EPILOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dua Tahun Kemudian..

Selesai sahaja menunaikan solat fardhu Asar, aku lipat kembali sejadah dan telekung yang aku pinjam daripada surau fakulti. Selendang kelabu yang sepanjang hari ini aku pakai, aku kembali belit ke kepalaku semula. Senyumanku meniti saat membelek diriku dalam cermin. Cantik dan tak pernah mengecewakan. Uhuks!!

"Warda!!Warda!!!" laungan serak basah Gina buatkan orang lain yang berada dalam surau sudah pandang hairan ke arah kami berdua.

Aku sudah berkerut dahi memandang Gina. Gadis itu sudah duduk bersimpuh di hadapanku sambil senyumannya menyimpul lebar di bibirnya. Teruja benar lagak nya itu. Melihatkan itu, aku sudah angkat kening.

"Kau kenapa ni? Datang terjerit-jerit. Orang datang sini,nak solat tahu tak?! Kau ni.."leterku kembali mahu memperkemaskan tudungku agar makin cantik daripada biasa.

"Ya, aku tahu. Erm, aku nak bagitahu kau sesuatu ni.. " ujarnya.

Aku masih dengan kesibukanku membetulkan tudung. "Beritahu apa?"acuh tak acuh aku membalas.

"Kau ingat tak fasal mat saleh yang kita jumpa beberapa hari lepas itu? Weiyh, dia jadi mentee aku!!!"teruja Gina membalas. Gaya gedik-gedik minta kakinya dipamer.

"Kau ni Gina.. jangan macam-macam. Sedar sikit diri kau itu dah jadi tunang orang. Mentang-mentang lah kau jauh, pandai kau nak menggatal eiyh?!" aku sempat beri peringatan kecil pada Gina.

Dia sudah tayang muka cemberut. "Alah, aku bagitahu aje pun. Erm.. biasalah perempuan. Mesti nak cuci mata sikit."jawab Gina mahu membela diri.

Aku angkat kening. "Owh, macam ni kau eiyh. Nanti aku call abang Sufi cerita perangai kau kat sini. Ha, time tu kau pandai-pandailah nak explain macam mana. Baru padan!" ugutku sengaja mahu mengusik kawan baik aku itu.

Makin memuncung Gina dibuat nya bila dia sedar akan kesilapannya itu.

Yalah, dah jadi tunang orang pun masih nak menggatal. Gina sudahpun menjadi tunang rasmi kepada abang Sufi. Sudah dua tahun mereka bertunangan, katanya lepas saja Gina menamatkan pengajian nya.. abang Sufi akan proceed ke majlis pernikahan pula. Bagus tak bagus abang aku itu. Dia tak nak lama-lama sangat. Taknak si Gina terlepas pada orang lain.

Aku dan Gina kini berada di tahun akhir pengajian kami di peringkat diploma. Pengajian kami selama dua tahun setengah ini adalah di UK. Nun jauhnya dari Malaysia. Aku ambil jurusan fesyen manakala Gina pula ambil jurusan muzik tapi kami masih berada di bawah satu fakulti yang sama. Pelik bukan? Penat-penat belajar sains tapi end up belajar bidang lain. Hmm.. inilah rezeki Tuhan orang kata.

"Ha, daripada kau merepek yang bukan-bukan, lebih baik kau solat. Kau belum solat Asar lagi kan?" serentak itu, Gina menggelengkan kepala.

"Pi solat sana. Tak elok tau lambat-lambatkan solat. Berdosa." nasihatku.

Gina sekadar mencebik. Dengan muka cemberutnya, tudung yang disarungnya ditanggal lalu langkah nya diatur menuju ke tempat wudhuk yang terletak tidak jauh dari tempatku duduk. Aku sudah geleng kecil melihat gelagat Gina itu.

Satu keluhan kecil aku lepaskan. Entah kenapa, tiba-tiba pula aku rasa rindu pada seseorang. Terus telefon pintarku godek lalu bibirku menguntum senyum.

Hmm.. nak skype dengan ayang kitew!!

Beberapa saat aku menunggu sebelum akhirnya panggilan aku itu berjawab. Senyumanku melebar apabila dapat lihat abang Mikhael depan mata. Hmm.. terlepas juga rindu.

"Abang!!! Rindu." bisikku separuh menjerit.

Lelaki dalam talian itu ketawa mengekek. "I miss you too. Erm, tengah ada kelas ke sekarang ni?" soalnya.

Aku geleng kepala. "Taklah. Baru aje habis kelas tadi. Ini tengah on the way nak balik rumah."

"Hati-hati tau. Abang dengar kat UK itu tengah dalam musim peralihan. Jaga kesihatan, jangan selalu keluar. Kalau sakit, abang tak boleh jaga." pesannya sudah beri peringatan.

Tersengih aku mendengar apa yang abang Mikhael katakan. Comel aje.

"Baiklah, abang. Erm.. mana Amanda? Tidur ke?" soalku mahu tahu keadaan anak perempuan aku itu.

Amanda Batrisya binti Mikhael Ahmad adalah anak pertama kami. Usianya kini sudahpun memasuki usia setahun lebih. Sayangnya, aku tak dapat nak membesarkan dia bersama-sama abang Mikhael kerana aku masih dalam pengajianku. Hmm.. aku janji yang aku akan tebus semuanya setelah aku tamatkan pengajiannku di UK.

Abang Mikhael mengukir senyum. "Kejap ya. Abang nak bawa Amanda jumpa mama dia. Mama Warda tunggu tau." pesan abang Mikhael.

Aku menganggukkan kepala. Seminit dua, aku menunggu dan kembali senyumku melebar. Dalam skrin, aku nampak jelas wajah bersih Amanda. Urm.. Rindu!!!

"Sayang mama.. kamu baik-baik aje kan, sayang?!" soalku sudah bertakung air mata.

Entah kenapa, setiap kali nampak Amanda depan mata, hati ini rasa sebak. Aku masih ingat lagi pertama kali aku nampak wajahnya semasa dia dilahirkan. Sangat kecil dan sekarang tanpa sedar, dia kini sudah membesar. Hibanya kerana sekarang, aku tak dapat lihat dia membesar.

"Mama jangan risau. Papa jaga Amanda baik sangat."abang Mikhael mencelah bagi pihak Amanda.

Terus tawaku meletus. Dengan suara kecil abang Mikhael itu, hmm.. yurp, ianya cukup menghiburkan hati.

"Mam..ma.."sebutan Amanda yang secara tiba-tiba itu buatkan aku terdiam.

Mikhael tersenyum. "Cakap lagi sekali Amanda, siapa ni?" soal abang Mikhael dalam talian.

Amanda senyum nampak giginya yang baru tumbuh. "Mam.. ma.." sekali lagi dia memanggil aku.

Luruh air mata aku dibuatnya. Ya Allah, tiba-tiba pula rasa nak balik jumpa Amanda. Rindu!!

"Sayang, jangan risau. Abang akan jaga Amanda. We will waiting you.." ucap lelaki itu tarik senyum nipis. Nadanya memujuk.

Aku mengangguk sambil air mataku masih jelas mengalir. Hmm.. kuatkan diri, Warda.Cuma sebulan dan lepas itu, Mikhael dan Amanda akan ada depan mata kau, pesanku pada diri.
...
Satu buku berkaitan jenis kain aku capai lalu aku bawa ke meja berdekatan. Memandangkan, aku ada satu jam aje masa berehat jadi aku gunakan masa itu untuk pergi ke perpustakaan universiti.

Universiti Charles Hogwart adalah salah satu universiti swasta yang paling terkenal di UK. Ini juga adalah bekas universiti tempat abang Mikhael belahar semasa ijazah dulu. Dialah yang cadang aku untuk belajar di sini. Katanya, dia mahu aku rasa apa yang dia rasa. Hmm.. ikut ajelah.

Buku yang sepenuhnya bahasa inggeris itu, aku baca dengan teliti. Terima kasih kepada abang Mikhael, kerana dia.. fobia aku pada bahasa inggeris sudah tiada. Malah, belajar bahasa inggeris adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk aku. Dengan bahasa inggeris, aku lebih berkeyakinan bercakap. Yurp, bahasa inggeris taklah seteruk yang aku sangka dulu.

Sekejap aje, aku baca dan lepas itu, aku belek telefon pintarku. Pesanan whatsapp aku buka dan satu keluhan kecil aku lepaskan. Masih mendapat doubletick daripada abang Mikhael.

'Abang, where're you?'-kirim.

Masih doubletick. Hmm.. mentang-mentanglah dia cuti sekarang jadi dia pun nak cuti dari berchatting dengan aku ke? Tebakku sudah fikir yang bukan-bukan.

"Hye miss, can I sit here." tegur seseorang dari arah hadapanku.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Wajah gerangan itu aku tak pandang. Masih sibuk membelek telefon, menunggu pesanan untuk mendapat balasan.

'Abang, sanggup buat Warda macam ni kan?'-kirim.

Satu keluhan lemah aku lepaskan. Terpapar jelas, wajah cemberutku. Erm..

'Kenapa sayang mengeluh ini?'-Abang Husben.

Aku yang membaca pesanannya sudah jongket kening. Aik? Macam mana, dia boleh tahu aku mengeluh ini?

'Macam mana abang tahu Warda mengeluh. Abang spy Warda ke?'-kirim.

'Yurp.'-Abang Husben.

Makin terjongket-jongket kening aku dibuatnya.

'Pandang depan.'-Abang Husben.

Tergamam aku saat membaca pesanannya itu. Erk? Terus aku dongak wajahku perlahan. Hampir tersentak aku dibuatnya apabila melihat wajah yang amat aku rindukan kini ada depan mata. Dia sudah ukir senyum pandang aku..

"Terkejut?"soalnya masih tak lepas mata kuyunya pandang aku.

Aku sudah ketap bibir namun tak lama lepas itu, bibirku mengukir senyum lebar. "Abang!!!"seruku lalu tubuhnya aku peluk rindu. Seerat yang mungkin.

"Miss you so much!!"ucapku lirih.

Lelaki itu mengurut belakang aku. "I miss you too, my dear." balasnya.

Aku melonggarkan pelukanku pada tubuhnya. Air mata yang menitis sedikit, aku kesat. "Macam mana tiba-tiba abang boleh ada kat sini ni? Bila abang fly?"

"Pagi semalam abang fly. Alang-alang, abang sedang cuti ni jadi abang nak lawat sayang. Nak lepas rindu." ucapnya. Sempat pipi gebuku diurutnya perlahan.

Aku tersengih namun selepas itu raut risauku bertayang. "Amanda mana?" soalku.

"Jangan risau. Mama abang jaga dia."jawab abang Mikhael spontan.

Aku sudah tayang muncung. "Alah, kenapa tak bawa dia sekali. Rindu dia juga tau." tuturku.

Abang Mikhael tersengih. "Saja. abang datang sini sebab abang nak luangkan masa yang ada dengan Warda. Just you and me..nanti balik Malaysia, kita spent time dengan Amanda pula." pujuknya.

Aku mencebik. Suka bila dia kata macam itu. Tanganku digenggamnya erat. Tak mahu lepaskan...

"Nak honeymoon ke ni?"soalku membuat tebakan.

Lelaki itu ketawa. "Boleh kata macam itulah. Kita pun belum honeymoon lagi kan?"

"Honeymoon macam mana yang abang nak?" soalku. Aik, honeymoon pun ada jenis.

"Honeymoon yang paling special. Hmm.. hari ini, Warda ikut abang, okay."cadangnya.

Aku tersenyum. "Okay, abang. I will follow your path asalkan ada abang, Warda on aje." balasku dan ia disambut tawa oleh abang Mikhael.

Aku pandang wajah nakal abang Mikhael. Terus pipinya aku belai lembut. Hmm.. tak sangka lelaki itu ada depan mata.

"I miss you, abang." ucapku.

Lelaki itu tarik senyum senget. "I miss you too and I love you."

"I love you more." balasku sambil membalas senyum menggodanya itu.

Ya, kini pelengkap kebahagianku sudah cukup. Abang Mikhael dan Amanda adalah kunci kepada kebahagian rumahtangga ku kini. Mengingat kembali detik awal perkahwinan kami, aku tak sangka ia akan berubah semanis sekarang ini. Dulu, abang Mikhael ego namun sekarang.. dia lepaskan egonya itu dan pilih untuk bahagia bersama aku. Yurp, satu pengorbanan yang tak sia-sia.

Aku sayangkan lelaki itu. Dari dulu sampailah sekarang, dia ada dalam hati aku. Terkahwin dengan sir.. ianya bukan sebuah kesilapan tapi adalah takdir. Kalau dah jodoh, ke manapun kau bersembunyi.. ia pasti akan mengikat kau. Tak kisahlah dengan siapa dan umur berapa, itu adalah takdir yang perlu engkau jalani.

Mungkin kisah cinta aku ni banyak konflik namun sekurang-kurangnya, di akhir cerita Tuhan beri jalan aku untuk bahagia. Aku harap jika selepas ini, perhubungan kami di uji untuk kesekian kalinya, aku harap kami akan bertindak dengan lebih matang. Yurp..

Mikhael Ahmad, sayang awak.

.....☆¤☆.....
TERKAHWIN DENGAN SIR!
WATTPADS STORY 2018
ROMANTIC GENRE
CHOCOLYN
STORY KE-8
.....☆¤☆.....

p/s》

Akhirnya story yang penuh konflik tamat juga. Terima kasih kepda semua yang sudi luang masa menunggu dan membaca story saya yang ke-8 ni. Terima kasih sangat-sangat. Kerana anda, story ni dapat tempat pda genre nya. Thanks!!!😢😢

By the way, ini adalah story second last saya tahun ni dan saya akan published my last story for this year tapi saya tak tahu bila nak buat itu. Buat masa ini,saya tak published apa-apa dulu. 😂😂(Boleh caye ke ni?).. Haha..

Cerita Cinderella and Her Knight is my last story dan saya rasa crita tu paling berbeza ever. Percayalah. Kali ini saya tak tipu.. haha.. bukan citer bashe-bashe. Uhuks?!! By the way, saya tak sangka story ini ada yang suka. Saya pun tak tahulah mana bestnya tapi.. terima kasih!!😂😂.. Hilang terus penat saya bila ada yang baca. Rasa cam tak sia-sia wat story ni. And, saya janji ini last story saya fasal budak sekolah.

Tak pandailah. Ke lain jadinya. Tengok story orang lain best.. ahaha, tak apalah. Saya wat story pun utk saya baca😃😃.. Terima kasih sume!! Stay tuned!!

》Dia Bukan Pilihan
》Sleeping Prince Love
》Between 2 Love
》Tidak Untuk Lepaskan Mu
》Misi Memburu Suami
》Bil Hati Bisik Cinta
》Cinta Kerana Dia
》Terkahwin Dengan Sir.

Otw..
》》 Cinderella and Her Knight.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro