perjalanan. Haih, tak pernah-pernah pun aku macam ni.

Tiba-tiba pula hari ini badan buat hal!
...
"Aih, seronok mama Dila dengar!!" sorak Puan Sri Adila sambil terlonjak-lonjak senang. Dia dengan mama aku sama saja. Lagi budak daripada budak.

Mama pun terloncat macam itu juga bila dapat tahu yang aku mengandung. Katanya, dia tak sabar nak timang cucu. Bila dah dapat tahu fasal itu, mama terus call Puan Sri Adila untuk datang ke rumah. Alamatnya sekarang, riuh satu rumah gara-gara laungan dan jeritan bersatu dari para wanita yang bakal bergelar nenek tak lama lagi.

Cuma para datuk aje yang belum tahu lagi ini. Aku tak tahulah apa reaksi yang papa dan Tan Sri Johari akan berikan nanti. Melonjak ke cool..

"Lepas ni, kamu ada banyak pantang larang tau, Warda. Jangan penat sangat, jangan makan nanas, jangan makan benda masam dan sebagai nya. Nanti mama bagi senarai pantang larang itu pada kamu. Kamu kena ikut tau." ujar Puan Sri Adila sambil menyenaraikan pantang larang yang disebutnya.

Aku tersenyum lebar mendengar celoteh mama Dila itu. Comel aje. Tak kena dengan usia.

Mama yang duduk di sebelahku sudah angguk-angguk kepala tanda setuju. "Betul apa yang mama Dila kamu itu kata. Lepas ni, jangan banyak sangat buat kerja."tambah mama memberi peringatan.

Aku angguk faham. "I know ma. Doktor pun ada beritahu tadi.Mama dan mama Dila jangan risau. Okay?!" sahutku sambil mengurut lengan mama.

"Memandangkan kamu itu ibu muda, kamu kena banyak belajar dari senior kamu Warda. Ni mama dengan mama kamu ni boleh tolong kamu. Si Mikha itu pun, dia kena belajar cara nak jaga kamu semasa kamu dalam tempoh mengandung ini."ujar mama Dila masih mahu menyelit.

Aku tersengih mendengarnya. Hmm.. lupa pula yang mama dan mama Dila adalah senior aku. Pfft..

Mata mama sudah melilau memandang sekeliling. Lagaknya itu seperti tercari-cari seseorang. "Erm, bercakap fasal Mikha. Mana si Mikha pergi?" soal mama sudah panjang leher mencari kelibat abang Mikhael.

Puan Sri Adila juga turut sama menganggukkan kepala. "Ha ya tak ya juga. Mana laki kamu itu pergi. Keluar ke?" soal mama Dila pula turut sama mencari gerangan anak tunggalnya itu.

Bibirku ketap. "Erm, abang Mikha ada kat atas. Katanya tadi nak berehat." ujarku sudah buat coverline.

Setelah itu, aku pinta diri untuk mendaki naik ke bilik. Lepas saja dari mama dan Puan Sri Adila, satu keluhan lemah aku lepaskan. Rasa bebas sekejap bila lepas dari mereka berdua buat sementara waktu.

Tak semena, fikiranku melayang memikirkan reaksi abang Mikhael semasa di klinik tadi. Bila doktor beritahu yang usia kandungan ku sudahpun satu bulan lebih, aku seorang saja yang tarik senyum lebar. Abang Mikhael pula nampak terkedu dengan keputusan itu.

Semenjak dari itu, dia diam saja. Nak tegur, entah kenapa.. aku rasa janggal pula. Aku tak faham dengan reaksinya itu. Dia tak suka ke kalau aku mengandung anak dia. I mean, bukankah anak itu rezeki tapi.. kenapa dia perlu bermuram durja?

Pintu bilik, aku kuak perlahan. Mataku meliar mencari kelibat abang Mikhael di sekitar ruang bilik sebelum pandanganku terpaku pada kelibat abang Mikhael yang sedang berdiri membelakangi aku di beranda. Dia nampak termenung memikirkan sesuatu.

Aku tarik nafas dalam lalu langkah ku atur kemas menuju ke arah lelaki itu.

Tanganku menjalar memeluk pinggangnya. Dia nampak terkejut. "Warda?"

Aku tersenyum. Tubuhku terpacak di sebelahnya sambil mataku tak lepas memandang wajahnya. "Kenapa abang termenung ni? Abang tak suka ke kalau Warda mengandung?" soalku sedikit serak. Risau sebenarnya nak aju soalan itu.

Takut jawapan yang abang Mikhael bagi nanti buatkan hati aku terguris.

Abang Mikhael diam sejenak sebelum satu keluhan kecil dia lepaskan. Terus tubuhku dihadapnya lalu kedua belah bahuku dipegang nya. Mataku bertentang dengan matanya.

"Warda tak rasa terlalu awal ke untuk semua ni? I mean.. erm, are you ready to be a mother?" soalnya. Ada kekalutan pada pertanyaannya itu.

Aku ketap bibir lalu aku angguk perlahan. "Warda tak kisah pun kalau ada anak. Kenapa? Abang tak sedia nak jadi ayah ke?" aku pula tanya soalan pada dia.

Dia keluh kecil. "Bukan tak sedia cuma.. abang risau tentang masa depan Warda. Abang takut disebab kan anak ni, Warda akan terbantut untuk kejar impian Warda untuk menjadi fashion designer."luahan yang terbuku dalam hati Mikhael buatkan aku sebak.

Terus aku jatuhkan pegangannya pada bahuku lalu kedua-dua belah tangannya aku genggam erat. Masih.. mataku tak pernah lepas dari memandangnya.

"Anak ni rezeki Allah, bang. Bagi Warda, anak kita ini bukan beban. Abang jangan risau. Warda takkan pernah mengeluh. I know what I'm doing. Warda janji yang Warda akan teruskan cita-cita Warda walaupun nanti Warda jadi seorang ibu. I'm promise to you.. but, for now.. Warda cuma nak abang happy. Now, I'm pregnant and he's our baby. Please, enjoy the moment."pujukku sambil tanganku angkat membelai pipi nya.

Lama abang Mikhael diam sebelum senyuman pendeknya meleret. Terus kedua belah tangannya melingkar memeluk pinggangku.

"How do you know that our baby is a boy, hmm?"usiknya sudah mendekat kan jarak kami.

Aku balas senyumannya itu. Lehernya aku rangkul kemas. "I know it, abang. Our bond is so strong, abang aje yang tak tahu."ulahku sengaja menyakatnya.

Lelaki itu tersengih lalu menarik aku ke dalam pelukannya. Ya, sekarang.. kebahagiaan rumahtangga ku sudah lengkap.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro