Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kahwin dengan aku. Aku tahu benda ni gila tapi kau kena juga kahwin dengan aku."

Terbungkam Anneliese Cherina dibuatnya. Permintaan Tengku Haikal benar-benar tak masuk akal. Apakah punca lelaki itu tiba-tiba ingin berkahwin dengannya sedangkan dia juga yang suruh agar mereka berjauhan?

"Tuan Aden, saya takde sebab nak kahwin dengan tuan. Dahlah hari tu tuan juga yang tak suruh saya untuk dekat-dekat dengan tuan. Tiber hari ni,  tuan ajak pula.  Memang taklah jawapan saya," kata Anneliese Cherina, cerdik.

Tengku Haikal mengeluh berat. Ya, memanglah permintaan dia tak masuk akal tapi dia terpaksa. Kalau dia di tempat Anneliese Cherina pun, 100% dia takkan terima.

"Okay, macam ni. Aku jujur jelah dengan kau erk. Actually, aku nak kahwin dengan kau sebab tak nak hancurkan harapan mummy.  Dia dah kenal kau and sememangnya  rapat dengan kau dari dulu.  So, why not kalau aku kahwin dengan kau je? " kata Tengku Haikal,  panjang lebar.

"Kahwin tanpa cinta?" uji Anneliese Cherina.

Tanpa berfikir panjang, pantas sahaja Tengku Haikal menjawap.

"Absolutely, yes! "

Anneliese Cherina tersenyum tawar.  Jawapan lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya menjadi serpihan-serpihan kekecewaan. Tengku Haikal pula masih selamba dengan jawapannya.  Over confident pula.

"Kau pun bukannya ada perasaan dengan aku en so, aku dah tetapkan rules bila kita dah kahwin nanti, " sengih Tengku Haikal tanpa rasa bersalah.

"Rules? "

"Yupp!  Aku takkan sentuh kau sepanjang kita kahwin.  Lepastu, kita tak boleh sibuk dengan hal peribadi masing-masing. Kalau mummy dah okay and yakin kat aku, baru kita berpisah. Amacam?" tawar Tengku Haikal.

Anneliese Cherina terdiam. Berkerut dahinya mendengar perkataan berpisah.

"Apa maksud tuan dengan berpisah? " lirih suaranya menyoal.

"Cerailah," jawap dia sepatah.

Dalam diam, Anneliese Cherina menahan air matanya daripada mengalir. Dia tertunduk tanpa memandang wajah tenang si dia.

"Kalau kau setuju, aku akan bayar upah kau hari tu secara dua kali ganda plus sekali dengan nafkah sepanjang kau jadi bini aku," tambah Tengku Haikal lagi. 

Dia sengaja menyebut perkataan upah agar menarik minat gadis itu. Baginya, Anneliese Cherina hanya seorang gadis tak dikenalinya yang bersifatkan mata duitan. Langsung tak diketahuinya bahawa gadis itu memerlukan duit untuk adik kesayangannya yang kini bertarung nyawa di sebuah hospital.

Tiba-tiba suasana bertukar tegang apabila Anneliese Cherina berdiri bersama mata yang berkaca-kaca.  Terkebil-kebil lelaki itu sebentar.

"Saya bukannya orang yang macam tuan sangkakan. Fikir jelah apa yang tuan nak tapi saya tahu apa yang kami perlukan.  Saya pergi dulu.  Assalamualaikum," ucap dia lantas beredar pergi.

Tengku Haikal termangu-mangu.  Rasa pelik bermukim di hatinya apabila Anneliese Cherina menyebut perkataan 'kami'.  Sape yang dimaksudkan selain dirinya sendiri?

___________________________

Deru nafas si dia semakin tidak teratur. Sejak tadi, dia berlari pantas untuk mendapatkan seseorang yang kini berada di wad kecemasan.  Tengahari tadi,  selepas meninggalkan Tengku Haikal, dia mendapat panggilan daripada Sharul bahawa adik lelakinya tiba-tiba sahaja diserang sakit pada bahagian kepala.

Teresak-esak budak 10 tahun itu menahan keperitan yang semakin sukar diungkapkan dengan kata-kata.  Setiba sahaja Anneliese Cherina di ruangan bilik Frender, kelibat anak kecil itu tidak kelihatan.

"Liese, adik you dah masuk ruangan kecemasan. Doktor kata nak tak nak, adik you wajib kena bedah hari ni.  Tumor kat kepala dia dah semakin membesar," lapor Sharul dari arah belakang.

Bagai guruh membelah langit, Anneliese Cherina jatuh terjelupuk di atas lantai.  Air matanya berlumba-lumba jatuh di pipi manakala seluruh badannya menggigil ketakutan. Takut kehilangan adiknya.

"Eisk eisk.. I.. I tak boleh Sha.. Eisk eisk.. Tak boleh.. I.. I takde duit, " ngongoi dia sebaik sahaja dipeluk oleh Sharul. 

Sakit hatinya tak tertanggung apatah lagi mengingati semula wajah ceria Frender pada pagi tadi.  Nampak okay dan semakin sihat tapi hakikatnya...

"I tak boleh,Sha. I dah tak mampu.. Apa dosa I sampai I kena hukum macam ni?  Tak cukup lagi ke Allah tarik nyawa ibu bapa aku? " rintih dia.

Sharul menggeleng-gelengkan kepalanya dengan pantas.  Tangan rakan baiknya digenggam sambil turut menangis sebak.

"You tak boleh cakap macam ni. I tahu you kuat.  Allah takkan uji umatNya melebihi kemampuan sendiri, " pesan Sharul, ikhlas.

"Eisk eisk.. I.. I ta.. Tak nak kehilangan Frender.  Di.. Dia je yang I ada," luah Anneliese Cherina, hiba.

Sharul tersenyum tawar. 

"I faham.  You jangan risau tau.  I dah bayar wang pendahuluan pembedahan untuk Frender.  Cuma tu je yang I mampu. Wang selebihnya, I tak tahu nak cari mana lagi, " beritahu Sharul.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Sharul, air mata Anneliese Cherina semakin lebat membasahi pipi.  Tak sangka, Sharul sanggup menggunakan wang dikumpulnya selama ini untuk membantu mereka berdua. Betapa dia bersyukur mendapatkan rakan malah boleh dikatakan keluarga sebagai penyelamatnya.

"I tak tahu eisk eisk.. nak cakap apa,Sha. I rasa terharu sebab you sanggup tolong orang macam I," luah dia lagi.

"Weh, kita kan dah hidup susah payah selama ni.  You janganlah sedih.  Wang yang selebihnya, kita cari sama-sama erk, " cadang Sharul.

Sepantas kilat Anneliese Cherina menolak cadangan Sharul. Dia tak nak susahkan lelaki itu lagi. Cukuplah Sharul memberikan mereka wang tanpa dipinta.

"No,  tak perlu. I janji I akan bayar duit you balik.  I tak nak susahkan you or berhutang dengan you," ujar Anneliese Cherina.

"But, I buat ni... "

"Please, Sha.  Percayakan I. I akan cari ikhtiar sendiri untuk bayar wang selebihnya lepastu bayar duit you."

Sharul terpaksa menganggukkan kepalanya secara perlahan. Kalau itu yang diminta, dia harus bersetuju. Dia faham Anneliese Cherina tidak gemar menyusahkan orang lain apatah melibatkan soal wang.

Semiskin-miskin mereka pun, dia takkan meminjam wang daripada orang lain. Namun, dalam hal kecemasan seperti ini, Anneliese Cherina terpaksa mengorbankan sesuatu. Sesuatu yang telah ditolaknya sebelum ini.

__________________________

Malam itu,  Tengku Haikal pulang daripada kerjanya dengan lebih awal sedikit. Memandangkan dia bos, jadi lantak dialah nak buat apa. 

Kedua-dua kaki yang terasa letih dilangkah secara biasa sambil mulut pula rajin mendendangkan sebuah lagu Malaysia yang mampu membuatkan readers terharu dan menangis sehingga darah terkeluar daripada hidung.

"Bapak ku pulang dari kota!!!  Bapak ku belikan kereta!!  Kereta kecil warna merah,  boleh ku bawa pergi neraka!! "

Mak Kiah yang sememangnya bertugas membuka pintu utana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah jejaka kacak itu.  Nyanyi dah macam tak sabar nak mampuih.

Saat Tengku Haikal melangkah masuk, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis yang sedang bergelak ketawa bersama Tengku Lily dan ahli anggota yang lain.

Selamba beruk aje diorang berbual tanpa mengendahkan kehadiran ia.

"Ehem! Ehem! Sorry, kahak tersumbat di skala enam, " tipu dia sambil berpura-pura batuk. Ingat iklan rambut ke?

"Cara kau batuk tu dah macam orang nazak. Pergilah hospital cepat-cepat.  Karang kau mati kat sini, menyusahkan kitorang pula, " balas Alex, selamba.

Tengku Haikal menjengilkan matanya lantas melihat jika ada sesuatu yang boleh dibaling ke arah lelaki bermulut lancang itu.

"Hah, nak baling barang kat aku lah tu! Baling! Baling! Jangan tak baling! " cabar Alex, sengaja ingin mengapi-apikan perasaan abangnya.

"Kau tunggu! " Melilau mata Tengku Haikal mencari barang yang boleh dibaling.

"Lama sangat kau cari.  Baling jelah maruah kau lepastu biar aku pijak-pijak.  Kan senang? " sindir Alex. Macam biasalah. Selalu menyakitkan hati.

"Sial punya... "

"Angahhhhh... Kenapa mencarut macam tu?  Kan tak baik cakap macam tu depan bakal isteri kamu, " potong Tengku Lily dalam senyuman paksa.

Kalau takde Anneliese Cherina, dah lama mulut anaknya dicili-cilikan. Biar takleh bercakap.

Tengku Haikal mengerutkan dahinya tanda hairan. Wait, bakal isteri?

"Errhhh.. Liese.. Boleh kita bercakap kejap? " ujar  dia sambil mengawal reaksi muka.

Anneliese Cherina mengangguk lemah. Dia tersenyum ke arah mereka semua sebelum mengikuti langkah Tengku Haikal yang semakin menuju ke bahagian kolam.

Aduh, kolam ni lagi.  Dahlah hari tu terserempak dengan hantu.

"Hei, kau buat apa kat sini?  Bukan kau sendiri ke cakap yang kau tak setuju dengan plan aku? " serius Tengku Haikal menyoal.

"Saya tarik balik.  Saya setuju dengan lamaran tuan. "

Tengku Haikal terdiam buat seketika. Keningnya terangkat sedikit dan tak lama kemudian, dia tersenyum senget.

"Okay, deal! "

#Vote and comment please.  At least, semangat nak update tu ada.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro