71

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEORANG lelaki muda melangkah ke arah seorang lelaki tua.

"Ayah, bila nak balik Malaysia?",soal Mika.

"Hmm tu lah, ayah ada fikir juga. Kerja kat sini dah habis. How about next month? Kita duduk Malaysia terus. Lagipun, rumah banglo kita masih dijaga. Nanti ayah bagitahu ibu dan Adaa",ujar Encik Izzat.

"Serious? Betul ni?! Tak sabarnyaaaaaa",balas Mika dengan riang.

Rindu Malaysia, kawan-kawan dan makanan Malaysia.

"Hahahah dah lepas ni, boleh start packing",kata Encik Izzat.

"Okey"

Mika berjalan keluar dari bilik pejabat ayahnya yang berada di dalam banglo sederhana besar itu dengan wajah gembira.

"Ibuuuu!!!",laung Mika.

"Ya?",sahut Puan Eriz.

"Next month, kita balik Malaysiaaaaa!!!",jerit Mika seperti kanak-kanak mendapat gula-gula.

Biji mata Puan Eriz terbuntang luas.

"Serius ke ni? Ya Allah, ibu rindu sangat Malaysia. Ibu nak jumoa semua kawan-kawan ibu.",ucap Puan Eriz.

Ayla yang baru sahaja pulang pelik melihat ibu dan abangnya gembira semacam.

"Apahalnya ni?",soal Ayla.

"Next month,kita balik Malaysia untuk selamanyaaaa",ujar Mika.

"What?! Malaysia? Arghhhhhhhh tak sabarrrrr",jerit Ayla lalu senyuman tidak lekang dari wajahnya.

Encik Izzat yang baru sahaja ingin menuruni tangga tersenyum lebar melihat isteri dan anak-anaknya bersuka ria kerana akan pulang ke Malaysia bulan hadapan.

Kini, mata Encik Izzat tertancap ke arah anak sulungnya, Mika.

"Ini hadiah dari ayah untuk kamu. Kebahagiaan kamu..",gumam Encik Izzat.





* * *





GENG Puteri berjalan-jalan di Sunway Mall.

"Nak pakai baju apa masa grad nanti?",soal Ain.

"Pakai bikini jelah",jawab Aisyah selamba.

"Oiii! Gila ke?"

"Dah tu, kau tanya soalan bodoh apasal? Pakai baju lah",balas Aisyah.

Ain merengus.

"Pakai telekung. Full package, tak perlu pakai tudung",ujar Intan lalu ketawa.

"Hmm pakai baju kurung jelah, apa masalahnya?"

"Tahu, tapi design yang macam mana?"

"Kau ni Ain, pakai jelah design apa-apa pun. Diorang bukannya nak tengok baju kita, tapi diorang nak tengok kita perolehi ijazah!",kata Iman.

"Tapii..."

"Sekali jer pakai",pintas Iman.

"Hmm yelah yelah"

Iman membelek beberapa blouse di dalam butik sementara kawan-kawannya yang lain sibuk mencuba baju.

"Iman",sapa seseorang dengan suara agak garau.

Iman menoleh ke belakang.

"Aqmal? Kau buat apa kat sini?"

"Kau rasa?"

"Beli baju? Tapi ni kan tempat perempuan"

"Aku nampak kau dari luar, sebab tu aku masuk",ujar Aqmal lalu mendekati Iman.

"Iman.."

"Hmm?",Iman sambung membelek blouse.

"Kalau aku kata, aku masih sayangkan kau?",kata Aqmal secara tiba-tiba.

Tangan Iman kaku pada satu blouse. Lidah Iman kelu.

"Aku masih sayangkan kau",bisik Aqmal. Aqmal merapati Iman dengan dekat sekali sehingga Iman dapat dengar hembusan nafas Aqmal.

Iman kaku. Tak tahu nak respon apa.

Tiba-tiba terasa ada sesuatu melingkar di pinggang Iman.

Iman tersentak lalu..

"Kau pahal?!",marah Iman lalu menolak Aqmal jauh darinya.

"Jangan kau berani sentuh aku!",tengking Iman.

"Iman.. aku...",Aqmal tak sempat menghabiskan kata-katanya.

"Apahal ni?",sampuk Geng Puteri yang lain.

Iman menjeling Aqmal lalu buka langkah untuk keluar dari butik itu.

Geng Puteri semakin pelik lalu memandang Aqmal dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Kau buat apa kat Iman?",soal Wani mendatar.

Tanpa menjawab soalan Wani, Aqmal terus keluar dari butik itu meninggalkan Geng Puteri yang tertanya-tanya.

"Dah lah, jom cari Iman"

Geng Puteri berlalu keluar dari butik pakaian itu.

* * *


















BANGLO milik Geng Puteri riuh dengan kehadiran 3 penyanyi tak diiktiraf. Hahaha.

Aisyah, Ain dan Izzah galak berkaroke di ruang tamu banglo itu.

Saat lagu dinyanyi oleh Ain tamat, Izzah memilih lagu Muara Hati. Mikrofon diserahkan kepada Iman. Izzah berduet dengan Iman.

Iman tersenyum. Lama dah tak nyanyi.

Lagu mula terpasang.

Like usual, scroll and click the media..

[Media : Muara Hati by Hafiz ft Siti Nurhaliza]

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Iman dan Izzah mengakhiri lagu itu dengan baik sekali.

* * *

SEBULAN sudah berlalu..

"Helo mama!! Mama dah sampai ke?",soal Iman dari belakang pentas. Tak lama lagi dia akan naik ke pentas untuk mengambil ijazah.

"Ya, mama dah sampai. Ni mama baru saja duduk dengan papa dan Aira. Raiqal pergi toilet katanya",balas Datin Raisha.

Iman tersenyum.

"Okeylah ma. Ni Iman kena get ready dah",kata Iman lalu memutuskan talian saat Datin Raisha menjawab 'okey'.

Satu persatu nama dilaung untuk naik ke atas pentas.

"Raudhah Iman binti Umar Khalif dari jurusan akauntan",laung pengacara majlis.

Iman berjalan naik ke atas pentas dengan tertib dan mengambil segulung ijazah.

Mata Iman melilau mencari keluarganya. Pelik saat melihat tiada Raiqal bersama ahli keluarganya yang lain. Takkan pergi tandas lama sangat?

Iman turun kembali dari pentas.

Saat majlis selesai, semua graduan keluar dari dewan bersama hadirin yang lain.

Photoshoot time!

Iman berjumpa keluarganya terlebih dahulu dan menangkap gambar bersama-sama.

"Kenapa abang tak ada dalam dewan tadi?",soal Iman.

"Errr.. tadi apa pi tandas"

"Takkan lama sangat?"

"Pastu abang tak jumpa mama dan papa. So abang tunggu kat luar jelah",jawab Raiqal.

Iman merenung tajam ke arah Raiqal.

"Hmm yelahhh"

"Tahniah anak mama. Akhirnya dah grad! Lepasni boleh lah cari kerja kan?",ucap Datin Raisha.

Iman tersengih lalu memeluk Datin Raisha dengan erat sekali.

"Papa bangga dengan anak papa ni. Nanti kalau nak kerja, bagitahu papa",ujar Dato Umar pula.

"Okey papa. Thank youuu",Iman terus memeluk tubuh Dato Umar.

"Abang bangga dengan kau",kata Raiqal pula.

"Yelah.. aku tahu. Adik kau ni cantik, bijak, pastu baik enn?",puji Iman kepada diri sendiri.

"Ewwww hahahahahaha"

"Nak hadiah",pinta Iman.

"Hadiah? Ada. Tapi ni spesial gila. So kena tunggu"

Berkerut wajah Iman.

"Kata ada hadiah pastu kena tunggu pula",balas Iman.

"Kena tunggu sebab hadiah ni spesial gila!"

"Hmm yelah-yelah"

"Kak Imannnnnnnn",jerit Umairah lalu memeluk batang tubuh Iman.

"Yooo pahal?"

"Congratssss!!! Tahun depan Aira pula grad.. yahooo",riang Umairah mengungkap kata-kata itu.

"Iman!! Jom tangkap gambar!",jerit Aisyah dari jauh.

Iman meminta izin keluarganya untuk mengambil gambar bersama Geng Putera dan Puteri.

Klik!

Klik!

Klik!

"Eee tak cantiklah gambar aku dalam nii",rungut Ain.

"Kau cantik ke selama ni?",soal Aizat.

"Fuhhhhhh deeepppp",balas Iwan.

Ain mencubit lengan Aizat sekuat hati.

"Ahhhhh sakittt!!!",Aizat mengaduh kesakitan lalu menggosok lengannya yang menjadi mangsa cubitan Ain.

Kawan-kawannya yang lain galak ketawa.

"Jom selfie!",ajak Iman.

Mereka seronok menangkap gambar bersama.

"Assalamualaikum Raudhah Iman",sapa seseorang dari belakang Geng Putera dan Puteri.

"Waalaikumusalam",jawab Iman lalu menoleh ke belakang memandang empunya suara memanggilnya sebentar tadi.

Kaku. Kelu. Keras. Tak bergerak.

Geng Putera dan Puteri turut kaku.

Iman tidak mengalihkan pandangannya dari menatap figura di hadapannya kini.

Tiba-tiba terasa luar dewan yang riuh itu sunyi, ramai orang tidak kelihatan. Yang ada cuma Iman dan seseorang itu.

https://www.youtube.com/watch?v=jEFqPhlFEVI

Lagu Tak Pernah Hilang mula bergema di gegendang telinga Iman dan Adam.

Adam?

Iman merapati Adam. Tangannya teragak-agak menyentuh pipi Adam.

Saat tersentuh tangannya dan pipi Adam, air mata Iman mengalir laju. Iman menarik kembali tangannya.

"Aa.. Adam?",gumam Iman.

Seperti tidak disangka, Adam berada di hadapannya kini.

Adam mengangguk kepalanya beberapa kali.

"Its me, sweetheart"

Adam memberi sejambak bunga dan coklat kepada Iman. Iman menerima.

Air matanya masih mengalir.

"Adamm.."

"Yes sweetheart?"

"I miss you.. i miss you so bad!",luah Iman.

"Shh..shhh stop crying, dear"

"Tahu tak apa yang aku lalui selama ni? Tanpa kau! Tahu tak?!",Iman memukul dada Adam sekuat hati.

"Kenapa kau tinggalkan aku?! Kenapa? Hah?!",marah Iman.

"Iman.. kita kat public sekarang ni. Stop crying, my love",bisik Adam.

Iman berhenti menangis namun air matanya tetap mengalir.

Suasana di kuar dewan mula kembali riuh. Geng Putera dan Puteri hanya melihat adegan Adam dan Iman.

Izzah mengambil bunga dan coklat dari pelukan Iman.

"Aku rindu kau",luah Iman.

"Aku tahu"

"Aku sayang kau"

"Aku tahu"

"Kau tak rindu aku ke?",soal Iman.

"Gila tak rindu"

"Kau sayang aku tak?"

"Sweetheart, kita pernah berjanji kan? Yang sejauh mana pun kita berpisah, kita kena setia satu sama lain? Kau dah janji akan tunggu aku, dan aku dah janji akan sayang kau hingga aku kembali..",ucap Adam.

Iman menganggukan kepalanya beberapa kali.

"I love you",bisik Adam.

"I love you too",balas Iman.

Semua di situ termasuk Geng Putera dan Puteri, keluarga Iman serta keluarga Adam tersenyum melihat Adam dan Iman bersatu semula.






Assalamualaikum dan hai readers semua.
Okey, macam yang author cakap dalam chapter sebelum ni, mungkin cerita ini tidak dapat bersambung dalam buku ini lagi dan akan ada buku kedua.

Dan, author ingin mengumumkan bahawa...

*cehh macam nak umum esok hari raya pula 😂😂😂😂

Cerita ini sudah tamat..

Yeay!! Tepuk tangan!!

👏👏👏👏👏

Author tak dapat nak habiskan cerita ini dalam minggu ini. Maaf--

Author akan busy study so yeahh, maaf sangat-sangat!

Nanti author akan bagitahu bila buku no 2 akan dipublish.

Stay tuned!!

Author akan buat dalam minggu ni.

Muahh!

Jangan lupa vote di setiap chapter!




























































TBC..




























































Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro