Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau en saje nak cari pasal!  Aku dah kata jangan nak berlakon lebih-lebih!  Yang sampai nak membebel 4,5 jam tu dah kenapa?!"

Tajam anak mata Tengku Haikal menatap tunak mata Anneliese Cherina. Tak lama selepas itu, gadis tersebut memuncungkan bibirnya sambil tertunduk kesal. Lagak mereka seperti ayah yang sedang memarahi anaknya pulang lewat.

"Alah, bukan saya sengaja Tuan Ad. Teringat nostalgia lama, " gumam dia perlahan.

Tengku Haikal mengecilkan matanya.  Amboi-amboi, dah dia yang salah berani pula nak lawan. Ketuk karang guna pinggan nanti!

"Apa kau kata? Tak dengar. Cuba kuatkan suara semut kau tu sikit, " ejek Tengku Haikal sambil mendekati teman gadis palsunya.

"Takde!  Takde! Saya kata muka Tuan Ad handsome macam erhhh Boboiboy! Tuan Ad tengok tak kartun tu? Hehehe, " sengih Anneliese Cherina, selamba.

Tengku Haikal menjengilkan matanya. Boleh-boleh pula dia kata muka aku macam Boboiboy!  Aku lagi handsome tau dari budak kecil tu.

"Dah, dari awal aku kenal kau macam-macam dah hal yang kau buat. Kau tunggu sini! Kejap lagi aku hantar kau balik lepastu pufff!  Jangan pernah muncul lagi dalam hidup aku. Faham?" bicara Tengku Haikal berbaur arahan.

"Tapi Tuan Ad, kalau diorang tanya pasal saya, camne?"

"Kau takyeh sibuk boleh tak? "

Tengku Haikal menjeling tajam ke arah Anneliese Cherina sebelum beredar untuk mengambil kunci kereta. Baginya, kehadiran gadis itu sudah cukup menggugat nasib dirinya di mata Tengku Lily.

Lakonan yang telah diperlakonkan tanpa sengaja menjadi kebenaran. Tak sangka mereka semua mengenali Anneliese Cherina. Persoalannya mengapa hanya dia sahaja yang bagaikan tak tahu apa-apa? Pelik bin bahenol lo.

Ketika Anneliese Cherina berseorangan, dia bergumam kurang berpuas hati. Dah macam baca ayat mantera pun ada.

"Ingatkan dah berubah. Ceh, dari kecik suka sangat nak membuli orang! "

Rasa ingin menjerit sahaja apabila teringatkan semula perlakuan Tengku Haikal terhadap dirinya. Dahlah pura-pura tak ingat apa-apa. Badigol punya bahenol! Benci!

Anneliese Cherina menghentak-hentakkan kakinya sekuat hati.  Dalam fikirannya,lantai tersebut dianggap seperti wajah kacak milik Tengku Haikal.

Shhhhhh..

Sunyi. Anneliese Cherina terdiam apabila merasakan deruan angin yang tiba-tiba sahaja menyapa batang tengkuknya. Dia menelan air liur melihat bulu roma di tangannya merinding secara perlahan-lahan.

Gulp!

'Tak mungkin ada hantu kat sini. '

Anneliese Cherina melontarkan pandangan ke arah kolam yang luas terbentang dan amat tenang. 

'Mungkin ada hantu air kut. Argh!  Bukan aku tak pernah tengok sebelum ni! '

Shhhhh.. Grrrrr...

Anneliese Cherina tersentak kuat. Dia cepat-cepat menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi sesuatu menderam garang. Sebaik sahaja berpusing, rahangnya ternganga luas. Kini, di hadapannya makhluk yang sedang menderam geram dan setiap inci badannya terdapat begitu banyak darah yang mengalir.

Hitam pekat dan berbau busuk seperti bangkai mayat. Uwekkk nak muntah!

Anneliese Cherina terdorong ke belakang sedikit.  Namun, orang tua tersebut semakin menderam geram. Ingin sahaja Anneliese Cherina menjerit apabila lubang-lubang seperti bekas terkena peluru pada bahagian badan makhluk itu mengeluarkan ulat-ulat putih. 

Begitu menjijikkan dan mengerikan. Anneliese Cherina ingin melarikan diri tetapi kakinya seolah-olah dipaku di atas lantai. Seram nak mati.

Belum sempat Anneliese Cherina ingin berbuat apa-apa, tanpa amaran makhluk menyeramkan itu meluru ke arah dia sambil mengangkat tangan seolah-olah ingin mencekek lehernya.

"Arghhhhh!!! " Anneliese Cherina menapak ke belakang dengan pantas. Tanpa sedar, kedua -dua kakinya telah masuk ke dalam kolam begitu juga makhluk tersebut.

Di dalam air yang gelap dan hanya disinari dengan sinaran bulan, tunak mata Anneliese Cherina mampu melihat makhluk tersebut sedang menyeringai geram menunjukkan gigi-gigi taringnya.

"Tolongg! Uhukk! Uhuk!  To... "

Suara Anneliese Cherina kedengaran tenggelam-timbul akibat kakinya ditarik berulang kali oleh makhluk tersebut. Dalam hatinya, dia berdoa pada Yang Maha Esa agar ada seseorang yang menyelamatnya.

Dan ya, tak lama kemudian seorang lelaki menarik tubuhnya melalui pelukan ke arah bibir kolam. Anneliese Cherina terbatuk-batuk kuat. Gila! Ni memang gila!  Rumah orang kaya pun takkan ada hantu kut?

"Kau nak mampus ke?! " herdik Tengku Haikal, bengang.  Mujur sahaja dia pantas menuju ke sini sebaik sahaja terdengar jeritan Anneliese Cherina meminta pertolongan. Tapi untuk apa? Takkan tetiba lemas pula?

"Saya..le.. Lemas.. " ujar dia kesejukkan.

"Lemas?!  Liese,  okay tak ni sayang?! Macam mana boleh lemas ni?! "

Tengku Haikal menoleh ke belakang dengan pantas sejurus mendengar suara Tengku Lily.  Dah mulai dah drama malam ni.

"Lie.. Liese.. O.. Okay.. " tipu Anneliese Cherina. Gila!  Mana okay bila baru nampak hantu bro!

"Takpe, jom naik atas dulu. Tukar baju ni. Karang Liese demam pula, " ujar Tengku Lily lembut sambil menarik perlahan tubuh gadis molek itu. 

Tengku Haikal sudahpun ternganga. Aku yang anak dia ni pun, tak kena risau tau. Aku pun kesejukkan juga.

Tak tunggu lama, dia mengorak langkah ke tingkat atas dengan tubuh yang malas. Semasa dia ingin menuju ke bilik, dia sempat singgah ke dalam bilik tetamu yang menempatkan Anneliese Cherina.

"Mana mummy aku? "soal dia dingin.  Anneliese Cherina tersentak. Eish, ingatkan hantu lagi.

"Dia kat bilik sebelah. Tolong ambikkan baju lebih, " jawap Anneliese Cherina, penat.

"Lepas ni aku nak kau balik. Jangan banyak alasan! "

"Okay. Tapi saya kena mandi dulu. Hmmm.. Boleh tak Tuan Ad temankan? " soal dia.

Tengku Haikal mengerutkan dahinya. Memang tingtong minah ni!

"Kau nak aku temankan kau mandi? Kat dalam bilik air? " sengih dia, nakal.

Anneliese Cherina memuncungkan bibirnya. Lelaki, pantang betul kena bagi chance.

"Taklah! Maksud saya Tuan Ad tunggu kat atas katil ni sementara saya mandi. Boleh? " Takut punya pasal,  Anneliese Cherina terpaksa menahan malu.  Dulu masa dia kena kacau hantu masa kecik-kecik pun, arwah ibu dia yang temankan mandi. Seram bhai mandi sorang-sorang.

"And why I need to do that? " uji Tengku Haikal.

Anneliese Cherina terdiam. Dia menggentel-gentelkan bajunya seraya tertunduk lama. Takkan nak cakap yang dia baru je terserempak dengan hantu kat kolam tadi?

"Angah buat apa kat sini? " tegur Tengku Lily seraya menuju ke arah bakal menantunya.  Tengku Haikal tersenyum palsu.

"Angah risaulah dengan bakal ISTERI angah ni. Sebab tu angah singgah kejap. Takpelah, angah nak mandi dulu. Sayang, jangan nakal-nakal tau, " sempat lagi Tengku Haikal mengusik Anneliese Cherina sebelum menuju ke bilik sebelah.

"Awww so sweet bakal suami kamu, Liese.  Dah, Liese mandi dulu lepastu pakai baju tidur ni. Kalau dah siap mandi, aunty datang bawa makanan untuk Liese ye, " kata Tengku Lily sambil mengelus lembut rambut gadis tersebut.

"Tak menyusahkan ke, aunty? " Anneliese Cherina rasa bersalah.

"Eh, taklah. Aunty turun dulu nak tolong Mak Kiah memasak. Liese mandi dulu ye, " pesan Tengku Lily lantas beredar.

Anneliese Cherina mengeluh berat. Rasa bersalah pada Tengku Lily mulai bermukim di hati. Beberapa minit kemudian, Anneliese Cherina menuju ke arah bilik mandi lalu menanggalkan satu persatu pakaiannya sehingga bogel.

Air pancuran hangat yang membasahi tubuhnya menbuatkan dia berasa khayal.  Tiap-tiap kucupan air tersebut bagaikan penawar pada hatinya yang semakin dibelenggu dengan rasa bersalah.

30 minit kemudian...

Tengku Haikal membuka daun pintu bilik tetamu dengan perlahan. Kelibat Anneliese  Cherina cuba dicari namun hilang entah ke mana. Apabila terdengar bunyi air daripada bilik mandi, barulah Tengku Haikal tahu bahawa gadis itu sedang membersihkan diri.

Sementara menunggu kelibat gadis itu, Tengku Haikal duduk di tepi birai katil sambil membuka Whatsapp. Kut-kut ada mesej dari kawan-kawannya.

Di dalam bilik air pula, Anneliese Cherina sedang mengambil tuala lalu tuala tersebut dililitkan ke seluruh tubuhnya. Namun, belum sempat lilitan tersebut diperketatkan, dia melihat makhluk yang sama di kolam tadi terpantul melalui cermin di hadapannya.

Apabila makhluk tersebut menderam geram, Anneliese Cherina menjerit ketakutan lantas membuka daun pintu dengan kasar.

Terkejut Tengku Haikal apabila terdengar jeritan gadis itu. Dia segera bangkit berdiri ingin melihat situasi Anneliese Cherina namun tiba-tiba dia melihat gadis itu sedang berlari ke arahnya bersama tuala yang semakin terlucut.

"Awak!  Awak! Tolong!! " Tengku Haikal terkebil-kebil. Sebaik sahaja Anneliese Cherina tiba di hadapan ia ,gadis itu memeluk tubuhnya.

"Tu.. Tuan Ad.." ujar dia perlahan.

"Woi! "

Tak lama selepas itu, Tengku Haikal merasakan tubuh Anneliese Cherina semakin rebah perlahan-lahan di atas lantai.

"Woi!  Woi! Kau dah kenapa?! " soal dia gabra. Tuala yang terlilit pada tubuh Anneliese Cherina sudah lama terlucut ke bawah dan hanya mampu menutup pada bahagian pinggangnya.

Buat pertama kali,  Tengku Haikal meneguk air liurnya merasakan dua gunung yang begitu lembut menyentuh dadanya. Sedap memang sedap. Tapi nak buat apa ni weh?  Takkan nak stay sampai macam ni?

"Angah!!! "

#Comment and Vote.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro