70

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini hari kelima Geng Putera dan Puteri bercuti di Pulau Perhentian dan hari ini juga merupakan hari terakhir mereka. Esok pagi mereka akan pulang ke Selangor.

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Iman berjalan sendiri di tepi pantai. Ombak menghempas pantai menenangkan dirinya. Angin pantai menampar lembut pipinya. Tudung bawalnya ditiup angin.

Iman mengambil tempat lalu duduk di atas pasir beralaskan seliparnya. Iman menanti panaroma matahari terbenam.

Adam,

Di hadapan laut, bersaksikan matahari, langit dan lautan ini. Kita meluahkan cinta kita. Ingat lagi tak?

Di sini,
Tempat kita mulakan hubungan kita suatu ketika dahulu. Kaulah orang pertama aku melihat matahari terbenam bersama-sama, sebelum ini hanyalah keluarga aku saja.

Dan kali ini, aku sendirian. Aku masih menanti kau di hadapan laut ini bersama teman matahari.

Cinta aku pada kau seluas lautan dan langit ini. Biarlah mereka sentiasa menjadi saksi cinta kita.

Aku akan menunggu kau pulang..

Iman sempat bermadah di dalam hatinya. Teringat akan Adam saat melihat matahari terbenam di hadapannya.

"Aku rindu kau",gumam Iman perlahan.

Iman menyeka air matanya yang mengalir laju dari tubir matanya.

"Pulanglah"

"Lahhh kat sini rupanya kauu.. penat aku mencari kau merata tempat. Kau buat apa kat sini?",sergah Izzah dan Aisyah.

"Tengok matahari terbenam. Cantik kan?"

"Cantik!!"

Izzah dan Aisyah duduk di sebelah Iman. Kedudukan Iman kini di antara Izzah dan Aisyah.

"Kau rindu dia eh?",soal Izzah lembut.

Iman tersenyum lalu mengangguk.

"Iman.."panggil Aisyah.

"Ya?",mata Iman masih fokus pada laut.

"Andai suatu hari nanti, Adam kembali.. macam mana eh?",soal Aisyah.

Iman terkedu lalu senyum.

"Aku akan marah dia sebab tinggalkan aku. Hahahaha tapi mestilah kejap, lepastu aki sayang dia balik.. hahahaha tapi semua tu mustahil",balas Iman dengan ketawa dibuat-buat.

Aisyah dan Izzah memeluk Iman dari tepi.

"Andai Allah takdirkan dia dan kau bersama, sejauh mana kau dan dia berpisah, kau dan dia akan tetap bersama jua",tutur Aisyah lembut.

"Amin",Iman mengaminkan kata-kata Aisyah.

"Oiii apa ni? Peluk tak ajakkk!!",jerit Wani dituruti Intan dan Ain. Mereka bertiga berlari ke arah Iman, Izzah dan Aisyah.

Lalu, mereka berenam berpelukan sambil duduk melihat pemandangan yang indah terbentang di mata.

Geng Putera berdiri jauh sedikit dari Geng Puteri. Mereka berlima memerhati Geng Puteri dari jauh sambil senyum nipis.

Harriz memerhati Iman.

Insha Allah, dia akan pulang,bisik hati Harriz.

* * *






4 bulan kemudian..

Geng Putera dan Puteri sudah habis belajar cuma menanti result dan hari graduasi. Tak lama sahaja lagi.

4 bulan cukup lama, mereka praktikal dan menyiapkan laporan, assignment dan kena betulkan balik bila pensyarah minta betulkan sedikit. Akhirnya, mereka berjaya menyiapkan segalanya.

"So sekarang, kita nak buat apa?",tanya Iwan.

Mereka semua lepak di taman baru lepas jogging.

"Buat apa kau tanya? Enjoy lah bro!!! Yahooooooo",jerit Aiman.

Yang lain ketawa.

"Kita relax and rest dulu baru cari kerja ke apa. Okey? Apa-apa lepas grad baru cari kerja..",ujar Aizat pula.

"Yes! Aku sokong!!!",balas Ain.

"Koranggg",panggil Iman.

"Yooo",sahut Geng Putera dan Puteri.

"Esok teman aku pergi shopping boleh? Aku nak beli novel lah. Dah lamaaaaaaaaa aku tak baca novel",ucap Iman lalu mengerlipkan matanya berkali-kali.

"Hah kau tak payah nak acah comel kat sini. Tak akan terpujuk aku!",kata Wani.

"Alaaa temanlah akuuu"

"Yelah-yelah",putus Harriz.

"Yeayyy!! Sayang korang ketat, sendat dan padat!! Muahhh",Iman ketawa.

"Yerkkkk!!!"

"Lek geng lek"

"Jom sambung jogging!",ajak Intan.

"Jom!"

Mereka semua sambung jogging di keliling tasik di taman itu.

* * *








IMAN merebahkan tubuhnya di atas sofa. Hujung minggu ini dia pulang ke Villa keluarganya.

"Oi kak!!",sergah Umairah.

"Apa kau nak? Nasib aku tak smackdown kau tadi..",balas Iman lalu menjeling.

Umairah tersengih melihat kakaknya.

"Jom pergi jalan-jalan nak? Aku boring lah duduk kat rumah ni.. jomlahhhh",ajak Umairah sambil menggoncangkan lengan Iman beberapa kali.

"Ish kau ni.. rimaslah aku! Kau pergi siap dalam masa 10 minit, kalau kau tak siap jangan harap aku join kau!",ujar Iman dengan mata terpejam.

"Serious? Yeayyy!!!!"

"Masa berjalan. Tik tok tik tok..",tutur Iman. Kelam kabut Umairah dibuatnya berlari ke bilik untuk bersiap.

Iman senyum jahat.

"Bang Qal!!!!",laung Iman.

Raiqal yang sedang minum air oren di dapur tersedak lalu menepuk belakangnya sedikit. Terbatuk-batuk Raiqal kerana tersedak, ini semua angkara adiknya yang sengal tu. Jerit namanya sampai bergegar rumah.

"Kau nak apa sengal? Nasib aku tak mati tersedak tadi!!",marah Raiqal setelah tiba di ruang tamu.

"Innalillah waiina rojiun...",ucap Iman sambil menggelengkan kepalanya sedikit.

"Oi! Aku tak mati lagi lah!",kata Raiqal.

"Siapa kata kau dah mati?"

"Tu kau ucap kalimah tu kenapa?"

"Dah kau hampir mati tersedak kan? Kenalah ucap. Takkan kau nak aku cakap.. 'Syukur Alhamdulillah kerana abang aku hampir mati tersedakkkk!!!'.. kau nak?"

Raiqal merengus kasar lalu meluku kepala Iman.

"Aduhhh.. sakit sengal!"

Raiqal hanya ketawa.

"Kau nak apa panggil aku tadi?",soal Raiqal setelah ketawanya sudah habis.

"Erm.. teman budak tu pergi jalan-jalan. Aku ngantuk ar! Dia tengah bersiap tu. Kau free jer kan? Ha pergi pergi. Goodnight~~~",ujar Iman lalu melambai tangan ke arah Raiqal yang sudah tercengang.

"Iman!!!! Goodnight kepala otak kau! Apasal aku pula kena teman dia? Oiii aku tak nak lahhh!! Kau yang janji dengan dia, aku pula kena!! Raudhah Iman!!!!",jerit Raiqal.

Iman buat pekak lalu menonong masuk ke bilik beradunya.

"Astaghfirullah al azim.. Raiqal.. kenapa menjerit sampai nak terkeluar segala isi perut tu?",tutur Datin Raisha tiba-tiba apabila dia ingin masuk ke Villa, terdengar jeritan Raiqal, nasib tak mati terkejut tadi.

"Mama tengoklah Iman niii.. Ishhh Raiqal ada banyak kerja nak buat lahhh.. mamaaaa",rengek Raiqal pada Datin Raisha.

"Apanya? Dia buat apa?",soal Datin Raisha lembut sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Raiqal.

"Dia janji dengan Aira nak pergu jalan-jalan and now dia suruh Raiqal teman si Aira tu. Raiqal banyak kerjalah mamaaa",adu Raiqal.

"Hmm.. Aira mana?"

"Tengah bersiap"

"Iman?"

"Dia kata.. good night means dia nak tidur lah tu",jawab Raiqal.

"Tidur?! Ya Allah bertuahnya anak dara aku sorang ni. Panggil Iman sekarang!",arah Datin Raisha.

Raiqal mengangguk lalu melangkah ke tingkat atas masuk ke bilik Iman.

Buka sahaja pintu bilik Iman, terlihat Iman dengan lasaknya tidur. Rasanya baru sekejap Iman naik, dah lelap?

Raiqal memukul kaki Iman dengan perlahan.

"Bangunlah gemuk! Mama panggil! Singa! Bangun!"

"Ishh, janganlah kacau aku! Aku nak tidurlahhh",rengek Iman lalu menarik selimut menutupi kepalanya.

"Mama panggil lah!",kata Raiqal.

"Cakap kat mama, anak dara dia ni nak tidur.. sebab nak jaga kecantikan. Okey abang gozilla?",balas Iman sambil mata terpejam.

Raiqal menepuk dahi. Tak lama kemudian, dengkuran halus kedengaran.

"Cepatnya lena budak ni..",Raiqal merapati dirinya dengan Iman. Tangannya melekap di dahi Iman.

Tak panas.

"Aku tak demam",gumam Iman perlahan. Tidurnya terganggu saat tangan Raiqal melekap di dahinya.

"Then?"

"Sakit kepala"

"Ohhh"

Iman sambung tidurnya.

Raiqal keluar dari bilik adiknya.

"Aira!!!",nama Umairah dilaung sekuat hati. Lalu, keluarlah Umairah dari biliknya dengan blaus dan seluar jeans bersama selendang hitam terlilit di kepalanya.

"Ha awat?"

"Cepatlah! Kata nak jalan-jalan"

"Eh? Kak Iman mana?"

"Dia sakit kepala"

"Ohhhh"

"Dah jom!"

Saat Raiqal dan Umairah melewati ruang tamu..

"Ha Qal, mana Iman?"

"Dia tidur mama. Sakit kepala katanya"

"Hmm yelah. Ni bawa kereta elok-elok. Jangan lama sangat keluar tau"

"Okey maaa",serentak Raiqal dan Umairah menjawab lalu menyalami tangan Datin Raisha.

Kereta Honda Civil berwana silver neluncur keluar dari perkarangan Villa milik Dato Umar dan Datin Raisha.

Datin Raisha masuk ke bilik Iman untuk melihat anak keduanya.

Pintu bilik dikuak sedikit.

Terlihat Iman sudah dibuai mimpi. Muka tenang anaknya diperhatikan.

"Mama rindu anak mama yang ceria, baran, suka ketawa, bergaduh, layan drama sama-sama dan semuanya bersama dengan mama. Tapi sejak peristiwa itu, kamu dah berubah..",Datin Raisha mengusap kepala Iman.

"Mama sayang kamu.. mama akan buat apa saja untuk kebahagiaan kamu, Iman..",bisik Datin Raisha lalu mengucup dahi Iman.

Datin Raisha membetulkan selimut pada Iman lalu beransur keluar dari bilik Iman.



















































Hai!
Insha Allah cerita ini akan habis dalam minggu ini.

Andaiiiiiiii tidak sempat dihabiskan dalam minggu ini, author akan buat buku baru.

Sebab next week, Wattys 2018 akan tutup. So, kalau tak sempat siapkan cerita ni, author akan sambung dalam buku baru.

Nak tanya ni,
Kau orang rindu Adam tak?

Tak rindu eh? So anggap Adam dah mati🔪
Hahahahaha

Peace, vote!

Ciao!















































TBC..











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro