Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tengku Haikal tersenyum lebar melihat  Anneliese Cherina yang keresahan. Gadis itu bagai cacing kepanasan.  Kalau ikutkan hati, memang dia tak nak senyum. Gila kau!  Bukan style dia nak senyum depan orang ramai! Tujuannya cuma satu.  Dia berharap supaya gadis itu bersetuju dengan rancangan bahenolnya.

"Tuan Aden buat apa kat sini? " soal Anneliese Cherina menahan malu.  Semua penghuni di studio tersebut mulai memandang mereka dengan pandangan yang berbeza. Ada yang cemburu dan ada juga yang terkejut.  Amizha pula.. Perghh!!  Toksah nak banyak bunyilah. Dia dah naik setan dah tengok Anneliese Cherina bersama pujaan hatinya dalam diam selama ini.

"Sa... yang... Kenapa cakap macam tu?  Takmo! Takmo! Cubit karang pipi you tau, " balas Tengku Haikal selamba.

Terbeliak luas mata Sharul sebaik sahaja mendengar bicara Tengku Haikal.  Berulang kali dia melihat wajah rakan baiknya serta sang jejaka yang sedang berada di hadapan mereka. Anneliese Cherina pula sudah terkebil-kebil.

Wait, wait and wait. Telinga aku yang tersumbat ke atau memang mamat poyo ni panggil aku sayang? 

"Tengku! Tengku buat apa kat sini? Kenapa tak cakap yang tengku nak datang? Kalau tak, dah lama saya suruh semua model ni untuk get ready," suara Khairul menyebabkan semua mata memandangnya.

Tengku Haikal hanya tersenyum pendek.  Figura Khairul dipandang sebentar lalu dilontarkan pula ke arah model-model lain.

"You kena ajar sikit semua pompuan gila ni cara nak hormati orang.  I tak nak pekerja I berfikiran macam orang yang takde IQ," keras Tengku Haikal menegur.

Khairul mengerutkan dahinya tanda bingung.  Takde angin takde ribut, tetiba taufan Tengku Haikal nak datang. Parah! Parah!

"Sorry, tengku.  I don't get it, " jujur Khairul menuturkan ayatnya.

Tengku Haikal mengeluh berat seraya menjulingkan matanya ke atas sebelum menjawap.

"Semua pompuan ni...bersikap macam binatang. Liar!  Langsung tak matang.  Model macam ni ke you cuba nak bagi bekerja kat syarikat I? "

"Excuse me, Haikal... I.. " Belum sempat Amizha meneruskan kata-katanya, tiba-tiba Tengku Haikal menoleh kepala ia secara pantas.  Tajam matanya merenung ke arah Amizha.

"Don't Haikal me, you piece of shit! Who are you to call me like that?!" herdik Tengku Haikal sekaligus membuatkan semua orang tergamam.

Anneliese Cherina yang berada di samping lelaki itu, tersentak dan terus sahaja menundukkan kepalanya. Selama ni pun kalau Tengku Haikal marah kat dia, tak pernahlah sampai teruk macam ni sekali.

Amizha tidak jadi mengorak langkah ke hadapan. Dia juga turut menundukkan kepalanya diikuti oleh model yang lain.

"Sabar tengku.  Kalau ada yang tak kena, tengku bagitau saya. Biar saya yang uruskan diorang semua, " pujuk Khairul,gelisah. Karang ada juga yang hilang kerja.

"You nak I sabar buat apa?  Perempuan ni semua tak tahu cara nak beradap.  Hanya tahu cara nak biadap!  Bermula hari ni, selagi diorang tak reti nak hormat orang, I tak nak diorang masuk kerja.  Suruh diorang hadir mana-mana kelas kurang upaya,"serius Tengku Haikal mengarah Khairul.

Sejenak, Khairul mengerutkan dahinya.  Bingung jap.

"Kurang upaya? Tapi tengku diorang semua ni okay. Sihat dari segi fizikal dan mental, " balas dia, perlahan.

Tengku Haikal terdiam buat seketika. Akal fikirannya mulai berpusing memikirkan logik pada bicara Khairul.  Sesaat berlalu, baru dia sedar bahawa ayatnya salah lagi dipersalahkan. Waduh, ini sungguh memalukan ya. Ingin gi mana wajah ini disembunyikan?

"Erhh..bila masa I cakap kurang upaya?  Telinga you pun ikut bermasalah ke?  I cakap diorang kena pergi ke kelas yang ada ajar pasal pendidikan. Biar kepala otak diorang ni taklah bodoh bin bongok sangat! Faham tak? " dalih Tengku Haikal dengan selambanya.

"Fa... Faham tengku, " angguk Khairul dalam ketakutan. Berulang kali air liurnya ditelan setiap kali suara Tengku Haikal lantang berkata-kata.  Sebelum ni, tak pernah pun lelaki itu mengambil kesah mengenai sikap pekerjanya. Tup-tup datang nak bagi ceramah percuma.

"And you Amizha, jangan sangka aku tak nampak apa yang kau dah buat.  Kau cuba nak jatuhkan Anneliese kan? Sekarang ni, aku nak kau gi ambik mana-mana kain lap daripada mak cik cleaner lepastu aku nak kau lap dengan tangan kau sendiri!" marah Tengku Haikal, dingin.

Terbuntang mata Amizha mendengar arahan maut daripada lelaki itu. Eyuhh excuse me!  Dengan mak cik cleaner? Kain lap?  Omg, not my standard, bitch!

"Lagi sekali korang usik dia, aku akan pastikan korang takkan dapat kerja! Biar menganggur sampai mampus! " jeling Tengku Haikal. Tak lama kemudian, dia berpusing ke belakang lalu wajah Anneliese Cherina dipandang.

Gulp!  Anneliese Cherina segera melarikan pandangan sebaik sahaja mata mereka bertembung.  Kedengaran derap kaki Tengku Haikal semakin menuju ke arahnya.
'Janganlah makan aku! Janganlah makan aku! '

"Ehem, " Tengku Haikal berdehem. Secara automatik,  kepala Anneliese Cherina mendongak ke arah lelaki itu. Peliknya, riak wajah Tengku Haikal kelihatan tenang dan tak tegang seperti tadi. Bingung Anneliese Cherina dibuatnya.

"Shall we? " ajak Tengku Haikal, lembut seraya menghulurkan tangannya ke arah Anneliese Cherina.

"Errrhhh.. Ok.. Okay.. "

Tangan Tengku Haikal disambut lalu mereka berdua menapak keluar daripada ruangan tersebut. Sharul juga tak jauh ketinggalan menyertai mereka daripada belakang.

Sebelum beredar, sempat lagi Sharul menjelirkan lidahnya ke arah Amizha lantas berlari pergi.

"Bluerk! "

Amizha dan yang lain-lain hanya mampu menahan amarah.  Masing-masing merengus geram sebaik sahaja kelibat Tengku Haikal hilang bersama Anneliese Cherina.

"Wait, Anneliese tu girlfriend tengku? Patutlah dia marah semacam," gumam Khairul sendirian. Kalau macam tu, dia tak boleh biarkan peluang ni. Dia mesti mengutamakan Anneliese Cherina terlebih dahulu berbanding model yang lain atas sebab-sebab tertentu apatah lagi gadis itu sudah menjadi milik Tengku Haikal.

____________________________

"Asal kau senyap? "

Hampir gugur jantung Anneliese Cherina mendengar soalan Tengku Haikal. Yelah, sape tak takut kalau singa dah bangun.

"Tu.. Tuan Ad dah okay? " soal dia, takut-takut.

Tengku Haikal tersenyum pendek sambil mengerutkan dahinya.  Minuman yang berada di atas meja masih tidak disentuh sejak tiba dari tadi.

"Asal kau tanya aku okay ke tak? " soal dibalas soalan.

"Sebab.. Tuan Ad duk marah-marah kitorang lepastu... "

"Wait. Aku tak marah kau," potong,  dia.

"Oh, ya.  Tapi Tuan Ad marahkan.. "

"Aku tak marah. So, stop cakap yang aku ni duk marahkan diorang, " kata Tengku Haikal, mendatar.

Anneliese Cherina berfikir sejenak. Ye ke tak marah?  Nampak marah sangat tau sampai aku pun rasa macam nak terkencing dalam seluar.

"Habistu kalau tak marah apa? "

"Saje nak takutkan diorang, " selamba  Tengku Haikal menjawap lalu sebelah matanya dikenyitkan. 

"Eish, tak baik tau Tuan Ad buat macam tu kat kitorang. Hampir nak terkeluar jantung ni bila tengok tuan macam tu. Dah macam hulk. Nasib baik saya ni penakut tau.  Kalau saya ni sorang yang berani,  dah lama saya hempuk kepala tuan guna batang pisang.  Lepastu,saya  smack down kan kepala tuan.  Biar tuan tak sedar.  Alah, macam yang ahli gusti buat tu.. Nama dia..John... "

Zappp!

Anneliese Cherina terdiam apabila Tengku Haikal merenungnya dengan tajam. Duk syok kutuk orang, tak sedar pula dia tengah tahan hati. Hehehe.

"John apa? "

"Erhh.. John Cena. You can't see me... You... Erhhh.. "

Semakin lama Tengku Haikal memandang Anneliese Cherina, semakin perlahan suara gadis itu.

"Can't see me... "

"Puas? "

"Sorry.  Saje nak gurau, " sengih Anneliese Cherina.  Dan tak lama kemudian, dia menundukkan kepalanya menahan malu.  Dalam diam-diam, Tengku Haikal tersenyum melihat gelagat gadis tersebut. Namun, dia sedaya upaya menahan rasa hati dengan berdehem perlahan.

#Macam biasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro