Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shaaaaaa!!! "

"Bebbbbbb!! "

Kedua-dua rakan baik itu bersorak teruja seraya terlompat-lompat bagaikan anak kecik. Sharul yang sememangnya berhati lembut itu menangis gembira kerana akhirnya masalah Anneliese Cherina bakal selesai tak lama lagi.

Tak sia-sia mak recommend noh.

"I tak tahu nak kata apa,  Sha. Tapi I excited gila! Diorang terima I jadi pekerja diorang.  Yeahhhh!! " Sekali lagi ayat tersebut dituturkan.

"I tahu you memang berbakat! " puji Sharul, ikhlas.

"Bila I dapat duit tu,  bolehlah I bayar terus untuk pembedahan adik I.  Sehari je,  Sha.  Sehari je and then semua masalah ni akan selesai, " ucap Anneliese Cherina sedikit menahan sebak. 

Saat itu,  wajah adik lelakinya yang sedang tersenyum lebar terimbau semula dalam benak fikirannya.

"Rezeki you, beb.  By the way, apa kerja yang you kena buat dalam sehari tu? " soal Sharul tertanya-tanya.

Daripada tersenyum, terus mati senyuman dia. Anneliese Cherina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.  Dia tersengih janggal.

"I lupa nak tanya.  Tapi esok diorang suruh I datang kat pejabat diorang. Katanya nak buat latihan sikit, " beritahu dia, mendatar.

Sesaat, Sharul mengerutkan dahinya. Pelik pula bila kerja yang ditanggung oleh rakannya sekarang memerlukan latihan.

"Latihan apa? "

"Entah. Tunggulah esok. "

_____________________________

Joshua dan Fakhrul berjalan beriringan menuju ke arah office Tengku Haikal. Sesekali ketawa besar terletus pada bibir masing-masing.  Entah apa yang dibualkan.  Pandangan para pekerja tak diendahkan malah mereka semakin galak tertawa.

Sepanjang mereka ingin menuju ke pejabat Tengku Haikal,  tiba-tiba mereka disapa oleh seorang gadis bermata hazel pekat.  Gadis tersebut tersenyum manakala matanya bersinar-sinar bak permata mahal.
"Good morning! So, apa latihan kita hari ni?" soal Anneliese Cherina, teruja.

Fakhrul dan Joshua tersenyum senget.

"Awal betul kau sampai erk."

Anneliese Cherina tersipu-sipu malu. Alah,  tak salah pun kalau terlebih semangat sikit. 
"Jom," ajak Joshua lantas mereka bertiga menuju ke bilik Tengku Haikal.  Setiba mereka di sana, kelibat lelaki tersebut tidak kelihatan.  Baru pukul 7:50 kut.  Biasanya mamat tu sampai dalam pukul 8 pagi tepat.
"So, kita akan mula practice hari ni.  Kau berdiri kat situ sikit," arah Fakhrul, serius.

"Erhh tapi apa yang saya perlu buat encik..."

"Nama aku Fakhrul.  Bukan fuck tapi Fakhrul.  Sebutan tu memang ada fuck sikit tapi jangan singkatkan nama aku.  Even ejaan dia Fakh tapi bila dipanggil memang kedengaran macam Fuck, " ujar Fakhrul.

Anneliese Cherina mengerutkan dahinya.  Jujur aku cakap.  Aku tak faham langsung benda yang mamat ni cakap. Dia nak bagitau apa sebenarnya?  Ada sesiapa yang boleh jelaskan?

"Aku pula Joshua.  Tapi aku lebih suka kalau kau panggil aku Lee Min Ho, " temberang Joshua berbicara.

Hampir meletus gelak Anneliese Cherina mendengar nama Joshua. Pelik tul nama orang zaman sekarang ni.

"Jap,  jap,  jap.  Asal Lee Min Ho? " Dahi Fakhrul berkerut seribu.

"Tak boleh ke?  Muka aku kan tahap handsome macam dia. Lagipun,  aku suka cara dia berlakon. Mantap weh. Terutama sekali bila ada part 'Weh weh.. Buragu?  Kenchanayo?  Bicotso? ' Aku tak tahu camne nak cakap tapi sebutan dia hampir macam tulah.  Lagi-lagi part dia marah kat awek dia, " panjang lebar Joshua berkata dengan bangga.

"Kau tengok drama Korea,  bro? Aku tak suka tengok langsung! Drama Korea..sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak menjerit. Dah tu bila nak sayang? Sayang dia tu dalam jeritan. Marah dalam jeritan termasuk sayang.  Eh, entahlah!  Aku pun tak tahu benda yang aku cakap."

Badigol betullah dua makhluk ni. Dengan author sekali tak faham apa yang korang cakap.

"Erhhh,  ok Fakhrul and Joshua. Apa tugas saya hari ni? " soal Anneliese Cherina,  tertanya-tanya.  Dua ekor 'badak'ni duk tadi gaduh pasal nama. Haih, pening!

Fakhrul dan Joshua mengangkat kening.  Mereka tersenyum sinis apabila perkataan 'tugas' terpacul daripada bibir Anneliese Cherina.

"Tugas?  Hehehe.. Tugas kau sangat bahaya," tutur Joshua dalam bisikan.  Riak wajahnya sedikit menyeramkan.

"Bukan sahaja bahaya.  Tapi cukup cukup cukup cukupppppppp bahaya.  Aku pun tak tahu binatang apa yang aku tengah cakap ni. Tapi tugas ni memang bahaya," tambah Fakhrul pula.

Seketika, Anneliese Cherina menelan air liurnya.  Pahit! Sharul,  tolong aku!

"Tug..tugas apa yang sangat bahaya tu? Soal dia tersekat-sekat. Naik merinding buku romanya melihat wajah Fakhrul dan Joshua.

"Kau nak tahu sangat? "

Angguk.

"Betul nak tahu ni? " uji Fakhrul lagi.

Anneliese Cherina mengangguk ketakutan.

"Tak menyesal? " soal Joshua pula.

"Erhhhh..tak salah kalau mencuba."

Joshua dan Fakhrul bangkit berdiri lalu perlahan-lahan menuju ke arah Anneliese Cherina. Kelihatan gadis itu melangkah ke belakang dengan wajah yang pucat.

"Ja... Jangann!! "

__________________________

"Morning, Tuan Aden."

Tengku Haikal hanya sekadar mengangguk apabila dirinya disapa oleh pembantu peribadinya, Blaire.  Gadis itu tersenyum lebar melihat wajah tuannya pada awal pagi. Seperti biasa wajah kacak itu kelihatan serius tanpa senyuman. 

Argh, lantaklah! Janji handsome! Single pula tu. 

Ketika Tengku Haikal menuju ke arah pejabat,  telinganya mendengar sebuah lagu yang berkumandang di sebalik pintu. Dahinya berkerut sebentar.

Sejak bila biliknya dah jadi tempat penyiaran muzik?  Lagi-lagi lagu yang sedang dimainkan itu lagu yang sentiasa menyapa gegendang telinganya setiap kali pergi ke mana-mana.  Dah jadi trend Malaysia untuk dengar lagu dari negara lain.

Pergi shopping mall lagu tu, pergi market lagu tu, nak pergi tandas pun lagu tu juga. Kalau hari-hari dengar, dah boleh khatam kut. Bukannya dia tak suka,  cuma dia MEMANG tak suka. Muahahaha!!

Tak lama kemudian, Tengku Haikal menolak daun pintunya dengan kasar.  Sebaik terbuka, mulutnya terlopong luas melihat pemandangan yang berada di hadapannya.

Apakan tidak, kelihatan Fakhrul dan Joshua sedang mengajar Anneliese Cherina untuk menari tarian Boy With Luv. Terkekeh-kekeh mereka ketawa sambil seronok mengikuti irama lagu.

Oh my, my, my (uh) oh my, my, my
I've waited all my life
Ne jeonbureul hamkkehago sipeo

Tengku Haikal mengetap giginya menahan marah. 

Amboi, seronok bebenor dua badigol ni guna speaker aku!

Sesaat kemudian, fail keras dicapai pantas lalu fail tersebut di baling ke arah tengah sehingga mengenai kepala Fakhrul dan Joshua.  Mati terus gelak mereka sambil mengaduh sakit.

"Sakitlah sial!! " tempik,  Joshua.  Fakhrul segera menutup punat off pada speaker lantas merenung tajam ke arah si pelaku yang berani mencederakan kepalanya.

"Bodohlah kau! Ingat kepala kitorang ni simen ke?!" herdik dia.

Anneliese Cherina pula sudah berdiri di belakang mereka.  Takut kena sound juga.

"Tu nasib baik aku hempuk korang dengan fail ni!  Kalau aku hempuk guna batu camne? Elok-elok masuk neraka, " sindir dia,  sebal.

"Oho, manisnya bibirmu berbicara sedangkan mu yang menyerang! " marah Fakhrul.

"Sebelum penumbuk aku ni melayang kat tempat yang sepatutnya,  baik kau bagitau aku benda apa yang korang tengah buat? "

"Labi-labi dalam perahu, pura-pura tak tahu, " pergh main peribahasa pula budak Joshua ni.

"Bukan kura-kura ke? " bisik Anneliese Cherina, perlahan.

Perilaku gadis itu berjaya menarik perhatian Tengku Haikal sebentar.

"Asal budak tingtong ni ada kat sini? " garang Tengku Haikal menyoal.

Anneliese Cherina bergumam sambil menundukkan kepalanya. Budak tingtong dia kata! Karang ada juga yang aku tingtongkan kepala dia!

"Kan kau yang suruh kitorang untuk latih dia.  Tu lah pasal. Lupa lagi.  Banyak sangat makan kerengga! " rajuk Fakhrul.

"Errhh bukan semut ke? " sekali lagi Anneliese Cherina menyampuk dalam bisikan.

"Aku ingat!  Tapi aku takde suruh pun korang untuk guna office aku sebagai tempat latihan! Lagi satu, benda bodoh apa yang korang tengah ajar dia ni? Aku suruh berlakon bukan menari terkinja-kinja macam beruk! " ujar Tengku Haikal.

Zappp!! 

Berkecai hati Anneliese Cherina apabila mendengar bicara Tengku Haikal yang agak sinis.  Dia rasa bosnya sekarang adalah lelaki sewel ni.  Dahlah sesuka hati dia panggil aku budak tingtong.  Tahu tak apa tu tingtong? Tingtong tu makna dia macam gila-gila.  Putus wayar kat dalam kepala.

"Lain kali biar bagi pencerahan lagi penyebaran.  Ni cakap separuh jalan! Puihh!  Demo tak serupo muloh! "

"Diamlah mangkuk.  Makin banyak kau cakap,  makin pelik aku dibuatnya. Annabelle, jom ikut kitorang! " arah Fakhrul,  mendatar.

"Erhhh tapi nama saya Anneliese. Bukannya Annabelle. Annabelle tu kan filem seram," balas dia.

"Arghh!!  Lantaklah!  Jom ikut kitorang.  Lagi lama kita kat sini, lebih panas aku rasa.  Maklumlah,  sini kat tempat tinggal setan terulung, " sempat lagi Fakhrul menyindir sebelum mereka bertiga lesap di sebalik pintu.

Tengku Haikal mengeluh berat. Ada-ada je orang-orang setannya nak buat hal.  Bak kata peribahasa bos borek, pekerja rintik.

Macam salah je tu.

#Author akan update kalau comment dah mencecah 50.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro