47 | Secebis Tuah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Matahari mula nampak terik. Lambat aku hantar susu hari ni sebab tolong mami kemas rumah. Pagi tu baru nampak mereka bergaduh dari ruang makan sampai ke tingkat atas. Bersepah dan ada pinggan yang pecah.

"Ella!"

Mungkin aku penat sangat sampai terdengar-dengar suara Diana Akasuki panggil nama aku.

"Ella!" Bunyi hon kedengaran.

Aku menoleh ke arah jalan raya. Begum dan Diana Akasuki melambai melalui tingkap yang terbuka.

"Korang buat apa kat sini?" Hairan. Mimpi ke?

"Asal matikan handphone? Kau ingat kau tu ada manager ke nak urus panggilan keluar masuk kau? Diva betul! Penat tau call dari malam tadi. Kitorang pergi rumah kau, mak kau kata kau keluar hantar susu. Aku ingatkan mak kau bergurau rupanya, kau memang hantar susu eh?" Diana Akasuki sudah keluar dari kereta, mendekati aku yang masih tak percaya dengan kewujudan mereka di depan mata.

Aku hanya tersengih. Memang aku matikan handphone sebab tak nak bebankan otak fikir apa-apa lagipun hari ni kafe tutup.

"Baru nak ajak pergi makan patin tempoyak kat Temerloh." Begum pula mendekat selepas memarkirkan kereta di bahu jalan.

"Temerloh... bukan kat Pahang ke?" Otak aku loading sekejap.

          "Ada ke Temerloh lain?"

         "Jauhnya nak pergi, semata nak makan patin tempoyak? Kat sini kan banyak kedai jugak," pertikai aku.

         "Ni mesti tak pernah pekena, itu yang tak tahu. Plus, hari ni birthday aku. Jomlah," ajak Begum, nampak beriya.

         "Laa... birthday hari ni ke? Sorry, tak tahu. Happy birthday." Aku tayang gigi.

         "Jomlah. Takkan aku berdua je dengan Tam ni." Diana Akasuki buat muka terpaksa.

          "Siapa Tam? Aku ke? Kuajaq eh hang." Begum tunjuk muka sendiri. Mentang-mentang dia berkulit hitam manis, gelap-gelap sawo matang macam tu, dapat nama Tam terus.

          "Habis tu nak aku panggil Teh?"

          "Korang, gaduhlah dalam kereta. Saya nak kena buat kerja ni." Aku kembali menapak mendekati basikal.

          "Ala, jomlah Ella." Muka Diana Akasuki macam nak marah. Nak ajak orang makan macam nak ajak bergaduh.

          "Kerja la." Aku tunjuk botol kaca yang berbaki.

          "Jom aku tolong hantar." Begum tawarkan diri.

Huh?

Akhirnya diorang pun terkait sama dengan kerja aku. Aduh, segan aku. Lajulah sikit bila tiga orang buat kerja. Dengan Diana Akasuki sekali jadi penghantar susu.

          "Dah boleh pergi?" Serentak mereka menyoal.

         "Last, saya ambil upah kupas bawang dan kopek kerang." Aku pandang jam di tangan.

        "Kupas bawang?" Begum berkerut seribu.

        "Kopek kerang?" Diana Akasuki pun berdrama.

        "Sebab tulah orang suruh pergi je. Tak boleh cancel kerja ni last minute," balasku.

         "Tak apalah macam tu Ella. Kitorang pergi dululah." Begum keluarkan kunci kereta.

         "Bye!" Diana Akasuki angkat tangan.

        "Bye."
.
.
.

10 minit kemudian.

Aku tak faham kenapa dia orang ni masih ada kat sini, depan mata aku. Seorang kupas bawang, seorang lagi kopek kerang. Laju Begum buat kerja, seguni dah siap padahal aku baru setengah guni. Diana Akasuki je terkial-kial kopek kerang dengan muka tak ikhlas.

          "Weh, asal mata aku pedih woi! Kopek kerang pun pedih ke? Ah, shit, stupid!

         "Diana!" Serentak aku dan Begum marah dia. "Jangan la mencarut depan rezeki, depan makanan!"

         "What the heck! Kerang ada telinga ke?" Diana Akasuki dah basuh tangan, menggenyeh mata yang pedih.

         "Berkat rezeki tu, jangan dicarut-carut. Eyy, aku cepuk jugak karang budak bajet Jepun ni." Begum angkat tangan gaya nak cepuk muka Diana Akasuki tapi tak jadi bila makcik tauke restoran lalu depan kami.

         "Upah untuk seorang je ya." Kali ketiga makcik tu ulang suara. Tadi bukan main terkejut tengok aku bawa geng. Dia orang yang paksa nak ikut.

          "Takpe, makcik. Kami ni buat lawatan sambil belajar. Tak pernah buat kerja macam ni. Sajalah Ella nak bagi kami rasa pengalaman hidup kat Malaysia."

Aku tahan gelak dengar ayat selamba Begum sampai sakit pipi.

          "Kau pun satu, Ella. Cuti-cuti ni rehatlah kat rumah. Tak cukup kau serabut kat kafe, dia pergi serabut kat kedai orang lain. Aduh, dengan baunya, gatal-gatal lagi. Damn!" Hangin betul perempuan ni.

          "Kau yang offer nak tolong, kau bising pulak? Haa, baru kau tahu susah payah orang nak masak berniaga. Bukannya macam kau, tet tet tet hujung jari terus sampai depan rumah! Insaf sikit Diana, bawak-bawak bertaubat!"

Sakit perut aku gelak tertahan-tahan tengok dua ketul ni bergaduh.

          "Ini je ke upah dia?" Melengking suara Diana Akasuki sampai terpaksa Begum tarik dia keluar dari restoran bila makcik tauke tu renung tajam. Diana Akasuki pulak tak ada segan langsung, dia boleh lawan mata makcik tu. Memang tak bawak dah budak ni ke sini.

Cepat-cepat aku ucapkan terima kasih dan berlari anak mendekati kereta Begum.

          "Maaflah korang, terpaksa buat kerja macam ni pulak," ucap aku, menahan segan yang menggunung dari tadi.

          "Takpe, Ella. Macam aku cakap tadi, eloklah Diana ni nampak kerja-kerja balik tabir macam ni. Baru dia tahu langit tinggi rendah, jangan asyik nak carut orang je." Begum kekal dengan sesi ceramah dia.

"Jadi, boleh kita pergi sekarang?"

"Emm..." Aku tenung jam di tangan. Bila aku alih mata menghadap mereka, dua-dua muka serius macam tunggu khabar dari medan perang. Meletus ketawa aku.

"Okey, okey. Dah boleh pergi. Kerja yang ni boleh tangguh." Bersisa ketawa aku.

Mujur mami izinkan aku pergi. Rasa excited lain macam. Aku tak pernah keluar trip macam ni. Pertama kali waktu dengan Izhar waktu raya tempoh hari.

Berbekal sepasang baju ganti kalau-kalau kami terlewat pulang, kami bergerak ke Temerloh dalam keadaan aku yang masih percaya tak percaya apa yang jadi. Kami melewati Lebuhraya Pantai Timur yang luas dan tidak sibuk dengan kenderaan lain. Banyak waktu, hanya kereta kami sahaja yang meluncur di situ.

"Jalan ni memang selalu lengang ke?" soalku.

"Mungkin sebab hari ni hari Isnin. Kita je cuti waktu orang lain kerja," jawab Begum yang memandu sambil sebelah tangan menekan-nekan punat pemain media.

"Tak nak lagu Korea!" Diana Akasuki tepuk kuat tangan Begum. Hampir melatah lelaki itu.

"Batal air sembahyang aku, tahu tak! Kau ni, sesuka hati je sentuh laki lain. Ella, kau saksi tau, bukan aku yang sentuh dia. Hei, naya kalau Kak Aisyah tahu ni."

"Kau pasang lagu Korea, aku snap gambar kita pegang tangan dan hantar kat tunang kau," ugut Diana Akasuki. Anti betul dia dengan lagu-lagu negara yang tengah melonjak naik di persada dunia ni.

"Kita ikut undi Ella. Ella, kau nak dengar lagu apa? Jangan mintak lagu Didi and Friends." Diana Akasuki dah pusing belakang tengok aku dengan muka penuh ugutan.

"Tak nak dengar lagu. Nak dengar korang sembang." Aku tersengih di antara Begum dan Diana Akasuki. Sengaja duduk ke depan sikit, nak dengar celoteh diorang.

Diana Akasuki buat muka bosan, Begum pulak ketawa entah kenapa.

"Macamana korang boleh deal berdua nak pergi makan?" soal aku. Ini soalan yang dari tadi mengganggu benak tapi takut nak tanya. Takut kena sembur.

          "Haih, kau la cerita. Yang penting, bukan aku sukarela nak pergi eh." Diana Akasuki surrender awal-awal.

          "Biasanya kalau birthday aku ke, Dashi atau Iskandar, kitorang pergi food hunting kat mana-mana tempat yang viral. Tapi, Iskandar ada urusan dengan mama dia, Dashi pulak kat hospital. Kesenduan tau birthday aku tahun ni. Lepas tu, aku tersembang dengan minah ni, lepas tu teringatkan kau, lepas tu kitorang tak plan pun, lepas tu kitorang cuba nasib, lepas tu..."

          "Kau nak cerita ke tak nak? Lepas tu, lepas tu," potong Diana Akasuki.

Aku dah ketawa kat kerusi belakang. Tahu sangat Begum saja nak sakitkan hati Diana Akasuki. Dia bukan boleh dengar orang melalut-lalut.

          "Pendek cerita, kita dah kat sini, atas kereta menuju ke Temerloh. Habis." Diana Akasuki noktahkan cerita Begum.

          "Jadi, memang korang jalan jauh-jauh, hanya untuk makan?" tanya aku.

           "Hanya? Untuk? Makan? Hello, Ella. Makan la yang buatkan kita hidup dengan sihat. Makan jugaklah boleh buat orang happy. Nak meeting mesti ada makan, nak dating pun makan, nak pujuk orang pun makan. Nampak tak skop makan ni luas?" hujah Begum.

Hmm... logik, logik. Sebab makan jugak aku selalu bergaduh dengan Noah yang selalu tambah lauk tak ingat dunia. Sebab makan jugalah aku selalu cepat penat sebab makan tak ikut waktu.

Tak lama lepas kami sampai dan ambil meja kosong, terus ramai beratur sebab meja penuh.

"Itulah sebab kitorang nak pergi awal. Memang macam ni haa..." Begum tepuk belakang tapak tangan dia, menunjukkan situasi padat. Memang ngam la kami datang terus dapat meja.

Pertama kali aku makan patin tempoyak yang sedap sampai rasa nak menangis. Sedap betul walaupun kuahnya cair je. Begum suruh aku makan tanpa segan, dia yang belanja.

           "Ella, stop recording. Makan pulak, sejuk nanti. Kau nak aku celup phone kau jadi Samsung masak tempoyak?" tegur Diana Akasuki.

          "Ah, biarlah dia nak record. Bukan kau yang belikan telefon dia. Kau takut dia rakam muka rakus kau tengah mentekedarah kan?" Sengaja Begum cucuh api pertelingkahan.

          "Kau..." Diana Akasuki tak jadi mencarut bila seorang pelayan kedai letakkan pais ikan bakar. Bersinar mata Diana Akasuki macam nampak jongkong emas.

          "Alamak, patin boy ni handsome la." Mata Diana Akasuki mengekori lelaki tadi sampai ke belakang kedai. Pertama kali aku tengok dia menggatal macam ni.

"Gatal la kau," kutuk Begum.

"Mata aku, sukahati aku." Diana Akasuki tunjuk garfu macam nak tikam Begum.

          "Ella, nanti-nanti record video. Makan ni dulu. Pais power. Sejuk nanti kurang dah rasa dia." Begum bukakan balutan aluminium, naik ke udara asap nipis yang membawa bau menyelerakan. Lemak-lemak manis dengan bau arang.

          "Saja nak rakam. Bila lagi nak keluar bertiga dengan korang," balasku sambil menutup kamera handphone.

          "Paling jauh, korang food hunting ke mana?" soalku selepas menghabiskan nasi di pinggan, menunggu Begum habis makan. Dia makan tiga mangkuk oii.

          "Entah. Kitorang pernah pergi Singapore balik hari. Dashi nak sangat rasa sup tulang merah kat sana. Is pulak pernah bawak makan kat Hatyai. Brunei pun pernah."

Nganga je la aku dengar cerita Begum. Biar benor tiga sekawan ni, bestnya food hunting sana sini. Diana Akasuki ke tandas, entah jumpa jalan pulang ke tak tu. Sakit perut bantai makan pedas.

          "Tengah takde duit atau takde masa, lenjan jela char kuew teow tepi jalan. Ikut rezeki siapa." Begum habiskan ikan patin yang dah tak ada rupa. Tinggal tulang kecil-kecil je. Licin licau!

Telefon Begum bergetar dan terpapar pandangan kamera depan menandakan ada panggilan video yang masuk.

          "Angkatkan kejap, Ella. Aku nak basuh tangan. Kak Aisyah tu kalau tak angkat karang, jenuh nak menjawab," pinta Begum sambil bangkit menuju ke sinki yang penuh dengan orang beratur. Nak basuh tangan pun beratur, memang ramai sangat la. Kalah kafe kami.

Tanpa berfikir panjang, aku jawab panggilan itu. Sesaat, terpapar dua wajah yang tidak asing, dari dua panggilan yang berbeza. Group video call.

          "Happy birth..." Lelaki itu terdiam.

          "Selamat tua Be..." Dia pun terdiam, dengan muka bengkak dan sebelah mata bertampal.

Kami bertiga berpandangan sesama sendiri. Aku lagilah terkedu, terkelu, terkesima. Dua-dua pandang aku tak berkedip.

Satu saat.

Dua saat.

          "Ella?" Naik senada suara Iskandar sebelum mengaduh apabila pintu kabinet yang dibuka terkena dahi.

          "What the..." Aku nampak Dashi kaget, mencapai telefon yang mungkin diletakkan di atas meja, ingin memeriksa jika dia tersalah 'add' aku dalam panggilan video mereka. Hujung jarinya menekan-nekan skrin dah macam lanun sebelah mata. Itu pun kecik besar, kecik besar je mungkin penglihatan dia masih belum jelas.

          "Kejap, saya panggil Begum." Terus aku letak telefon Begum di atas meja menghadap ke atas, jadi mereka hanya nampak atap zink restoran itu je. Berdebar aku dibuatnya. Lagi cuak tengok Begum masih menunggu pakcik tua di hadapannya membasuh tangan dengan begitu lambat sekali.

          "Asal Ella jawab call Begum woi!" Wajah Dashi di skrin nampak masih terkejut. Mungkin dia orang tak sedar yang aku ada je kat tepi terfikir ni, tengok reaksi dia orang.

          "Mana aku tahu! Kafe bukan tutup ke hari ni? Aduh, bergegar otak aku kena pintu kabinet ni." Iskandar gosok dahi dia laju-laju, sikit lagi nak terkeluar api.

          "Lah, korang rupanya!" Tak sedar Begum dah sampai depan mata dan capai telefon dia.

          "Mana?" Dashi menyoal, pendek.

          "Temerloh. Food hunting la, macam tak biasa..."

          "Asal kau bawak Ella aku?" Amboi, pandai main claim ya bos aku ni.

           "Sorry la, aku lupa nak minta izin... eh? Minta izin bapak kau! Ella aku? Hello, Iskandar bin Azman. Ella ni masih single, okey? Aku minta izin mak dia la, asal aku nak kena minta izin kau?" Begum membebel kalah mak nenek.

"Kau ajak dia dengan tunang kau ke?" Iskandar tanya dengan suara gawat. Dashi lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin masih belum larat.

"Taklah. Kami berdua je. Aisyah kerja." Begum menipu sambil angkat telefon ke udara, memuatkan aku yang sedang meratah jelly kelapa di depan Begum. Nak hilangkan segan, aku sengih jela sambil lambai. Muka Iskandar jelas masih percaya tak percaya, Dashi pula diam je tenung skrin.

"Aku call Aisyah." Iskandar mengugut.

"Call la. Sekarang waktu lunch jadi peluang dia jawab call tu tinggi," balas Begum, tenang. Sengaja tak turunkan telefon, nak tunjuk yang kat meja tu memang ada kami. Ditambah lagi pinggan-pinggan kami dah diangkat oleh pekerja tadi, memang tak nampak kesan Diana Akasuki.

"Dah la, kami nak cari durian pulak."

          "Kejap, Begum!"

          "Bye!" Terus Begum matikan panggilan tanpa pedulikan Iskandar yang menahan.

          "Begum!" Aku buat muka. Malas nanti benda jadi isu.

          "Eleh, jangan risaulah dengan bakal kau tu. Saja aku nak kacau biar dia menggelupur," balas Begum sambil menari perlahan di kerusinya. Aku hanya mampu menggeleng dengan ketawa janggal.

"Jangan jawab. Aku tinggal kau tepi jalan karang." Begum menghalang bila nama Iskandar terpapar di skrin handphone aku. Aku akur, memang malas pun nak jawab. Hari ni aku nak bebas menikmati semuanya tanpa fikirkan orang lain.

"Jom gerak!"

Kami berhenti di sebuah rumah kampung. Kata Begum, ni rumah saudara dia yang ada beberapa ekar kebun buah. Untung betul. Rumah dia pun tenang elok je tak jauh dari sungai.

Sementara menunggu Begum mengikut saudaranya ke kebun, aku dan Diana Akasuki sempat mandi dan tukar pakaian. Izhar hubungi aku tadi, dia dah sampai Malaysia. Baru nak buat kejutan, sekali aku tak ada kat rumah. Kesian. Nanti aku masakkan apa-apa untuk dia sebagai pujukan.

          "Sepit rambut aku patah! Ah, fu..." Diana Akasuki terhenti mencarut, memandang aku dengan bibir yang dikemam sambil sebelah tangan mencengkam rambut yang panjang. "Fu...fucuk faku."

Meletus ketawa aku. Aku tahu dia nak carut apa tadi tapi aku tak sangka dia akan tukar perkataan tu kepada fucuk faku.

          "Sini aku tolong tocangkan." Aku tepuk pangkin di bawah pokok rambutan. Buah dia melayut-layut, geram aku.

Diana Akasuki akur tanpa banyak soal dan terus duduk membelakangi aku. Lembut sungguh rambutnya. Ni mesti guna syampu dari tujuh jenis bunga. Ah, mengarut.

          "Kau ada dendam kat aku ke? Sakitlah bod..."

PAP! Aku tepuk kepalanya, tak adalah kuat pun. Cukup untuk hentikan mulut dia tu. Memang kena tarik kuat sikit supaya dandanannya kemas dan tak serabut.

Diana Akasuki mengeluh kuat. Aku faham, bukan senang nak berhenti mencarut, sama macam susahnya orang nak berhenti melatah.

          "Dah." Aku menjauh sedikit. Puas hati tengok tocang lipan yang selalu aku buat pada rambut Maira.

Diana Akasuki keluarkan handphone, siap suruh aku ambik gambar depan, belakang, kiri dan kanan. Membiarkan dia melihat-lihat rambut sendiri pada kamera handphone, aku bersihkan kasut yang terkena tanah dengan tisu basah.

          "Sayang kau eh kat kasut tu?" tegur Diana Akasuki.

          "Yela, ada orang bagi..." Sengaja aku meleretkan suara.

           "Oh, aku yang bagi. Lupa."

Aku tergelak dengan jawapan Diana Akasuki. Memang la dia lupa sebab kasut ni hadiah dari orang lain untuk dia, dan orang lain tu ialah... Dashi.

          "Begum, lawa tak aku?" Diana Akasuki mencipta gedik bila Begum muncul.

           "Pergh, macam mafia." Begum bagi thumbs up.

Bengang dengan jawapan Begum, Diana Akasuki campak kulit durian di tanah namun pantas lelaki itu mengelak.

          "Ewah, ewah, ewah ewah..." Begum menari ala-ala Zapin, mengejek balingan Diana Akasuki yang tersasar. Jenuh aku macam ni, kerja nak gelak je.

          "Dandan kau ni takdelah lawa pun, tapi sebab sepit aku patah, aku biar jela kat kepala." Macam nak tak nak je Diana Akasuki cakap kat aku padahal dari tadi tangan dia gatal nak pegang rambut tak lepas-lepas.

          "Yee, aku faham. Kau tak suka pun tapi sebab sepit kau patah jadi kau relakan tangan kotor aku ni dandan rambut kau." Aku akui jelah. Dah faham perangai dia ni.

Lain betul feel dia, makan buah fresh, bawah pokok rambutan, rambutan tu pulak tuan rumah bagi je kami petik dan makan. Begum sampai siap panjat pokok manggis. Baru aku tahu, manggis kena petik, tak boleh kait jatuh ke tanah, nanti buahnya kematu, keras nak dibuka.

Akhir sekali baru kami buka durian. Aku pandang Begum, Begum pandang aku, lepas tu kami sama-sama pandang Diana Akasuki yang sedang menyarungkan sarung tangan plastik.

          "Apa kelas makan durian guna sarung tangan? Oh, orang bandar. Makan sushi ikan tak masak elok pulak tak pakai sarung tangan..." perli Begum.

          "Shut up you, Begum. Aku tak nak tangan berbau," bidas Diana Akasuki.

          "Oh, really? I guess you never heard about hand soap." Begum tambah rencah perkelahian dengan gaya bercakap ala-ala Harry Potter, slanga British pekat yang penuh kepalsuan.

Diana Akasuki menjulingkan mata, malas melayan. Nanti meleret-leret Begum balas.

          "Begum, macam banyak je kita makan ni. Tak mahal ke?" Aku mula serba salah bila Begum buka durian seterusnya.

          "Don't hurt my pride, Ella. Kau kena belajar telan budi orang. Memang tradisi kitorang, siapa punya birthday, dia la kena bayar," jelas Begum, menyejukkan hati aku. Untung sungguh aku ni, betul-betul dapat durian runtuh!

          "Ella, kau bantai je selori pun, tak payah acah serba salah. Kau pun selalu bantai minum air kat peti ais kafe tanpa segan silu. Berapa banyak habis duit kau kat situ," sampuk Diana Akasuki.

          "Eh, bukan air dalam peti tu, free ke?" Tak faham aku dengan ayat Diana Akasuki. Lepas renovation, Iskandar beritahu aku boleh ambil air apa pun dari peti sejuk minuman di tepi kaunter. Percuma untuk pekerja kafe.

          "Gila nak bagi percuma. Banyak tu. Kena bayarlah. Siapa nak ambil kena bayar dulu."

Jawapan Begum buatkan aku tersedak durian. Jadi selama ni, aku je yang dapat air free tu? Iskandar faham aku susah nak terima pemberian dia, jadi dia... sediakan air dalam peti sejuk tu untuk aku?

          "Sebenarnya, Ella... kitorang bawak kau ni bukan free tau." Begum betulkan duduk dan bilas tangan di tepi pangkin. Aku dah berdebar bila Diana Akasuki buat benda yang sama. Aku mana bawa duit. Ada not hijau dua keping je dalam kocek. Itupun Begum tolak bila aku nak tambah duit minyak.

Mereka berdua dah tegak, pandang aku macam dalam mahkamah. Durian di mulut mula terasa berpasir.

          "Aku nak tanya ni..." Begum membuka bicara. Cuaknya aku!

          "Sejak bila kau bercinta dengan bos?"

Aku terbatuk tak ikhlas. Rasa tercekik dek isi durian yang lembut. Kononnya.

          "Mana ada kami bercinta." Aku menafikan sambil tersenyum. Dua-dua buat muka sarkastik, jelas tak percaya.

           "Tiba-tiba Is claim kau future wife dia. Tiba-tiba korang banyak berbual bersama kat kafe. Tiba-tiba aku dengar dia jumpa mak kau!"

          "Mana ada jumpa-jumpa mak. Dia makan malam je." Sekali lagi aku menafikan dakwaan Diana Akasuki.

2-0. Aku menang.

           "Then, kau pulak makan malam kat rumah mak dia aka jumpa mak dia." Begum menambah hujah.

           "Bukan saya seorang. Ada lagi tiga perempuan lain dan dua single, seorang tunang orang."

3-0. Satu lagi point untuk aku.

           "Tiba-tiba puan rajin datang kafe, siap bawak sarapan dan... korang makan bertiga depan semua pekerja! What the fucuk faku, Ella? Kau tak beritahu aku pun!" Diana Akasuki tambah hujah.

           "Dan Is tanya kalau aku boleh jadi pengapit dia!" Begum tambah rencah.

          "Tiba-tiba Is cakap kat Dashi, dia nak mulakan hidup dengan gaya hidup yang lebih sihat haktuihh!"

          "Is tanya aku, kalau kau suka makanan Korea yang aku bawa kau makan hari tu!"

           "Paling cringe, dia minta budak-budak waitress supaya jangan biar kau buat kerja sorang dan tak bagi diorang lepak kat meja belakang sebab kau selalu duduk situ!"

           "Dan suruh Dashi pastikan kau balik on time!"

Dah macam peluru, seorang cakap, seorang tambah. Bertubi-tubi sampai tak ada ruang aku nak menjawab. Aku rasa aku kalah. 0-10.

Tanpa sedar, aku mengeluh perlahan. Merenung kulit durian yang terdampar di tepi kulit rambutan. Aku boleh agak kenapa Fazley cari pasal dengan aku. Mungkin dia menyampah dengan cara Iskandar 'meletakkan tanda' aku bakal menjadi isterinya. Mungkin juga Iskandar buat macam tu sebab cemburu tengok aku bekerja dengan lelaki lain di sekeliling aku. Atau dia memang ambil berat terhadap aku.

"Kami... emm..." Otak aku ligat menyelongkar perkataan yang sesuai agar puas hati mereka berdua ni. "...dalam fasa kenal mengenali."

"Kau sendiri, kau sukakan Iskandar ke?" soal Begum, benar-benar mencekik aku, membuatkan aku terkebil-kebil menguis isi durian yang gebu. Memang sedikit sebanyak Iskandar berjaya mengusik kolam hati ni, ada waktu aku rasa blushing, berdebar dan rasa dihargai. Tapi...

"Kenapa? Ada sesuatu yang menghalang kau suka Is ke? Mak dia tak terima kau?" teka Begum, meneka-neka melihatkan reaksi aku yang pasif. Bukan sengaja aku membisu, aku cuma tak tahu nak jawab apa.

"Atau ada someone yang dah ambil hati kau? Crushing over him?" Diana Akasuki ambush aku.

BINGO!

Aku pandang Diana Akasuki yang merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Tekaannya tadi membuatkan aku terfikir, sukarnya Iskandar memenangi hati aku adalah mungkin kerana Dashi. Tapi, bukan ke aku dah move on?

"Eh, lewat dah ni! Kita kena balik sebelum malam. Aku dah janji dengan mak Ella!" Begum memecahkan sepi di antara kami. Habis kelam kabut jadinya.

Diana Akasuki berlari masuk ke rumah. Nak berus gigi katanya sebab bau durian yang kuat. Aku pula kutip semua kulit buah dan masukkan ke dalam bakul rotan.

"Kenyang?" soal Begum sambil tolong bersihkan pangkin dengan penyapu lidi.

          "Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat." Seloret senyuman aku hadiahkan.

          "Kau kena terima kasih kat Diana tu. Dia ambil berat pasal kau. Memang kasar sikit la tapi dah lama aku tak tengok dia macam tu sejak kes Dahlia jadi spy mak dia. Dia kecewa mungkin sebab diorang berkawan dari zaman study."

Oh, Begum pun tahu pasal ni rupanya.

          "Sedih lagi tak?"

          "Sedih?" Aku meluruskan pinggang yang terasa lenguh membongkok dari tadi.

          "Pagi tadi, waktu kitorang datang jumpa kau, muka kau sembab. Mata bengkak, merah-merah. Kau nangis, kan?"

Alamak, dia orang perasan ke? Aku pandang hujung kasut yang berpasir, mengenangkan kejadian semalam. Bukan sesuatu yang indah untuk diingati semula. Memang aku menangis sepanjang malam dalam stor.

          "Sebenarnya, kitorang nak gerak je bila kau cakap kau ada kerja. Malas nak kacau takut kau tak selesa tapi Diana berkeras nak ajak kau. Nak kau happy balik. Bayangkan, logik ke Diana yang acah VVIP tu nak duduk kopek kerang kat belakang kedai? Dia tu, pintu tandas pun mungkin ada orang bukakan. Tinggal takde orang nak tolong berakkan je."

          "Ya Allah, takde bandingan lain ke nak sebut!" Aku baling kulit rambut mengenai Begum. Mengekek ketawa dia. Kalau Diana Akasuki dengar ni, dia baling terus Begum dalam sungai Pahang tu.

          "Tapi aku serius ni, Ella. Diana sayang kau. Untung kau, tak macam aku, takde orang sayang." Begum menjuih bibir ke depan, buat-buat merajuk. Eee... lempang nak?

           "Haa, sengaja lama-lama kat dalam, kan? Cilok tak nak mengemas! Makan je tau dasar buntal!" sergah Begum bila bayang Diana Akasuki kelihatan. Memang Diana Akasuki nampak berisi sikit sejak masuk kerja semula.

           "Cari gaduh la kau! Dasar manggis!"

           "Manggis tu luar je hitam, dalam dia putih, manis. Dari kau, macam durian. Luar berduri, dalam busuk tengik! Dah tu, buat orang panas badan je."

           "Aku harap kau panjang umur nak hadap durian aku. Padan muka! Lepas ni korang food hunting kena bawa aku."

           "No no no. Perempuan menyusahkan! Renyah, renyih, renyut!" Begum terdiam bila terpandang aku. "Ella takpe. Ella okey."

          "Ah, kau! Ambil hati Ella sebab nak bodek Iskandar kan?"

          "Ah, diam kau, rambut mafia!"

Tak larat nak ketawa, aku abaikan je. Malas menyampuk sambil merakam mereka bertikam lidah kalah suami isteri. Menikmati setiap perbalahan mereka yang menjadi modal kebahagiaan aku hari ni. Begum tu banyak betul modal nak bahan Diana Akasuki. Kalau Begum masih single, aku dah suruh dia ngorat Diana Akasuki. Haha!

Selepas bergambar dengan tuan rumah, kami bergerak pulang. Sepanjang perjalanan, kami lebih banyak mendiamkan diri. Masing-masing dah penat.

Kami melewati khemah di tepi jalan yang menjual bantal kekabu asli. Macam-macam bentuk dan warna.

          "Kesiannya, angin kuat nak terbang khemah dia," ucap aku tanpa sedar. Tengok-tengok Begum dan buat u-turn dan berhentikan kereta di bahu jalan.

          "Asal berhenti?" Diana Akasuki yang hampir terlena jadi segar bugar. Sweater dizip hingga ke leher, hampir mencecah dagu.

          "Aku terfikir benda sama jugak tadi. Kesian jual-jual tepi jalan ni, belilah. Bantu orang tempatan," balas Begum sambil keluar dari kereta.

Sudahnya Begum hasut Diana Akasuki belanja kami bantal kecil sebagai kenangan trip ke Temerloh. Hadiah hari jadi katanya. Aku nampak sarung bantal berharga RM3.00 sehelai. Beli 4 helai RM10 sahaja. Terus la aku beli. Dua helai aku bagi kat Diana Akasuki, dua helai lagi untuk Begum. Hadiah hari jadi.

Begum dah video call dengan Kak Aisyah, tanya kalau tunang dia tu nak bantal juga. Sibuk la membelek-belek. Aku nampak tilam saiz single yang bergulung berbalut plastik. Ada 3 inci, 5 inci, 9 inci. Menarik.

          "Nak ke? Ambillah, aku belanja," ucap Begum yang muncul tiba-tiba dari belakang. Dia dengar aku tanya-tanya penjual ni kut.

          "Tak adalah. Survey je." Pantas aku menolak. Gila nak terima? Dah la aku enjoy trip ni tak bayar sesen pun.

          "Ella, aku dah cakap don't hurt my pride kan? Cepat ambik. Kita nak jalan dah ni."

           "Takpe. Saya tengok je." Aku menolak.

           "Bukannya beratus pun."

           "Jom balik."

           "Ella..."

Akhirnya penuh bonet Begum dengan tilam kekabu single saiz 5 inci. Tak terjangka betul rezeki Allah nak bagi. Aku sangkakan aku akan beli tilam sendiri atau paling tidak Izhar yang akan belanja. Tapi, Begum? Begum yang entah dari planet mana belikan aku tilam? Tak logik betul bila fikir ikut akal.

Aku peluk erat bantal kecil pemberian Diana Akasuki yang duduk di sebelah aku sebab segan nak tidur tepi Begum. Aci tak kalau aku cakap ini adalah hari paling bahagia dalam hidup aku?

          "Ella," panggil Begum sambil memandang aku melalui cermin pandang belakang ketika kami meluncur di lebuhraya. "Tengok tu, sunset." Begum menunjuk arah kiri dan bukakan tingkap. Diana Akasuki dah terlentok kat cermin kereta dengan sweater tebal dia.

Aku mendekati tingkap yang menderu angin senjanya. Melihat ke arah hujung langit yang berpagarkan bukit-bukit kecil. Bagaikan lukisan warna air, mewarnai langit yang dihiasi awan-awan halus. Putih, biru, jingga dan kehijauan. Warna berbeza, bernada keindahan.

Untuk hari ini dan seterusnya, terima kasih Allah.

"It is not the length of life.
It is the depth of life."

4400words
2607211020
#toolazytobesad


Notes : sebenarnya bukan cerita Ella ni nak diterbitkan atau di e-book-kan, tapi cerita lain. Mistik romance dan action romance yang hampir siap (dalam editing). Buku Ella ni saya simpan dalam Wattpad, semoga satu hari nanti 'seseorang' tu jumpa dan baca.

Cuma saya terfikir dalam masa sekarang, mana yang lebih menjadi pilihan.

Buku fizikal atau ebook?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro