Become One Feeling

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah 1 tahun berlalu semenjak Halilintar meninggalkan Gempa yang kini hidup sendirian di rumahnya. Gempa masih bernasib baik kerana mempunyai atoknya iaitu Tok Aba yang sering datang melawatnya jika ada waktu terluang. Gempa tidak terlalu sunyi hidupnya kerana kawan-kawannya juga sering datang melawatnya ke rumah.

Walaupun Gempa masih dapat beraktiviti seperti biasa. Namun Gempa tidak sedar bahawa dia mengalami beberapa perubahan pada dirinya. Dia sudah jarang keluar dari rumahnya melainkan dia harus membeli beberapa perkakasan yang diperlukan untuknya. Ataupun untuk mengumpul bahan untuk potion dan poisonnya.

Sungguh Gempa tidak sesekali berasa bosan dalam mengerjakan segala hal itu sepanjang masa. Dia malah lebih suka kerana sekurang-kurangnya dia dapat melakukan sesuatu perkara. Dan jujur saja dia masih rindukan Halilintar. Tapi melalui cara dia sering bekerja sedemikian, dia sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa rindunya.

Andai sahaja dia tidak melakukan apa-apa dan sedang dalam kelapangan. Pasti dia sudah menangis sendirian kerana terlalu rindukan Halilintar. Paling menyakitkan sewaktu dia makan atau sebelum dia masuk tidur sahaja sudah membuatkan rindunya pada Halilintar hadir.

Namun Gempa tidak mahu membuat apa-apa perubahan. Seperti pergi ke istana semula untuk menjemput Halilintar pulang bersamanya. Tidak. Dia tidak mahu lakukan hal segila itu. Baginya cukup saja dia dapat tahu keadaan Halilintar yang baik-baik sahaja di istana melalui apa yang dia dengar daripada orang-orang kampung.

Namun walaupun Gempa berjaya menahan dirinya daripada terus memperlakukan hal yang bodoh, dia tidak sedar bahawa hatinya begitu sakit sekali menahan segala keperitan itu. Gempa sering mengabaikannya. Dia lebih rela hatinya disakiti kerana merindui Halilintar daripada melanggar perintah maharaja yang paling digeruni ramai itu.

Pada hari yang cerah, Gempa seperti biasa akan keluar dari rumahnya dan berjalan menelusuri hutan yang tebal untuk menuju ke kawasan pasar yang ada di kawasan perkampungan. Namun sebelum dia keluar dari kawasan hutan, dia akan sentiasa melalui kawasan istana sebagai shortcut untuk dia lebih cepat ke pasar.

Gempa sentiasa berwaspada dalam setiap perjalanannya kerana memandangkan hanya dia sahaja yang hidup sendirian di hutan, jadi dia khuatir jika ada pemburu atau orang-orang kampung tiba-tiba menemuinya. Ditambah pula dia hidup dalam dunia yang penuh dengan kekejaman dan lembah kehinaan. Jadi tingkat waspadanya harus sentiasa tinggi.

Shraak!
Shhaaa~

Bunyi gerakan semak-samun mengagetkan Gempa. Dia menoleh ke kiri dan kanan dan kawasan sekelilingnya untuk mencari kelibat sebarang pergerakan. Namun dia tidak menemui apa-apa sebarang pergerakan langsung. Suasana mula sunyi semula.

Gempa cuba berfikiran positif seperti menganggap bunyi tadi mungkin adalah bunyi gerakan angin semata-mata. Namun setiap langkah Gempa berjalan pastinya bunyi itu akan muncul semula.

Gempa mula memusingkan badannya menghadap ke belakang. Tongkat sakti miliknya dikeluarkan dari jubah yang sering dipakainya dan dibawa ke mana-mana bersama. Iris keemasan Gempa mula melilau mencari kelibat yang bergerak namun masih sahaja tiada apa yang menangkap penglihatannya.

"Tsk- tak boleh jadi ni. Le-!"

SHAAKK!!

"Uwaarghh!! "

terjerit Gempa apabila dirinya tiba-tiba diserang oleh seseorang dan membuatkan dirinya terus terjatuh dari berdirinya. Gempa cuba untuk melepaskan pegangan orang misteri itu kerana dia memegang kedua belah pergelangan tangan Gempa. Namun masih sahaja dia tidak cukup kuat untuk melawannya.

Kesal mula menerpa pada diri Gempa. Dengan kasar Gempa mendongak untuk memandang orang yang beraninya menindih badannya yang kecil itu.

Dan iris keemasan Gempa bertemu dengan sepasang iris ruby seseorang. Iris yang berkilat dan datar. Dingin dan sangat mempersona.

"Akhirnya.. Aku bebas dan... Bertemu semula dengan ahli sihir kesayangan aku. "

Wajah Gempa tiba-tiba terasa panas sekali. Mulutnya mula terkumat-kamit seolah-olah ingin menyebut sesuatu. Namun suara gugup sahaja yang berjaya dikeluarkannya.

"H-... Hhaa.. Hali... Halilintar...?"

Gempa menatap wajah datar dan dingin seekor devil yang sedang menindihnya itu. Halilintar. Seekor devil yang sentiasa bermain di minda fikirannya. Yang sentiasa membuatnya menangis tidak keruan. Yang membuatnya rindu bagai nak gila. Segalanya. Hanya kerana Halilintar seorang.

Halilintar mengukirkan senyuman nipisnya. Wajah Gempa yang berada di bawahnya terus diusap lembut.

"Hi, Gempa. I miss you. Damn much. "

"H-Hali-.. "

"Cepat!! Cari tuan putera kalau tak nak kena hukum oleh maharaja!! "

Kata-kata Gempa mula terhenti apabila mendengar suara beberapa orang lelaki mula kedengaran di kawasan berdekatan dengan mereka berdua. Pantas Gempa memandang ke arah Halilintar semula.

"K-kau lari dari istana ke?! "

"Ha'a. "

"K-kenapa?! Itu kan rumah kau?! "

"Itu bukan rumah akulah! Rumah aku ialah rumah kau! "

Gempa terkelu lidahnya untuk berkata-kata apabila mendengar ungkapan Halilintar tadi. Hatinya mula tersentuh dengan kata-kata Halilintar tadi. Namun Gempa mula menyedarkan dirinya.

"M-merepek apa kau ni?! Sudah! Baik kau balik cepat! "

Halilintar mula mendengus geram. Namun kemudian dia tiba-tiba mendapat satu idea yang membuatkan dia tersenyum nakal. Halilintar mula bangkit dari menindih Gempa. Dia menarik Gempa untuk bangun bersamanya.

"Hah! Sudah! Baik kau balik cepat! "

"...ok. "

Halilintar tiba-tiba memeluk Gempa.

"Huh? Eh?! W-wey!! A-apa yang kau-!? "

"Shhhh!! "

Terdiam Gempa apabila Halilintar tiba-tiba mengarahkannya untuk diam. Gempa mula kaku dan hanya diam sahaja sambil berada di dalam dakapan Halilintar.

Dan Halilintar pula, tanpa basa-basi terus mendukung Gempa bridal style yang akhirnya membuatkan ahli sihir tersebut terjerit terkejut.

"Apa yang?! Hali turunkan aku! "

"Heh, lepas kita sampai rumah baru aku turunkan kau. "

"A-apa?! Waaaaaa-!!! "

Dengan tiba-tiba Gempa dapat merasakan yang dirinya dan Halilintar bergerak begitu laju menerusi kawasan hutan belantara yang luas dan tebal itu. Gempa memejamkan matanya erat sembari memeluk leher Halilintar kerana terlalu takut untuk melihat kawasan sekitarnya yang entah baginya ia memeningkan.

Dan tidak sampai 1 minit deruan angin kencang tadi mula semakin hilang. Gempa dapat merasakan bahawa Halilintar sudah berhenti bergerak.

"Ekhem! Suka ya peluk aku? "

"Eh?! "

Gempa pantas mendongakkan kepalanya menatap wajah Halilintar. Jelas terpancar wajah senyum kambing Halilintar sambil menatap ke arah Gempa. Dan Gempa baru tersedar bahawa keadaan mereka berdua tidak ubah seperti keadaan kekasih.

Gempa terus melompat turun dari pelukannya pada Halilintar. Dia menepuk-nepuk terlebih dahulu baju jubahnya sebelum dia memandang semula ke arah Halilintar. Jelas terpampang perasaan kesak di wajah Gempa.

"Apa yang kita buat dekat rumah aku ni?! Kan aku suruh kau balik tadi? "

"Aku dah balik lah ni. "

Dengan selamba Halilintar menjawab pertanyaan Gempa. Gempa terkelu lidah apabila mendapat jawapan direct Halilintar itu. Namun dia cepat-cepat menggelengkan kepalanya untuk menyedarkan dirinya.

"Ish! Bukanlah!! Sini bukan rumah kau! Istana tu rumah kau! Sudah, sekarang aku nak kau balik cepat! "

"Suka hati akulah nak balik ke tak! Kau nak halau aku apsal pula? "

"Kau ni memang tak berubah kan perangai kau?! Degil! "

"Eleh kau pun sama perangai degilnya! "

Halilintar dan Gempa saling merenung iris masing-masing dengan pandangan yang tajam. Kedua-dua seolah-olah tidak mahu menyerah kalah dalam sesi perdebatan mereka tadi.

"Dengar sini, kalau apa-apa jadi dekat kau aku tak nak masuk campur! Tapi kalau rumah kediaman aku ni akan dirobohkan disebabkan kau yang degil ni, jangan harap kau akan aku lepaskan! Faham?! "

Halilintar mengukirkan senyuman sinisnya selepas mendengar ugutan daripada Gempa. Ia seolah-olah tidak memberikan apa-apa ancaman pun pada seekor devil tersebut. Dasar setan! >:v

"Heh, jadi kau nak aku.... Tinggal bersama kau lah ya bila rumah kau dah takde? "

Halilintar mendekatkan wajahnya pada Gempa. Hal itu membuatkan Gempa sedikit tersalah tingkah dan wajahnya mula kemerahan.

"K-kau jangan fikir pelik-pelik lah! Ish, otak tu asyik kotor je! Cuba lah suci sikit!"

Gempa membidas dengan geram. Namun Halilintar pula dengan selambanya menjongketkan bahunya.

"Sudah nama pun setan, kan? Kalau nak aku suci, tu dah lain dah. Mendingan jadi Pak Ustaz aja deh!"

Halilintar tertawa dengan jenakanya sendiri. Manakala Gempa sudah mengembungkan pipinya geram.

"Eeyyy!! Dia ni! Naik geram pula aku! Sudahlah! "

Gempa bertindak mahu meninggalkan Halilintar namun baru beberapa langkah sahaja dia mahu berlalu pergi, Halilintar terus menangkap tangan Gempa yang membuatkan Gempa menoleh geram.

"Apa lagi? "

"Kau... Tak nak dengar ke kisah penderitaan aku sewaktu di istana dulu?"

Tiba-tiba suara Halilintar menjadi suram dan perlahan. Kelihatannya Halilintar sedang menundukkan kepalanya. Seolah-olah ingin menyembunyikan wajahnya yang ternyata kini sedang kesedihan. Gempa memandang ke arah Halilintar hairan. Entah kenapa terdetik di dalam hatinya seperti ingin mendengar apa yang ingin diceritakan oleh Halilintar.

Gempa tanpa membuang masa terus menarik Halilintar menuju ke arah kerusi kayu yang ada 2 di tempatnya berehat lalu menyuruh Halilintar duduk di situ. Dan tanpa banyak bicara, Gempa terus meminta Halilintar untuk menceritakan kisahnya.

"Hali, ceritakan pada aku. "

Halilintar pada awalnya diam. Namun kemudian dia menganggukkan kepalanya setuju.

"Semenjak kau halau aku keluar dari rumah ni dan aku kena tinggal dekat istana tu, semua kehidupan aju berbeza. Ayah aku walaupun dia gembira bila aku akhirnya muncul depan mata dia semula, tapi dia selalu mengarahkan beberapa orang pengawal untuk sentiasa bergilir-gilir menjaga dan mengawasi aku. Aku rimas tau tak? Lepastu kalau aku nak keluar jalan-jalan pun tetap kena ada pengawasan. Hari tu aku pernah cuba untuk larikan diri macam tadi, tapi diorang sempat kejar dan tangkap aku semula. Dan sejak pada itu, aku memang dikawal ketat oleh diorang. Dan sehinggalah hari ni..."

Halilintar menggenggam erat tangan Gempa yang sedang dipegangnya. Lantas senyuman terukir di wajahnya.

" ...aku berjaya larikan diri dan dapat berjumpa dengan kau terus. "

Gempa mengukirkan senyumannya juga. Dia juga tidak kalah lega dapat bertemu Halilintar walaupun jauh di dalam hatinya dia amat merisaukan devil ini seorang.

"Hmm.. Tapi kalau ayahanda kau datang cari di sini semula macam mana, Hali? "

Halilintar menundukkan wajahnya. Pegangannya pada tangan Gempa masih tidak ingin dilepaskan. Namun dia sendiri tidak terfikir lagi bagaimana caranya untuk memujuk ayahandanya itu.

Gempa yang menatap kerisauan Halilintar terus mendesah sedih. Namun seketika kemudian dia terfikirkan sesuatu. Wajah Halilintar terus dipandangnya semangat.

"Hali! Ayahanda kau akan terima tak kalau kau kahwin? "

"Huh..? Uhh... Entah. Tapi aku rasa tak lama lagi dia akan jodohkan aku kot? Apsal? "

Gempa tersenyum dalam keadaan sedikit malu-malu.

"K-kejap ya? "

Pegangan Halilintar dilepaskan dan Gempa pun menuju ke rak bukunya. Gempa melilau mencari sebuah buku yang sedang ada di dalam fikirannya. Lalu irisnya pun terhenti di sebuah tubuh yang sederhana tebal dan berwarna hijau gelap. Diambilnya buku yang sedikit usang tersebut lalu dilihatnya tajuk buku yang ditulis dengan bahasa asing. Senyuman terus terukir di bibir Gempa. Dia tanpa membuang masa terus membelek setiap helaian pada buku tersebut.

Halilintar yang sedari tadi lagi melihat hanya setia menunggu akan apa yang sedang diperlakukan oleh Gempa sekarang. Dan tidak lama setelah menunggu, akhirnya Gempa bersorak ceria dan dia menutup semula buku itu lalu disimpannya ke tempat asal. Gempa terus berlari kecil mendekati Halilintar dan tangan Halilintar dipegangnya erat.

"Hali! Jom kita jumpa ayahanda kau! "

"H-huh?! Kau gila ke?! Nanti dia kurung aku macam mana?! "

"Takpe! Kali ni aku yakin dia takkan buat macam tu! Dan dia juga akan restui hubungan kita! "

"H-hah? "

Wajah Halilintar sedikit kemerahan apabila mendengar Gempa tiba-tiba menyebut perkataan 'hubungan kita' padanya. Entah kenapa perkara lain pula yang tiba-tiba bermain di fikiran Halilintar pada waktu itu.

Dan lebih mengejutkan ialah Gempa juga sebenarnya sedang kemerahan wajahnya. Gempa mengetap bibirnya sebelum mula bertanya dengan gugup.

"H-Hali.. Kau... P-pernah kata yang... K-kau sukakan aku... Kan? "

Gempa memandang Halilintar dengan pandangan penuh berharap. Halilintar diam namun dia tanpa ragu mengangguk kecil. Gempa tersenyum lalu satu kucupan singkat hinggap di pipi Halilintar.

"Aku pun. Aku pun... Sukakan Halilintar. "

Wajah Halilintar yang sudah sedia kemerahan semakin bertambah merahnya apabila dia mendengar luahan Gempa. Atau lebih tepatnya jawapan Gempa kepada perasaannya. Itulah kali pertamanya dapat mendengar Gempa menyatakan sukanya yang bukan bermaksud apa-apa melainkan suatu perasaan yang selama ini diharap dan ditunggu oleh Halilintar.

"Betul ke? "

"Hm! Aku takkan ragu-ragu lagi dengan perasaan aku! Aku suka- aku... Cintakan kau Halilintar. "

Melihat senyuman manis yang terukir di wajah Gempa. Halilintar tanpa mengambil masa yang lama terus bangun dan memeluk Gempa dengan begitu erat sekali. Perasaan terharu mula menerpa di dalam jiwanya. Sungguh dia tidak pernah merasai kebahagiaan seperti itu selama dia hidup.

Sebaik sahaja pelukan dileraikan, Gempa pun menatap Halilintar semula.

"Dah. Jom kita ke istana cepat! "

"K-kau yakin ke? "

"Kemungkinan purata gagalnya ialah 10% peratus sahaja. Tapi aku percaya, ayahanda kau akan 100% menyetujuinya. Percayakan aku ya? "

"Untuk kau, Gem. Aku akan percayakan kau untuk segalanya. "

"Thanks. "

Dan mereka berdua pun terus berangkat menuju ke istana. Gempa tidak lupa juga membawa tongkat saktinya bersama sebelum mereka bertolak. Memandangkan jarak antara rumah Gempa dengan istana tidak terlalu jauh, mereka dapat berjalan kaki berdua sambil menikmati suasana hutan yang kini terasa sangat aman dan damai.

Waktunya telah tiba. Kini Halilintar dan Gempa sedang menghadap ke arah maharaja dunia kegelapan itu. Tanduk yang tinggi dan tajam. Wajah yang bengis dan menakutkan. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan sangat takut. Tetapi ia tidak untuk kedua makhluk di hadapannya.

"Kau ke yang culik anak aku, hah?! "

"Tsk-! Ayah! Dah kenapa ayah nak tuduh Gempa hah?! Dia tidak terlibat pun dalam hal ni! "

"Siapa yang benarkan kau bercakap hah?!!"

Halilintar barusan sahaja ingin membalas kata-kata ayahandanya apabila ditengking sebegitu tadi namun belum sempat dia membuka mulut Gempa sudah terlebih dahulu bergerak ke hadapan dan menghadap maharaja.

"Maafkan patik kerana datang tanpa bertandang ke singgahsana tuanku. Tapi di sini patik ingin menyampaikan hajat, jika diizinkan, benarkan patik bersama dengan Halilintar, tuanku. "

"Biadap! Berani kamu mahu memiliki anak beta?! Apa yang kamu boleh berikan kepada dia dan juga kepada beta?! Kamu itu hanya ahli sihir lemah sahaja! "

"Patik boleh berikannya anak dan justeru cucu kepada tuanku. Dan patik yakin, cucu itu pasti akan membuatkan tuanku bangga dan bahagia. Bukan sahaja kepada keluarga tuanku, malah kepada keluarga rakyat jelata. "

Halilintar tercengang apabila mendengar tawaran Gempa. Dia pada awalnya memikirkan bahawa Gempa berkemungkinan sudah gila kerana mereka berdua sudah berpisah selama 1 tahun, namun seketika kemudian, Halilintar tersenyum dalam diam dan menutup mulutnya menggunakan belakang tapak tangannya untuk menyorokkan wajah malunya. Ya, dia sudah tahu sesuatu.

Namun sebaliknya maharaja masih tidak tahu apa yang dimaksudkan Gempa. Dan Gempa sedar akan itu.

"Merepek! Jangan sesuka hati bercanda dengan beta! Ahli sihir macam kamu ini bolehkah memberikan beta cucu?! "

Gempa tersenyum sinis. Dia mengeluarkan tongkat sakti miliknya lalu disuakan ke arah maharaja.

"A-apa?! Jangan cakap yang kamu mempunyai-"

"Benar. Saya boleh sihirkan saya sendiri. Jadi bagaimana tuanku? Setuju? Saya boleh berikan sebanyak mana yang tuanku mahu. Asalkan benarkan saya bersama dengan Halilintar. "

Dengan penuh keyakinan Gempa berkata-kata. Halilintar yang mendengar hanya mampu tersenyum bangga. Manakala maharaja pula akhirnya mendengus sahaja.

"Haih... Baiklah. Beta faham. Pastikan kamu memberikan cucu kepada beta secepat yang boleh. "

"Tuanku boleh memegang kata-kata janji saya. "

Maharaja mengangguk setuju. Dan selepas itu, Halilintar dan Gempa dapat keluar bersama dari singgahsana istana dan seterusnya menuju ke pintu gerbang istana yang besar itu.

Dalam perjalanan mereka, Halilintar tak henti-henti tersenyum macam baru menang sesuatu dan yang paling tidak dapat dialihkan ialah dia sering memandang ke arah Gempa yang sedang berjalan seiringan dengannya. Gempa yang menerima tatapan menggulingkan dari Halilintar pun menjeling ke arahnya.

"Kau dah kenapa pandang-pandang aku macam tu? "

Halilintar ketawa terkekeh-kekeh mendengar pertanyaan dari Gempa. Dia pun tanpa malunya mendekati Gempa.

"Ekhem! Hhmm.. Hebat juga eh kau 'pujuk' ayahanda aku? Tak sangka pula kau boleh 'pujuk' dengan cara macam tu, hm? "

Gempa sedikit tersalah tingkah apabila mendengar kata-kata Halilintar atau lebih kepada dia sedang menggoda Gempa. Gempa segera mengalihkan pandangannya dari Halilintar ke sisi lain sambil menyorokkan wajahnya yang kemerahan itu.

"I-itu sebab... A-aku betul-betul perlukan kau bersama aku. Aku... Uhmm... "

Gempa tiba-tiba menghentikan gerak langkahnya. Dia menundukkan kepalanya sembari ingin menyembunyikan wajahnya yang memerahan itu. Halilintar yang turut berhenti sama di sebelah Gempa memandang Gempa hairan.

"Kau..? "

Gempa mengetap bibirnya apabila dia tersedar yang Halilintar sedang menumpukan perhatiannya kepada dirinya.

"A-aku... Aku mahu Halilintar supaya sentiasa bersama aku. A-aku... Aku tak nak berpisah dengan kau... Buat kali kedua. "

Secara perlahan tangan kanan Gempa menghampiri Halilintar lalu kain baju Halilintar ditariknya sedikit. Halilintar yang memandang tingkah laku kanak-kanak Gempa terpaksa menahan tawanya.

"Ah... Macam tu. Hmm... Sayang juga kau dekat aku eh? "

Gempa tidak menjawab. Namun dia mendekatkan dirinya pada Halilintar lalu diletakkan dahinya di dada bidang Halilintar. Halilintar terkesima seketika dengan kelakuan Gempa.

"Kalau aku sayang pun... Apa salahnya?"

Dengan suara yang malu-malu Gempa menjawab pertanyaan Halilintar tadi. Dan serta-merta wajah Halilintar kemerahan mendengarnya.

"Damn kau, Gem. Suka sangat goda aku kan?"

Gempa diam seketika dan kekal berada di situasi seperti tadi. Dan keadaan hening menyapa sebelum Halilintar mula membuka semula suaranya.

"Gem? "

"Hm...? "

Gempa menjawab tanpa mendongak ke arah Halilintar. Namun Halilintar cepat-cepat menjarakkan sedikit kedudukan mereka. Iris emas Gempa ditatapnya.

"Kau kata.. Kau ada sihir yang boleh buatkan kau mengandung, kan? "

Halilintar menatap Gempa dengan tatapan berharap. Berharap agar kata-kata Gempa pada ayahandanya tidak main-main.

"Eh? Err... H-ha'a. Memang ada. Kenapa?"

Senyuman ceria mula terukir di wajah Halilintar. Dia pun melepaskan pegangannya pada Gempa dan sedikit terundur.

"Jadi, boleh tak kau tunjukkan sihir tu sekarang?! "

"Eh?! K-kenapa pula!? "

"Alah, tunjuk jelah!! Make sure kau boleh mengandung! Faham? "

Gempa tanpa ragu-ragu hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Tidak sedar bahawa dirinya sedang masuk ke dalam perangkap 'bahaya' Halilintar.

Tanpa membuang masa, Gempa mengeluarkan tongkatnya lalu dihalakan ke arah dirinya. Suatu bulatan sihir mula muncul di bawah kaki Gempa iaitu di atas tanah tempat Gempa berada dan ia mula bersinar. Dengan melafazkan kata-kata sihir, cahaya semakin terang dan angin mula menerpa di kawasan sekitar mereka berdua.

Halilintar yang sedikit melindungi mukanya dari memandang cahaya itu sedikit kagum melihat situasi tersebut. Namun dia dapat merasakan sesuatu yang aneh dengan Gempa. Gempa sedikit tampak kelelahan namun setelah cahaya semua hilang beserta bulatan tadi, Gempa kelihatan seperti normal semula. Namun nafasnya sedikit tercungap-cungap.

"Hha.. Haa.. Sudah. Ughh.. "

Halilintar dengan sigap menangkap Gempa ke dalam pelukannya. Ditatapnya wajah Gempa yang agak kelelahan itu.

"Kau ok? "

"Ughh... A-aku ok. Sihir tadi tidak terlalu memerlukan tenaga yang kuat tapi... Badan aku sedikit berubah. "

"Berubah? Apa maksud kau? "

"Sihir ni... Dia telah mengubah keadaan asal aku. Dalam badan aku, awalnya langsung takde sistem persenyawaan dan ia cukup sempurna. Namun selepas sihir ni... Huhh... Ia sedikit menukar keadaan dalaman asal aku. "

"J-jadi... Kau sekarang sudah boleh mengandung? "

Gempa mengangguk lemah. Dia kemudian cuba berdiri dengan semampunya dan menatap Halilintar.

"Tapi... Kenapa kau nak aku buat semua ni? "

Pertanyaan Gempa mendapat tatapan penuh makna dari Halilintar. Gempa yang pada awalnya hairan dengan tatapan itu akhirnya tersedar.

"Oh tidak... Jangan cakap yang-"

"Heheh~ benda boleh buat sekarang kenapa nak tunggu, kan? "

Dengan senyuman nakalnya Halilintar mendekati Gempa. Gempa sudah terundur ke belakang kerana ketakutan plus sedang malu.

Dan sebaik sahaja Halilintar mahu menangkap Gempa ke dalam pelukannya, Gempa sudah terlebih dahulu mengelak lalu berlari meninggalkan Halilintar dan menuju ke arah rumahnya.

Halilintar menatap pemergian Gempa dengan geram.

"Tsk-! Kau tak boleh lari dari aku Gempa~!!"

Dan sesi kejar-mengejar bermula. Gempa akhirnya berjaya berlari masuk ke dalam rumahnya namun belum sempat dia menutup pintu Halilintar sudah terlebih dahulu tiba dan menghalangnya.

Gempa menatap Halilintar dengan wajah kemerahan. Dia secara perlahan berundur untuk mengelak dari Halilintar.

"Hehehe~ mana nak lari hm~??"

Sebaik sahaja berkata demikian, Halilintar pun menutup pintu lalu menguncinya. Dari luar dapat didengar suara jeritan dari Gempa. Dapat juga dengar mereka berdua ketawa bersama dan bunyi kerusi dan meja jatuh. Tidak lupa juga dengan buku-buku yang kedengaran banyak sekali jatuh.

"Halilintar lepaskan aku laaaaa...!!! "

"Naahh!!! Jom main!! "



















END

Aaaarrghhh!!! Nak tergelak bila buat part last dia!! 😂😂
.
Gomen guys Ani memang suka buat cerita lain dari yang sepatutnya.
.
Dah, sudah habis dah cerita ni.
Ending dah.
Jangan tanya macam mana keadaan mereka selepas itu plis. 😂😂
Kesian Gempa. 😂💦

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro