11 | Kucai atau Daun Bawang?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu berlalu, isu lelaki asing yang berlegar-legar di kawasan rumah Hafiza akhirnya lenyap. Dia sudah tidak mendengar lagi bunyi yang pelik. Tapi masalahnya, bunyi motosikal pula yang selalu ada.

Sampai satu tahap, jam tidur Hafiza terganggu dek bunyi enjin motosikal budak-budak kampung ini sangat membingitkan telinga. Sebelum ni tak ada pula.

Hari ini, Hafiza berjanji untuk belajar masak dengan Cik Babe. Tebal jugalah mukanya apabila menyatakan hasrat untuk belajar masak dengan wanita itu.

Namun Cik Babe adalah Cik Babe. Dia terima Hafiza dengan hati terbuka. Siap menambah lagi ayat yang boleh buat Hafiza lemah jantung.

"Baguslah Fiza nak belajar masak. Nanti dah pandai, Cik Babe suruh Harith pinang Hafiza ya."

Gigih Hafiza tayang wajah selamba sambil tergelak. Seolah-olah kata-kata Cik Babe itu hanya gurauan biasa. Tapi bukan dia tak perasan, Harith pun makin lain.

Rajin dia hantar makanan dekat Hafiza. Katanya Cik Babe yang suruh.

Sedar tak sedar, Hafiza sudah berada di ambang pintu dapur rumah Cik Babe. Segan pula dia nak terjah. Akhirnya dia hanya menanti tanpa melangkah masuk.

"Mungkin Cik Babe mandi," ucap Hafiza sendirian. Dari tadi dia bagi salam tak ada orang menyahut. Tapi pintu dibiarkan terbuka luas.

"Ya Allah Hafiza. Bertuah lah budak ini. Kenapa tak masuk?" Suara Cik Babe membuatkan Hafiza laju memandang wanita separuh abad itu.

Hafiza hanya tersengih saja. Dia sedang duduk bersila di atas rumput sambil bermain dengan Bella, kucing kesayangan Harith.

"Kita seganlah Cik Babe," ucap Hafiza sambil bangun. Kucing berwarna putih itu dialihkan. Kakinya mendekati pintu dapur.

Cik Babe hanya menggelengkan kepalanya perlahan. "Tak payah nak malu sangat Hafiza. Buat aje macam rumah sendiri. Mana tahu nanti Hafiza jadi penghuni rumah ni ke."

Tengok. Mak Harith ni memang suka bagi ayat double meaning. Cik Babe ni memang dah berkenan sangat ke dengan dia? Penatlah macam ni.

Hafiza hanya membalas dengan senyuman saja. Malas mahu ambil pusing dengan gurauan Cik Babe. Hati dah kental kena kenen dengan anak kesayangan dia.

"Hafiza ok duduk rumah tu? Ada dengar bunyi pelik pelik lagi tak?" Soal Cik Babe prihatin. Hafiza menggeleng perlahan.

"Alhamdulillah tak ada dah. Tapi Cik Babe. Bunyi pelik dah tak ada, bunyi budak kurang hasam main motor depan rumah pula yang ada. Fiza rasa nak mengamuk je bila diorang pulas motor kuat-kuat," ucap Hafiza dengan geram. Dia rasa nak siat aje muka manusia yang berlegar-legar di jalan depan.

"Bunyi bising? Ohh tu. Itu budak-budak kampung ni Fiza. Diorang ada dekat sini sebab Harith lah. Harith suruh diorang kawal rumah Fiza supaya orang haritu tak datang lagi," cerita Cik Babe.

Terdiam seribu bahasa Hafiza apabila mendengar kata-kata itu. Harith suruh budak-budak tu kawal rumah aku? Sampai macam tu sekali?

"Hafiza jangan risau. Budak-budak tu mungkin nampak nakal. Tapi diorang semua dengar cakap Harith selaku ketua diorang. Harith buat semua ni sebab nak jaga keselamatan Hafiza," ucap Cik Babe sambil tersenyum. Hafiza turut membalas dengan senyuman. Terharu pula bila dilayan begini.

"Hari ni Cik Babe nak masak apa?" Soal Hafiza. Teruja pula dia nak mulakan kelas pertama. Soal tadi ditolak ketepi. Nanti dia akan ucapkan terima kasih sebab Harith dan dia nak ceramahkan Harith supaya budak-budak tu tak modify enjin dah lepasni.

"Budak Harith tu kata dia teringin nak makan cucur udang. Untuk makan malam, Cik Babe ingat nak masak benda simple aje. Ayam masak kicap, udang sambal dengan sayur kangkung." Hafiza terangguk-angguk saja mendengar kata-kata Cik Babe.

Fulamak! Cik Babe kata simple. Hafiza rasa tu lebih dari simple untuk dia yang buta dapur. Dengar pun dah seram.

"Hafiza pandai buat cucur udang?" Soal Cik Babe tiba-tiba. Mata Hafiza terkelip-kelip sebelum menggeleng perlahan. Cik Babe hanya senyum saja.

Malu sebenarnya bila mengaku tak pandai masak. Tapi... bukan semua perempuan wajib masak. Itu semua pilihan. Dan Hafiza antara wanita yang tersalah pilihan.

"Tak apa. Hari ini Cik Babe ajar Fiza masak cucur udang dan semua menu yang Cik Babe sebut tadi," ucapnya lembut. Lebar senyuman Hafiza.

"Cik Babe ni boleh jadi content creator masak masak lah. Bapak soft suara," ujar Hafiza ikhlas. Cik Babe baik sangat.

"Apa kejadahnya tu?" Soal Cik Babe dengan dahi berkerut. Tergelak pula Hafiza apabila melihat wajah keliru Cik Babe.

"Alah yang orang masak-masak kat tv, kat fb semua tu," jawab Hafiza. Sekarang ni dia pula yang tak reti nak terangkan macam mana.

"Oh. Macam Khairul Aming tu ke?" Terus mengangguk laju Hafiza apabila Cik Babe kenal salah satu imfluencer yang dia minat.

"Hebat lah Cik Babe. Macam mana Cik Babe boleh kena Khairul Aming? Cik Babe pun tengok resepi dia ke?" Soal Hafiza teruja. Dari dulu, Hafiza memang selalu berangan nak masak ikut resepi KA. Tapi tulah, sepatah haram pun dia tak pernah cuba.

"Taklah. Harith tu lah yang selalu tengok. Biasanya dia belajar masak dari si budak Khairul Aming tu lah," ucap Cik Babe selamba. Kakinya melangkah ke arah peti sejuk. Beberapa sayur dikeluarkan. Ayam dan udang turut dikeluarkan.

Tercengang Hafiza mendengar jawapan itu. Harith... pandai masak?

Malunya! Lelaki pun pandai masak!

"Harith pandai masak ke Cik Babe?" Soal Hafiza. Kakinya mendekati Cik Babe di sinki. Wanita itu hanya mengangguk saja.

"Kadang-kadang kalau Cik Babe penat, Harith lah yang masak. Dia kata biar mak boleh rehat," ujar Cik Babe sambil tersenyum sedikit. Hafiza yang mendengar pun terdetik rasa terharu. Untung Cik Babe ada anak yang soleh macam Harith. Lagi untung siapa jadi bini dia.

Sesuai sangat untuk manusia pemalas macam Hafiza!

Setelah itu, Hafiza diarahkan oleh Cik Babe untuk mengupas bawang merah, bawang putih, halia, bawang hollad dan beberapa jenis lagi bahan lain. Sementara itu, Cik Babe pula pengupas kulit udang dan membasuh ayam.

Cik Babe kata nak masak lauk untuk makan malam dulu. Sebab kalau goreng cucur udang dulu, nanti sejuk. Cucur udang tu pula nak makan untuk minum petang sekejap lagi.

"Sambal ni, Hafiza kena tumis sampai pecah minyak tau. Kalau tak, nanti rasa dia tak mantap." Cik Babe menyuruh Hafiza untuk menggaul sambal.

"Macam mana kita nak tahu minyak tu dah pecah ke belum? Nanti dia merekah ke macam mana?" Soal Hafiza pelik. Celah mana nak pecah kalau benda ni cecair.

Cik Babe hanya menayangkan senyuman. Sabar saja hatinya mengajar wanita bernama Hafiza Adriani ini.

"Nanti dia macam berbuih-buih macam tu. Lepastu ada letup-letup," jawab Cik Babe sambil membuat bunyi 'keletuk keletuk'.

Sebenarnya Hafiza tak faham. Tapi dia hanya buat-buat faham. Akhirnya dia hanya mengikut saja apa yang diajarkan oleh Cik Babe. Kalau ada yang dia tak faham, dia akan terus tanya.

Entahlah. Hafiza sendiri pun tak tahu kenapa dengan dirinya. Dari dulu, dia selalu gagal dalam hal masak memasak. Seolah-olah Allah dah takdirkan yang dia memang tak pandai masak. Harini tengok content masak, esok nak try buat terus tak menjadi.

Sejam lebih kemudian, 3 jenis menu untuk makan malam sudah siap. Mereka berdua memutuskan untuk berhenti solat sebentar. Azan Asar baru saja berkumandang.

Hafiza meminta diri untuk pulang sebentar. Dia tak selesa nak solat dalam keadaan berpeluh dan melekit macam ni.

"Fiza. Nanti sebelum masuk balik, tolong cari daun kucai tau dekat laman tepi tu. Harith suka kalau tambah daun kucai kat dalam cucur udang," ucap Cik Babe. Hafiza hanya membalas dengan thumb up.

"Siap bos!"

Setelah usai solat Asar di rumah, Hafiza menyarungkan semula tudung. Tapi mukanya sedikit berkerut apabila tudung itu sudah berbau lain macam. Bau dapur.

Akhirnya tudung itu dimasukkan dalam bakul baju kotor. Tangannya mencapai tudung sarung lain di dalam rak.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Hafiza menuju ke rumah Cik Babe semula. Baru saja dia hendak masuk, pesanan wanita itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Haah lah. Kucai," ucapnya sendiri. Kakinya dibawa ke arah laman Cik Babe.

Di situ ada macam-macam pokok. Ada cili padi, ada pokok kari, ada cili besar dan lain-lain. Cik Babe kata dia tak suka tanam bunga sebab bunga tak boleh makan. Kalau tanam sayur, bila-bila masa dia boleh ambil untuk masak.

Bagus juga mindset tu. Ok noted.

Hafiza tercari-cari pasu yang menempatkan daun kucai. Mesti senang kacang je nak cari sebab kali ni dia kenal rupa daun kucai. Kembang kempis hidungnya menahan rasa bangga.

Namun, senyuman dia tak lama. Di hadapannya kini, ada dua pasu yang berasingan.

"Dua-dua macam daun kucai. Mana satu daunnya?" Soal Hafiza sendirian sambil terkebil-kebil. Dia keliru sebab pasu yang belah kanan daunnya panjang. Pasu belah kiri pula daunnya lebih pendek sedikit.

"Omg. Mana satu daun kucai ni?" Ujar Hafiza lagi. Nampaknya dia kena masuk kelas mengenal pokok pula lepasni.

"Ehem." Deheman dari belakang sontak membuat Hafiza berpaling. Figura Harith berdiri tidak jauh darinya. Mata Harith jatuh pada wajah Hafiza yang berkerut dan pasu emak.

"Awak cari apa Hafiza?" Soal Harith.

"Hmm. Mak awak suruh ambilkan daun kucai. Tapi masalahnya sekarang, saya tak tahu mana satu daun kucai," jawab Hafiza dengan keluhan perlahan. Harith yang melihat wajah buntu Hafiza hanya mampu menyembunyikan senyuman.

Ingatkan apa. Macam masalah besar aje.

"Sini saya ajar awak," ucap Harith seraya bertinggung di depan pasu. Hafiza hanya berdiri di samping lelaki itu.

"Kalau nak tengok dari segi warna dengan rupa, daun bawang dengan kucai sama je. Tapi awak jangan salah pula. Fungsi diorang lain. So benda tu boleh bagi pengaruh dengan rasa masakan awak," ujar Harith.

"Kalau daun bawang, dia punya bawah ni ada warna putih-putih dengan merah. Bila awak tarik ni, ada bawanglah kat bawah." Hafiza mengangguk dengan rasa kagum. Wah!

"Kalau daun kucai pula, sampai pangkal dia warna hijau je." Harith memandang wajah Hafiza.

"Maksudnya ni lah daun kucai, kan?" Soal Hafiza sambil menunjukkan pada pasu yang berisi kucai. Harith hanya tersenyum segaris dan mengangguk.

"Ohhh ok!" Jawab Hafiza teruja. Hari ini dia dapat ilmu baru.

"Faham, budak kecik?"

"Faham, abang besar!"

Kedua-duanya tergelak. Terhibur dengan nama yang digunakan oleh mereka berdua.

"Saya punyalah tinggi macam ni awak kata kecik? Hello! Saya 162 cm ok," ucap Hafiza sambil melibaskan tudung. Harith hanya mencebik saja.

"Tak. Awak tetap kecik di mata saya, Hafiza. Saya pun punyalah hot macam ni awak kata besar. Ni bukan besar ok. Ini tough," jawab Harith tak mahu kalah. Hafiza mengecilkan matanya.

Spesies apa Harith ni? Tak nak kalah dengan perempuan.

"Hafiza!" Suara Cik Babe kedengaran melaung dari arah dapur. Membulat mata Hafiza apabila dia baru teringat yang dia masih belum ambil daun kucai.

Ni semua salah Harith. Walaupun Harith dah tolong dia tadi, Harith tetap salah sebab usik dia. Tanpa berlengah lagi, Hafiza mencapai gunting yang ada tidak jauh dari meja dan dikerat daun kucai.

Harith hanya memerhati tanpa suara. Setelah Hafiza masuk ke dalam rumah, dia juga ikut melangkah masuk. Di dapur, emaknya sedang mengomel kerana Hafiza lambat bawa daun kucai.

"Cik Babe ingatkan Fiza tolong tanam kucai," ujar Cik Babe dengan sindiran halus. Cemberut wajah Hafiza apabila diusik begitu.

"Cik Babe tanyalah anak kesayangan Cik Babe tu. Dia kacau Fiza. Sebab tulah Fiza lambat. Fiza tak salah," ujar Hafiza sambil menunjukkan jari ke arah Harith.

Harith yang sedang meneguk air kosong terus terkebil-kebil. Kenapa aku dikaitkan? Apa salah aku?

"Kalau mak nak tahu, Hafiza ni dia termenung depan pasu kucai dengan daun bawang. Nasib baik ada Harith Ardhan yang budiman menghulurkan bantuan. Kalau tak, sampai bulan depan lah adunan mak tak siap," balas Harith panjang lebar membela diri. Hafiza menjengilkan matanya apabila tembelangnya pecah.

Cik Babe hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Ada ada saja budak berdua ni.

Harith baru saja berura-ura mahu ke depan. Namun hasratnya terbatal tatkala suara orang memberi salam di depan.

"Haa Cik Eton kau dah sampai. Harith. Goreng cucur tu. Mak nak pergi tengok kain pasang yang Cik Eton kau bawa," ucap Cik Babe. Terus ditinggalkan dapur ini bila suara rakannya kedengaran.

Harith yang baru mahu bersenang-senang terus saja menayang wajah pasrah. Apakan daya. Perintah puan besar harus dituruti.

Hafiza hendak tergelak apabila melihat wajah Harith. Pasrah benar.

"Awak jangan nak gelak. Sini tolong saya," arah Harith sambil mula memegang mangkuk yang berisi adunan. Harith menyuruh Hafiza menuangkan minyak ke dalam kuali.

"Ok cukup," ujar Harith. Bibirnya menuturkan basmallah sebelum mula mencedok sedikit demi sedikit adunan. Hafiza hanya dia memerhati di tepi.

Sesekali Harith suruh dia terbalikkan cucur.

"Sini biar saya angkat," ucap Harith. Tangannya mencapai sudip dari tangan Hafiza dan sebelah tangan lagi mencapai penyaring.

Hafiza hanya memerhati saja setiap perbuatan Harith. Aci tak dia cakap yang Harith ni hot nak mati? Lelaki yang pandai masak ni memang adorable gila!

Tidak lama kemudian, kesemua adunan sudah siap digoreng. Hafiza meletakkan semua cucur yang masih panas di dalam pinggan. Harith pula berlalu ke arah peti sejuk untuk mencari cili padi.

"Saya nak pergi petik cili padi sekejap tau. Kalau awak nak makan, makanlah." Harith melangkah keluar. Hafiza membawa sepinggan cucur udang ke arah meja makan.

Kecur liurnya apabila melihat asap halus yang keluar dari makanan itu. Sudahlah cacing dalam perut juga sudah meronta minta diisi. Tapi bila kenangkan tuan rumah, segan pula dia nak melantak dulu. Macam tak ada adab.

Akhirnya Hafiza melabuhkan duduk di kerusi. Telefon bimbit yang berada di meja juga dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka apabila dia perasan ada notifikasi.

Melihat beberapa nama, keluhan terbit dari mulutnya. Dia sudah berjanji dengan dirinya. Dia tidak mahu lagi bergantung harap dengan keluarganya. Dia mahu hidup berdikari.

"Assalamualaikum Abang Harith!" Suara teruja perempuan membuatkan Hafiza laju memandang ke arah luar. Matanya bertentangan dengan pandangan tajam seorang perempuan.

Perlahan Hafiza hampiri wanita itu. Nampak macam sebaya.

"Ya. Awak cari siapa?" Soal Hafiza dengan segaris senyuman. Apalah masalah minah ni. Apa tak reti kasi salam ke macam mana.

Sempat Hafiza lirik wanita itu atas bawah. Boleh tahan 'maju' orang kampung Wak Saliman ni. Kebaya moden ft rambut perang.

"I cari Abang Harith. Mana dia?" Jawab wanita itu tanpa secalit senyuman. Kali ini dia pula yang memandang Hafiza dari atas ke bawah.

"Harith ada. Dia pergi ambil cili padi sekejap-. Ha tu Harith," ujar Hafiza sambil menudingkan jadi ke arah Harith yang semakin dekat.

Melihat figura Harith mendekat, Qasrina betulkan sedikit rambutnya. Bajunya juga dirapikan.

Berkerut dahi Hafiza apabila melihat respon wanita itu. Apabila terpandang wajah Harith, dia dapat menangkap riak tidak senang di wajah itu.

Ok rasanya Hafiza boleh tangkap situasi ni. Lebih baik dia masuk sebab dia tak nak dicop sebagai perampas. Namun belum sempat dia memalingkan tubuh, suara garau Harith menahannya.

"Hafiza. Stay."

Dan entah magis apa yang diguna oleh Harith, kaki Hafiza terpasak di lantai dapur. Harith pula menyerahkan mangkuk kecil yang berisi cili kecil kepada Hafiza.

"Abang Harith... Ni Qasrina ada bawakan pisang goreng dengan keropok lekor untuk abang dengan mak. Makanlah," ucap Qasrina sambil menyuakan bekas Tupperware.

Harith hanya melihat tanpa ada niat untuk menyambut. Sempat juga Hafiza menangkap keluhan halus yang terbit dari mulut lelaki itu.

Apa yang Hafiza boleh agak. Perempuan ni cuba untuk beli jiwa Harith dengan Cik Babe. Tapi Harith tak suka. Macam tu, kan?

Qasrina masih setia menghulurkan bekas itu. Tanpa berkata apa-apa, Harith menonong masuk ke dalam rumah. Tercengang Hafiza dibuatnya apabila dia ditinggalkan berdua dengan perempuan pelik ni.

Matanya memandang wajah perempuan bernama Qasrina itu. Senyuman cuba diukir meski janggal.

"Sekejap ek. Harith sakit perut kot. Sebab tu dia masuk je," ujar Hafiza sekadar mencipta alasan. Namun hal tersebut semakin membuatkan pandangan perempuan bernama Qasrina semakin tajam.

"Kenapa kau menyibuk hah? Kau fikir kau boleh dapat Abang Harith ke?" Soal Qasrina dengan tatapan tajam. Terbakar hatinya apabila melihat saja Harith meminta Hafiza untuk tetap di sini.

Hafiza berkerut. Bila masa dia menyibuk? Dah orang tak nak, kan? Ish ish ish geng gamon. Gagal move on!

Panggilan I-you tadi pun dah hilang. Baru saja dia puji penduduk kampung ni semakin moden. Ehhh rupanya makin hilang tamadun.

"Qasrina. First of all, saya tak pernah pun nak menyibuk hal sesiapa ya. Saya pun tak kenal awak siapa. Tak ada faedah pun kalau saya jaga tepi kain awak," ujar Hafiza dengan lembut. Wajahnya cuba dimaniskan. Dia tahan saja mulutnya dari berkata yang kasar.

Qasrina tersenyum sinis. "Tak kenal konon. Kau patut tahu aku siapa. Aku bakal isteri Abang Harith. Aku nak kau jauhkan diri dari Abang Harith dan Cik Babe. Jangan nak menggatal dengan bakal suami orang!"

Tercengang Hafiza mendengar ucapan wanita itu. Wah! Tinggi yang keyakinan dia. Beli kat mana ni?

Tawa halus keluar dari mulut Hafiza. "Kau? Bakal isteri Harith? Hebat do angan-angan kau."

Membulat mata Qasrina apabila mendengar nada bicara Hafiza yang seolah-olah merendahkannya. Tangannya dikepala menahan rasa geram. Mahu saja dicakar wajah Hafiza yang sedang tersenyum penuh makna itu.

Baru saja dia hendak membalas, figura Harith tiba-tiba muncul dari dalam. Di tangannya ada beberapa bekas yang serupa di tangan Qasrina.

"Kau ambil balik bekas kau ni. Makanan ni pun kau bawak balik jelah. Aku puasa hari ni," ujar Harith seraya meletakkan bekas Tupperware itu di lantai.

Hafiza hanya melihat tanpa berkelip. Wah! Kerek gila Harith ni.

Panas wajah Qasrina apabila dia dilayan begitu. "Tapi Qas dah penat goreng untuk abang. Nanti abang makanlah lepas berbuka."

"Balik." Sepatah saja yang keluar dari mulut lelaki itu. Hafiza menoleh ke arah Harith yang berdiri di tepinya. Fulamak. Seram sejuk lah vibes Harith sekarang.

"Tapi..."

"Aku cakap balik. Lepasni kau tak payah nak menyusahkan diri hantar makanan kat aku." Sedikit pun Harith tidak memandang Qasrina. Hafiza pula yang jatuh kasihan dengan wanita itu.

Dia menghulurkan bekas cili yang dipegangnya sejak tadi kepada Harith. Lelaki itu menyambut dengan wajah keliru.

"Pegang ni," ucap Hafiza. Apabila bekas tersebut bertukar tangan, Hafiza menundukkan badannya untuk mengambil bekas-bekas makanan yang diletakkan Harith di lantai.

Kejam betul jadi manusia si Harith ni. Apa tak malu perempuan ni nak ambil bekas sendiri.

Hafiza menyuakan bekas tersebut kepada Qasrina. Terus bertukar tajam pandangan Qasrina kepadanya. Aik, orang buat baik pun kena side eye ke?

Sejak tadi dia hanya melihat saja dua manusia di depannya. Mata Harith tidak lepas dari terus memandang Hafiza. Dan Qasrina benci itu.

"Nah bekas awak." Huluran tangan Hafiza dipandang lama sebelum direntap. Hampir saja bekas itu berterabur.

Risau aje Hafiza tengok bekas itu jatuh mencium lantai. Ni mesti mak dia marah nanti. Mama dia pun boleh hangin satu badan kalau koleksi Tupperware dia calar balar.

Tanpa berpamitan, Qasrina berlalu dari rumah itu. Semakin lama dia di situ, semakin panas hatinya melihat pandangan Harith terhadap Hafiza. Dan senyuman yang terukir di bibir Hafiza. Seolah-olah wanita itu dengan menghantar isyarat kemenangan kepadanya.

Melihat Qasrina yang benar-benar sudah pergi, Hafiza menoleh ke arah Harith di sebelahnya.

"Selalu ke dia masak untuk awak dengan Cik Babe?" Soal Hafiza sambil memandang tepat ke arah lelaki itu.

Harith hanya mengangguk perlahan.

"Tapi saya tak pernah makan pun," ujar Harith lagi. Hafiza memandang tajam lagi.

"Kenapa tak makan? Mesti dia masak sedap," ujar Hafiza mahu memprovokasi lelaki itu.

Sekarang Harith pula yang salah tingkah apabila Hafiza memandang tajam ke arahnya. Seolah-olah dia adalah pesalah.

"Entah. Saya cuma tak nak makan makanan dari orang sembarangan. Kita tak pernah tahu niat orang macam mana," jawab Harith bersahaja.

"Dahtu kalau saya yang masak pun, awak tak makan lah?" Soal Hafiza. Harith menggelengkan kepalanya.

"Makanlah. Kenapa pula tak makan?"

"Tadi awak cakap tak nak makan makanan dari orang sembarangan. Saya ni bukan sesiapa. So mestilah awak kena aware, kan?" Soal Hafiza. Kali ini Harith mati kata. Dia tak tahu nak jawab apa lagi dengan perempuan ini.

Melihat pada kebisuan Harith, Hafiza menjeling sekilas. "Lelaki semua sama."

Tercengang Harith mendengar ucapan itu. Dah kenapa pula dikaitkan dengan jantina pula? Apa lah masalah perempuan bernama Hafiza Adriani ni?

Harith hanya melihat kebisuan Hafiza. Gadis itu kembali fokus dengan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan Harith yang terkebil-kebil. Akhirnya dia pasrah.

Apa lagi salahku, Ya Allah...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro