42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2 BULAN KEMUDIAN...

Sejak kena ceramah kawkaw dengan Intan dan Wani dalam asrama 2 bulan lepas. Iman sering menceriakan hari-hari Adam. Ceh!

Sampai pelajar Permata Highschool dipenuhi dengan tanda tanya. Apa hubungan Iman dan Adam? Junior Permata Highschool turut memandang dua seniornya yang kadangkala bermesra dan gaduh kecil.

Amylea yang dengar desas desus pelajar di sekolah itu yang menceritakan hal Adam dan Iman menahan amarahnya. Dia pernah terlihat Adam cuit pinggang Iman dan bergurau dengan Iman di pondok bersama Geng Putera dan Puteri. Cemburunya semakin menggunung, bencinya terhadap Iman semakin menebal. Tebal sangat!

Iman yang sedang memeluk beberapa buah buku menuju ke perpustakaan sekolahnya. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam perpustakaan namun ada satu susuk tubuh merempuh dia dari belakang dan buat dia jatuh tersungkur sehingga separuh badannya ke dalam perpustakaan.

Perpustakaan yang memang sunyi kerana waktu rehat kebanyakan pelajar meluangkan masa rehatnya di kantin dan dewan terbuka (foyer).

Tiada pengawas pusat sumber ketika itu. Senang cakap lah, tiada siapa di dalam perpustakaan itu, di luar perpustakaan itu juga. Sunyi beb sunyi!

Aku mengaduh sakit apabila terasa kaki aku terseliuh. Aduhh!

Aku kuatkan diri untuk berdiri dan mengutip buku-buku yang telah jatuh bertaburan di atas lantai.

"Cantik kau landing atas lantai!"tutur seseorang. Suara itu..suara itu.. dia amat kenal.

Cer teka siapa?

Yes.

Amylea Natasha Rian.

Iman hanya menjeling tajam. Dia memang tak ada mood nak layan sesiapa sekarang ni sebab dia tersangatlah sibuk nak siapkan kerja khusus dan kerja rumah yang cikgu beri.

Iman meneruskan langkahnya masuk ke dalam perpustakaan tanpa mengendahkan panggilan Amylea.

Amylea merengus dan mengejar Iman dan sekali lagi dia menolak Iman dan Iman tidak dapat mengawal badannya lalu jatuh.

Sekali lagi.

Amarahnya semakin memuncak. Baran yang dia cuba simpan mahu sahaja ditunjukkan.

"Apa masalah kau?! Hah?!!",tengking aku. Bergema jugalah perpustakaan tu.

"Masalah aku ialah kau!",balas Amylea.

Aku menaikkan kening aku.

"Aku tak kacau kau pun kan? Kau yang tiba-tiba tolak aku!",balas Iman.

"Kau ni tak tahu ke atau buat-buat tak tahu?",marah Amylea.

"Apa bendanya sial?!",carut Iman. Emosinya memang tidak stabil.

"Jauhkan diri kau dari Adam. Faham?!",arah Amylea lalu menjegil mata pada Iman.

"Erghh suka hati aku lah nak rapat ke nak jauh ke dari Adam. Kau siapa nak halang aku? Anjing!",suara Iman naik dua oktaf lalu memeluk buku dan keluar dari perpustakaan. Mood belajar hilang. Stres.

Iman keluar terburu-buru dengan keadaan marah tanpa lihat kiri dan kanan, badannya terlanggar seseorang.

Haish! Apalah nasib asyik kena langgar?! Nasib kali ni tak jatuh sebab... sebab ada orang sambut tubuh dia??!

Iman pantas berdiri dengan betul. Mata Iman tertancap pada manusia yang berada di hadapannya. Siapa pula lelaki ni?

"Err maaf!",ucap Iman lalu ingin berlalu pergi.

"Kejap"

Iman berhenti melangkah.

"Ya?"

Lelaki itu menghampiri Iman.

"Shah",lelaki itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

Aku hanya memandang tangannya sepi. Pahal nak salam aku? Tak kenal halal dan haram ke ayun?

"So?"

"Saja nak berkenalan"

"Aku tak ada masa nak kenal-kenal dengan sesiapa sekarang. Aku busy!",ujar Iman lalu membuka langkah.

Iman pantas mempercepatkan langkahnya menuju ke kantin.

Shah melihat Iman semakin jauh darinya.

"Sombong kau eh? Tak pernah ada perempuan yang sombong dengan aku. You're so interesting! I will make sure that you will be mine. Only mine!",kata Shah perlahan. Bibirnya yang merah terukir senyum nipis.

* * *

BUKU dihempas atas meja kantin.

Aisyah yang sedang makan kuey teow goreng tercekik.

"Uhukk!!!!"

Ain pantas menghulurkan air kepada Aisyah. Setelah lega minum air semua Geng Puteri pandang Iman dengan penuh tanda tanya.

Iman menayangkan wajahnya yang bengis, muka yang merah menyala. Fikirannya betul-betul serabut. Otak rasa nak pecah!

"Kau kenapa Iman?",soal Izzah.

Iman masih diam. Jari jemarinya diramas untuk buang rasa amarah dalam dirinya. Dia cuba untuk bertenang. Air milo ais Intan diambil dan disedut.

Intan hanya diam sebab dah biasa dengan perangai Iman. Chill lah, dengan kawan kan?

Iman meletakkan kepalanya di atas meja, tangan kanannya digenggam menjadi penumbuk dan menumbuk meja berkali-kali.

"Weh pahal ni?",tanya Ain.

"Perempuan tu lah! Sial betul!",carut Iman.

"Ya Allah, jangan mencarut Iman!",tegur Aisyah.

"Macam mana aku tak mencarut kalau dia.. dia...",Iman tak mampu nak meneruskan kata-katanya.

Hatinya benar-benar sakit.

"Dia buat apa kat kau? Dan kenapa kau kat sini? Bukan ke kau nak siapkan kerja kat perpustakaan?",soal Wani bertubi-tubi.

"Haih! Tak jadi. Betina tu kacau aku kat sana!",Iman merengus.

"Dia buat apa?",soal Aisyah pula.

"Dia tolak aku wehhh!!! Bukan sekali tapi dua kali. Dan dua kali juga aku jatuh!",marah Iman. Suaranya juga semakin kuat.

"Aku tak kacau dia pun. Apa masalah dia hah?! Dah lah aku tengah serabut tahu tak?! Serabut! Pastu ada pula mamat langgar aku masa aku keluar dari perpustakaan tu! Masa aku tengah panas lah mamat tu nak kenal-kenal dengan aku bagai. Kirim salam babun arr!!",bengang Iman. Memikirkan mamat yang tiba-tiba nak salam dengan dia lah nak kenal lah bagai membuatkan kepalanya makin sakit. Apa jenis manusialah yang dia jumpa ni.

"Sabar weh. Dah minum air aku ni. Sejukkan diri kau tu..",pujuk Intan sambil menghulurkan airnya.

Iman minum dengan rakus.

"Melampau minah tu. Dari tahun lepas tak habis-habis nak ganggu kau! Memang layak kena carut dengan kau pun!",ujar Ain.

"Kan? Pastu tolak-tolak kawan kita ni. Bangang ke apa? Nak aku tolak dia dari atad bangunan? Biar mati pecah kat bawah",balas Izzah.

"Tapi kan, siapa mamat yang kau cakap tu, Iman?",soal Wani.

Satu meja memandang Iman.

"Mana aku tahu. Aku tak kenal. Entah bangla mana nak kenal dengan aku pastu siap hulur tangan nak salam dengan aku. Adab kat mana?!",jawab aku.

"Eyyyy apa siot mamat tu. Tak kenal nak hulur salam bagai. Eeeee",kata Aisyah sambil buat mimik mukanya.

Sikit-sikit hati aku mula sejuk. Tenang. Dada aku yang berombak mula beransur tenang. Amarah aku mula reda.

"Hey sweetheart!",tegur Adam dengan senyuman manis.

Aku hanya balas senyumannya dengan senyum nipis.

"Kenapa ni?",soal Adam prihatin.

"Tak ada apa",jawab aku perlahan.

"Geng Puteri! Tell me what's going on?",soal Adam pada Geng Puteri.

Erk? Semua gelabah. Hahahahaha.

"Erm.. arrr..aaaapa.. eh?",gagap Wani.

"Hah! Kenapa?",sergah Aiman.

Geng Putera mula berkumpul di meja makan Geng Puteri.

"Uihh mak kau kenapa??!",melatah Aisyah.

Yang lain ketawa kecil kecuali Iman.

"Haih.. siapa kacau adik aku ni?",tanya Aizat.

"Amylea",jawab Ain tanpa nada lalu minum air tehnya.

"Dia buat apa?",soal Harriz mendatar.

Geng Puteri saling pandang satu sama lain. Iman hanya senyap sambil meramas jari jemarinya.

Intan menjawab persoalan yang sedang bermain di kepala Geng Putera. Menceritakan apa yang terjadi pada Iman dari awal sampailah pada akhir. Tiada satu habuk pun dia tinggalkan sebab ini ialah persahabatan. Tiada rahsia antara mereka. Semua perkara yang berlaku pasti mengharunginya bersama-sama.

"Apa masalah minah tu?",marah Iwan.

"Entahlah",jawab Izzah.

"Tak puas lagi ke kereta kena calar teruk dulu?",kata Irfan.

Semua disitu sengih. Sakailah Irfan ni, pergi ingatkan kenangan manis tu balik.

"Bodohlah kau! Hahahahaha apasal kau pergi kenangkan balik kenangan manis minah tu?",ujar Harriz sambil luku kepala Irfan.

"Saja nak buat kelako. Bagi mu semua ketawo!",jawab Irfan lalu ketawa.

Ngeh ngeh lah semua ni.

"Dah lah Iman, tak payah fikir pasal minah tu lagi.."

"Haa betul apa yang Aizat cakap tu",balas Ain.

"Kau okey tak ni?",soal Adam.

"Hmm",jawab Iman.

"Ada luka tak?",tanya Aiman prihatin. Semua memandang tepat ke arah Iman.

"Entahlah. Aku tak check. Tapi sakit jugalah kaki aku ni bila jatuh. Rasa macam terseliuh tapi sebab aku marah sangat tadi, aku tak rasa apa-apa pun sekarang baru rasa",jawab Iman apabila kakinya terasa sakit tiba-tiba.

"Pergilah masuk bilik kesihatan",jata Adam.

"Sikit jer ni. Dah lah, jom lagi 5 minit nak habis rehat dah..",tutur Iman lalu bersiap sedia untuk berdiri.

Geng Putera dan Putera turut berdiri.

Adam berjalan seiring dengan Iman.

"Aku akan sentiasa jaga kau macam permata",bisik Adam di telinga Iman.

Iman terkedu.

Jangan blushing weh.

"Thank you!",balas Iman lalu senyum manis dipamerkan di wajah putihnya.

Geng Putera dan Puteri berjalan masuk ke kelas mereka masing-masing.




































TBC..

"Jangan lupa vote, geng readers"-Adam.

"Kalau vote banyak-banyak.. nanti di pada chap yang akan datang yang entah bila chap punya, aku akan suruh author buat lori gula terbalik. Ehek ehek!"-Iman.

"Jangan lupa part aku juga!"-Aiman

"Blah blah!!"-Author.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro