TC [ LAST ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

''Ya, Mastura. Hamba pasti Aina tahu tentang kewujudan hamba, bukan?'' Gadis yang diperkenalkan sebagai Mastura itu tersenyum manis tatkala matanya bertembung dengan muka serupa dengan raut wajahnya. Dapat dia lihat bibir Aina menggeletar, mungkin sedang dalam kekalutan dan kebingungan barangkali.

Walau pandangan Aina kepadanya masih separuh tidak percaya, namun gadis itu kekal mempamerkan sebuah senyuman buat pelanduk dua serupa dihadapan. ''Err... bagaimanakah Mastura boleh hidup semula..?'' soalnya, ragu.

''Aku memang masih hidup. Tidak pernah pula ku katakan yang aku sudah mati.'' Ayat itu menyentakkan Aina. Maksudnya selama ini... dia rupanya sudah salah fahamlah ya?

Ryan disebelah juga turut sama terkelu lidah, tidak berani menyampuk walau sepatah. Mungkin masih diserang kejutan tiba-tiba, ataupun memberi peluang bagi Mastura berbicara dengan Aina. Hanya Aidan saja terdiam membisu, tampak tenang pada luarannya.

''Terima kasih Aina, kau bantu ku untuk tumpaskan Deramang yang durjana itu. Aku sangat berterima kasih kepada mu.'' Tangan Aina ditarik perlahan, sebelum disalamnya tangan tersebut tanda sangat menghargai jasa Aina yang berani mempertahankan kebenaran.

''Sama-sama, Mastura. Maafkan daku juga kerana tidak dapat menyelamatkan kakakmu.''

Mastura sekadar tersenyum pahit.

"Tidak mengapa. Sekurang kurangnya anak saudaraku masih hidup. Aku tak boleh terlalu bersedih demi dia. Dia perlukan lebih banyak kasih sayang sekarang ini," ujar Mahsuri dengan nada sebak sebelum kerlingan matanya berpindah ke wajah Aidan pula.

''Hamba pasti, Aidan juga ada sesuatu untuk terangkan kepada Tuan hamba berdua.''

Serentak, pandangan Ryan dan Aina beralih ke Aidan, seolah-olah meminta penjelasan atas ayat yang Mastura baru saja ajukan tadi. Aidan yang menjadi fokus utama mereka berdua, akhirnya akur untuk menjelaskan kesemuanya.

''Maafkan aku kerana menyembunyikan hal sebenar dari kalian.'' Walaupun agak ragu untuk meneruskannya, tetapi tiada cara lain lagi untuk meloloskan diri dari menjawab pertanyaan yang bermain dibenak mereka berdua itu. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak disoal, baik kau jawab sajalah-

''... aku yang bawa kalian ke sini kerana Mastura meminta tolong dari ku.''

Mata Aina membulat dek terperanjat yang teramat. Ryan yang mulanya masih keliru dengan apa yang terjadi, pun sama membeliakkan mata. Terus Aina memandang semula ke arah Aidan sekali lagi, dalam diam bertanya, sahihkah apa yang dijelaskan oleh lelaki tersebut?

''Ya, aku memang berasal dari Zaman Mahsuri ini. Datang ke zaman kalian untuk meminta kalian menolong Mastura.'' Setiap persoalanan yang bermain di minda Aina akhirnya terjawab jua. Jadi, Aidanlah dalang disebalik misteri dirinya dan juga Ryan terperangkap di zaman ini!

Tiba-tiba Aina merasakan ada yang tidak kena dengan jawapan Aidan. Dahinya berkerut seribu, wajahnya terus menjadi serius.

''Jadi... adakah kau akan pulang ke zaman kami juga?''

Aidan tersenyum hambar.

"Maafkan aku Aina. Aku tidak boleh ikut kau pulang."

Seperti pinggan yang jatuh berderai begitulah perasaan Aina sekarang ini. Tidak! Dia ingin Aidan ikut dia pulang juga.

"T... tapi kenapa?" Soal Aina. Tangisannnya cuba ditahan agar tidak dilepaskan.

Mata Aina mula berlinangan air mata. Aidan rasa bersalah melihat Aina begitu.

"Disini zaman aku. Kau perlu pulang ke tempat asal kau semula."

Ryan terkebil-kebil, dia tidak faham situasi sekarang. Sesiapa! Tolong terangkan dekat aku apa yang jadi sekarang ni. Aidan memberi isyarat mata kepada Mastura. Mastura yang memahami terus menolak Ryan pergi daripada situ. Dia memberi ruang kepada Aina dan Aidan.

Suasana ketika itu sunyi. Suara tangisan memecahkan keheningan.

"A... Aina! K... Kau menangis kah. Janganlah menangis." Aidan gelabah apabila melihat mutiara jernih mengalir di pipi putih milik Aina.

Tiada jawapan daripada Aina. Aidan semakin tidak senang duduk.

"Aku ada sesuatu ingin beritahu kau." Aidan mengukir senyuman.

Aina berhenti menangis. Sisa air matanya diseka. Dia menunggu Aidan menyambung percakapannya. Entah kenapa dia berharap Aidan bersetuju untuk mengikutinya pulang.

"Sebenarnya... A... aku," Tiba-tiba percakapan Aidan tergagap-gagap.

Nafasnya mula tidak teratur kerana terlalu gementar. Mukanya mula membahang. Sedaya upaya dia cuba untuk tenangkan diri.

"Aku?" Soal Aina.

Sudah mengapa dengan Aidan? Tiba-tiba sahaja tergagap-gagap.

"A... aku... Aku.. arggh sudahlah... Kamu lupakan sahaja," dalih Aidan.

Aidan lantas keluar daripada situ. Nafasnya cuba diatur semula. Begini rupanya perasaan seorang lelaki apabila ingin meluahkan perasaannya kepada perempuan. Aina yang ditinggalkan terpinga-pinga. Hei! Lain kali cakap tu bagilah habis. Bagaimana ingin melupakannya apabila hatinya sudah diselubungi perasaan ingin tahu.

Mastura yang sedang berborak dengan Ryan diluar melihat Aidan keluar. Dengan segera dia menegur Aidan.

"Aidan, bagaimana? Tuan hamba sudah beritahu Aina?" Tanya Mastura.

"Beritahu apa?" Tanya Ryan pula.

"Belum..." Meleret sahaja percakapan Aidan, disertakan dengan keluhan.

"Aidan! Cakap tu biarlah sampai habis." Aina lantas berjalan pergi kepada Aidan.

Mereka bertiga menoleh kearah Aina yang sedang datang ke mari. Jantung Aidan semakin berdegup kencang. Duhai hati, cubalah kau bawa bertenang. Rayunya kepada diri sendiri. Aidan cuba untuk beritahu sekali lagi. Kali ini bersaksikan pula Ryan dengan Mastura. Tetapi dia tidak yakin. Akhirnya, niat Aidan terbatal buat kali kedua.

Dia mengelengkan kepala kearah Mastura. Mastura hanya melepaskan keluhan kecil sebelum menoleh ke arah dua orang tetamunya semula.

"Aina, Ryan, tuan hamba berdua boleh pejamkan mata," pinta Mastura.

"Huh? Untuk apa? Kenapa tiba-tiba?" Soal Ryan dan Aina.

"Pejamkan sahaja," arah Mastura tegas.

Melihat Mastura seakan tidak bermain-main, mereka berdua akhirnya hanya akur walaupun minda mereka penuh dengan pelbagai pertanyaan. Ryan dan Aina memejamkan mata.

Melihat seakan ada peluang terakhir baginya, Aidan terus mendekati Aina sebelum dia membisikkan sesuatu.

"Aku sayangkan kau, Aina. Jikalau kita ada rezeki, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi. Selamat tinggal Aina, jangan pernah lupakan aku," bisik Aidan.

Aina tersentak. Dia terus membuka mata untuk melihat wajah jejaka itu namun apabila Aina melihat sekelilingnya, dia sudah pun kembali ke tempat asalnya. Dia melepaskan keluhan, ayat terakhir yang diucapkan Aidan tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun dia bersedih kerana Aidan tidak mengikutinya namun, dia perlu redha.

"Insya-Allah kita akan berjumpa lagi, Aidan." Senyuman nipis diukir.

Telefon pintar kepunyaan Aina berdering nyaring. Dia lantas mencapai lalu menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Aina! Kita dah balik kan?" Soal si pemanggil. Mendengar suara tersebut, tanpa perlu bertanya lagi Aina dapat menyimpulkan bahawa itu merupakan Ryan.

"Waalaikumussalam, ya kita dah balik. Okaylah aku nak berehat. Bye Ryan." Aina terus memutuskan panggilan. Sejujurnya, dia masih terkejut dan penat sekarang ini maka dia amat inginkan rehat.

Tempat di mana dia dan Aidan sering meluangkan masa dilihat. Pengakuan Aidan sebelum dia meninggalkan tanah Langkawi berulang semula di mindanya sebelum perlahan lahan senyuman manisnya mula terukir.

"Aku akan sentiasa mengingati kau, Aidan."






Tanpa disedari Aina, seorang jejaka yang sedang berdiri jauh dari situ turut khusyuk melihat kearahnya. Jejaka tersebut tersenyum nipis apabila menoleh ke arah tempat yang diperhatikan gadis itu.

"Dan aku akan sentiasa bersama kau, Aina Amelyn."

- TAMAT -

So... Macam mana?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro