Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Liese tak tahu nak cakap apa. Liese happy sangat bila jumpa auntie balik. Arghhh!!  Rasa macam mimpi jadi kenyataan! Hidup-hidup Liese menangis bila auntie sekeluarga tinggalkan kampung. Tak sangka kita dapat jumpa balik. 

Uncle nampak sangat makin handsome. Auntie nampak jelita macam dulu-dulu.  Oh,  ya.  Along kat mana?  I really miss him! Alex dan Faiza!  Oh my goshh!!  Mesti diorang dah kahwin en?  Nak juga tengok muka anak diorang yang comel-comel tu.

Tak sabar ye! Bertuah betul sape yang kahwin dengan diorang. Tapi.. Diorang masih ingat ke kat Liese?  Alah, mesti ingat punya sebab Liese kan macam adik diorang juga. Bila diorang nak sampai ye?

Oh,  lupa nak tanya.  Hehehhe.. Auntie dan uncle sihat ke? Liese sihat. Sebenarnya Liese rasa nak menangis bila...."

Tengku Haikal ternganga luas.  Apakan tidak, gadis di hadapannya itu sejak tadi berceloteh tanpa henti.  Sesekali, Tengku Lily hanya menyambut pujian daripada Anneliese Cherina dengan senyuman.

Mahu sahaja gadis itu diketuk menggunakan sudip elektrik tapi apakan daya,  ibu bapanya ada di sini.

Kesabaran Tengku Haikal semakin memuncak apabila Tengku Lily juga tidak kurangnya seperti Anneliese Cherina yang banyak bercakap.

Tak penat ke weh? Aku yang tengok korang bercakap ni pun penat. 

"Auntie minta maaf, Liese.  Auntie dan uncle terpaksa tinggalkan kampung dulu sebab ada masalah peribadi. Tapi jangan risau. Masalah tu dah selesai. Kami pun rindu kat Liese sebenarnya.

Dari dulu kami rasa bersalah sebab tinggalkan Liese sekeluarga dulu.  Tapi takdir menyebelahi kita en. Macam jodoh pula.  Along dah kahwin dengan pilihan hati dia sendiri. Dah ada 2 anak pun.  Sama juga dengan Alex. Tinggal angah dan Faiza lagi tak kahwin.

Auntie sangat gembira bila tengok Liese kat sini. Mesti Liese datang kat sini sebab... "

Tengku Haikal meraup kasar wajahnya.  Senyuman paksa dihadiahkan walhal hatinya menjerit geram. Bila nak siap weh?! Aku penat! Kalau ye pun, benarkanlah aku naik ke atas dulu.

"Ngah, daddy nak naik atas dulu.  Angah tunggu sini, " bisik Tengku Zamil.

Serta-merta mata Tengku Haikal terbeliak luas.  What the heck,  bro?!  Takkan daddy nak aku layan ceramah diorang yang mengalahkan ceramah daripada Ustaz Don ni?!  Boleh mati sial!

"No!  No!  No!  Daddy!  Angah tak nak!  Daddy!! " bentak Tengku Haikal dalam bisikan. Sedaya upaya dia menarik tangan ayahnya agar duduk semula di atas sofa. Namun, lelaki itu terkekeh ketawa lantas beredar tanpa rasa bersalah.

Tinggallah Tengku Haikal bersendirian yang terpaksa mencuci telinganya.  Tak lama lagi bernanah karang.

"Liese pun tak sangka yang... "

5 minit kemudian...

"Ye ke? Liese ni tak pernah berubah tau. Comel sangat bila... "

10 minit kemudian...

" Ha'ah! Dulu Liese selalu main dengan... "

Wajah Tengku Haikal kelihatan mendung.  Mahu sahaja dia menghentakkan kepalanya di atas meja.  Dah berapa jam dia duduk kat situ tapi sesi 'ceramah'masih tak habis lagi.

"Betul!  Auntie setuju sangat.  Lagipun... "

15 minit kemudian..

SESIAPA TOLONGLAH CABUT NYAWA AKU!!

Kepala Tengku Haikal tersengguk-sengguk menahan ngantuk.  Jam di dinding telah lama melepasi angka 10 malam. Kalau dibiarkan lebih lama, tak pasal-pasal sampai ke subuh.

Saat dia ingin tertidur, tiba-tiba telinganya terdengar suara yang tak asing lagi di telinga ia. Sepantas kilat tubuhnya tegak semula bersama sinar mata yang bergemerlapan. Hooray!  Penyelamat dah sampai!

"Hah, sampai pun diorang! " ujar Tengku Lily.  Riak wajah Anneliese Cherina bertukar ceria.  Kelibat Tengku Fazril, Alex dan Tengku Nurfaiza dipandang dengan penuh debaran.

Tak semena-menanya, ingatan ia terimbas semula ketika mereka masih kecil.  Comel dan naif.

"Kenapa semua orang panggil awak along?  Awak suka rampas duit orang erk?  Ibu saya kata along ni jahat, " petah sekali Anneliese Cherina berbicara sambil melukis sesuatu di atas tanah menggunakan sebatang  kayu kecil.

"Eh,  mana ada.  Along tu banyak maksudlah awak. Diorang panggil saya along sebab saya ni abang sulung diorang," kata Tengku Fazril, mendatar.

"Oh ye ke?  Habistu adik awak dipanggil apa? " soal dia lagi.

"Adik mana satu?  Saya ada 3 adik."

"Tuuu.. Yang tengah buli adik perempuan awak tu, " muncung dia,  comel.

"Mummy and daddy selalu panggil dia abang tapi.. "

"Aku tak suka kena panggil macam tu.  Panggil aku Alex.  Cool sikit.  Muahahaha, " sampuk Alex sambil menggenggam selipar adik perempuannya.

"Abang!  Abang!  Bagi balik selipar Faiza!  Tak naklah kawan abang macam ni!  Lapor kat mummy nanti! " ugut Tengku Nurfaiza seraya berusaha mengejar abangnya.

"Jadi nama adik perempuan awak tu Faiza ye.. Awak kata ada 3 adik.  Yang satu kat mana? " soal Anneliese Cherina, pelik. Tak nampak pun kelibat budak lain selain mereka berempat.

"Dia kat.. "

"Anneliese sayang!  Dah nak dekat maghrib. Balik sekarang, " laung Puan Katrina.  Sejurus mendengar jeritan ibunya, Anneliese Cherina bangkit berdiri lantas menepuk sedikit habuk pada bahagian lutut.

"Korang bertiga!  Saya balik dulu tau!  Jumpa esok! " kata dia lalu berlari bersama lambaian tangan yang lembut.

Tengku Nurfaiza dan Alex mendekati Tengku Fazril yang masih pegun berdiri di kawasannya. Sedikit pun tak berganjak.

"Woi, kau tengok apa? " soal Alex,  mendatar.

"Cantiknya lukisan ni!  Liese ke yang lukis? " soal Tengku Nurfaiza, teruja.

Tengku Fazril mengangguk perlahan. Mereka bertiga memandang lama ke arah sebuah lukisan di atas tanah yang menunjukkan lima kanak-kanak yang sedang berpegangan tangan. Semua kanak-kanak tersebut diberi nama dengan nama mereka kecuali seseorang.

"Liese? " seru Tengku Fazril perlahan.  Anneliese Cherina mengigit bibirnya sambil menahan tangisan. Tak sangka, kawan-kawan kecilnya yang telah 'hilang' kembali semula.

"Hai along, Alex, Faiza... "

"Oh my gosh!  Kak Liese!! "

Tengku Nurfaiza menutup mulutnya menahan rasa terkejut. Wajah Anneliese Cherina dipandang dengan tubir mata yang semakin bergenang.

"Anneliese?" seru Alex tak terduga.  Tasya dan Putri Risha hanya mampu melihat antara satu sama lain.  Tak faham dengan apa yang telah berlaku.

Perlahan-lahan Anneliese Cherina menuju ke arah mereka bertiga dengan senyuma manis yang tak lekang daripada bibir.

"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro