Different Love

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hi, adik! "

Seseorang menegur seekor anak devil yang sedang menangis di sebalik semak samun di dalam kawasan hutan belantara yang tebal. Dia yakin bahawa itu anak devil kerana dia ternampak sepasang tanduk kecik di kepala kanak-kanak kecik itu. Kanak-kanak kecil yang ditegur itu pun berhenti menangis dan mendongakkan kepalanya untuk melihat siapa yang menegurnya. Ternyata ia adalah seorang ahli sihir lelaki!

Ahli sihir tersebut tersenyum manis ke arah anak devil itu. Iris emasnya berkedip melihat wajah anak devil itu.

"Kamu sendirian ke? Mana mak ayah kamu? "

Si ahli sihir bertanya. Namun dia tidak sangka pula akibat dari pertanyaannya itu membuatkan anak devil itu menangis semula. Habis panik ahli sihir itu dibuatnya.

"Eh?! A-adik kenapa nangis ni?! "

"Uwaaaaa~!! Mama.. Isk.. Dan Papa buang Hali... Hali.. Nak Mama dan Papa..!!!"

Mendengar kanak-kanak yang petah berkata-kata itu berkata dalam sedih sedikit menyentuh hati ahli sihir itu. Dengan pantas ahli sihir itu melangkah mendekati anak kecil itu dan berlutut di hadapannya. Kepala anak devil itu diusap lalu diberikan senyuman lembut ke arahnya.

"Adik jangan risau. Adik ikut abang, ya? Kita tinggal sama-sama. Nanti boleh main sama-sama! "

Ahli sihir itu tersenyum ramah. Melihat senyuman dari ahli sihir itu, anak devil itu sedikit terpana.

"B-boleh... Hali ikut.. abang? "

"Hn! Mestilah boleh! Apa nama adik? "

"Ha-Halilintar... "

"Ouh.. Nama abang Gempa! Jom Halilintar! Kita ke rumah abang, ya? "

Ahli sihir bernama Gempa itu mula bangun dan mengendong anak devil yang bernama Halilintar itu. Halilintar memegang erat kain baju yang dipakai Gempa lalu tersenyum riang.

"Terima kasih Abang Gempa! Hali sayang Abang Gempa! "

Halilintar pun mencium pipi Gempa manja. Gempa ketawa terkekeh-kekeh menerima ciuman manja tersebut lalu mereka pun berjalan menuju kawasan hutan yang lebih dalam bersama.

✨💞💕💖✨💞💕💖✨

SKIP TIME
12 TAHUN KEMUDIAN

✨💞💕💖✨💞💕💖✨

"Hali..!! Janganlah kacau!! "

Seorang ahli sihir yang kelihatan umurnya 28 tahun sedang cuba menolak seekor devil di belakangnya yang kelihatan perangai seperti remaja yang nakal. Namun devil yang berumur 17 tahun tersebut tampaknya langsung tidak ingin berganjak dari terus memeluk ahli sihir kesayangannya itu. Atau mungkin lebih tepatnya dicintainya.

"Gempa, kau janji semalam kau akan pulang awal. Jadi kenapa semalaman aku tunggu kau dan kau.. Tak balik? "

"Kan aku dah cakap yang aku ada kerja! Dan aku ada cakap juga kan yang mungkin aku balik lambat? Kau tunggu aku kenapa? "

"Sebab aku cintakan kau lah. "

Dengan wajah yang datar dan dingin Halilintar si devil meluahkan perasaannya. Namun hal itu sama sekali tidak memberikan apa-apa kesan kepada ahli sihir itu. Iaitu Gempa.

Gempa memandang Halilintar dengan pandangan geram. Beberapa balang potion yang dipegangnya terus diletakkan lalu dia pun memusingkan badannya menghadap ke arah Halilintar. Pipi Halilintar dicubit geram.

"Kan aku sudah cakap, kita tak boleh bersama! Aku anggap kau macam adik aku saja tau! "

"Tapi aku tak pernah anggap kau macam abang aku pun. "

"Eleh, dulu kau juga yang selalu panggil aku 'Abang Gempa' bagai. Siap manja-manja lagi. Tak ingat? "

Gempa memberikan senyum mengejek ke arah Halilintar yang akhirnya mendapat tatapan geram dari devil tersebut.

"Ceh! Itu dulu lah! Sekarang aku cintakan kau. Macam mana, hm? "

Kini Halilintar pula memberikan tatapan beserta senyuman nakal. Semakin erat pelukannya pada pinggang Gempa yang lebih pendek darinya itu.

Gempa sedikit malu apabila dia dipeluk erat dan wajahnya mula mendekat dengan wajah Halilintar. Si tukang peluknya.

"Hali...! Kau ni makin nakal sekarang! "

Gempa memukul bahu Halilintar geram. Pipinya dikembung tidak puas hati. Halilintar terkekeh-kekeh ketawa melihat tindakbalas yang comel dari Gempa.

Halilintar tidak dapat menafikan lagi bahawa dia sudah mula suka akan Gempa pada waktu pertama kali mereka bertemu. Dan perasaannya semakin kuat apabila Halilintar mula menginjak remaja. Dan lebih kurang dalam beberapa tahun, Halilintar cuba untuk meraih perhatian Gempa dan sering meluahkan perasaannya pada Gempa.

Namun Gempa tidak pernah menganggapnya sesuatu perkara yang serius. Sebaliknya Gempa hanya merasakan bahawa itu salah satu taktik Halilintar untuk bermanja dengannya. Namun masih sahaja Gempa akan mula salah tingkah sekiranya Halilintar mula melakukan hal yang pelik-pelik. Sebagai contoh, Halilintar memeluknya dan jarak mereka berdua begitu rapat sekali. Hal itu akan membuatkan wajah Gempa kemerahan dan mula tergagap-gagap apabila bersama Halilintar.

Halilintar mendekatkan wajahnya ke wajah Gempa sehingga Gempa dapat mendengar deruan nafas hangat dari Halilintar. Wajah Gempa terus berubah kemerahan dan dia cuba sedaya upaya untuk mendorong badan devil itu menjauh darinya. Namun percuma sahaja. Badan Halilintar yang jauh lebih besar darinya itu langsung tidak memberikan apa-apa efek daripada badannya bersaiz kecil itu.

"Gempa... Give me some kiss?"

"Ukh... Hali... "

Halilintar semakin mendekati Gempa. Hidung mereka berdua bersentuhan dan bibir mereka kian merapat.

Tok! Tok! Tok!

Lantas pergerakan mereka terbantut dan wajah mereka mula berjarak semula. Dengan serentak wajah mereka berpaling ke arah sebuah pintu kayu rumah Gempa dan kedengaran bunyi ketukan pintu semula.

Gempa menolak sedikit badan Halilintar untuk memberikannya ruang dan Halilintar hanya mengikutinya sahaja. Gempa terus berjalan mendekati pintu rumahnya lalu membukakannya. Kepala diintai sedikit untuk melihat siapa gerangan yang mengetuk pintu tadi.

Terbelalak mata Gempa apabila dia mendapati orang yang mengetuk pintu tadi ialah pengawal-pengawal Maharaja Devil. Dengan sigap Gempa membuka pintunya lalu menunduk hormat pada pengawal-pengawal tersebut.

"Selamat petang. Encik ni Gempa, kan? Ahli sihir dan merupakan cucu kepada Ahli Sihir terkenal Tok Aba? "

"S-selamat petang. Y-ya saya... Kenapa ya? "

"Kamu mesti tahu akan berita kehilangan anak putera raja suatu ketika dahulu bukan? "

Gempa sedikit mengerutkan keningnya hairan. Namun sebelum sempat dia bertanya, tiba-tiba Halilintar datang menghampiri Gempa dengan riak wajah yang seolah-olah terkedu. Melihat reaksi Halilintar sebegitu, Gempa mula naik kerisauan. Tiba-tiba hatinya tidak sedap.

"Korang datang cari Halilintar? Anak maharaja devil tu? "

Pengawal-pengawal tadi memandang ke arah Halilintar dengan pandangan terkejut. Pantas mereka menunduk hormat di hadapan Halilintar.

"Apa khabar tuan putera! Maafkan kami atas kunjungan kami yang tiba-tiba ini. Kami ingin membawa pulang tuan putera ke istana semula kerana ayahanda tuan putera sedang tenat sekarang. Kami harap-"

"Kau nak aku balik semula? Heh, jangan haraplah. "

Halilintar berpeluk tubuh sembari mendongakkan wajahnya sedikit menunjukkan keangkuhan pada pengawal-pengawal tersebut. Jelas dapat dilihat reaksi Halilintar sekarang amat dingin pada pengawal-pengawal tersebut. Para pengawal mula menatap Halilintar kembali.

"Maaf tuan putera. Tetapi sekiranya tuan putera tidak bersikeras mahu mengikut kami pulang, kami terpaksa melakukan kekerasan terhadap tuan putera. "

Halilintar menjengkilkan bebola matanya sambil menahan amarahnya. Gempa semakin kerisauan melihat keadaan dan situasi sekarang. Ditambah pula dia sangat terkejut kerana tidak sangka bahawa kanak-kanak 5 tahun yang selama ini dia jaga adalah seorang putera raja di dunia mereka sendiri!

"Kau cakaplah apa pun! Aku tetap takkan balik! Mak dan ayah aku tu dah buang aku dulu kau tau tak?! Dan sekarang dah nak mati baru cari aku balik?! Cakap kat dia, go die!! "

"Halilintar!! "

Gempa menjerit nama Halilintar sembari menarik badan Halilintar membuatkan devil itu menghadap ke arahnya. Terkedu Halilintar jadinya apabila dia melihat wajah Gempa yang jelas terpancar kekecewaan dan iris emasnya berkaca-kaca seperti menahan air mata.

"Tergamak kau cakap macam tu?! Ayahanda kau sedang tenat sekarang dan kau sedikit pun tidak ingin mengjenguknya?! "

"Gempa, mereka sudah buang aku dulu! Kau sendiri yang datang dan selamatkan aku! Takkan aku nak tinggalkan kau dan kembali semula pada orang tua tu?! "

"Tak kiralah apa pun mereka tetap mak ayah kau!! Apa kau faham perasaan tanpa mak dan ayah di sisi hah?! "

Gempa menengking ke arah Halilintar semula. Nafasnya mula tercungap-cungap menahan amarahnya. Halilintar berdecih kesal lalu menolehkan mukanya ke arah lain.

"Tak kiralah apa pun. Aku tetap tak nak balik! "

Halilintar tetap dengan pendiriannya. Dia mengetap giginya menahan geram. Terasa sakit di dalam dadanya apabila melihat Gempa langsung tidak mempertahankan dirinya daripada pulang.

Gempa mendengus kesal. Dia berpaling semula ke arah pengawal-pengawal tadi.

"Encik semua. Paksa saja dia balik. "

"Gempa!? "

Halilintar berpaling semula ke arah Gempa dengan pandangan terkejut.

"Tergamak kau?! Aku tak nak tinggalkan kau Gempa! Aku dah cakap aku cintakan kau! Apa lagi yang aku buat sampai kau masih tak nak terima aku?! "

"Sebab kau menjengkelkan!! "

Gempa membentak Halilintar semula. Halilintar sedikit terundur ke belakang kerana terlalu terkejut mendengar luahan Gempa. Nafasnya mula turun naik untuk menahan sebak di dadanya. Gempa mengalihkan pandangannya semula ke arah lain.

"Encik, tolong bawa dia pergi dari sini dengan segera. "

"Baik. Terima kasih sudi memberikan kerjasama dengan kami Encik Gempa. "

Dengan menggunakan kuasa mereka, pantas mereka mengikat kedua belah pergelangan tangan Halilintar dan mengheret Halilintar untuk keluar. Halilintar masih menatap Gempa dengan tatapan tidak percaya dan dapat dilihat tangisan mula mengalir keluar dari kelopak mata devil tersebut.

"Gempa... Aku cintakan kau. Dan itu takkan pernah sesekali berubah! Kau kena ingat tu. "

Gempa terus menghempaskan pintunya sebaik sahaja Halilintar keluar dari rumah. Badannya disandarkan pada pintu kayu tersebut dan Gempa mula menangis tanpa henti.

Perlahan badan Gempa jatuh ke bawah dan Gempa membenamkan wajahnya pada lututnya. Pada waktu itu juga Gempa melepaskan segala tangisan yang ditahannya.



















Next or Not?

Aarrghhh!! Teringin nak buat one-shot tapi hnnggg!!! Nampaknya kena buat 2 chapter juga! So korang? Next or nah?
.
Dah lama dah rancang nak buat cerita ni dan thanks to my hubbies (woy 😂) ManisPedas29 happyskai and LiaValeriana9 sebab sudi tolong kembangkan cerita ni dan berikan idea serta support korang!! Paling terharu apabila korang sanggup layan perangai masuk air Ani sewaktu bincangkan jalan cerita ini.😂
Love ya guys until hujung galaxy!!!
💞💕💖💞💕💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro