BAB 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 💛

Graduation Day

Hari ini merupakan hari yang mereka tunggu-tunggu terutama sekali Hazreeq. Akhirnya mereka akan menamatkan pengajian jadi tidak perlu belajar lagi dan yang paling penting dapat bekerja di syarikat Daddy.

Pasti dia akan lebih bergaya apabila memakai kemeja dan kot nanti. Lebih ramai wanita akan tertarik dengannya nanti.

Kesemua ahli keluarga Hazreen dan Hazreeq menghadiri majlis graduasi mereka.

Afiya dan Hilman berlari sambil membawa sejambak bunga di tangan masing-masing sebaik sahaja mereka melihat kelibat abang mereka yang keluar daripada Dewan dengan berpakaian jubah konvo mereka.

"

Heee abang Reen! Abang reeq!" Hazreen dan Hazreeq sudah dia menunduk untuk mendakap mereka dan berjalan menuju ke arah Haufan dan Aira.

"Tahniah anak mummy... Mummy bangga tengok kamu berdua" ucap Aira sambil memeluk kedua-dua anaknya itu. Air mata menitis sedikit kerana gembira.
Eryna melihatnya juga turut terharu.

Hazreen terus sahaja mendekati Eryna dan memeluk erat isterinya.

"Tahniah awak" bisik Eryna sambil membalas pelukan Hazreen. Hazreen tersenyum kecil apabila Eryna memeluknya kembali.

"Hadiahnya mana?" Bisik Hazreen kembali. Eryna memandang Hazreen dengan penuh tanda tanya.

"Jangan buat muka comel macam tu" kelihatan muka Hazreen merah apabila Eryna memandangnya begitu.

"Amboi... Dekat public ni" tegur Haufan sambil membuat muka annoying. Hazreen hanya membuat muka ke arah Haufan. Apa dia kisah.

"Malam nanti okay" sempat dia berbisik kepada Eryna sehingga membuatkan gadis itu malu. Dasar suami pervert!

"Eryna minta diri dulu ya mummy daddy... Tak boleh lama sebab ada kelas kejap lagi" pamit Eryna lalu menyalami tangan Haufan dan Eryna tidak lupa juga suaminya Hazreen.

Aileen juga baru sahaja muncul setelah hilang tiba-tiba tadi, entah kemana lah sahabatnya itu pergi tadi. Aileen tersenyum dan melambai Eryna dari jauh.

Hazreeq pun turut menyibuk ingin melambai dan ingin melangkah ke arah Aileen namun dirinya ditahan oleh dan dimarahi oleh Haufan. Eryna pun melangkah mendekati Aileen dan mereka beredar menuju ke kelas bersama-sama.

"Shawn! Wait!" Zara yang berpakaian jubah konvo mengejar Shawn yang sedang berjalan berdekatan dewan namun Shawn hanya menghiraukan Zara.

"Hey! You dengar tak!" Teriak Zara lalu menarik beg sandang Shawn.

"You nak apa lagi Zara... I dah beritahu semalam kan i dah tak nak terlibat dengan you"

"You ni kenapa tiba-tiba berubah ha? You cakap nak balas dendam dan sekarang you tak nak? Why!" Amuk Zara sambil memukul-mukul Shawn.

Dia sememanganya tengah berang sekarang ini, tiba-tiba sahaja di hari kejadian Shawn menghantar mesej dan mengatakan dia tidak sanggup merosakkan Eryna. Ini bermakna rancanganya yang dirancangnya hari itu tidak menjadi.

Bertambah marahnya dia lagi apabila Shawn tiba-tiba sahaja mengatakan dia tidak mahu membantunya lagi.

Shawn yang tidak tahan akan pukulan daripada Zara itu menolaknya ke dinding dengan geram. Muka Shawn juga kelihatan merah seperti menahan marahnya.

"Kau dengar sini baik-baik Zara...." Perkataan i you sudah tidak lagi keluar daripada mulut Shawn.

"Aku tak nak sakitkan Eryna. Aku tak nak hancurkan atau rampas kebahagian Eryna sebab dia..."

"SAHABAT AKU!" Nada suara Shawn mula meninggi dengan mukanya yang tegang. Kejadian haritu membuatkan Shawn sedar yang Eryna merupakan orang terpenting dalam hidupnya iaitu sahabatnya dari kecilnya malah mereka juga membesar bersama-sama.

Sampaikah hatinya itu melukai sahabatnya itu buat kali yang kedua. Tambahan pula hubungan diaorang sudah seperti abang dan adik sejak kecil lagi.

"Kau pun cukuplah.. cukuplah ganggu rumah tangga diorang. Aku boleh nampak betapa sayang dan cintanya Hazreen terhadap Eryna" nada suaranya mula menurun dan dia juga turut melepaskan pegangannya daripada tangan Zara.

"Cinta kau terhadap Hazreen tak sekuat cinta diorang" tambah Shawn lagi sebelum dia beredar meninggalkan Zara di belakang.

Zara menunduk...

Air matanya mula menitis...

Tangannya pula digenggam kuat...

"TAK GUNA!"

"A-AKU... AKU PASTI HAZREEN MILIK AKU!" jeritnya lagi.

Zara berasa sungguh tercabar apabila Shawn berkata begitu. Bagaimana mungkin Hazreen cinta akan perempuan kampung itu.

Dia tidak kisah jika Shawn tidak mahu membantunya lagi, dia boleh melakukannya sendiri. Apa yang dia mahukan dia mesti dapatkan!

"Baguslah macam tu! Mummy setuju, lagipun lepas kamu berdua nikah haritu tak sempat nak honeymoon kan" ujar Aira teruja sebaik sahaja Hazreen menyatakan dia mahu berhoneymoon bersama Eryna di Terengganu.

Dia malas mahu berbulan madu jauh-jauh jadi dia memilih Pulau Redang, Terengganu sebagai destinasi bulan madu mereka. Lagipun di situ sudah cukup untuk memberikan  privacy  baginya dan Eryna.

Tambahan pula, Eryna juga cuti sem jadi inilah peluangnya.

Eryna hanya diam sahaja apabila keluarga Hazreen sibuk berborak berkaitan bulan madu. Dia tidak tahu menahu yang Hazreen mahu mengajaknya berbulan madu.

"Daddy tak kisah.. daddy sponser je" ujar Haufan pula

"Dekat sangat lah Daddy...Reen... Apa kata pergi London ke Perancis haa" cadang Hazreeq.

"Boleh lah kau beli buah tangan yang mahal-mahal sikit annnn"

"Ini bulan madu aku bukan kau.. jadi suka hati aku lah nak pergi mana"

"Cehhhh! Mentang-mentang dah berbini... Tunggu aku kahwin nanti aku pergi London aku tak beli buah tangan untuk kau"

"Reeq dah ada calon ke? Kalau dah ada kenal la dekat mummy senang sikit" sampuk Aira gembira

"Banyak my calon reeq.. mummy sebut je nak macam mana" guraunya

"Awwwww mummy... Ampunnn!!" Menjerit Hazreeq nyaring apabila Aira mencubit pinggangnya.

"Main-main lagi" marah Aira geram. Bila lah anaknya yang seorang ini mahu berubah.

"Eryna diam je? Kenapa? Tak minat nak pergi Pulau Redang?" Terhinjut baru Eryna apabila Haufan menegurnya. Haufan perasan Eryna hanya terpinga-pinga disisi Hazreen itu.

"Kalau nak pergi overseas ke cakap je.. Daddy sponser"

"Ehhh tak Daddy... Eryna okay je mana-mana cuma terkejut sebab Hazreen tak beritahu Eryna pun nak bulan madu"

"You kena biasa sister in law... Reen ni memang suka buat keputusan sendiri" beritahu Hazreeq.

"Mummy.... Kakak ryna nak pergi mana?" Soal Hilman yang duduk di atas riba Aira.

"Kakak ryna dengan abang Reen nak pergi bercuti" beritahu Aira lembut

"Bercuti!!! Nak ikut!!!" Jerit Afiya terus sahaja di berlari ke arah Eryna dan duduk di riba gadis itu dengan senyuman comelnya.

Eryna hanya tersenyum kekok memandang Haufan dan Aira.

"Ehh tak boleh fiya..."

"Aaaaa why? Fiya dengan abang Hilman nak ikut! Nak ikut! Nak ikut!" Amuk Afiya lalu turun dari ribaan Eryna. Dia mula memprotes apabila Aira tidak membenarkannya dia ikut mereka berbulan madu.

Afiya mula mencebikkan bibirnya.

Aira pun menyondol perlahan bahu Haufan agar memujuk anak bongsunya itu.

"Listen Afiya... Abang Reen dengan kakak Ryna bukan bercuti saja-saja tapi diorang bercuti untuk dapatkan Afiya anak saudara" selamba sahaja Haufan berkata begitu di hadapan Afiya dan Hilman dan dengan sengaja Hazreen berdehem dengan kuat.

"Anak saudara?" Soal Hilman

"Yeay! Yeay! Baby!" Afiya mula menjerit suka.

"Apa? Betul lah kan?" Balas Haufan sambil tersenyum sinis ke arah anaknya sendiri. Kemudian Haufan mula mengaduh kesakitan apabila lengannya di cubit oleh Aira.

"Maksud daddy.. dia tak sabar nak jadi atuk lah nak timang cucu"

"What! Atuk? Terlalu tua la untuk abang sayang, Abang nak panggilan yang style sikit"

"Macam-macam lah abang ni.." dan Aira pun mula membebel panjang. Memandangkan hari pun sudah lewat mereka semua pun masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.

"Kau okay?" Soal Hazreen sebaik sahaja mereka memasuki bilik tidur. Dia perasan Eryna hanya diam sahaja sejak Haufan membuka cerita tentang cucu. Apa lah yang difikirkan oleh isterinya itu.

Eryna tersentak daripada lamunannya. Dia cuba mengukirkan senyuman.

"Ha saya okay je lah" nafi Eryna padahal fikiran dia berkecamuk memikirkan hal tadi.

Entah mengapa dia sedikit terasa apabila mummy dan daddy bercerita pasal cucu. Dia sedar sudah hampir enam bulan usia perkahwinannya dengan Hazreen namun dia masih tidak mempunyai tanda-tanda yang dia bakal mengandung.

Bagaimana jika dia tidak dapat mengandung? Dia tidak dapat memberi zuriat dan cucu untuk keluarganya. Sudah pasti Hazreen mahukan zuriat daripada dirinya.

Sungguh dia takut...

Adakah Hazreen akan meninggalkannya suatu hari nanti. Tanpa sedar air mata mula bergenang di tubir matanya. Tanpa sedar Hazreen menariknya ke dalam pelukannya.

"Aku taktau apa yang tengah fikir... Tapi kalau kau fikir yang aku akan tinggalkan suatu hari nanti, jawapanya tidak... Tak mungkin aku akan tinggalkan orang yang aku cinta sepenuh hati" belakang badan Eryna diusap perlahan.

"Aku sedar aku bukan suami yang romantik tapi aku janji takkan ada perempuan lain yang ada dekat hati aku selain kau" semakin kuat tangisan Eryna apabila mendengar kata-kata Hazreen.

"Walaupun saya tak dapat berikan awak anak?" Soal Eryna bersama tangisannya.

"Ya... Asalkan kau sentiasa ada di sisi aku, aku tak kisah lagipun hal anak tu semua rezeki daripada Allah mungkin belum tiba masanya untuk kita dapat anak lagi" pujuk Hazreen. Ternyata isterinya itu risau perihal anak.

"Yang penting kita kena berusaha dan berdoa"

Pasangan mana yang tidak mahu mempunyai anak namun bila difikirkan semula mungkin belum lagi rezeki buat dirinya. Ramai lagi pasangan yang turut menunggu kehadiran cahaya mata mereka malah ada yang sampai bertahun-tahun.

"Saya.... Saya cintakan awak"

"Aku pun cintakan kau"

dan akhirnya Eryna terlena dalam dakapan Hazreen.







Sorry for the late update.. busy sangat-sangat sebab sis nak kena study.

Mungkin sis akan hiatus for a while untuk fokus habiskan belajar dulu okie :"🖐️

Happy reading ya 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro