BAB 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉🤍


Selesai sahaja mengunci bilik kelab tersebut, Ikram pun berjalan menuju ke gelanggang futsal semula sambil membawa bag Eryna.

Dia juga pelik bagaimana Zara boleh memegang bola tersebut. Sepatutnya dia yang menyimpan bola tersebut namun Eryna menghalangnya kerana dia perlu mengemas bilik kelab jadi dia hanya akur dengan arahan Eryna.

Lebih baik dia cepat, kesian jika Eryna pula yang menunggunya lama-lama di gelanggang tersebut.

"Hoi!"

"Hoi!"

"Hoi lelaki!" Namun tidak diendahkan oleh Ikram.

"Hoi lelaki baju hijau" jerit suara itu lagi. Rasanya sekarang memang dia memakai baju hijau lalu dia pun menoleh ke belakang.

Kelihatan empat orang lelaki berdiri di belakang dan salah seorang daripada memandangnya dengan pandangan yang tajam sekali. Ternyata geng H4 yang memanggilnya. Ikram menuding jari ke arah dirinya sendiri.

"Ya..kau je baju hijau dekat situ" Ikram mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Geng H4 mula mendekatinya.

"Kau buat apa dengan beg wife aku?" Ikram dapat merasakan aura negatif yang muncul apabila soalan tersebut diajukan oleh Hazreen.

"Wife? Eryna?" Soalnya kembali. Dahinya ditepuk perlahan terlupa pula bahawa Eryna sudah berkahwin dan sekarang dia berhadapan dengan suaminya Eryna iaitu Hazreen.

Mendengarkan cerita perihal Hazreen yang kejam itu sahaja membuatnya rasa seram sejuk apatah lagi sekarang dia betul-betul berada di depan mata.

"Ye sebelum nak marah dengar dulu... Tadi kami ada aktiviti dekat gelanggang futsal masa nak bersurai tu Eryna kena simpan bola dekat bilik stor, memang aku nak simpan bola tu tapi aku nak bersihkan bilik kelab jadi beg Eryna je yang tinggal dalam kelab aku nak tolong hantar. Haa macam tu ceritanya"

Panjang lebar sekali penjelasan yang diberi oleh Ikram telah mengundang tawanya Hazreeq dan Rayyan.

"Reen... Muka dia macam ayam berak kapur duh pucat siaaa" ujar Rayyan bersama sisa tawanya.

"Kau ni serius sangat lah, takut dia" ujar Aliq.

"Huh... Eryna mana?"

"Ada dekat gelanggang futsal lagi rasanya..Aaaa nah beg dia!" Terus sahaja dia menghulurnya kepada Hazreen. Dia pun berjalan meninggalkan Ikram di belakang tiba-tiba Hazreen berpusing

"Woi.. emm terima kasih" ucapnya tanpa perasaan.

"Wuuu dah pandai bersopan santun la" ejek Hazreeq sambil menepuk-nepuk belakang Hazreen. Ikram hanya tergelak melihat mereka.

Sebaik sahaja mereka tiba di gelanggang futsal, kelihatan gelanggang itu sunyi sahaja tiada satu orang pun yang berada di situ.


Eryna mengerahkan sekuat tenaga untuk menolak Shawn. Dia tidak boleh menunjukkan dia lemah.

"Awak jangan ingat saya macam dulu" jerit Eryna

"Saya bukan Eryna yang awak kenal dulu! Saya dah berubah, sebab awak khianati saya Shawn... Awak mainkan perasaan saya" ujarnya bersama tangisan.

"Awak lah satu-satunya kawan yang saya percaya tapi awak tipu saya hanya disebabkan duit hubungan kawan Kita daripada kecil musnah macam tu je. Disebabkan cinta bodoh awak!" Sehingga terduduk Eryna meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Sakit apabila diputuskan oleh Shawn itu tidak seberapa dibandingkan apabila terputusnya persahabatan mereka daripada kecil.

Mendengarkan luahan Eryna membuatkan Shawn kaku seketika tambahan pula melihat gadis itu menangis. Dia mula teringat di mana dahulu Eryna pernah menangis seteruk ini ketika mengetahui ibu bapanya meninggal semasa kemalangan.

Ini membuatkan hati Shawn tersentuh. Dia juga turut merasakan sakit, bagaimana dia boleh menjadi sebegitu bodoh untuk menyakiti sahabat dari kecilnya itu.

Masih segar di ingatannya di mana dia pernah berjanji akan menjaga Eryna sewaktu dia menangis teruk dahulu. Betapa bodohnya dirinya.

Shawn perlahan-lahan mendekati Eryna dan menarik Eryna ke dalam dakapannya. Sedar tidak sedar dia juga turut mengalirkan air mata disebabkan kebodohan yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

"I'm so sorry.."

"A-aku kawan tak guna! Disebabkan dare tak guna tu, aku rosakkan persahabatan kita" Shawn mula menggunakan kau aku. Tangisan Eryna juga kedengaran sedikit berkurangan.

Shawn melepaskan pelukannya, kedua-dua tangan Eryna diambil dan digenggam olehnya.

"Maafkan aku..."

"Kita kawan?" Soal Shawn dengan penuh harapan. Dia mengharapkan agar Eryna dapat memaafkannya agar mereka dapat berkawan semula. Baru sahaja Eryna ingin menjawab pintu bilik stor itu terbuka dengan sekali tendangan sahaja.

"Lepaskan wife aku" dingin sahaja suara Hazreen.

Melihat Shawn seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan Eryna menyebabkan rasa cemburunya membuak-buak.

Terus sahaja tangan Eryna direntap kuat daripada Shawn. Dia menggengam tangan Eryna dengan kuat sehingga dia mengaduh kesakitan.

"Awwww Hazreen... Sakit" rintihnya namun rintihan tersebut diendahkan oleh Hazreen.

"Korang settlekan dia..." Arah Hazreen

"Jangan! Saya merayu sangat Hazreen jangan apa-apa Shawn" namun dia terus sahaja menarik Eryna agar mengikuti langkahnya. Sempat dia melirik ke arah Hazreeq agar melepaskan sahaja Shawn.



"Awwww sakit!" Adu Eryna apabila Hazreen mencuci tangannya dengan kasar sekali. Ini sudah kali kesembilan kedua-dua tangannya dicuci di singki dapur.

Sebaik sahaja mereka sampai ke rumah terus sahaja dia mengheret Eryna ke dapur. Aira yang turut berada di dapur itu juga pelik dengan kelakuan anak lelakinya itu namun dia tidak mahu ikut campur.

Perlahan-lahan dia meninggalkan dapur itu sambil tergelak kecil mengenangkan sikap Hazreen yang sama seperti Haufan ataupun lebih tepat jauh lebih teruk daripada Haufan.

"Diam! Aku tak suka orang sentuh aku punya" katanya sambil mencuci tangan isterinya dengan teliti sekali.

"Tapi janganlah kasar sangat..." Perlahan sekali Eryna mengucapkannya namun tidak diendahkan oleh Hazreen.

"Kat mana lagi dia sentuh kau?" Mendengarkan soalan Hazreen menyebabkan Eryna mula kecut takkanlah dia mahu memberitahu Shawn memeluknya tadi.

"Takde!" Dengan yakin sekali Eryna menjawab

"Betul? Aku tak suka orang menipu" Soal Hazreen sambil memandang tajam ke arah Eryna. Serba salah Eryna jadinya.

"Pe-peluk" perlahan sahaja suara sehingga tidak didengari oleh Hazreen.

"Pe apa?"

"Dia peluk!" Jerit Eryna sambil mengangkat tangan dan menutup mata. Huwaaa takut!

Namun sedikit pun dia tidak merasa sakit. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan memandang Hazreen.

"Kau ingat aku nak pukul kau?" Dengan polos Eryna menganggukkan kepalanya.

"Tak mungkin aku akan pukul orang yang aku sayang..." Dia menarik Eryna ke dalam pelukannya. Dia fikir Hazreen ingin memberikannya pelukan yang hangat namun bukan.

"Aku nak hilangkan bau lelaki tu!" Ternyata dia hanya mahu menghilangkan bau Shawn yang melekat akibat pelukan tadi.

Alahai Hazreen, sebegitu cemburunya fikir Eryna di dalam hati.

Namun dia bersyukur yang Shawn mula berubah. Dia sayangkan Shawn tapi hanya sekadar sebagai kawan tidak lebih dan dia berharap hubungan mereka sebagai kawan mereka dapat pulih seperti dulu.

"Biar saya pergi mandi" Eryna merungkaikan pelukan tersebut. Dia pun berjalan meninggalkan Hazreen di dapur.

"Aku pun nak mandi sekali" ujar Hazreen lalu memcempung tubuh Eryna menaiki tangga.

"Apa ni Hazreen!!!!"

"Biar aku cuci bau lelaki itu!"

"Puas hati aku!" Ujar Hazreen sebaik sahaja mereka selesai mandi. Eryna hanya membuat muka kerana Hazreen mengambil kesempatan terhadapnya ketika mandi.

Boleh pula dia meninggalkan love bite di lehernya. Katanya tanda hak milik Hazreen.

"Meh sini tidur..." Panggil Hazreen sambil menepuk-nepuk tempat kosong disebelahnya. Dia hanya bersikap seperti tiada apa yang berlaku. Geram betul Eryna melihat muka bersahaja Hazreen itu.

Sengaja Eryna menyikat rambutnya perlahan-lahan. Dia mahu merajuk dan mahu melihat bagaimana suaminya itu ingin memujuknya.

"Tak nak tidur sudah" Hazreen terus sahaja menarik selimut. Ternganga Eryna melihat Hazreen terus sahaja membuta itu. Dia pun hanya pasrah sahaja dengan sikap Hazreen.

"Nasib baik sayang" bisik Eryna perlahan














Shawn dah berubah 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro