TC [ 10 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AIDAN!!"

Batang kayu yang sudah hampir dengan wajah Aina ditepis mudah oleh Aidan. Dia mendengus kasar sebelum meluru ke arah Deramang yang kelihatan terkejut dengan kehadirannya yang tidak disangka itu. Dengan rasa geram yang teramat sangat, Aidan menarik baju Deramang dan menumbuknya berkali-kali.

"Dasar manusia bertopengkan syaitan!! Lelaki apa kau ini, hah?!" jerkah Aidan. Deramang hanya mendiamkan diri. Aidan masih tidak berpuas hati, ditumbuknya pula perut Deramang sehingga membuatkan Deramang terduduk. Ryan dengan lekas menyilang tangan lelaki keparat itu ke belakang dan mengikatnya menggunakan seuatas tali yang dibawa bersama. Aidan melangkah ke arah katil, di mana tempat Aina terduduk dan menangis ketakutan.

"Lain kali jangan bertindak melulu! Tengok apa yang sudah jadi..." Aidan mengeluh perlahan. Geram dengan sikap Aina yang bertindak tanpa berfikir. Tangisan Aina semakin kuat. Dia merenung Aina dengan riak wajah yang risau. Dengan penuh kasih, dia menyeka air mata gadis itu dan mengukir senyuman nipis.

"Sudahlah tu, jangan menangis lagi..." pujuk Aidan dengan suara lembut. Tangisan Aina tidak kedengaran lagi, tetapi air mata masih mengalir di pipi putih mulus miliknya. Dia memandang ke arah Aidan yang duduk di birai katil sambil merenungnya.

"Kau tahu bukan, yang aku akan buat apa saja untuk kau? Jadi... kalau aku perlu mati sekalipun... aku tak kisah, yang penting kau selamat..."

Air mata mengalir lagi. Kali ini perasaan Aina bercampur baur antara sedih, terharu dan marah. Dia menarik nafas panjang dan perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Ryan yang hanya memerhati, menahan rasa cemburu. Dia menarik Deramang keluar dari bilik tersebut sambil mengetap bibir.

"Lepaskan hamba!" Deramang meronta-ronta melepaskan diri daripada pegangan Ryan.

Namun, tindakan Deramang bagai menghitung bulu kambing. Sia-sia sahaja, Ryan telah mencengkam Deramang sekuat yang mungkin. Deramang diheret pergi ke padang dimana Mahsuri dibunuh.

"Semua penduduk kampung keluar!" Laung Aidan.

Dia menyeru semua penduduk kampung untuk munculkan diri. Datuk Pekerma Jaya keluar daripada rumahnya. Orang-orang kampung yang lain juga turut menghadirkan diri.

"Hari ini! Bersaksikan Mahsuri. Deramang akan mengaku kesalahannya!" Jerit Aina.

"Tidak! Hamba tidak bersalah! Mahsuri dengan pemuda itu yang melakukan maksiat!" lawan Deramang.

Dia masih degil! Tidak mahu mengakui kesalahan yang dia lakukan. Sebilah parang yang dipegang Aidan dimain-mainkan di wajah Deramang. Dia tersenyum sinis melihat Deramang yang sudah menggigil ketakutan. Pandai dia buat, pandailah dia tanggung!

"Letakkan parang itu!" Jerkah Datuk Pekerma Jaya.

"Kamu sengaja ingin membuat Deramang takut supaya dia mengakui kesalahan yang tidak dia lakukan!" Marah orang kampung.

"Ouh, begitukah tetapi kenapa dia perlu takut jika dia tidak membuat kesalahan," kata Aina.

"Tuan hamba semua mahukan parang ini?" Ujar Ryan yang baru selesai mengikat Deramang.

Parang yang dipegang Aidan tadi diambil oleh Ryan. Kini parang itu sudah bertukar tangan. Deramang cuba untuk melepaskan ikatan, namun hampa.

"Jikalau Tuan Hamba semua mahukan parang ini. Silakan ambil... tapi," Ryan menjedakan percakapannya. Melihat semua penduduk kampung menunggu dia untuk menyambung percakapannya. Dia tergelak.

"Tapi setelah lelaki keparat ini beritahukan hal yang sebenar!"

"Lebih baik kau mengaku dihadapan semua orang kampung, Deramang!" Ujar Aina.

"Hamba.... Hamba..."

"Teruskan kata-kata tuan hamba!" kata Ryan sambil berpeluk tubuh di hadapan Deramang. Deramang menggigit bibirnya. Perlukah dia mengaku? Kalau berbohong pun, apa gunanya? Lebih baik berterus-terang sahaja. Dia meneguk liur kelat. Ryan, Aidan, Aina dan penduduk kampung masih setia menunggu jawapan dari lelaki keparat itu.

"Hamba... hamba..." Deramang tergagap-gagap ingin menuturkan. Ryan semakin hilang sabar dengan lelaki ini. Haih, Deramang ini memang minta penumbuk agaknya?

"Lekaslah sedikit!" kata Ryan lagi. Huh, takutlah tu mahu mengaku kesalahan sendiri!

"H-hamba lah yang sebenarnya ingin meragut kesucian Mahsuri.. dan hamba jugalah yang mereka cerita tentang Mahsuri dengan seorang lelaki."

Nyata sekali bahawa pengakuan Deramang membuatkan penduduk kampung terkejut dan bagai tidak percaya. Ada yang menekup mulut sendiri, ada yang tergeleng-geleng kepala dan ada juga yang menujukkan wajah kesal. Kesal kerana mempercayai kata-kata Deramang bulat-bulat tanpa menyelidik terlebih dahulu. Ryan mengeluh perlahan. Aidan dan Aina hanya menundukkan kepala.

"Sekarang kalian sudah dengar bukan tentang kebenaran ini? Apakah kalian tidak rasa bersalah walau sedikit pun terhadap Mahsuri yang nyata tidak bersalah apa-apa?" soal Aina kepada penduduk kampung. Dia menggigit bibir, cuba menenangkan diri.

"Mengapa kalian diam? Baru rasa menyesalkah kerana mempercayai lelaki keparat ini bulat-bulat?" Soal Aina dengan nada lantang. Kalau boleh, semua peluru yang ada mahu digunakan untuk menembak penduduk kampung bertubi-tubi.

"Sudahlah tu, Aina. Mereka sudah menyesal."

"Menyesal pun sudah tak guna Aidan. Mahsuri sudah tiada. Semua kerana terlalu mempercayai fitnah tentang kau dan Mahsuri." Aina menoleh ke arah Deramang yang sudah menundukkan muka. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan dan menghela nafas berat.

Aidan mengetap bibir mendegar kata-kata Aina. Dia diam dan hanya merenung wajah mendung milik Aina.

"Dah lah. Aidan, Ryan, jom balik," kata Aina dengan dingin.

Aidan dan Ryan hanya mengikut Aina.

Baru beberapa langkah mereka berjalan, Aina menoleh semua ke arah semua penduduk kampung yang masih menayangkan riak wajah kesal. Sebuah senyuman sinis diukir sebelum dia menitipkan sebuah pesanan.

"Mengikut sumpahan Mahsuri, negeri ini akan hancur binasa selama tujuh keturunan. Pandai pandailah kalian semua cuba untuk menyelamatkan diri. Kalian juga yang mencari nahas bukan? Kalian lah yang tanggung akibatnya."

Orang-orang kampung yang mendengarnya mula bertukar ketakutan dan gelisah. Melihat hal itu berlaku, Aina tergelak sinis sebelum dia kembali berjalan ke rumah.

Benarlah bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Kembalinya Aina ke rumah,  dia terus mengisi bagasi dengan beberapa baju dan beberapa keperluan yang lain.

"Apa kau buat tu Aina?" Tanya Ryan dengan rasa ingin tahu.

"Buat apa lagi? Sudah tentu aku sedang mengemas bagasi aku," balas Aina dengan nada dingin.

"Tak, maksud aku... mengapa kau mengemas bagasi kau?"

"Sudah tentulah untuk meninggalkan pulau ini," jawab Aina lagi.

Mendengar jawapan gadis kecil itu, Ryan tergamam sejenak sebelum bagasi Aina dirampas kasar.

"Hei!!" Bagasi yang diangkat tinggi oleh Ryan itu cuba dicapai namun...

Betullah kata Aidan, dia pendek. Hiks--

Dasar lelaki. Kenapa kau perlu tinggi?!!!

"Kau lupa ke yang kita berdua bukan berasal daripada zaman ni?! Kita nak balik mana kalau rumah kita pun masih belum wujud sekarang?" Soal Ryan sebelum meletakkan bagasi Aina ke tepi apabila Aina seakan akan sudah mengalah.

Aina terdiam sebentar. Kata kata Ryan tadi mula dihadam sepenuhnya sebelum dia mengeluh perlahan.

"Bagaimana aku boleh terlupa yang aku bukan berasal daripada sini?" Soal Aina perlahan namun masih cukup kuat untuk didengari oleh jejaka yang berada dihadapannya itu.

Ryan tergelak lucu. "Mungkin sebab kau dah nyanyuk kut~" jawab Ryan sengaja berjenaka.

Aina yang mendengarnya hanya menggulingkan bebola mata. Dasar member, dia muda lagi tau?

"Mungkin juga kerana kau semakin terbiasa menjadi Mastura." Suara serak basah seorang jejaka lagi kedengaran. Serentak Aina dan Ryan menoleh ke arah Aidan yang sudah berada di pintu.

"Aidan?"

"Mengapa kalian berdua duaan di sini? Masih tak serik dengan kejadian Mahsuri sebentar tadi?" Soal Aidan dengan nada sindiran sebelum duduk di sebelah Aina. Jarak 1 meter tetap dikekalkan sebagai batasan.

Melihat Aina dan Ryan hanya mendiamkan diri, Aidan mengeluh kecil. Bukan niatnya hendak menyindir mereka berdua namun kejadian fitnah yang menimpanya dengan Mahsuri sebentar tadi amat memberi kesan kepadanya.

Dan dia rasa cemburu juga sebenarnya melihat mereka berdua...

Shhh, itu rahsia dia.

"Siapa Mastura?" Soalan daripada Ryan itu memecahkan suasana yang janggal sebentar tadi.

Aina tersenyum nipis, belum sempat dia ingin menerangkan perkara tersebut, tiba tiba sahaja satu suara menyampuk percakapannya.

"Aku."

"Huh?" Ketiga tiga mereka serentak menoleh ke arah punca suara tersebut. Kelihatan seorang gadis yang amatlah seiras dengan Aina berjalan ke arah mereka.

"Aku Mastura. Adik kandung Mahsuri."

"M...Mastura?"

Mastura yang melihat Aina seakan kehilangan kata apabila melihat dirinya, tersenyum tenang.


TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro