41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEBULAN sudah berlalu..

Hubungan aku dengan Adam semakin erat bagai teman tapi mesra. Hahahahahha. Ngeh. Dah couple dah pun.

Tiada siapa tahu tentang hubungan aku dan Adam kecuali geng aku. Bukan tak nak bagitahu cuma nanti heboh. Meletop sekolah ni kang!

Lagipun aku nak fokus dekat pelajaran kerana tahun ni aku ada peperiksaan besar. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aku tahu hubungan aku dengan Adam ni akan diketahui orang ramai juga kerana apa? Kerana rahsia tak akan selamanya jadi rahsia. Dan aku sudah bersedia menerima pelbagai kutukan dan pendapat. Ehek! Asalkan aku ada Adam.

Makin miang kan aku? Biasalah, dah falling in love dengan mamat kepo yang aku benci dulu.

"Ohh makkk kau kepoo!!!",melatah aku saat pinggang aku dicuit.

Allah.

Terkejut.

Kedengaran ilaian tawa.

"HAHAHAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAH",Aisyah ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya.

Aku mencerlung tajam.

"Kalau aku mati terkejut macam mana?!",marah aku.

"Macam tu lah. Balut pakai kain kafan, masuk kubur, baca talkin and doneeee!!",jawab Aisyah lalu berlari satu kelas saat aku berdiri ingin mengejarnya.

"Aisyahhhhh!!!",aku berlari mengejar Aisyah yang sudah ketawa terkekek itu.

Aisyah menyorok belakang Harriz yang sedang ralit berbual dengan Geng Putera.

"Uihh pahal ni?",soal Harriz apabila Aisyah menyorok belakangnya.

"Hahahaa tolong.. halang Iman hahaahhaah",kata Aisyah dalam tawanya.

"Kau blah Harriz, minah ni kena luku!!",aku menerpa ke belakang Harriz.

"Wooo wooo chill. Lekk cer habaq apa jadi?",Harriz masih menghalang Iman.

"Harriz, move!",arah aku tegas.

"No!"

"Move!"

"No!"

"Move!!!"

"Er.."

"Kenapa ni Iman?",suara yang amat aku kenal. Aku terus berhenti pergerakan aku.

Adam.

"Ha?"

"Apa jadi ni?",Adam mendekati aku.

"Niii Harriz halang aku nak dapatkan Aisyah. Adam suruh dia pergi lahhh",adu aku.

"Adam, tolong aku! Halang dia dari tangkap aku!",ujar Aisyah masih berdiri di belakang Harriz.

Aku menjeling tajam.

"Dah lah Iman. Come here!",arah Adam.

Aku terus berjalan ke tenpat duduk aku dan duduk. Merajuk? Mestilah tak derrr.

Cikgu pula tak datang hari ni. Memang kelas riuh lah jawabnya.

"Kau buat apa kat Iman?",soal Harriz pada Aisyah.

Aisyah sengih.

"Aku saja cuit pinggang dia pastu dia terkejut. Tak tahu pula dia moody sikit!",jawab Aisyah lalu senyum.

"Haih, macam-macam. Dahlah, sampai bila kau nak duduk dengan aku ni?",ujar Harriz.

Aisyah tersedar lalu kelam kabut pergi ke arah Izzah.

Adam tersenyum melihat Iman duduk di tempatnya kembali. Takkanlah merajuk kut? Sejak couple ni, Iman dah tak lawan dia. Iman dengar cakap dia. Tak gaduh atau fight walaupun benda kecil.

Rindu nak gaduh dengan Iman.

Adam keluar dari kelas 5 Mawar tanpa tegur Iman.

Iman hanya senyap sambil membaca bukunya dan buat sedikit latihan.

* * *

KATIL yang terletak elok di asrama milik aku menjadi alas tempat aku baring. Penat. Baru balik dari prep.

Otak dah tepu. Tudung disidai di hujung katil.

"Yooo Iman!!"

"Eh yo yo!!",latah aku bila disergah begitu.

Intan ketawa.

"Haish kau ni. Nak apa?",soal aku sambil baring.

"Takde apa. Saja.",jawab Intan lalu baring di katilnya yang terletak di sebelah aku.

Sunyi antara kami.

"Kau dengan Adam gaduh ke?",soal Intan setelah beberapa minit berdiam diri.

Bunyi kipas kedengaran. Pendingin hawa tidak dibuka.

Gaduh ke aku dengan Adam? Bila masa aku dengan dia gaduh? Siapa pula buat cerita ni?

"Bila masa pula aku gaduh dengan dia?",soalan dibalas dengan soalan. Ha kau rasa?

"Aku tengok kau dengan dia tak bertegur sapa pun dua hari ni. Bila berjumpa dengan geng, tak borak pula tu. Takde gula tumpah bersepah..",ujar Intan.

Aku senyap.

Ada eh?

Oh ok, memang aku dengan Adam dah tak bertegur sapa. Aku sibuk dengan belajar. Adam? Entah dia tak tegur aku pun. Jadi, aku diam jelah.

"Entahlah weh. Aku sibuk dengan belajar. Mana aku perasan. Lagipun, Adam pun tak tegur aku. Aku manalah perasan..",balas aku.

"Aduhai kau ni Iman! Cuba jangan fokus sangat kat buku tu! Kau ni, dah ada boyfriend tapi layan dia macam bukan boyfriend!",marah Intan.

"Eh eh, yang kau marah pula kenapa?"

"Memang patut Intan marah! Kau tu tak layan Adam kenapa? At least tegurlah dia. Ni dah dua hari tak bertegur..",marah Wani yang entah dari lubang mana dia datang.

Ehhhh? Aku pula?

"Eh eh kau ni. Sepuk kang!",Iman menjegil mata ke arah Wani.

Tak sempat Intan dan Wani membalas kata-kata Iman, pintu dorm mereka diketuk dari luar.

Dah kenapa tak buka? Masuk jelah lahai.

Baru sahaja Wani melangkah ke arah pintu tiba-tiba pintu itu dikuak dari luar dengan ganas.

Sipi-sipi saja lagi nak kena batang hidung Wani. Membulat mata Wani kerana terkejut. Hahaha.

"Hey girls!",ucap Zara. Ilya di belakang Zara hanya senyum.

Apahal?

Wani yang berura-ura mahu memaki hamun namun pantas Intan menghalang.

"Kau nak apa masuk dorm ni?",soal Intan mendatar.

"Well, saja nak datang. Salah ke?"

"Tak salah. Tapi semaknya ya ampunnnn! Lagipun bukan dorm kau kat bawah ke? Blah arh!",balas Wani sambil menjeling tajam.

"Hey Wani.. tak perlu nak marah-marah aku. Aku tahulah dorm aku kat bawah",tutur Zara.

Zara dan Ilya sudah berada di dalam dorm tempat Geng Puteri menginap.

Tak lama kemudian, Aisyah, Ain dan Izzah masuk ke dorm mereka dengan wajah tertanya-tanya.

"Eh Zara, kau sesat ke? Tiba-tiba masuk sini. Waze kau betul ke tak?",soal Aisyah. Zara hanya menjeling.

"Aku datang sini cuma nak cakap something.."

"Cakap jelah ngek, kau nak apa? Aku tak ada masa nak layan drama 4 petang ni. Buang masa aku lah!",balas Iman yang senyap dari tadi.

"Aku nak cakap kat Wani dengan Iman",ujar Zara.

"Nak cakap.. nak cakap.. Cakap apa gila? Aku malas layan perempuan gila. Aku ada banyak kerja nak buat nii",tengking Izzah. Terserlah kegarangannya disitu.

"Wani, aku cuma nak kau jauhi Aiman. Senang kan? Putuskan hubungan korang. And kau Iman, jauhi Adam.. kau tak layak untuk Adam. Hanya Amylea sahaja yang layak!",ujar Zara. Ilya disisinha hanya tersenyum sinis.

Sunyi.

Dorm itu sunyi.

Wani menahan amarahnya. Penumbuknya digenggam kemas. Wani berzikir dalam hati. Ni drama petang betul.

Kesunyian itu dipecahkan dengan tepukan tangan dari Iman. Semua mata disitu memandang Iman dengan tanda tanya.

Pap! Pap! Pap!

"Wow! Daebak! Kau datang sini cuma nak cakap tu jer? Hahahahah gosh why so funny tho? Kau siapa nak halang aku dan Wani dari dekat dengan Aiman dan Adam? Kau mak dia? Ke nenek dia? Ehh silap.. kau ahli sihir? A witch? Hahahahahaha. Well Zara, kau lupakan jelah eh permintaan kau tu. Lupakan.",ujar Iman lalu senyum sinis.

"What?!"

"Kadang kan Zara.. aku kesian tengok kau dengan Amylea. Kesian sangat-sangat. Nak tahu kenapa?? Nak tahu??",Iman menjongketkan keningnya berkali-kali.

"..sebab terserlah yang kau desperate sangat nak dengan Aiman dan Amylea pula nak dengan Adam. Macam.. apa tu eh.. erm.. psiko? Terkejar-kejar nak dapatkan lelaki yang korang idamkan. But, makin lama dikejar makin jauh pula si Aiman dan Adam berlari. Nak tahu lari ke mana?",sambung Iman.

Semua tekun mendengar kata-kata Iman dan menanti ayat Iman seterusnya.

"Well, diorang lari ke arah kitaorang. Diorang lari sebab ada witch kejar diorang. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA",Iman gelak besar lepas menuturkan kata-katanya tadi.

Geng Puteri yang lain menahan tawanya. Mana lah tak lawak, masa serius ni juga Iman buat lawak dia.

Muka Zara seperti udang dipanggang atas api.

"Marah? Kena merah muka tu? Nak cendol?",usik Ain. Yang lain galak ketawa.

"Kau salah orang lah Zara nak ajak join game kau. Kitaorang bukan macam orang lain okey. Aduhaiii",tutur Wani sinis.

"Whatever is, aku akan pastikan hubungan korang dengan Adam dan Aiman akan semakin renggang or kesemua geng Adam tu..",Zara senyum senget.

"Really Zara? Takutnya aku weh. Kau tahu apa itu persahabatan tak?",soal Iman.

Okey, siap sedia dengar ceramah percuma dari Raudhah Iman.

"Persahabatan dalam bahasa Arab ialah ukhuwah. Persahabatan ini terjalin kerana sahabat sering memerlukan satu sama lain untuk tempuhi ujian yang akan datang. Sahabat akan sentiasa ada di kala kita senang dan susah. Aku dengan yang lain dah banyak hadap ujian.. pernahlah kitaorang salah faham tapi biasalah hubungan persahabatan tak akan sentiasa tenang pasti akan ada ombak besar menghempas..."

"...So aku nak cakap kat sini, kau buatlah apapun untuk renggang persahabatan kitaorang, tapi kau kena ingat.. tali persahabatan ini lebih kuat dari mana-mana hubungan di luar sana. Dan aku sendiri yang akan pastikan persahabatan aku sering utuh dan kuat. Kitaorang tak lemah, Zara. Sorang jatuh, semua akan jatuh. Sorang tersungkur, pasti semua akan menghulurkan tangan untuk membantu. Itulah persahabatan, Zara..",ujar Iman.

Geng Puteri yang lain sudah terharu. Aisyah dan Intan sudah mengalirkan air mata.

Zara dan Ilya hanya kaku apabila diberi ceramah.

"Aku rasa kau dan Ilya dan boleh keluar dari dorm ni sebab dorm ni tak layak untuk kau jejak. Tolong keluar! Dan sebelum keluar tu tolong tutup pintu kembali. Terima kasih..",ucap Iman lembut.

Zara menarik tangan Ilya untuk keluar dari dorm itu. Terasa panas semakin berbahang. Panas!

"Aku akan pastikan korang tetap akan jatuh!",ucap Zara lalu menjeling tajam.

"Dan aku berdoa pada Allah agar hubungan persahabatan aku sentiasa kekal utuh dan semoga kau dengan Ilya dapat merasai sebuah persahabatan..",lembut Iman berbicara.

Zara memghempas pintu dorm itu dengan kuat. Pintu itu dikatup rapat sekali.

Aku pandang kawan-kawan aku.

Erk?

Apasal semua dah basah ni? Nasib tak banjir dorm ni. Gila ar!

"Ko..korang pahal?",tanya aku perlahan.

"Huwaaaaaa Iman.. aku terharu wehh dengan ayat kauuu!!",Aisyah meluru ke arah Iman lalu memeluk batang tubuh Iman.

"Iman..",bibir Izzah sudah tercebik. Bila-bila masa akan meraung.

"Weh aku sayang kau..",ucap Ain lalu memeluk Iman serta Aisyah.

Aku senyum.

"Friend's hug?!", aku mendepakan tangan.

Dan yeahhh, pelukkan sebuah persahabatan.

"Janji dengan aku yang korang takkan tinggalkan aku? Kita harungi semuanya bersama-sama?",kata Aisyah.

"Janji!!",serentak Geng Puteri membalas.







































Haaa geng? Amacam raya tahun ni?

Chap ni nak fokus pada persahabatan.
Okey tak?

Hahaha kesah apa okey ke tak, ni author punya cerita! Ehekk! 😂😂😂😂




















































TBC..



















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro