1| DON'S AFFAIR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Hari demi hari, dia hanya menunggu masa untuk meninggalkan lelaki itu—suaminya. Setiap hari yang dilalui hanya dipenuhi dengan keperitan dan penyeksaan. Dan dari segi mental, ianya begitu menyakitkan untuk dia terus bertahan.

Perkahwinan mereka sudah hampir mencecah setahun, tapi sayangnya walaupun lelaki itu mencintai dia tapi dia tak pernah berharap ianya untuk bahagia dan normal seperti pasangan lain.

Jadi, bila tiba masanya untuk dia menghembus nafas terakhir— itu adalah satu kemenangan buatnya.

Cinta?

Jika ingin jawapan yang jujur, dia tak pernah mencintai lelaki itu. Langsung tak terdetik dihati untuk mencintai seorang lelaki yang digeruni dan ditakuti oleh mereka. Seorang lelaki yang tidak pernah terpisah dengan kegiatan jenayahnya.

Dia tak pernah terfikir bahawa dirinya bakal menjadi isteri kepada lelaki itu. Pembunuhan yang dilakukan oleh suaminya dan orang suruhannya membuatkan perasaan yang bertandang dihati makin terhakis sedikit demi sedikit.

Malah, pengedaran dadah yang meluas dan berleluasa yang dijalankan oleh suaminya itu kini tersebar kepada pihak berkuasa.

Hubungan mereka yang kian retak kini menjadi buruan pihak polis dan juga musuh yang sentiasa memerhati. Dia sudah tak betah lagi untuk menjadi sebahagian daripada kegiatan tersebut.

Cukup sebelum ini hidupnya yang terumbang-ambing kini makin menggoyahkan semangat yang dia kumpulkan. Terasa tidak sabar untuk dia menamatkan riwayat hidupnya.

Mengapa sebagai seorang isteri dia berfikiran seperti itu? Pasti ramai yang tertanya-tanya dan dia tak mampu memberi walau satu jawapan kerana semuanya terletak ditangan lelaki yang digelar sebagai suaminya itu—

DON.

Bunyi tapak tapak kasut yang menghampiri dimana dia berada tak sedikitpun membuatnya berpaling. Dia tahu siapa yang sedang menuju ke arahnya.

Itu reaksi yang selalu dia berikan dan itu juga bagaimana mereka berdua berkomunikasi sebagai pasangan suami dan isteri.

"Ammara."

Suara dingin yang menyapa dirinya membuatkan dia menoleh ke sebelah kiri dimana wajah yang jelas tak beriak itu memandangnya penuh rasa kasih.

Dia sukakan sisi lelaki itu yang sekarang; dimana segala emosi dan perasaan cinta lelaki itu padanya jelas terlayar disebalik mata kelabu yang tajam dan menggerunkan itu.

"Stephano." gumamnya perlahan dengan senyuman lebar yang terukir dibibir.

Dengan itu dia bangkit dari duduknya yang dikelilingi bunga ros mekar dan pelbagai lagi di taman mini tersebut dimana dia berada tika itu.

Tubuh tegap suaminya dipeluk kemas seraya melabuhkan kepala pada dada lelaki tersebut.

Manakala, Stephano pula mengucup lembut dahi isterinya sambil bermain dengan rambut perempuan tersebut.

Senyuman kecil dengan secara tiba-tiba terlakar dibibir bila tubuhnya itu dipeluk kemas, terasa lapang dadanya.

"Don't forget about dinner, the Romano's family will be here tonight. Wear something pretty for me, will you?"

Bisiknya perlahan dengan nada tegasnya seraya merenung dalam anak mata isterinya yang bewarna koko tersebut menyamai warna rambutnya.

"I will, Stephano. Anything for my husband." balas Ammara lembut seraya mengucup pipi suaminya sekilas.

Stephano tersenyum kecil, sungguh dia tak puas menatap wajah cantik isterinya itu.Tapi momen bahagia mereka terbantut bila deringan telefon milik lelaki itu kedengaran.

Tahu dengan urusan suaminya, Ammara meregangkan pelukan pada tubuh sasa itu.

Jam ditangan dikerling sekilas, masa untuknya pergi menguruskan urusannya. Dahi Ammara dikucup sayang sebelum dia melangkah pergi sambil menjawab panggilan dari pemanggil tersebut.

"Don, the shipment has arrived. They want to see you."

"I'll be there, brother."

Panggilan ditamatkan seraya melangkah kaki ke arah kereta yang sudah dibuka pintu untuknya oleh pemandu peribadinya itu.

Setelah itu kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah tersebut dimana Ammara yang sedang memerhati.

Kini, dia bakal berjumpa dengan lelaki yang menghantar dadah yang dipesannya di sebuah gudang lama yang menjadi tempat mereka selalu bertemu.

Carl Fabio Federico merangkap adiknya merupakan orang kanannya yang turut bekerjasama dengan dia.

Pun begitu, tiada siapa yang tahu mereka adalah adik beradik kembar. Kerana rupa mereka memang tak seiras. Hanya sipi-sipi saja, mungkin dari warna mata atau mungkin juga dari personaliti mereka yang sama.

Berada di United State memudahkan lagi kerjanya.

Segala urusan mengenai pengedaran dadah dan juga pengedaran senjata berjalan dengan lancar memandangkan pihak polis yang bekerja di bawah arahannya sentiasa menutup mulut dari berbicara mengenai kegiatan jenayahnya itu.

Dari senjata api hingga ke pelbagai jenis dadah yang menjadi sumber dan tujuan pentingnya dalam perniagaan yang dijalankan.

Marijuana. Cocaine. Heroin. Cannabis. Methamphetamine.

Semuanya diedarkan dan dibeli dengan kuantiti yang banyak. Seterusnya dadah dan senjata tersebut bakal dijual pula pada pemborong yang lain dengan angka yang meningkat sepanjang ianya dalam proses penghantaran.

"We're here, Don."

Pintu dibuka dan dia melangkah keluar daripada kereta tersebut. Pistol diselitkan pada belakang pinggangnya seraya membetulkan kot ditubuhnya itu.

Dapat dilihat beberapa buah kereta dan juga lori yang terparkir dihadapan gudang tersebut.

Pemandunya kekal di dalam kereta. Itu adalah arahan daripada bosnya untuk dia berada disitu sekaligus memerhati jika ada sesuatu yang mencurigakan.

Pun begitu, jika berurusan dengan perkara sebegini ianya sentiasa tidak aman.

Muslihat. Perangkap.

Itu yang selalu mengekori dia walau dimana dia berada. Memang perkara sebegitu tak lagi asing dari kehidupannya yang selalu berhadapan dengan risiko untuk dibunuh bila-bila masa saja.

Musuh memang tak pernah lari dan tak pernah berputus asa untuk menamatkan riwayat hidupnya.

Seketika, keluar susuk tubuh adiknya; Fabio dari gudang tersebut yang sedang menuju ke arahnya.

Mereka berdua berpelukan sebelum lelaki itu membisikkan sesuatu padanya. Stephano hanya mengangguk manakala Fabio pula tertawa kecil.

"On the roof. Behind the tree. That's his men."

Sempat anak mata kelabunya itu dihalakan ke arah atas bumbung gudang tersebut sebelum beralih ke arah pokok-pokok tinggi yang mengelilingi kawasan gudang itu.

Itu yang dia katakan sebagai perangkap dan muslihat.

Tapi malang buat mereka, dia tidak pernah terlepas pandang walaupun adiknya tak memberitahu mengenai perkara tersebut.

Dia sentiasa peka. Peka dengan dirinya, peka dengan musuhnya. Peka dengan strategi mereka.

Sebaik masuk ke dalam gudang tersebut, dapat dilihat diatas meja lebar dan panjang itu kini dipenuhi dengan bungkusan putih yang kecil dan telah siap dipakejkan.

Meja itu pula dikelilingi dengan mereka yang berurusan dengannya termasuk orang suruhannya.

"Don." sapa lelaki yang merupakan penghantar dadah tersebut. Senyuman lebar diberikan.

"Rein. Is everything good?" soalnya tenang.

Stephano mengangguk seraya berjabat tangan dengan lelaki bernama Rein itu.

Mungkin lebih tepat lagi si pengkhianat yang mahu membunuhnya sekaligus merampas ke semua dadah miliknya yang berharga hampir mencecah jutaan tersebut.

"As always, Don. This shit tasted just as good as it looked." maklum Rein dengan nada suara yang teruja.

Isyarat tangan diberikan pada Darrel— merangkap orang kanan kedua selain dari adiknya yang memang dia percayai, menyuruh lelaki itu merasakan dadah tersebut sama ada seperti sebelum ini atau sebaliknya.

Kuantiti dan kualiti dadah yang terbaik adalah pilihan utama Stephano. Selagi ianya berkualiti, maka lagi tinggi bayaran yang bakal dikenakan olehnya untuk mereka.

Dia tak menghabiskan duitnya tanpa memastikan ianya menguntungkan.

Darrel menarik sebuah kerusi kayu lalu didudukinya sebelum dirapatkan ke arah meja tersebut untuk memudahkan dia merasa dadah tersebut.

Pisau lipat kecil dikeluarkan dari poket kotnya lalu muncung pisau dtoreh ke arah bungkusan serbuk berwarna putih tersebut.

Muncung pisau yang terlekat dengan serbuk putih itu dibawa ke bibir lalu dijilatnya sekali lalu. Ianya sama seperti yang sebelum ini.

Kepala diangguk pada Stephano yang tersenyum sinis itu. Manakala Rein yang melihat, matanya meliar memerhati kawasan gudang tersebut.

Setelah mendapat persetujuan dari bosnya, Darrel dan beberapa lagi orang suruhan Stephano mula memasukkan bungkusan dadah tersebut ke dalam beberapa buah beg hitam.

Rein tersenyum puas bila dadah yang dibawa telah diterima oleh lelaki itu.

Dan serentak itu juga, peluru menembusi tingkap kayu yang hampir tercabut itu sekaligus membuatkan ianya pecah berderai.

Peluru tersebut meluru laju dan tepat mengena ke arah orang bawahan Rein yang terus jatuh terjelupuk ke atas lantai.

"WHAT THE FUCK?!"

Pantas Rein mengeluarkan senjatanya diikuti orang suruhannya dan dihalakan ke arah Stepano dan orang suruhan lelaki itu. Perkara yang sama turut dilakukan oleh orang suruhan Stephano.

Kini senjata diacukan antara satu sama lain.

Malah, peluru demi peluru yang entah dari mana datangnya meluru ke arah orang suruhan Rein buat kali keduanya membuatkan lima orang lelaki tumbang ke atas lantai secara serentak. Rein pula sudah kehilangan kata-kata.

"Why did you do that, Rein? No need to kills my men. I'm so disappointed in you." tutur Stephano tenang sambil memerhati wajah membengis lelaki itu.

Kini jelas bahawa orang suruhan Rein telah dibunuh oleh orang suruhan Stephano tanpa lelaki itu sedar.

Jika dia ingin memerangkap Stephano, ianya tak semudah itu bila Stephano mempunyai penembak tepat yang mengepung seluruh gudang tersebut.

Fabio yang melihat riak terkejut lelaki itu apabila rancangannya diketahui, tertawa kecil.

Dengan itu tangan lelaki tersebut yang ingin menekan picu pistol ditembaknya membuatkan Rein mengerang sakit sekaligus menjatuhkan pistol di tangannya.

"I bet you can't use that hand to masturbate." Fabio ketawa kecil setelah menghabiskan kata-kata perliannya.

"Please don't kill him, Fabio. He's so innocent, he doesn't know how to kill properly. Other than that, does he know how to please her wife? Poor boy."

Mendengarkan apa yang dikatakan Stephano, orang suruhannya tertawa lucu walaupun suara lelaki itu serius.

Rein yang melutut diatas lantai sambil memegang tangannya yang berlumuran dengan darah itu, merenung tajam ke arah Stepano.

Dia tak mahu membunuh lelaki itu buat tika ini. Manakala Darrel yang faham mula menelefon pihak polis yang bekerja dibawah Stephano dan memaklumkan tentang apa yang berlaku.

Sekurangnya dia masih bersimpati dan membiarkan lelaki itu disumbat ke dalam penjara.

Tak lama siren polis mula kedengaran dan dengan pantas pintu gudang tersebut dirempuh masuk oleh beberapa orang pegawai polis.

Stephano menghulurkan beberapa bungkusan dadah pada polis tersebut sebelum melangkah keluar.

"Don't wait for me, Vlad."

Tanpa membuang masa, kaki diatur menuju ke arah pintu rumah tersebut lalu diketuknya sekali. Sebaik pintu dibuka, mata kelabu itu merenung tajam wajah tersenyum perempuan dihadapannya itu.

Masuk ke dalam rumah tersebut dia mengambil tempat di atas sofa dimana belakang tubuhnya disandarkan dengan mata yang terpejam rapat.

Seketika nanti dia harus hadirkan diri di acara makan malam bersama rakan organisasinya.

"Stephano."

Suara lembut itu didengarinya sebelum terasa tepi kepalanya diurut perlahan dan itu membuatkan dia menghela nafas panjang. Terasa ringan kepalanya dengan urutan perempuan tersebut.

Kelopak mata dibuka.

Sebelah tangan naik menyentuh rahang perempuan tersebut yang asyik dengan urutannya beserta senyuman yang tak lekang dibibir.

Semuanya begitu sulit untuk dia dapatkan kembali sekeping hati milik perempuan dihadapannya ini.

Saat bibirnya hampir bertemu dengan bibir halus itu, terus saja perempuan tersebut melarikan wajahnya ke arah lain.

Dan itu membuatkan Stephano mengetap rapat rahangnya. Mata kelabunya mula berubah tajam.

"You should go home, Stephano." tutur perempuan tersebut dengan suara yang jelas kasar walau ditahan.

Lalu tangan yang mengurut kepala itu dijatuhkan. Setelah menghulurkan segelas air kosong pada lelaki itu dia melangkah pergi dari ruang tamu tersebut menuju ke biliknya.

Dapat dia dengar bunyi gelas tersebut yang berderai di atas lantai.

Belum sempat dia menutup pintu biliknya, pantas saja lelaki itu menahan sebelum merempuh masuk ke dalam dan dengan tindakan cekap lelaki tersebut, tubuhnya kini tersandar pada dinding bilik.

"You try to disrespect me? What the fuck is wrong with you?" soalnya perlahan dengan suara dicelah gigi.

"You have to go back to your wife."

Saat dia menghabiskan kata-katanya, riak lelaki tersebut berubah bengis dan menggerunkan sebelum dia meronta bila bibirnya dicumbu kasar oleh lelaki itu.

Pergerakannya terkunci saat pinggangnya dipeluk kemas oleh lelaki tersebut sekaligus menolaknya rapat ke dinding bilik. Setelah beberapa seketika, mata kelabu tersebut bertentang dengannya.

"You know everything, Rose. You know I fucking love you." bisiknya penuh emosi dengan riak wajah yang kekal dingin.

Rose menggeleng kepala perlahan, apa yang ditahan akhirnya roboh jua bila matanya mula berkaca-kaca memandang wajah lelaki itu. Serentak itu juga esakannya terkeluar sebelum tubuh lelaki tersebut ditolak kasar.

Matanya tajam merenung wajah yang jelas sedang menahan amarah Stephano, tak pernah walau sedikit rasa cinta dan kasihnya pada lelaki itu berkurang.

Walaupun lelaki itu suami Ammara tapi Stephano tetap miliknya sehingga nafas terakhirnya.

"She's your wife, no matter what." balasnya berbisik perlahan.

Dia tahu, pasti ada tangan yang menuding jari kearahnya bila dia seakan pemusnah rumah tangga yang dibina oleh Stephano. Tapi dia langsung tak kisah.

Mahu dicacinya? Mahu melontarkan kata-kata kotor padanya? Silakan.

Kerana dia dan Stephano tahu sedari awal, walau sejauh mana pun lelaki itu atau dia pergi mereka bakal tetap bersatu.

Dan pada waktu itu, semuanya bakal terbongkar. Muslihat, rahsia, pembelot, pengkhianat— semuanya akan dileraikan satu-persatu.

"Get out, Stephano. Your wife is waiting. Get the fuck out!" nada suaranya makin meninggi dengan dada yang turun naik.

Melihatkan perempuan itu yang tidak mahu mengalah, Stephano memberikan renungan tajamnya buat kali terakhir sebelum melangkah keluar daripada bilik dan daripada rumah tersebut.

Pintu rumah dihempasnya kasar.

Rose mengesat sisa airmatanya sebelum berlalu ke bilik air lalu wajahnya dibasahkan dengan air paip yang dibuka.

Direnung wajahnya sendiri di pantulan cermin kecil yang tersedia, gigi diketap rapat sebelum penumbuknya melekap rapat ke arah cermin tersebut membuatkan serpihan kaca jatuh berteraburan ke atas lantai.

"I love you, Stephano."

Semua yang berlaku bukan cinta tiga segi. Bukan juga curang di belakang pasangan. Dan sama sekali bukan pula dimadukan. Ianya cinta—cinta yang perlukan antara kekuatan dan juga cabaran.

After all, he is not a man whose life is full of colors.

[#]DONE.

- Let me know what's in your mind?

- Criminal or Psycho?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro