TC [ 4 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

''Suri, abang akan pergi berjuang disana. Jaga anak-anak kita, jangan biarkan mereka nakal-nakal ya.'' Begitulah pesanan Wan Darus kepada isterinya yang tercinta, Mahsuri. Elok saja dahi Mahsuri datang mengucup tangan suaminya itu, tanda penghormatan buat Wan Darus yang akan pergi menentang penjajah di arena juang nanti.

''Baiklah, kakanda. Dinda akan jaga mereka sebaik yang mungkin.'' Balas Mahsuri sambil menahan diri daripada mengeluarkan sebarang tangisan yang sejak dari kelmarin ia memendamnya. Siapa tidak sedih apabila suami yang amat disayangi sepenuh kasih itu akan meninggalkan dirinya walaupun sementara?

Pemergian Wan Darus disambut dengan linangan air mata Mahsuri dan lambaian buat kali terakhir. Dengan rasa sayu yang tidak terhingga, akhirnya Mahsuri menutup daun pintu seusai beberapa minit menjedakan diri.

''Haih... bila lagilah aku dapat bersua muka dengan Kakanda...?'' keluh Mahsuri sambil meraup mukanya. Sejak semalam, dia sudah pun bermimpi buruk dek kerana masih tidak rela melepaskan suaminya pergi.

Kesedihan itu terbantut begitu saja apabila telinganya menangkap dua suara yang agak familiar bagi dirinya.

''Assalamualaikum, Mahsuri! Kami datang nak beraya!'' ujar seorang gadis yang anggun berbaju kurung, bersama seorang lelaki disebelahnya yang segak berbaju melayu sambil dilengkapi dengan tengkolok sekali. Sudah pun mereka berdua memakai warna yang sejoli dan sehati sejiwa, pasti ramai yang tersalah anggap mereka pula pasangan pengantin baharu!

''Waalaikumusalam, silakan masuk.'' Terpaksalah Mahsuri memalsukan raut wajahnya, dan terus tersenyum manis kepada pendatang halal yang tiba dihadapan rumah kayu tersebut.

''Dimanakah anakmu, Ik... ah, Suri?'' soal Aina dan terus tersengih malu apabila sekali lagi dia tersasul menyebut nama Mahsuri.

''Sudah ku dodoi sehingga dia terlena. Jemputlah masuk, jangan malu-malu.'' Tersenyum manis Mahsuri sedekahkan kepada tetamu-tetamunya itu.

Aidan mengangguk laju lalu sorot matanya sempat menyinggah ke wajah Aina. Aina yang terasa diperhatikan oleh sepasang mata, laju memandang Aidan semula. Aidan tersenyum sebelum memandang ke arah Mahsuri semula.

"Aku pergi ke dapur dahulu, ya," pinta Aidan. Aina dan Mahsuri hanya mengangguk membenarkan.

Setibanya kedua wanita itu sudah duduk di ruang tamu, Aina berdehem perlahan.

"Kamu tidak rasa bahaya kah sekiranya kamu dan anakmu tinggal  berdua di sini, Mahsuri? Mana ibu dan ayah mu?" Soal Aina sambil matanya meliar memandang sekeliling.

Mahsuri tersenyum nipis. "Ibu dan ayahku keduanya agak sibuk sekarang. Semalam mereka sudah berangkat ke luar negeri untuk menguruskan pekerjaan mereka."

"Kalau begitu, mari tinggal dengan aku?" Soal Aina lagi tidak mahu mengalah, entah mengapa dia berasa tidak sedap hati membiarkan Mahsuri dan anaknya, Wan Hakim hanya tinggal berdua di rumah tersebut.

Mahsuri menggelengkan kepala. "Tidak mengapa Aina, hamba amat menghargai kerisauan tuan hamba namun hamba tidak mahu menyusahkan sahabat sendiri."

"Tetapi..." Belum sempat Aina ingin menghabiskan ayatnya, Aidan terus menyampuk daripada dapur.

"Aina, tolong aku di sini!" Jerit Aidan.

Aina yang mendengarnya mengeluh perlahan sebelum memandang Mahsuri. "Hamba pergi ke dapur dahulu ya?"

Mahsuri menangguk sambil matanya hanya memerhatikan langkah gadis itu.

Di dapur...

"Mengapa kamu memanggilku, Aidan?" Soal Aina dengan riak wajah tidak puas hati. Pinggan kaca yang baru sahaja dibasuh Aidan diambil untuk disimpan ke atas para. Segala gerak gerinya setia diperhatikan oleh sang jejaka.

''Kenapa?'' soal Aina lagi apabila dia rasa diperhatikan.

''Bukankah kamu dahulu pernah bertanya... sumpahan itu wujudkah?''

Automatik pinggan kaca yang setia dijunjung oleh Aina pecah menyimbah lantai.

Pinggan yang sudah pecah berderai di atas lantai itu dipandang dengan riak gelisah.

Dengan tergesa-gesa Aina menunduk untuk mengutip serpihan kaca itu namun segera dia berhenti apabila tangan lain sudah mengutipnya terlebih dahulu.

"Kamu duduk di sana dahulu. Biar hamba yang mengutip serpihan ini," ujar Aidan sambil mengutipnya dengan penuh berhati hati. Tersilap pegang, mahu berdarah tangan dibuatnya.

Aina hanya mengangguk perlahan sebelum dia pergi menjauh sedikit daripada tempat itu. Mahu memberi ruang pada lelaki tersebut fikirnya.

Soalan Aidan tadi masih setia bergema dalam mindanya. Berkerut muka gadis itu apabila memikirkan bagaimana Aidan masih mengingati soalannya itu.

Rasa rasanya, dia bertanya ketika dia dan Aidan berada di zaman lain.

"Mengapa kamu bertanya begitu, Aina?"

Soalan yang datang tiba tiba dari jejaka bernama Aidan itu menyentakkan lamunan Aina. Spontan wajah kacak pemuda itu dipandang. Sebuah senyuman kelat diukir.

"T...tiada sebab munasabah pun." Aina tergelak hambar. Wajah keliru Aidan dipandang sekilas sebelum dia menoleh ke arah ruang di mana Mahsuri berada.

Tak sanggup ingin melihat wajah jejaka yang baru ditipunya itu.

Takkanlah dia ingin memberitahu yang dia turut disumpah?

Menjadi adik kepada Mahsuri yang dilupakan semua, sanggupkah dia membongkarkan perkara tersebut kepada Aidan?

Tak... Dia tak sanggup. Serius dia tak sanggup.

Dia takut Aidan akan menghalang nya nanti.

Aina Amelyn, ataupun nama sebenar kepada tubuh yang dia diami sekarang ini, Mastura. Merupakan adik kandung kepada Mahsuri, wanita rupawan yang disebut dalam hikayat.

Dengan wajah putih mulus dan hidung yang mancung, Mastura turut diminati ramai jejaka Langkawi.

Hubungannya bersama Mahsuri amatlah rapat. Sehingga sesiapa yang melihat mereka pasti menganggap mereka sebagai kembar tidak seiras.

Kedua-duanya jelitawan,

Kedua-duanya murah senyuman,

Dan kedua-duanya hidup bahagia.

Sehinggalah...

Mastura menghilang secara tiba-tiba...

Aina mengetap giginya geram, bayangan manusia bertopengkan syaitan yang menghalau Mastura dari Langkawi masih diingati sehingga kini.

Sumpahan Mastura terhadap gerangan tersebut telah menyebabkan dia terperangkap di dalam tubuh ini.

Masih dia ingat bagaimana Mastura menangis hiba di dalam mimpinya. Memintanya supaya membalas dendam demi maruah Mastura.

Maruah yang telah diragut oleh jantan keparat.

"Mastura... Aku akan tolong kamu untuk membalas dendam. Aku berjanji." Bisik Aina perlahan.

Aidan yang melihat Aina termenung sahaja dari tadi mengeluh perlahan. Masih keliru mengapa Aina seakan marah tiba tiba.

Period mungkin... Eh?

Sedang Aina dan Aidan melayan perasaan mereka, bunyi ketukan pintu kedengaran.

"Assalamualaikum! Adakah ini rumah Pandak Mayah?"

"Waalaikumussalam..." Jawab Mahsuri sebelum dia membuka pintu. Melihat jejaka yang agak rupawan di luar rumahnya, Mahsuri bertanya.

"Siapakah tuan hamba? Apa hajat tuan hamba datang ke mari?"

Jejaka tersebut tersenyum.

"Nama hamba, Deramang. Hamba datang untuk menginap di sini buat beberapa hari hamba berkelana ke sini."

Dan apabila Aina mendengar nama jejaka tersebut, ketapan giginya dikuatkan.

Deramang, keparat yang meragut kesucian Mastura dahulu...

TBC

Jeng jeng jenggg!! Wkwkwkkwk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro