TFD 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TENANG... Dan nyaman dirasakan ketika ini.

Bauan bunga yang menyerap masuk ke lubuk hati sungguhnya terasa tidak terkata. Mendiamkan diri seiring bersama kelopak mata yang terkatup, dia rapatkan wajah ke arah bunga tersebut. Sedikit demi sedikit, bibir mulai menggarit senyum.

Hmmm, aromanya semerbak menyentuh rongga. Sungguh asyik buat dirinya rasa bagaikan terbuai-buai dek alunan sang bunga yang semakin megah bercambah.

Dekat mana lagi dia boleh melihatnya di hadapan mata sendiri jika bukan saat ini? Justeru itu, dia takkan sia-siakan peluang yang satu ini.

Dah lama sangat berangan dan berkehendak. Tetapi tidak sangka pula waktu itu akan tiba sekarang ini.

Kalau dia ceritakan keberadaannya yang seronok di sini, mahunya 'seseorang' di rumah itu tersenyum gembira. Maklumlah, 'seseorang' itu selalu berdoa untuk dia agar dia dapat melihat apa yang dia benar-benar mahu.

Sesungguhnya, Tuhan sudah mengabulkan doanya yang satu itu. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Dan Dia juga yang mencipta keindahan tersebut.

Jujur, dia... Gembira. Sangat gembira.

"Man, are you crazy?"

Mendengarkan satu suara itu, automatik mata dia terus terbuka. Telinga sedikit terganggu dengan suara yang terpekik bagaikan tiada hari esok. Serta-merta dia alihkan pandangan ke kiri, kini menyaksikan adengan yang terhampar langsung di hadapan retina.

"Hey, come here and give back my dearest phone!" Suara seseorang kian menjerit kuat dari kejauhan. Riak wajahnya terpampang amarah kerana barangannya diambil orang.

Si dia masih kekal pandang.

Tidak dapat tidak, hati mula disapa rasa simpati terhadap lelaki tersebut. Sesaat kemudian, dia ambil pendekatan yang langsung tidak difikirkan lebih dalam. Langkah dibuka seluasnya untuk mengejar si 'lelaki putih' yang semakin laju ke hadapan.

"Sir, please stop now or else..." Nada suara si gadis sengaja dikuatkan. Lariannya sudah seiring dengan pergerakan si 'lelaki putih'.

"Wrap it up, you... Little lady!" Si 'lelaki putih' sempat memarahinya. Tak cukup dengan itu, dia sempat memberikan satu senyuman mengejek.

Cis, dia ingat perempuan ini lemah sangat ke? Kau tunggu mamat!

Gadis itu pasang sengih jahat. Melihatkan sesuatu yang ada di hadapannya, terus dia capai objek itu lalu dia mengetuk lutut si 'lelaki putih'. Padan muka dia, kan dah jatuh tersembam!

"Serves you right, man," ujar dia bersama tangan yang bercekak pinggang. Tidak sia-sia juga dia pakai kayu itu untuk menjatuhkan si lawan. Si lawan seperti biasa, belum berjuang dah melarikan diri. Nasib dia sempat capai telefon yang dicuri itu. Dasar pengecut!

Mangsa lelaki tadi yang kelihatan sedikit terpegun dengan aksi si gadis, terus menapak ke arah gadis tersebut. Automatik sebuah senyuman terkoyak dari bibirnya. Tak sangka si gadis berani lawan pencuri itu.

"From the bottom of my heart, thank you so much! I'm so grateful that you're just here." Mata lelaki itu menikam mata si gadis. Kali ini, dia terpanar tatkala anak mata mereka bersabung.

Sejujurnya, dia boleh kata gadis itu mempunyai mata yang berwarna coklat perang. Dua patah kata yang dia boleh susulkan, iaitu cantik dan indah.

"Nah, no worries! I'm happy to help people, especially for a man like you." Gadis itu sengih seketika. Terselinap rasa bangga di sudut hati. Yelah, perempuan mana saja yang kuat untuk menghadapi pencuri tersebut?

Dan dia pula... Berani sungguh lawan pencuri itu tanpa fikir antara baik dan buruk daripada tindakannya. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku.

"Lain kali... Jangan nak tunjuk hero sangat tau. Kita yang risau dibuatnya tengok dia buat macam tu. Apa-apa pun, nasib telefon ni masih okey lagi."

Dengar sahaja ayat tersebut, mata si gadis sedikit terbuntang. Biar benar lelaki ini boleh bercakap dalam Bahasa Melayu? Dia sedikit tersentak kerana pada awalnya, dia tak rasa muka lelaki itu macam muka Melayu tulen!

"Seriuslah boleh berbahasa Melayu? Aigo... Susah-susah aje aku berspeaking tadi." Tanpa sedar, si gadis berbicara sendiri. Dia gelengkan kepala berkali-kali.

Si lelaki yang dapat menangkap luahan perlahan si gadis, tidak dapat menahan tawa kecilnya dari terhambur.

"Ya, saya cakap dalam Bahasa Melayu, bukan bahasa alien," ujarnya sambil ketawa kecil. Selepas itu, dia keluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Barang tersebut dihulurkan kepada si gadis yang berdiri setentang dengannya.

"Apa ni?" Gadis itu menilik barangan yang diberikan oleh lelaki tersebut.

Sebuah plat logam yang berukir bentuk bunga. Dia terkedu. Bentuk bunga itu sungguhnya adalah bunga kegemarannya.

"Ambillah. Saya beri benda ini untuk awak. Simpan elok-elok sebab saya kena pergi. Andai ada jodoh... Kita pasti akan jumpa lagi!" Seusai berbicara, dia terus meninggalkan si gadis yang kekal menatap plat itu.

Lama dia tatap corak yang terukir. Tak sedar, tapak tangannya kini menggenggam kuat plat tersebut bersama nafas yang dihela perlahan.

Mengapa dia rasa bagaikan tertinggal sesuatu? Adilkah untuk dia katakan bahawa dia mahu bertemu semula dengan pemberi plat tersebut?

Belum sempat dia ingin berfikir lanjut, terasa bahunya ditarik dari belakang...

Kelopak mata Ardella terus terbuka luas. Terkedip-kedip matanya melihat siling di atas kepala. Sesaat kemudian, dia seperti merasakan sesuatu.

Tangannya terus naik ke pipi. Basah.

Macam mana... Boleh ada air mata? Mimpi apa yang mendatangi dirinya sehingga memberi kesan sebegini? Jujurnya, dia tidak mengingati apa yang telah berlaku sebenarnya.

Ardella bangkit dari baringannya lalu menyandarkan badan di kepala katil. Fikirannya tiba-tiba menerawang terhadap satu plat yang bentuknya dia sendiri tak pasti.

"It feels real. Kenapa..." Tetapi, bebola matanya sempat singgah pada genggaman tangan yang separa terbuka. Lama dia tatap tangannya sendiri.

"Stop trying to remember that dream, Ardella! Mimpi kan mainan perasaan aje..." Tersedar dengan tingkah lakunya yang pelik, Ardella ketuk kepala sendiri. Cepat-cepat dia bangkit dari katil dan melakukan lari setempat supaya otaknya lebih waras selepas ini.

Kalau boleh, Ardella tak mahu jadi gila dengan lebih awal. Lebih baik dia pergi bersihkan diri dari membuang masa fikirkan perkara yang tak penting itu!

SIARAN televisyen yang memaparkan rancangan Wanita Hari Ini itu ditatap dengan wajah penuh minat. Jelas tertera di skrin televisyen bahawa topik yang akan dikupas dan dibincang dengan lebih lanjut hari ini, lebih menarik dari hari yang sebelumnya. Dengan tajuk 'Masak Sendiri, Lebih Baik daripada Makan Di Luar.'

Topik hari ini mengundang senyuman lebar milik Ardella. Bila isu itu dikupas, jelaslah Ardella bahawa tidak semestinya makan di luar lebih baik daripada masak di rumah juga turut tidak ketinggalan dengan sebaliknya.

Pada pendapat sesetengah orang, mungkin memasak sendiri di rumah lebih sihat dan kesihatan diri terjamin, berbanding makan makanan di luar. Mungkin makanan di sesetengah restoran tidak dijaga dengan baik sebab ada makanan yang dibiarkan tidak bertutup sehingga lalat dan haiwan pencemar lain mendominasi lalu menyebabkan kotoran tersebar. Namun, tidak semua orang bersikap begitu. Ada juga yang bersungguh-sungguh menjaga kebersihan di gerai makan atau restoran mereka.

Tamat siaran langsung daripada cerita yang penuh dengan ilmu dan pengetahuan itu, telefon pintar Ardella menjerit nyaring. Malas-malas dia bangkit dari sofa, mencapai telefon yang terletak di belakang meja oleh sofa yang didudukinya tadi.

"Waalaikumsalam. Helo?" Suara halusnya menyapa gerangan manusia di hujung talian.

"Baik, saya datang sekarang." Sejurus sahaja talian terputus, Ardella melepaskan keluhan berat. Baru sahaja dia pergi bertemu dengan gadis itu semalam. Kata sepakat sudah pun dicapai bersama tetapi sekarang, Ardella rasa dunia seperti ingin berputar lagi.

Mana tidaknya, selepas berbincang dengan gadis yang dikenali sebagai Adara itu, Ardella rasa semuanya hampir selesai. Tinggal dia sahaja yang melakukan tugasnya. Tapi sekarang, ada sedikit ketidakpuasan yang bertamu di hati Ardella apabila dia dapat membayangkan ketegangan suara si gadis semasa mereka berbual lewat corong telefon.

"Kelat semacam muka kamu? Ada apa-apa yang berlaku ke?" Umi yang sedang mengemas meja, perasan akan perubahan wajah anaknya itu. Dia melangkah ke arah Ardella dan kemudiannya, ditarik tubuh gadis itu untuk melabuhkan duduk di sofa.

"Tak ada apa yang berlaku sangat pun, umi. Cuma itulah... Hal dengan customer ni memang tak pernah habis. Sekejap-sekejap, mesti ada benda yang mereka tak puas hati," jelas Ardella lalu merebahkan kepalanya pada riba umi.

Semerta kelopak matanya terkatup sendiri. Asyik berada dalam ribaan umi tak ubah seperti anak kecil yang kehausan kasih sayang. Tambah pula, usapan umi pada rambutnya membuatkan hati Ardella terbuai. Hilang rasa tertekan yang hadir tadi dek rasa kasih yang umi hadiahkan kepadanya.

"Settle elok-elok dengan orang macam tu, Dahlia. Kadang-kadang, ada benda yang Dahlia kena jelaskan supaya mereka faham. Dan mereka pun kenalah faham skop kerja Dahlia macam mana. Pesan umi, umi harap Dahlia tak mudah melatah. Bersabar selagi boleh, okey?"

"Okey, umi." Ardella bangkit dari ribaan umi seraya mengganggukkan kepala ibarat burung belatuk. Dengan umi, dia tak mampu untuk membangkang segala kata-kata itu. Bagi Ardella, apa yang umi titipkan kepadanya memang sangat bermakna dan berguna pada masa akan datang.

Beberapa minit bersiap, dia akhirnya menapak turun ke bawah. Pantulan wajahnya pada cermin di sebelah almari kaca ditilik sekilas. Mujur sahaja tudungnya terbentuk elok. Ardella tersengih sendiri. Membayangkan betapa indah hari-harinya jika tudung tak banyak buat kerenah!

"Berangan depan cermin lama-lama tak dapat apa, sayang. Pergilah... Nanti lama pulak pelanggan kamu menunggu tu. Nanti tak pasal-pasal dia beri rating rendah kerana kamu tak tepati masa." Sempat umi melayangkan gurauan. Setelah itu, dia mendorong lembut tubuh Ardella ke hadapan, mahu memastikan langkah si gadis disoroti oleh anak matanya sendiri ke luar pintu.

"Ya umi, memang Dahlia nak pergi dah ni. Kalau..."

"Kakak, Delisha nak ikut! Nak ikut kakak keluar!" Delisha terkocoh-kocoh menuruni satu demi satu anak tangga selepas mendengar suara umi yang mahu menghantar pemergian Ardella. Sampai di hadapan pintu, segera dia tarik hujung baju Ardella.

"Delisha duduk rumah dengan nenek aje, ya? Kakak ada urusan dekat luar. Kalau Delisha ikut, nanti Delisha ganggu kakak," celah umi.

"Tak nak! Delisha nak ikut kakak, nenek." Delisha tarik muncung sedepa. Huluran tangan umi tidak disambutnya, sebaliknya dia menyorokkan badan di belakang Ardella.

Ardella menatap sayu wajah Delisha. Dia memahami keadaan anak kecil itu. Pastinya Delisha berasa sunyi di rumah. Maklumlah, ibu Delisha sibuk bekerja di luar manakala ayahnya pula outstation. Bukan di Malaysia sebaliknya jauh ke luar negara. Tahun ini dah masuk tahun kedua Delisha tak punya ayah di sisi. Ardella pernah bertanya kepada kakaknya berkaitan suaminya itu. Tidakkah Darleena rasa sedih dengan pemergian suaminya?

Tapi kata kakaknya, dia rela dengan pemergian tersebut. Justeru itu, setiap hari mereka berbual di telefon. Kata Darleena juga, bukankah sekarang dunia berada di hujung jari?

Ardella setuju untuk itu. Tetapi, sedikit sebanyak dia rasa kasihan dengan Delisha. Delisha tak tahu apa-apa kerana dari dulu lagi, mindanya sudah menyerap ayat 'Delisha tak marah ayah pergi kerja'.

Simpatinya tumpah kepada si kecil itu. Jikalau begitu, tak mengapalah. Dia sudi menatang anak kecil ini seperti anaknya sendiri, monolog hati kecil Ardella.

"Tak apa, umi. Biar Dahlia bawa Delisha keluar sekali. Kesian pulak Delisha kalau dia rasa terkurung. Lepas habis jumpa customer, Dahlia boleh pergi jalan-jalan dengan Delisha."

"Yelah kalau itu kata kamu. Tapi Darleena mana? Sampai sekarang tak nampak bayang dia. Tadi dia kata nak balik makan tengah hari tapi tak muncul pun batang hidung?" tanya umi sambil melilaukan mata ke luar. Tapi sayangnya, kelibat Darleena masih belum kelihatan.

"Kakak tak mesej apa-apa pun. Umi jangan risau, Dahlia rasa kakak tengah sibuk buat kerja tu. Maklumlah, ada order baru. Jarang-jarang tau rezeki nak masuk macam ni..." Ardella menggosok lembut tangan umi.

Kadangkala, umi terlalu overprotective sampaikan pernah sekali umi tak benarkan Ardella keluar rumah. Padahal dia nak beli barang-barang dapur sahaja. Alahai, umi! Maklumlah, sejak ketiadaan ayah, hidup umi jadi kelam-kabut. Sibuk uruskan itu dan ini walhal usia pertengahan begini umi patut berehat sahaja.

"Eh, lama sangat berborak. Dahlia pergi dulu umi. Jom, Delisha!" Terlihat jam di dinding yang melewati angka dua, Ardella menyalami tangan umi lantas bergegas ke pintu dan menyarung kasut. Begitu juga dengan Delisha sudah terbongkok-bongkok di sisinya.

"Bye, nenek. Jumpa lagi!" Ceria suara Delisha menggamit pendengaran umi. Spontan, sebuah senyuman lebar terukir dari bibir nipis itu.

SEPERTI mana orang mengatakan bahawa kesabaran itu boleh menjadi senipis kulit bawang, seperti itulah senipisnya bibir Ardella mengukir senyuman terpaksa. Sungguh! Tiada niat pun dia ingin mengeluh dan berfikir buruk. Tapi, gadis di hadapannya ini seperti mencabar sedikit 'kewarasan' akal fikirannya bilamana dia kerap kali merengus dan menidakkan patah perkataan yang keluar dari bibir Ardella.

Langsung terlupa dengan pesanan umi yang menyuruh dia bersabar dan tenang. Entah mengapa, ketika ini emosinya tidak berapa stabil, menjadikan dia seperti mahu menelan Adara hidup-hidup aje!

"Sorry to say, Cik Adara. Tapi, apa yang cik cakap ada sedikit salah faham. Apa yang cik cakap tu bertentangan dengan syarat yang kita dah persetujui."

Adara mendengus geram. Matanya tajam membelah wajah Ardella yang masih belum menoktahkan pandangan kepadanya. Dengan tangan yang bersilang angkuh, dia kembali memyambung bicara.

"Bukan salah I, Cik Ardella. Kan I dah kata tadi, kalau you tak mampu hantar lukisan tu sebelum esok petang, tak apa... I pun mampu cari orang selain dari you."

"Tapi, sebelum ni..." Tidak sempat Ardella menyambung bicara, Adara memotong laju dengan intonasi suara yang sedikit tegas.

"Itu sebelum ini! We are talking about today, and now. You mesti tahu satu ayat ini, customer is always right. Betul tak Cik Ardella? Susah ke untuk you ikut apa yang I nak?" Adara menyudahkan bicaranya usai menyedut sedikit jus oren yang berbaki.

Ardella yang menayang wajah ketat di hadapannya ini langsung tidak dihiraukan. Sempat dia jeling budak kecil yang ada di sebelah gadis itu.

"Okey baik, I'll make sure benda tu siap pada masanya. Anyway, thank you and sorry for any inconvenience." Ardella menahan hati. Dia hanya mengukir senyuman manis walau hatinya sedikit tercalar dengan tingkah kurang beradab Adara. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya pada Delisha yang mendiamkan diri di sisinya.

Kelihatan anak kecil itu sedang asyik mengigit coklat. Mujur sahaja waktu ini Delisha tak buat perangai 'luar alam'. Secara tidak langsung, Delisha mudahkan kerjanya yang satu itu.

Ardella kini menghamparkan mata ke wajah Adara yang tercalit dengan mekap yang setebal alam itu. Mujur tangannya tidak terlepas untuk menampar pelanggannya. Nasib baik kafe ini tidak berjerebu!

Buat masa ini, Ardella malas mahu bertekak walaupun dia tahu Adara telah melanggar syarat-syarat yang pernah disertakan sebelum ini. Untuk Adara, dia lupakan sahaja semua itu kerana selepas ini tangannya perlu lincah memainkan peranan. Adara juga merupakan salah seorang pelanggan tetapnya kerana sebelum ini gadis itu sering menempah pelbagai jenis lukisan dengannya. Dalam masa yang sama, dia tak mahu menghampakan Adara.

Tenang, wahai Ardella Dahlia. Semuanya akan okey dan tak semua perkara itu sukar. Anggaplah ini satu ujian untuk dia memajukan diri lebih ke hadapan. Selesai berbincang dengan Adara, masing-masing mempamit dan sempat Ardella dengar Adara mengutuk sesuatu. Dan dia yakin Adara maksudkan tentang dirinya.

Hesy, sabar ajelah!

PANDANGAN yang dilemparkan nun ke hadapan hanya terlihat kosong. Ibarat menyelak sehelai kertas lama yang sepi tanpa sebarang calitan dakwat. Sungguh. Kocakan air dari tasik tersebut tetap tidak mampu menenangkan hatinya yang serasa panas mahu terbakar. Ya Tuhan, tolonglah. Kenapa hari ini dia tak menjadi seperti diri sendiri?

Kenapa masih terselit sisa amarah yang masih belum lesap dari segenap relung hati? Dia cuba katup mata serapatnya dan menarik nafas dalam-dalam. Hanya ini saja cara yang boleh dipraktikkan bagi menghalau rasa ini.

Sekali lagi, dia melarikan bebola mata ke arah tasik yang tenang. Kali ini, dia boleh menangkap gelombang air yang terbentuk. Lama matanya dilabuhkan ke situ.

Masih berbekas rasa geram dalam hati terhadap Adara sebenarnya. Ardella tak berapa berkenan dengan tingkah gadis itu yang dirasakan terlalu moden dan biadap. Dia ingat satu hari itu senang ke nak siapkan semuanya?

"Siapa cakap customer is always right? Eeee, always right apanya kalau perangai macam tu? Tak memahami langsung." Akibat geram, maka terlepaslah ungkapan itu dari bibirnya. Ingat 'molek' sangat ke perangai Adara tu?

Sambil Ardella cuba sabarkan hati, sambil itu juga jari-jemarinya lincah memainkan peranan. Masa yang pantas bergerak sedaya-upaya dia isi supaya kerja yang satu ini dapat disiapkan. Selama ini, dia rasa Adara tu okey aje. Tak sangka hari ini perangai dia cerewet pula.

Kalau boleh, dia tak mahulah lambat buat kerja. Lagipun, dia bersabar dengan Adara sebab Adara tu kawan kakak dia. Dia tak mahulah reputasi dia jatuh teruk. Bukan dia tidak tahu macam mana terkenalnya gadis itu. Tidak kurang berpengaruh juga.

Selesai dengan lukisan tersebut, Ardella ukirkan satu senyuman kepuasan. Dia mengemas segala kelengkapan seninya lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg. Sebenarnya dia boleh aje buat kerja di rumah. Tetapi masa itu dia rasa sedikit tertekan, sebab itulah Ardella angkut barang-barang seninya pergi ke Taman Desa.

Entahlah! Dia sangat suka menghabiskan masa di taman ini. Ada rumput yang menghijau, pemandangan yang asyik untuk diterokai... Siapa sahaja yang tidak suka berada di sini?

Sepatutnya tadi dia merancang untuk mengajak Ufaira datang sekali namun tidak jadi pula kerana Ufaira sibuk dengan sesuatu urusan. Yang Ardella tahu, Ufaira cakap dia ada masalah berkenaan hal keluarganya.

Tak apalah, bukan dia tak biasa seorang diri pun!

Nyaman sekali menyerup udara segar di sini kerana kawasan di sini sangat terjamin kebersihannya! Sesungguhnya Ardella merasa sangat bertuah sebab jarang sekali dia jumpa taman sebersih ini. Boleh dikatakan untuk nampak satu plastik sampah pun sangat susah ya!

Sememangnya, pihak pengurusan Taman Desa memang buat kerja dengan tip-top! Mereka sudah meletakkan syarat supaya pengunjung mematuhi peraturan di kawasan taman yang jauh dari sumber pencemaran ini. Jika tidak silap Ardella, sesiapa yang membuang sampah atau kotoran dengan merata-rata, memang mendapatlah jawabnya!

Mendapat apa?

Oh, golongan ini pastinya akan mendapat pakej teguran 'istimewa' dari pihak atasan dan yang paling penting, diwajibkan untuk membayar denda! Kiranya bayaran itu mewakili bilangan sampah yang dibuang oleh seseorang. Ini merupakan salah satu sebab mengapa pengunjung takut untuk melakukan kesalahan sedemikian.

Jika ditelusuri secara lebih mendalam, eloklah demi kebaikan bersama. Lagipun bukan susah untuk menjaga alam, kan? Cukup manusia bersikap disiplin dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

Ketika Ardella melewati kawasan ke arah laluan rumah kecil yang misteri itu, sengaja diperlahankan langkahnya. Seketika kemudian, mindanya kembali mengingati kata-kata lelaki pertengahan usia itu.

Katanya, kawasan itu merupakan kawasan larangan. Tetapi mengapa, ya? Apa yang istimewa dengan rumah itu?

Ataukah di rumah itu ada simpanan harta kecurian? Ataupun hasil rompakan dari bank? Sempat Ardella membuat serkap dan setelah itu, dia ketawa menyeringai.

"Impossible sangat otak aku kalau berfikir. Hmmm, rumah kecil ni kemungkinan ada sejarah yang tersendiri atau... ni sebenarnya rumah hantu?" getus Ardella masih tidak berpuas hati. Mengenangkan jika rumah itu adalah rumah hantu, fuh!

Boleh buat merinding bulu romanya.

Ardella melupakan hasrat untuk menelusuri rumah kecil itu. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko secara bersendirian. Lebih baik jika dia buat hal sendiri dan menganggap rumah itu tidak wujud sahaja.

Dia kini meneruskan langkahan kakinya keluar daripada pagar utama Taman Desa. Kepalanya dipaling ke sekeliling, mencari tempat dia memarkirkan kereta. Ketika itu juga, teringat pula keretanya diparkir jauh dari sini. Aduh bala betul!

Petang pula berura-ura mahu melabuhkan tirai senjanya, meninggalkan Ardella keseorangan membawa kanvas dan alatan-alatan yang penuh di tangan kiri dan kanan. Dalam pada itu, hatinya tidak habis-habis meluahkan kekesalan.

Tak mahu hadap jammed punya pasal, dia sanggup park jauh punya kut! Akhirnya terpaksalah berjalan jauh seperti ini.

Tipulah jika Ardella kata dia tak takut. Berjalan seorang diri bermakna dia juga harus bersedia bagi menghadapi sebarang ancaman. Dia pernah dengar tentang kes di mana seorang wanita diculik dan dijadikan tahanan oleh si penculik. Yang selanjutnya, dia tak tahu.

Tetapi apapun, nauzubillahiminzalik! (Kami berlindung kepada Allah SWT daripada perkara-perkara buruk yang menimpa kami.)

Krekk!

Ardella tersentak mendengar bunyi tersebut. Dengan dada yang berdebar dia cuba memusingkan badan ke belakang dan satu saat, bebola matanya membulat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro