2| DON'S FATHER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sepanjang tiga puluh tahun dia hidup dalam pelbagai risiko dari diburu sehingga dibunuh, kali pertama dia hadir perasaan terkilan bila melihat sekujur tubuh lelaki yang dari dulu sehingga kini terbaring lemah di atas katil.

Carl Que Alexander.

Bapanya yang selama ini seorang lelaki yang bengis dan mempunyai kekuatan yang tak dapat dia tandingkan, tubuh yang dulunya tegap dan cergas, wajah yang dulunya bersih dan tegang kini sebaliknya.

Lelaki itu terbaring di atas katil sudah enam bulan akibat sakit yang dialami. Tak perlu dia jelaskan apa penyakit bapanya jika lelaki itu sudah berumur mencecah tujuh puluh tahun.

Dan itu satu keperitan buatnya bila dia tahu masa yang ada sudah tak begitu lama.

Duduk di kerusi bersebelahan dengan adiknya, Stephano menatap wajah tenang yang sedang berbicara itu.

Walau dulu bapanya seorang yang boleh dikatakan kejam, tapi tak sekali mereka berdua diajar untuk mengikut jejak kaki Carl Que Alexander.

Setiap dua minggu, Stephano dan Fabio akan berangkat dari Amerika ke Malaysia semata-mata demi menjenguk ibu dan bapa mereka.

Tambah lagi bila bapanya yang sedang sakit tenat tika ini, segala urusannya akan diselesaikan kemudian.

Dan hari ini adalah hari terakhir dia di Malaysia kerana esoknya dia bakal pulang. Berlainan dengan adiknya yang akan bertolak ke Amerika petang nanti.

"Macam mana dengan Ammara?"

Mendengarkan nama isterinya, dia tersenyum kecil. Bukan dia tak tahu, Carl Que Alexander menyukai dua perempuan yang berhubungan dengannya.

Pun begitu, hakikat sebenar mereka sudah sedia maklum. Antara Ammara dan Rose, salah seorang bakal pergi meninggalkannya.

Jika diikutkan, Carl Que Alexander membantah dengan apa yang berlaku dan membabitkan dua orang perempuan tersebut tapi ianya berkaitan dengan urusan Mafianya, jadi Carl Que Alexander terpaksa terima.

"Dia okay, masih isteri saya, papa." balasnya ringkas dengan nada suara yang bersahaja.

"Sorang lagi, Rose. Perempuan simpanan dia." sampuk Fabio yang turut masuk campur.

Dengan itu, Fabio mengeluh sakit saat belakang kepalanya dipukul oleh Stephano. Carl Que Alexander yang memerhati mengukir senyuman tipis melihat anak lelakinya itu. Selalu saja tak bersehaluan.

"Sampai bila hubungan kau dengan Ammara?" soal Carl Que Alexander sambil terbatuk kecil.

Fabio pantas menghulurkan segelas air pada bapanya- tanda menyuruh bapanya untuk membasahkan tekak. Dibantu lelaki itu minum sebelum gelas diletakkan kembali ke atas meja kecil disebelah katil.

Stephano menarik nafas dalam. Persoalan itu yang sering difikirkannya, tapi dia langsung tak pasti sampai bila semuanya bakal menjadi huru-hara.

Dan dia tahu, waktu itu segalanya akan musnah sekelip mata.

"Saya tak pasti papa. Selagi saya mampu jaga dia, saya akan buat yang terbaik. Lambat atau cepat, papa pun tahu apa yang akan jadi."

Dia cintakan Ammara, hanya nama itu saja yang kekal dihatinya sampai bila-bila.

Ammara isterinya, perempuan yang boleh membawa dia ke arah yang betul. Satu-satunya perempuan yang membuatkan dia terus berfikir dengan jelas

Mungkin tertanya; bagaimana pula dengan perempuan bernama Rose? Siapa dia? Apa hubungan mereka? Semua itu dia boleh beri jawapan yang sememangnya tiada siapa yang boleh pertikaikan.

Tapi itu antara dia dan Rose. Tak termasuk Ammara atau sesiapa saja.

"Kerja kau macam mana, Fabio?" soalan beralih ke arah Fabio pula yang termenung itu.

Senyuman lebar dipamerkan sebelum membetulkan posisi tubuhnya dengan lebih selesa. Dia mempunyai dua kerja dalam satu masa— orang kanan Stephano dan juga pengawal peribadi orang terpenting di Amerika.

Ianya kadang sukar untuk dia seimbangkan kerjanya tapi bila penting, orang kanan Stephano akan digantikan dengan orang suruhan abangnya yang setaraf dengan mereka.

Sesekali, Fabio akan digantikan bila dia ada urusan yang memerlukannya.

"Sibuk juga papa, tapi sekarang jadual tak padat sangat. Lagipun perempuan tu selalu buat gangguan seksual bila jumpa." wajahnya berkerut tak suka.

Masakan tidak, satu-satunya anak perempuan majikannya yang paling berpengaruh dan berkuasa di Amerika itu selalu saja mengganggunya.

Satu hal lagi, jujurnya perempuan itu kadang-kadang buat dia sedikit sebanyak mahu saja rasmikan perempuan tersebut.

Tapi memandangkan dia memang jenis yang tak mudah untuk terpikat— kecuali pada perempuan itu, sudah tentu ianya makin membuat perempuan tersebut tergilakannya sehingga sampai satu tahap ingin menjadi isterinya.

Ianya menakutkan.

Carl Que Alexander yang tak dapat menahan tawanya terus ketawa lucu dengan apa yang dikatakan Fabio.

Malah Stephano juga turut tersenyum sinis sambil terbayangkan adiknya diekori dan diganggu perempuan yang dikatakan itu.

Tapi, jangan tersalah sangka. Fabio dan dia tidak ada bezanya bila dalam berurusan. Kedua-duanya bengis dan menakutkan.

Jika namanya kini menjadi sebutan dan diburu, berlainan pula dengan Fabio yang boleh dikatakan nama lelaki itu bersih tanpa sebarang habuk yang terlekat.

Itu salah satu strategi mereka.

"Bagi dia peluang, mana tahu aku boleh tengok kau kahwin." ujar Carl Que Alexander dengan sinar mata lucunya.

Terus tersedak Fabio dibuatnya seraya memandang wajah tenang bapanya dengan mata yang terbuntang luas.

Dia boleh saja berkahwin tapi kalau dengan perempuan itu- dia rela cari yang sama jenis dengannya. Tak kisah kalau bapanya tak mengaku dia anak sekalipun.

"Papa, kalau dia tahu saya siapa... Memang dia punya patah hati tu, tak boleh lawan Stephano kalau isteri dia lari tinggalkan dia."

"Zatk'nis, cyka." gumam Stephano dengan suara dicelah gigi seraya merenung tajam wajah tersenyum lucu adiknya.

Fabio tertawa bila berjaya membuat abangnya memakinya dalam bahasa Rusia itu. Sungguh dia suka melihat kemarahan Stephano.

Jika mereka yang lain melihat, ianya sesuatu yang menggerunkan tapi bagi dia itu sesuatu yang lucu.

"Kau mencarut depan aku, Stephano?" tingkah Carl Que Alexander yang mula berubah serius itu.

Mungkin bapanya sedang terlantar sakit, tapi bila lelaki itu serius, itu membuatkan aura bengis Carl Que Alexander muncul sekaligus turut memberi kesan pada mereka. Stephano berdehem kecil dan mengangguk kepalanya.

Melihat renungan tajam bapanya, Stephano menghembus nafas kasar sebelum dia berpaling ke arah Fabio yang sedang menahan ketawa itu.

Lalu kolar baju adiknya dicengkam kasar sebelum dia bangun dari duduknya sekaligus membuat Fabio turut terbangun sama.

Diheret tubuh lelaki itu sebelum dicampak keluar daripada bilik tersebut. Pintu ditutup rapat lalu dikunci.

"Maaf papa, banyak sangat setan dalam ni." tuturnya tenang seraya mengusap kedua belah tapak tangannya.

Kembali di tempat duduknya, riak dan tingkahnya mula berubah dingin. Manakala Carl Que Alexander turut berubah serius melihat kekusutan anak lelakinya itu.

Semuanya begitu menyulitkan.

"Ada perkara yang saya nak cakap berkenaan dengan Rose. Dia-"

Dengan itu, diceritakan satu-persatu pada bapanya mengenai siapa sebenarnya isterinya yang bernama Ammara itu dan siapa pula dengan perempuan yang seorang lagi-Rose.


Ketukan di pintu rumah disambut oleh pembantu rumah tersebut yang hanya mempamerkan riak serius itu sebelum dia dibawa masuk ke ruang tamu yang serba mewah itu.

Ammara mengambil tempat duduk di sofa empuk tersebut seraya memerhati keadaan sekeliling. Dress panjang separas bawah lutut dibetulkan. Wajahnya juga tenang dan serius- riak yang sudah sebati dari dulu lagi.

Memandangkan Stephano berada di Malaysia dan bakal bertolak ke Amerika pada malam nanti, peluang yang ada diambil untuk bersemuka buat pertama kalinya dengan perempuan yang dijumpai suaminya sebelum ini- Rose.

Dia tahu apa yang suaminya lakukan, tapi dia tiada hak untuk memepertikai apatah lagi mahu melarang. Dia bukan siapa-siapa, hanya seorang isteri kepada lelaki bernama Stephano.

Hubungan suaminya dengan Rose sudah dia tahu sedari awal lagi.

Cemburu itu sudah pasti walau bagaimanapun, tapi dia tak pedulikan. Mungkin dia tak punyai hati?

Perasaannya sudah lama terhapus saat ibu bapanya sendiri menjualkan dia kepada lelaki itu ibarat sebuah permainan.

Dulunya dia sering tertanya-tanya apa salah dirinya. Seringkali dia merintih dengan perbuatan ibu bapanya.

Lama-kelamaan semua itu lenyap setelah dia tahu bahawa ibu bapanya bukan seperti malaikat yang dia fikirkan selama ini.

Jadi apa yang dia ada? Nothing.

"It was so unexpected to know you wanted to see me, Ammara."

Kepala ditoleh ke arah suara tersebut dimana Rose sedang berjalan menghampirinya. Wajah perempuan itu dihiasi dengan solekan tipis.

Wajahnya juga turut dingin dengan mata tajam yang memerhati. Tubuhnya juga tersarung dress hitam separas bawah lutut sama sepertinya disertakan dengan kasut tumit tinggi.

Rose. Dia perempuan yang berkeyakinan tinggi dan pandangan tajam dari matanya membuatkan dia kelihatan menggoda bagi mereka yang melihatnya. Tambah pula pakaian yang seksi itu disertakan dengan riak dingin membuatkan auranya lebih menonjol.

A dangerous woman.

"Oh, Rose. It's a shame to meet a woman like you, trust me. Don't flatter yourself." balas Ammara juga beserta dengan ayat yang tersirat.

Rose tertawa kecil, cukup sinis seraya melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan Ammara.

Apa yang dituturkan perempuan itu semestinya bakal dipersetujui oleh mereka yang memihak ke arah perempuan tersebut.

Secara jujurnya, itu langsung tak mengguris perasaannya. Malah dia teruja untuk bersemuka dengan perempuan yang menjadi isteri kepada Stephano itu.

Nampak saja wajahnya seperti naif, lemah-lembut tapi turut terselit kedinginan didalamnya.

Kaki disilangkan dengan senyuman sinis dibibir, wajah serius tanpa senyuman Ammara ditatap dalam. Perempuan itu cantik, dia tak nafikan.

Tapi sayangnya, apa yang menimpa perempuan tersebut membuatkan kehidupan Ammara berubah seratus peratus.

"Let straight to the point, Ammara. I know there's something that makes you came here." ayatnya tersusun terus ke tujuan asal.

"Everything is coming to an end. I appreciate what you did, but I don't know when the time will come. They won't leave me that easily, Rose."

Suaranya kosong, sekosong hatinya tika itu. Mata tak lepas merenung wajah Rose yang langsung tak berubah walau sedikit. Mereka perempuan yang sudah terbiasa dengan emosi yang selalu dikaburkan.

Rose tergelak kecil. Simpatinya pada isteri lelaki yang dia cintakan tetap ada tapi ianya perkara yang telah lama menghantui Ammara sedari perempuan itu dijadikan isteri kepada Stephano.

Lagipula, dia perempuan jahat, bukan begitu?

Seketika, bunyi tapak tangan Rose yang menghentak meja kayu yang menjadi penghalang diantara mereka berdua kedengaran disebalik sunyi ruang tamu tersebut.

Wajah cantiknya kini mula berubah bengis.

"They won't touch him. If they put a finger on my man- It doesn't matter if it's him or you, they will pay for that. I promise, Ammara." bisiknya keras dengan mata yang mencerlung tajam.

Rose kembali duduk di tempatnya dengan tangan yang disilangkan ke dada. Ammara pula hanya berdiam diri dengan riak wajah seriusnya.

Sedikit sebanyak, apa yang dikatakan Rose membuat dia berasa lega.

Belum sempat Ammara ingin membuka mulut, deringan telefon bimbitnya memecah kesunyian yang berbalut tekanan tika itu.

Telefon diambil dari dalam beg tangannya, tertera nama orang kanan suaminya. Terus saja panggilan tersebut dijawab.

"Mrs Stephano, your presence is expected. The Don will be home soon." maklum Darrel tegas dan serius.

Dengan itu, Ammara bangun dari duduknya diikuti Rose yang jelas sedikit sebanyak terbit perasaan cemburu bila nama Stephano didengarinya dan ia berkaitan pula dengan Ammara.

Pandangan tajamnya tak lepas dihalakan ke arah perempuan tersebut.

Manakala, Ammara yang melihat hanya tertawa sinis. Riak cemburu perempuan itu melucukan kerana dia tiada apa-apa yang menjadi sebahagian dalam hidupnya-hanya seorang isteri saja. Lagipun dia tak sabar untuk meninggalkan semua ini.

Selama-lamanya.

"Jealousy doesn't suit you, Rose. If he is your man, he's still my husband. Hope we never see each other again."

Dengan itu, Ammara berlalu pergi meninggalkan Rose tanpa sebarang pelukan atau berjabat tangan.

Semuanya bisnes- langsung tak memerlukan perkara tersebut. Sempat diberi kerlingan terakhir pada perempuan itu.

Tanpa mereka berdua tahu, segala rakaman dan perbualan mereka telah dirakamkan dan juga telah dilihat oleh Stephano yang berada di lapangan terbang tersebut setelah tiba di Amerika.

Kaca mata hitamnya dipakai sebelum telefon bimbit ditutup dan dimasukkan ke dalam poket kot sebelah dalamnya.

My sweet womans know how talk professionally.

Saat dia hampir berada di kereta yang ditempahnya, terus saja dia berpatah balik saat melihat sesuatu yang sedang berkelip-kelip dibawah kereta tersebut.

Dan serentak itu kereta tersebut meletup kuat dan bunyi letupan yang bergema memenuhi kawasan itu.

Stephano tersengih kecil. Sengihan apabila kemarahan sedang menggelegak dan menunggu untuk meletus. Sudah dia agak ianya bakal terjadi. Telefon bimibitnya dikeluarkan kembali.

"Brother, please pick me up. My fucking car just explode. I'm not going to kill you, don't worry."

Dipandang kosong melihat jeritan panik mereka yang berada disitu. Bunyi siren polis turut kedengaran yang semestinya untuk ke arah kereta tersebut.

Dengan itu, Stephano melangkah pergi dengan tenangnya tanpa menghiraukan mereka yang huru-hara itu.

Tak menunggu lama, kereta yang dipandu Fabio berhenti disebelah Stephano. Pintu dibuka sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Di cermin sisi, dapat dia lihat salah seorang pihak polis yang sedang merenungnya tajam. Jelas menganggap bahawa letupan kereta tersebut angkaranya.

Stephano tak hiraukan, malah tingkap kereta dinaikkan dengan wajah bengisnya. Manakala Fabio yang perasan akan hal itu hanya tersenyum pada polis tersebut.

"The Cops will have fun hunting you, Don." tutur Fabio perlahan seraya menekan pedal minyak meninggalkan kawasan tersebut.

"Let them be. My wife is more important than them." jawabnya tenang sambil menekan skrin telefon ditangannya.

[#]DONE.

-Your thoughts?

- Black or White?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro