TC [ 5 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

''Dipersilakan masuk.'' Mahsuri menyambut kedatangan Deramang dengan penuh sopan sekali. Beg pengembara milik Deramang diletakkan disebelah sofa, di mana tempat mereka melabuhkan punggung.

Membulat besar mata Aina memerhati setiap gerak geri lelaki itu sehingga menimbulkan tanda tanya dibenak Aidan. Mengapakah gadis ini terlalu memerhatikan raut si pengembara yang baru saja datang ke rumah kayu tersebut? Adakah Aina baru saja terjatuh suka dek wajah tampan milik Deramang yang mampu memikat para wanita disekelilingnya?

Tiba-tiba saja hati Aidan menjadi perit. Duhai hati, mengapa masa ini juga engkau membuahkan rasa cemburu yang tidak sesekali diundang?

Walaupun renungan Aidan kepada Aina amatlah lekat, namun gadis itu masih tidak menyedari renungan penuh cemburu yang ditujukan kearahnya itu. Fokusnya hanya satu, memerhatikan setiap perbuatan Deramang sehinggalah membuatkan Deramang dihalau dari situ. Wat pe nak kasi orang jahat kat sini?

''Ini Mahsuri, ya?''

Suara Deramang yang garau memecahkan lamunan Aina yang masih khusyuk memerhatikan pergerakannya. Automatik telinga dilebarkan seluas-luasnya, mencuri inti pati yang dapat digunakan untuk menghalau Deramang!

''Ya, macam mana Tuan Hamba tahu?'' Dengan lembut, Mahsuri menjawabnya. Senyuman yang selalu dipaparkan kekal setia ditarik.

''Hamba diperdengarkan dengan satu khabar berita bahawa ada seorang gadis yang sangat cantik di pulau Langkawi ini. Sungguh bertuah Hamba dapat berjumpa Mahsuri yang diperkatakan itu.'' Manis sungguh Deramang menjawab persoalanan Mahsuri. Siap dengan sengih kerang busuknya, membuatkan tekak Aina tiba-tiba loya untuk memuntahkan sesuatu.

''Maafkan hamba kerana menyampuk, tapi dia sudah berkahwin.'' Tiba-tiba saja Aina mencelah dengan perasaan tidak tahu malu. Saja mahu melihat reaksi Deramang.

Raut wajah Deramang bertukar mendung, namun dia cepat-cepat menutupnya. Sesekali dia mengangguk tanda memahami apa yang diperkatakan oleh gadis yang duduk disebelah Aidan itu.

''Oh, yakah? Maafkan Hamba, Hamba tidak tahu.''

Aina tersenyum kemenangan. Heh, tau pun kecewa.

Namun senyumannya tidak berkekalan sebaik saja satu pertanyaan dilontarkan oleh Deramang. Membuatkan Aidan yang mendengarnya turut mengetap bibir, menahan rasa cemburu yang mula menguasai diri.

''Gadis ini pula.. sudah berpunya atau belum?''

Panas hati Aina dibuatnya. Mahu saja wajah rupawan Deramang dihempuk sekuat hati menggunakan peti sejuk dirumah itu, dan badannya pula direbus untuk dihidangkan bagi sarapan keesokkan harinya.

Terpaksa jugalah Aina memaniskan muka. Mahu menjerit dan mengherdik Deramang nanti dikatakan kurang ajar pula. Lagipun itu bukan rumahnya, jadi dia tidak diperbolehkan untuk berbuat sesuka hati disitu.

''Tidak silap saya, belum. Kenapa ya?'' balas Mahsuri tulus. Langsung tidak mengesyaki niat tersembunyi Deramang disebalik wajah rupawan itu.

''Tidak apa-apa, cuma berminat.'' Balas Deramang sambil tersengih penuh makna.

Dari tadi Aidan tidak senang duduk sebaik saja Deramang menjejakkan kaki disitu. Dia sendiri mula menimbulkan syak wasangka kepada Deramang kerana tingkah laku Deramang yang mahu tumpang serumah dengan seorang wanita amatlah biadap dan ganjil.

Baru saja Aidan mahu membuka mulut, Aina sekali lagi menyampuk.

''Maaf, tapi hamba sudah ada suami. Hamba rasa tiada keperluan untuk Tuan hamba berminat dengan hamba. Perkenalkan kakanda Aidan.''

Refleks semua yang ada ditamu itu mendiamkan diri. Suasana menjadi kekok dan hening. Wajah Aidan pula terus memanas dan ekor matanya mula menjeling Aina, meminta penjelasan darinya. Namun wajah Aina kekal selamba, seakan-akan memang niatnya mahu berbuat begitu.

Sekali lagi, raut Deramang bertukar mendung. Membuatkan Mahsuri lekas menyampuk, cuba menghilangkan suasana yang mula bertukar dingin itu.

''Ah, marilah makan makanan yang hamba sudah masakkan. Tunggu sekejap, hamba mahu ambil dahulu.'' Dengan cepat Mahsuri menuju ke dapur, meninggalkan mereka bertiga yang menjadi tamu seharinya itu.

Dalam diam, mata Deramang mula meliar melihat Aina dari atas sehingga ke bawah sebelum tersenyum penuh makna. Aina berasa tidak selesa dengan Deramang yang sedang memerhatinya seperti hendak terkam. Dia terus mengikuti langkah mahsuri menuju ke dapur.

"Mahsuri, biar hamba tolong."

Mahsuri ingin menolak namun Aina terlebih dahulu mengambil lauk-pauk darinya. Aidan melabuhkan punggung diatas tikar mengkuang. Mata Deramang masih tidak lekang daripada memandang wajah cantik Aina. Aidan membuka bicara bagi mengalihkan pandangan Deramang terhadap Aina.

"Tuan hamba jemputlah duduk." Panggilan Aidan memecahkan lamunan Deramang.

Aina dan Mahsuri menghidangkan makanan. Mereka berempat pun duduk di atas tikar mengkuang itu lalu menghabiskan makanan itu.

"Terima kasih atas makanan ini" Ucap Deramang dengan nada yang sopan lalu memandang Aina dengan penuh makna.

Aina mula berasa tidak selesa 1000%

Setelah lama berdiam diri, Aina berkata "Maaf, hamba minta diri dulu," kata Aina lalu mengheret Aidan keluar dari situ.

Di luar bersama duo A.

"Apa maksud kau sudah bersuami, Aina?" Tanya Aidan dengan nada yang sedikit serius dan dingin.

"Maaf. Aku terpaksa berkata begitu." Jawab Aina sambil menundukkan kepala

Aidan menghembuskan nafas lega setelah mendengar jawapan Aina bahawa dia hanya terpaksa.

Aina melihat wajah Aidan, raut muka Aidan kelihatan susah ditembak. 'Apakah dia kecewa?' tanya Aina kepada dirinya.

Perjalanan mereka terasa jauh sedangkan masa mereka datang ke rumah Mahsuri hanya dekat sahaja. Apa kerana mereka tidak berbual.

"A-aidan," panggil Aina dari belakang. "Aidan, kalau aku cakap ini apa kau akan percayakan aku?" Tanya Aina sambil menundukkan wajahnya melihat tanah.

"Hmmm." Aidan pusing kearah Aina dan melihat air matanya sudah menitik.

"M...mengapa kau menangis?" Soal Aidan dengan nada risau. Melihat air mata Aina yang jatuh semakin deras itu menambahkan lagi kegusaran hatinya.

Aina menarik nafas perlahan. Air mata yang mengalir di pipinya diseka perlahan. 'Tenang Aina, tiada sebab untuk kau menangis,' fikirnya.

Pandangan gatal Deramang sebentar tadi benar-benar mengganggu dirinya. Cis, bini orang pun nak rembat ke? Dasar buaya!

Tapi yang mengelirukannya sekarang ini, mengapa Deramang seakan akan tidak mengecam dirinya sekarang? Sudah lupakah dia dengan raut wajah gadis yang pernah dicemarinya dahulu?

Seketika bayangan Deramang itu berganti dengan mimpinya tentang Mastura malam semalam. Bagaimana Mastura diculik, dicemari, didera dan dibuang ke luar negeri menghantui fikirannya.

Tanpa disedari Aina, air matanya mengalir semula membasahi wajah.

"Aina..."

Spontan Aina mendongak apabila suara serak basah itu memanggil namanya. Buat beberapa ketika, pandangan mereka berdua bertembung.

"Kamu ada masalah kah mahu kongsikan bersama aku? Aku sanggup mendengar," ujar Aidan tenang sebelum mengelap air mata Aina itu menggunakan sehelai kain.

Aina tergamam. Melihat wajah Aidan yang agak dekat dengannya menimbulkan rasa berbunga di hati. Sebuah senyuman manis diukir.

"Terima kasih, Aidan. Tapi aku rasa tiada apa apa yang penting untuk dikongsikan." Aina tergelak kecil, cuba untuk membuang rasa hiba yang tiba tiba bertandang di hati.

Namun tawanya terhenti apabila kepalanya yang dilitupi tudung diusap perlahan.

"Kamu tahu aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kamu, bukan?"

Dan apabila telinga Aina menangkap setiap kata kata Aidan itu, hatinya sudah berkata setuju. Setuju dengan satu perkara.

Setuju bahawa dia perlukan seseorang untuk meluah semua rahsia.

"Aidan... "

Dan pada hari itu, semua rahsia mengenai sumpahan dan Deramang terus dibongkarkan kepada sang jejaka yang setia menemani.

TBC

Aip, aip. Tak habis lagi cerita. Hshshsh 🤣🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro