10 | Kepulangan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Janganlah risau pasal aku. Aku dah pernah duduk sini lah, Sof." Nadanya diyakinkan untuk memujuk rakan baiknya itu.

"Iya aku tahu kau pernah duduk situ. Tapi kau kena ingat. Keadaan kau dengan setahun lebih yang lalu dah tak sama. Jangan nak buas sangat, ya." Suara wanita bernama Nur Sofea kedengaran sangat risau. Hafiza hanya membalas dengan senyum saja.

Sudah 3 hari dia berada di Kampung Wak Saliman. Sekali lagi, dia datang ke kampung ini. Namun, bezanya kali ini dia akan mengajar di sekolah rendah yang ada di situ. Atau lebih tepat lagi dia ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wak Saliman sebagai guru tetap. Entah keajaiban apa yang telah Allah susun buatnya.

"Ok lah Sof. Aku nak tidur ni. Esok aku kena mengajar," ucap Hafiza sambil menguap. Sofea di talian hanya membuat muka toya. Bukan dia tak tahu yang itu hanya helah Hafiza untuk mengelak.

"Hmm banyaklah kau punya mengantuk. Tadi bukan main rancak kau bersembang pasal kampung boy kau. Ni tiba-tiba dah mengantuk," usik Sofea. Hafiza hanya memutarkan matanya ke atas.

Kampung boy, Harith.

"Dah lah malas cakap dengan kau. Bye. Assalamualaikum," ucap Hafiza sambil terus mengakhiri perbualan mereka. Tak bagi peluang langsung Sofea nak jawab salam. Sebab kalau kasi peluang, makin melalut aje minah tu.

Hafiza meletakkan telefon pintar miliknya di samping meja. Kepalanya direbahkan pada bantal. Matanya melirik pada siling rumah yang dia tempati sekarang.

"Macam tak percaya aje aku balik semula kat rumah ni," bisiknya sendiri. Otaknya memutarkan setiap satu memori yang berlaku dalam hidupnya.

Tanpa sedar, keluhan halus terbit dari mulutnya. Malas mahu berfikir lagi, Hafiza segera memejamkan matanya. Tidak lupa juga doa tidur dibaca.

Kipas siling yang berputar ligat menghasilkan suasana yang nyaman. Hampir saja dia lena sepenuhnya.

Namun, matanya terus terbuka tatkala telinganya mendengar sesuatu. Keningnya berkerut sambil cuba mengamati lagi bunyi aneh tadi.

Krak! Krak!

Sah. Ada bunyi orang melangkah di luar rumahnya.

"Siapa tu?" Bisiknya sendirian. Kerisauan mula menjalar dalam hatinya tatkala otaknya mula berfikir yang bukan-bukan.

Macam mana kalau tu perompak? Tak pun perogol ke? Entah-entah pembunuh bersiri.

Makin berkerut dahi Hafiza apabila membayangkan hal buruk terjadi padanya. Namun hatinya dikuatkan. Entah keberanian dari mana yang hadir tiba-tiba, Hafiza turun dari katilnya.

Dia mahu memeriksa keadaan di luar. Tudung sarung dicapai dan dipakai ala kadar. Tidak lupa juga tangannya mencapai pasu kaca yang ada di meja ruang tamu.

Dengan hati yang berdebar, Hafiza melangkah ke arah pintu utama. Perlahan-lahan tangannya membuka selak pintu dan memulas tombol.

Keadaan di luar hening. Tiada apa dan tiada sesiapa. Kaki Hafiza melangkah keluar dengan waspada. Matanya meliar memandang sekeliling sambil memegang erat pasu kaca tersebut.

Pandangannya difokuskan ke arah tingkap biliknya. Sebab tadi dia dengar dari arah situ.

"Tak ada sesiapa pun," ujar Hafiza. Kali ini dia menyarungkan selipar miliknya untuk melihat lebih dekat. Lupa dia hendak mencapai cermin mata tadi.

Namun, apabila dia mendekati kawasan tepi bilik tidurnya, matanya menangkap sesuatu. Ada orang!

Dia yakin itu manusia sebab memang manusia! Takkan lah setan pakai topi, kan?

Belum sempat Hafiza mendekati individu yang mencurigakan itu, tiba-tiba mulutnya disekap dari belakang sehingga tubuhnya ditarik.

"Ummph! Umphh!" Sedaya upaya Hafiza mahu menjarit. Tapi figura yang menariknya tadi terus meletakkan jarinya di mulut isyarat agar Hafiza diam.

Hafiza ditarik untuk bersembunyi di balik dinding. Keras tubuh Hafiza apabila lelaki itu berdiri tepat di depannya. Jarak yang tersisa antara mereka mungkin hanya beberapa inci.

Hafiza cuba mengecam wajah lelaki itu. Keadaan cahaya yang remang-remang membataskan penglihatannya. Matanya fokus pada mata lelaki asing yang berada di depannya itu. Apabila menyedari siapa lelaki asing itu, serta merta terus kejung  tubuhnya. Nafasnya sesak.

Ha... Harith?!

Setelah beberapa waktu, barulah lelaki itu melepaskan tangannya dari wajah Hafiza. Sejak tadi lelaki itu langsung tidak memandang ke arah wanita di depannya. Dia hanya fokus pada individu aneh tadi. Apabila sudah diyakini aman, barulah dia mengalihkan tangannya.

"Harith?" Suara halus menyapa pendengaran lelaki itu. Sontak lelaki itu memandang makhluk yang ada di depannya.

Membulat matanya apabila menyedari kedudukannya dan wanita itu sangat rapat sehingga hampir terhapus ruang antara mereka.

Lebih mengejutkan lagi, dia kenal dengan wanita ini. "Hafiza..."

Kedua-duanya tergamam di tempat. Tiada kata yang terucap antara mereka. Harith memalingkan wajahnya dari terus bertentangan pandang dengan Hafiza.

"Awak buat apa kat sini, Harith?" Soal Hafiza hairan. Getaran dalam nadanya cuba disembunyikan. Dia masih terkejut dengan hal ini.

"Saya nampak ada orang terhendap-hendap kat rumah ni. Saya syak pencuri," jawab Harith tanpa berselindung. Dia baru saja pulang dari mesyuarat PPWakS.

Hatinya dirudung rasa tidak enak tatkala terpandang figura mencurigakan berlegar-legar di sekitar rumah sebelahnya. Dia hanya memerhatikan tanpa ada niat untuk mendekati kawasan itu. Namun, saat matanya menangkap seorang wanita keluar dari rumah, Harith tidak dapat menahan dirinya.

"Saya baru nak tidur. Tiba-tiba saya dengar macam ada bunyi orang pijak ranting," cerita Hafiza tanpa dipinta.

"Kenapa awak berani sangat, Hafiza? Bahaya lah awak keluar macam tu aje," ujar Harith seraya meraupkan wajahnya. Macam mana kalau orang tadi perasan akan Hafiza? Sudahlah perempuan.

"Hehe. Saya cuma nak cek aje," ucap Hafiza sambil tersengih sedikit. Sekali lagi Harith geleng kepala. Macam mana lah perempuan ini boleh ketawa lagi? Kental betul hati.

"Bila awak sampai?" Soal Harith. Matanya terpandang kereta Myvi berwarna putih. Oh, kereta dia rupanya.

"Dah 3 hari saya kat sini. Awak aje yang sibuk memanjang. Cik Babe pun saya dah jumpa," balas Hafiza sambil mula melangkah ke arah pintu utama. Harith di belakang hanya mengekori saja.

"Seriuslah awak dah jumpa mak saya? Kenapa mak saya tak cakap apa-apa?" Soal Harith sedikit terkejut. Tiga hari matt! Tiga hari! Sampai hati mak sorok berita penting dari dia.

"Entah." Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Memang sengaja dia cakap dekat Cik Babe untuk tidak membocorkan rahsia. Ingatkan nak buat kejutan. Eh lain pula jadinya.

Tapi bila ingat balik peristiwa tadi... cukup. Hafiza malu. Dan dia tak nak ingat.

"Saya rasa dah tak ada apa-apa ni. Awak pergilah masuk. Dah malam ni," ujar Harith apabila yakin yang keadaan sudah selamat. Dia memandang sebentar wajah Hafiza namun segera dialihkan.

Hafiza cantik.

"Ok. Terima kasih Harith sebab tolong saya," ucap Hafiza sambil tersenyum lebar. Pasu di tangannya juga sempat digoyangkan.

Baru saja dia mahu melangkah masuk, suara Harith menahan.

"Err Hafiza. Nanti kalau ada apa-apa, bagitahu je mak saya. Tak pun bagitahu saya terus," ujar Harith sambil mengusap belakang lehernya.

"Urm ok. Tapi macam mana saya nak bagitahu. Takkan setiap masa saya nak kena menjerit sambil menghadap tingkap rumah awak?" Soal Hafiza sambil meletakkan jari di dagu. Seolah-olah sedang berfikir.

"Urm... Err awak kasi lah nombor telefon awak. Nanti saya contact awak," ucap Harith dengan satu nafas. Ya Tuhan, aku malu. Aku bukan gatal sebab nak tackle anak orang, aku cuma nak memudahkan urusan.

Tergelak Hafiza melihat wajah Harith yang berkerut. "Awak ni kelakar lah. Minta nombor telefon macam nak ajak bergaduh."

Harith tidak memberi reaksi dengan kata-kata wanita itu. Sungguh. Ini pengalaman pertama dalam hidup dia.

Minta nombor telefon perempuan.

Dengan tawa yang masih tersisa, Hafiza menghulurkan tangan. Harith memandang keliru tapak tangan wanita itu. Nak salam ke? Mana boleh. Belum jadi isteri lagi.

"Meh sini telefon awak. Tadi awak yang minta nombor saya," ucap Hafiza. Harith yang baru faham kelam kabut meraba koceknya. Objek nipis itu diserahkan kepada Hafiza.

"Nah. Nama awak isi jelah sendiri. Nanti kalau saya yang isi, pelik pelik pula namanya," ujar Hafiza seraya menghulurkan semula telefon milik Harith. Jari lelaki itu bergerak di atas skrin sebelum disimpan kembali di dalam kocek.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum," ucap Harith sambil terus berlalu. Hafiza hanya menghantar langkah lelaki itu dengan sorotan mata.

Entah kenapa, gembira saja hatinya tatkala bertemu semula dengan Harith. Seolah-olah rasa kosong selama ini, perlahan-lahan kembali terisi.

Tapi otaknya mula teringatkan kejadian aneh sebentar tadi. Tentang individu asing yang berlegar-legar di sekitar rumahnya. Harith kata, dia perasan lama juga individu itu berlegar-legar di luar rumah sewanya.

Dari bentuk badan, Hafiza boleh agak yang individu itu lelaki. Dia menggelengkan kepalanya untuk menepis andaian negatif. Sudahlah tinggal sendirian. Dirinya masuk semula ke dalam rumah dan pintu dikunci rapat.

Dari kejauhan, ada mata yang memerhati di balik kegelapan. Memerhati dengan penuh dendam. 

***

Usai saja solat subuh, Harith ke dapur untuk menyapa emaknya. Cik Babe sedang memotong bawang merah dan bawang putih untuk membuat sarapan.

"Mak. Kenapa mak tak cakap yang Hafiza dah balik sini?" Soal Harith tanpa memberi salam.

"Hish budak ini. Pakai terjah aje. Aku lesing budak ini karang," ucap Cik Babe sambil mengangkat sudip ke arah anak terunanya itu.

Harith berdiri di sebelah emaknya. Tidak berpuas hati dengan emak sebab rahsiakan kewujudan Hafiza.

"Kenapa mak tak cerita apa-apa?" Ulang Harith. Cik Babe hanya menjeling sekilas.

"Macam mana kamu tahu budak tu balik? Kamu ada jumpa dia ke?" Soal Cik Babe hairan. Kata Hafiza dia nak datang harini.

"Hmm. Harith jumpa dia malam tadi," ucap Harith. Dia terus menceritakan hal malam tadi tanpa tertinggal suatu perkara pun.

Membulat mata Cik Babe apabila Harith mengakhiri ceritanya. "Ya Allah. Dahtu kamu tak dapat tangkap siapa orang tu? Macam mana kalau orang tu datang lagi malam ni? Sudah lah si Hafiza tu perempuan..."

Resah Cik Babe bertanya.

"Mak jangan risau. Harith dah cakap dalam group. Malam ni akan ada budak yang ronda kawasan sini," ujar Harith sambil mengusap perlahan bahu emaknya. Tahu yang emaknya sayangkan Hafiza macam anak sendiri. Samalah macam dia. Sayangkan Hafiza— ok tak.

"Kamu rasa siapa orang tu? Dia ada niat buruk ke dekat si Hafiza tu?" Soal Cik Babe dengan perlahan. Tangannya menyambung semula kerja yang tergendala tadi.

Harith hanya mengangkat bahunya. Dia sendiri tidak boleh memastikan apa sebenarnya yang terjadi. Tapi yang pasti dia boleh rasa keselamatan Hafiza akan terancam.

"Kamu tengok-tengokkan lah budak Hafiza tu ya. Kesian dia sorang-sorang kat sini. Kita ni jelah jiran terdekat dia yang boleh tolong jagakan dia," ucap Cik Babe. Harith hanya diam saja. Tanpa emaknya pinta, niat untuk melindungi Hafiza itu ada.

"Mak jangan lah risau. Mak doa banyak-banyak ya," ucap Harith memujuk emaknya. Mak ni memang dah jatuh sayang betul dekat si Hafiza tu.

***

"Ok class. Ulang balik apa yang kita belajar hari ini." Hafiza menepuk tangannya untuk meraih semula perhatian anak murid-murid kelas 3 Cerdik.

Jarinya digoyangkan seraya membuat beberapa gerakan untuk diikuti oleh anak muridnya.

"I scream, you scream, for the ice cream."

Seisi kelas meniru gaya yang telah diajar oleh Teacher Hafiza. Hafiza membuat begitu agar murid-muridnya lebih mudah menangkap dan mengingati apa yang dipelajari.

Setelah selesai, Hafiza menepuk kedua tangannya sambil tersenyum lebar. "Yeayyy!"

Kesemua pelajar yang berjumlah 23 orang itu turut tertawa lepas. Mungkin gembira sebab masa dah nak habis.

"Who are you today?" Soal Hafiza sambil tangan diletak ditelinga.

"I am smart, I am strong, I am excellent!" Sekali lagi Hafiza menepuk kuat tangannya. Gembira apabila murid-murid ini sudah dapat menangkap perkara wajib yang perlu dibuat.

Setelah selesai, Hafiza mengucapkan salam dan berlalu keluar dari kelas tersebut. Kakinya melangkah ke arah bilik guru yang berada di hujung aras itu.

Masuk saja ke dalam bilik guru, hanya tinggal beberapa orang saja. Mungkin yang lain pergi ke kantin memandangkan sekarang waktu rehat.

Hafiza tidak ke kantin. Sebaliknya dia mengeluarkan bekal yang sempat dimasak pagi tadi.

"Rajin Teacher Hafiza bawak bekal," tegur guru yang berada di meja depannya. Hafiza yang baru saja hendak makan, serta-merta tersenyum ramah.

"Jemput makan, cikgu." Dia tidak kenal guru wanita ini. Mungkin dia belum mengecam keseluruhan rakan sekerjanya.

"Teacher mesti tak ingat saya kan?" Soal wanita itu dengan senyuman. Semakin segan Hafiza apabila ditegur begitu.

"Hehe sorry cikgu. Saya ni ada masalah sikit. Susah nak cam muka orang," ucap Hafiza. Guru tadi hanya senyum saja. Nampak macam boleh buat kawan ni hehe.

"Saya Natasha. Saya cikgu bahasa Melayu kat sini," ucap wanita itu memperkenalkan dirinya. Hafiza semakin melebarkan senyuman. Mungkin dia boleh mula berkawan dengan cikgu BM ini. Memandangkan Hafiza perasan yang guru-guru di sini semuanya veteran. Pangkat mak mak woo.

Selepas itu, mereka berdua mula berbual rancak. Seolah-olah sudah lama berkenalan. Natasha turut menceritakan yang dia juga baru saja dipindahkan di sini beberapa bulan yang lepas.

"Maksudnya kita sama-sama jadi cikgu tetap kat sini lah kan?" Soal Hafiza sambil menyuapkan mi ke dalam mulut. Natasha hanya mengangguk setuju.

"Saya harap kita boleh jadi kawan kat sini. Saya tak ada kawan lah kat sini. Kat sini semua level mak-mak dan bapak-bapak," ucap Natasha. Ayat akhir diucapkan dengan nada berbisik saja.

Hafiza hanya tergelak perlahan dan mengangguk laju. Dia gembira sebab hari ini dia dah ada kawan. Minggu lepas dia tak jumpa dengan Natasha sebab guru wanita itu mc.

Akhirnya perbualan keduanya terhenti apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Keduanya bersiap-siap untuk ke kelas selanjutnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro