Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau..  Tunggu sini! "

Anneliese Cherina terkebil-kebil. Eh,  asal pula?  Tadi dia juga yang beria tak nak aku kat sini.

Joshua dan Fakhrul menjongketkan kening masing-masing.  Tak lama kemudian, mereka berdua keluar daripada pejabat tersebut sekali gus meninggalkan mereka.

"Ya encik errr.. "

"Tuan Aden! " tegas Tengku Haikal menegur.

"Errhh.. Ya, Tuan Aden? " Dalam hati, Anneliese Cherina menggerutu geram. Garang bebenor malaun ni.

"Kau tahu apa kerja kau? " soal Tengku Haikal, dingin.  Dia duduk di atas kerusi kulit sambil merenung tajam ke arah gadis di hadapannya.

"Hmmm.. Tak tahu," jawap dia takut-takut.

Tengku Haikal membuntangkan matanya sebaik sahaja perkataan 'tak tahu' terbit daripada bibir mungil Anneliese Cherina.

"Tak tahu?! "

Pap!

Anneliese Cherina tersentak apabila Tengku Haikal menghentak tangannya di atas meja.  Marah bebenor ni.  Jangan sampai hulk pula yang terkeluar.

"Eh, Tu... Tuan Aden janganlah marah.  Sa.. Saya memang tak tahu.  Joshua dan Fakhrul langsung tak bagitau saya apa-apa, " tunduk Anneliese Cherina, gagap.

"Kau ingat orang macam aku ni sesenang  nak bagi duit sampai beratus ribu begitu aje ke? "

Anneliese Cherina menggeleng pantas.

Tengku Haikal mengeluh berat. Memang tingtong!

"Tugas kau sebenarnya jadi awek aku dalam sehari. "

"What?! Hell, no! " Eeee.. Tak nak aku jadi awek mamat garang ni.  Dahlah macam singa. Arwab abah aku pun taklah segarang macam ni sekali.  Silap-silap boleh kena heart attack!

"Apa kau cakap tadi? " Tajam mata Tengku Haikal memandang Anneliese Cherina.

"Errh sorry.. Tapi.. "

"Kau dah terima kerja ni and then nak ubah fikiran pula? Aku hanya nak kau berlakon jadi awek aku dalam sehari. Taklah susah mana pun.  Tapi kalau kau tak nak, kau boleh blah," malas Tengku Haikal melayan lantas dia duduk semula di atas kerusinya.

Anneliese Cherina tertunduk kesal.  Tiba-tiba akal fikirannya tersangkut pada figura Frender a.k.a adiknya yang kini berada di hospital. Kalau tak sanggup nak ambik kerja ni, macam mana pula nak bayar semua kos Frender?

Huh, Liese!  Kau tak boleh ego buat masa sekarang ni!  Frender perlukan kaulah, badigol sot dot!

"Erhh, takpelah Tuan Aden. Saya nak kerja ni. Lagipun cuma sehari je en? Tak lebih en?  En?  En? " sengih Anneliese Cherina.

Tengku Haikal mengerutkan dahinya sebentar.  Tukar fikiran lagi.  Ni lah kes pompuan!

"Alright, then. Kalau kau nak, kau boleh blah dari office aku.  Beruk dua ekor tu dah tunggu kau kat bilik sebelah, "  arah Tengku Haikal tanpa memandang sedikit pun ke arah Anneliese Cherina.  Matanya kini sibuk perhati skrin laptop di atas meja.

Dalam diam, Anneliese Cherina merengus geram.  Dahlah upah orang jadi awek dia. Nak senyum kat aku pun susah!  Kedekut!  Orang handsome selalunya tak mesra ke?

"Akak! "

Anneliese tersentak.  Serta-merta lamunannya mati apabila Frender memanggil namanya dengan lantang.

"Akak tak sayang Frender ke? " Frender memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Eh, kenapa cakap macam tu? Akak sayang sangat kat Frender tau, " ikhlas Anneliese Cherina berkata pada adiknya yang berumur 10 tahun.

"Habistu, kenapa akak termenung masa Frender tengah bercakap? " bidas Frender masih dengan rajuknya.

"Akak fikir sesuatu.  Hah,  apa yang Frender nak cakap? "Dengan lembut, kepala Frender diusap-usap.

"Frender kata yang Frender dah bosan duduk kat sini.  Frender nak duduk rumah sekali dengan akak," luah Frender, sedih. 

Anneliese Cherina tersenyum tawar.  Pilu hatinya mendengar luahan Frender yang tak faham akan situasi yang dialami oleh dirinya sendiri.  Fikiran anak kecil itu masih mentah.  Langsung tak tahu nyawanya hanya tinggal di hujung tanduk sahaja.

"Sayang, tak lama lagi Frender akan keluar daripada hospital ni.  Buat masa sekarang, tak bolehlah sayang. Rumah akak bersepah.  Tak wangi.  Kat sini en cantik.  Bersih pula tu, " bohong dia.

"Tapi takde akak.  Frender sunyi masa akak takde."

Anneliese Cherina terkedu.  Tak sangka itu pula yang difikirkan oleh adiknya selama ni. Buat masa sekarang dia hanya mampu bersabar.  Tak lama lagi duit beratus ribu itu akan sampai pada tangannya dengan selamat.

_____________________________

Tepat pada pukul 7 malam, sebuah kereta Lamborghini hitam tiba di sebuah halaman rumah agam yang dimiliki oleh sebuah keluarga kerabat diraja. Di dalam perut kereta tersebut, terdapat sepasang ala-ala kekasih yang sedang saling bertatapan mata.

"Kau tahukan apa yang perlu dibuat? " soal Tengku Haikal, mendatar.

"Tahu Tuan Ad! Tapi errhh tuan tak bagitau pun sape yang kita perlu tipu, " kata Anneliese Cherina.

"Family aku.  Nanti bila kita dah masuk, aku tak nak kau gabra atau mengigil. Karang kantoi pula. Kau dah bersedia ke nak berlakon? "

"Of course lah.  Kalau Tuan Ad tak percaya,  tuan boleh uji saya, " hebat Anneliese Cherina berkata-kata.

"Okay.  Kalau mak aku tanya camne kita berkenalan, apa kau jawap?" uji Tengku Haikal.

"Saya jawap tuan yang ngorat saya sampai saya rasa tertarik pada tuan."

Tengku Haikal mengerutkan dahinya lantas menoleh ke arah Anneliese Cherina.

"Kau gila?  Mak aku tahu yang aku ni bukan jenis nak ngorat pompuan.  Tukar balik jawapan tu! " tegur Tengku Haikal, tegas.

Anneliese Cherina memuncungkan bibirnya.  Yelah, aku yang ngorat kau. Berlagak!

"Okay, next question please! "

"Kau dah tahu nama penuh aku? " agak Tengku Haikal.

"Erhh tak tahu. Penting ke?  " sengih dia, rasa bersalah.

Sekali lagi,  Tengku Haikal mengeluh berat. Aduh, minah tingtong ni.  Asal lah aku terima kau dulu?

"Kalau tetiba mood mak aku datang nak uji kau camne? " serius Tengku Haikal menegur.

Anneliese Cherina hanya mampu tersenyum malu. Kepalanya yang tak gatal digaru-garu perlahan.

"Nama penuh Tuan Ad apa? " soal dia.

"Nama aku Tengku Aden Haikal bin Tengku Zamil Aidil, " ucap Tengku Haikal.

Sejurus mendengar nama panjang lelaki itu, mata Anneliese Cherina terbuntang luas.  Ingatkan sekadar orang berada, rupanya...

"Te.. Tengku?!  Family tuan ni keturunan tengku?! " tergagap-gagap Anneliese menyoal.

Ni gila!  Gila!  Masak aku!  Masak! Sape yang berani sangat nak membongak pada keturunan tengku?!

"Asal? " tanya Tengku Haikal pelik.

Tanpa sepatah kata pun,  Anneliese Cherina bertindak membuka pintu kereta lalu cuba melarikan diri.

Aku tak nak weh kena saman! Dahlah pokai! Huhuhu.. Mampus aku!

Terkejut Tengku Haikal apabila melihat gadis kenit itu tiba-tiba sahaja melarikan diri.  Pintu kereta turut dibuka kasar lantas larian Anneliese Cherina cuba dikejar.

"Woii!! "

"Saya tak nak berurusan dengan family tengkuu!! Nanti kena saman!! Saya takde duit!! " jerit Anneliese Cherina, kuat.

Tengku Haikal merengus geram.  Dengan sekali gerakan pantas, tubuh Anneliese Cherina dipeluk ketat sehingga gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaslah tengku! Saya tak nak! Uwarghhhh!! Ibu saya tak ajar membongak orang terutama orang yang famous macam tengku ni! " jerit Anneliese Cherina.

Ditolak-tolaknya kepala Tengku Haikal sehingga lelaki itu berasa rimas.

Eh,  eh dia ni.  Kata takut dengan tengku. Dia juga yang selama biawak tolak kepala Tengku Haikal.  Demo tak serupo muloh!

"Diamlah!  Family aku tak makan orang! " marah Tengku Haikal.

"Tapi tengku tu tengku!  Kalau diorang tahu yang saya ni... "

Belum sempat Anneliese Cherina menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba datang seorang wanita menegur mereka.

"Tahu apa? " sampuk Tengku Lily, musykil.

Tengku Haikal tergamam begitu juga dengan kekasih palsunya.

"Mummy.. Perkenalkan. Ini girlfriend angah.  Nama dia... "

"Liese?! " Potong Tengku Lily.  Riak wajahnya kelihatan terkejut melihat gadis menawan di hadapannya.

"Auntie?"

"Liese, kamu ke tu?!"

Anneliese Cherina terjerit kegembiraan.  Tanpa sedar,  kepala Tengku Haikal ditolak ke tepi sehingga lelaki itu terjatuh di atas lantai.  Ternganga Tengku Haikal dibuatnya.

"Oh my God!!  Auntie!! "

Dengan sepantas kilat, tubuh Tengku Lily dipeluk erat seraya wajahnya dicium berkali-kali oleh wanita tersebut.

Tengku Haikal hanya mampu terkebil-kebil. Tak mungkin.. Ini semua mustahil!

Jangan kata yang mummy kenal makhluk tingtong ni!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro