🐾 37: Forced

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mizuki, ada panggilan untuk kau," panggil seseorang. Gadis berambut putih itu lantas tersenyum.

"Wow, cepatnya kau sampai. Ingatkan teragak-agak nak ikut aku," katanya dalam nada gembira. Mana tak gembira, ada pengikut baru.

"Memang aku teragak-agak. Sebelum tu, aku nak tanya. Asal kau nak serang kembar kau sendiri ha?" Soal pengikut itu.

"Tak ada sebab. Dia cahaya dan aku kegelapan. Takkan boleh bergabung dan dia orang still percaya tentang kebolehan untuk bergabung. Tak ke bodoh?" Sinisnya.

Ruby menggeleng lemah. Dia.. terpaksa ikut arahan Mizuki. Kalau tak, nanti Ray terpaksa jadi orang bawahan perempuan ni.

"Dah, Ruby. Aku nak kau terus berlakon jadi pengikut Yuu. Faham?" Arah Mizuki dingin. Ruby mengangguk sebelum menghilangkan diri.

"Bagus."

_________________________________

"Apa jadi dengan abang Yuu?" Suara Mayumi kedengaran seperti hendak menangis lagi. Hikari mengusap kepalanya.

"Tak surelah Mayumi. Tapi dia akan okay," pujuknya. Mayumi mengangguk. Raup wajah Yuu dipandang penuh kasih sayang. Rindunya Yuu yang dulu.

"Ini aisnya," Ren masuk bersama kain yang sudah berisi beberapa ketulan ais berdasarkan arahan Char. Shiori mengambil huluran itu.

Diletakkannya pada dahi Yuu. Baru sahaja pitam, suhu badannya terus meningkat. Demam. Itu sahaja penyakit yang dapat diungkapkan untuk keadaan seperti ini.

Kenji dan Ryuu menunggu di sisi katil sebelah lagi. Mereka berdua diarahkan untuk pantau keadaan Yuu. Mana tahu tiba-tiba mengamuk.

Yuriko dan Sayuri menguruskan hal dapur. Maklumlah, ada dua orang yang sakit. Tambah lagi dengan jumlah mereka yang ramai.

Mikio, Ken, Emi dan Char pula sedang berbincang mengenai masalah Mizuki. Apabila gadis itu sudah muncul, ini bermakna mereka perlu mula bergerak cepat.

"Shiori, Kei macam mana?" Ryuu bersuara setelah keadaan di dalam bilik itu teramatlah sunyi. Shiori melihatnya sekilas.

"Saya baru je rawat dia tadi. Tak sangka dia ada luka kat belakang badan," keluhnya. Semasa dia suruh Kei untuk berbaring tadi, lelaki itu enggan mengikut suruhannya.

Ditanya kenapa, tidak dijawab. Maka dengan automatiknya Shiori menyentuh perlahan belakang badan lelaki itu.

Kei terjerit. Menahan sakit. Shiori terus nampak kesan darah pada t-shirt lelaki itu. Anak matanya dipandang tajam.

Katanya itu kesan sampingan perubahan Claire. Hendak ditanya lebih lanjut tetapi orang sedang sakit, buat apa nak paksa.

"Ha mengelamun apa tu?" Sampuk Ryuu. Shiori menjelingnya. Mengelamun bendanya. Hish.

Sesekali dia membasahkan muka Yuu dengan kain basah. Kasihan. Belum baik sakit hari itu, sudah ditimpa bala lain. Dan ini semua kerana Mizuki.

Claire dah baik. Sekarang serigala itu sedang berehat bersama Kei di bilik yang sama. Syukurlah dia dapat terima jawapan lelaki tua semalam. Kalau tak...

Tak nak bayangkan..

"Habistu, apa rancangan kita sekarang ni?" Soal Ren di hujung katil. Memang tempat duduk terhad. Tu lah sebabnya Ren menumpang di hujung katil Yuu.

"Kita dah kena mula ambil tindakan memandangkan Mizuki dah bergerak," beritahu Hikari.

Yang lain terdiam. Itu memang suatu petanda yang buruk. Bila-bila masa sahaja dunia ini akan hancur.

"Kita kena gabungkan mereka cepat," dalam keseduan Mayumi menyampuk. Ren mengeluh. Susahnya.

Kakaknya sudah pulang ke tempat asal padahal dia mempunyai kuasa yang kuat. Tetapi alasannya hanyalah kerana tidak mahu masuk campur. Tak logik.

Dalam sayup-sayup suara yang kedengaran, Yuu membuka matanya. Terasa berat tetapi dipaksa jua.

"Abang Yuu..."

Tangan lelaki itu diraih lalu dicium. Mayumi sentiasa sayangkan lelaki itu. Takkan dia lepaskan lagi tangan Yuu.

"Ma..yumi.. Mana yang lain? Mizuki?" Seloroh Yuu. Ren menjegilkan mata. Diri sendiri tak sihat dah sibuk tanya pasal orang. Hish.

"Tak payah sibuk pasal hal tu. Jaga diri dulu," marah Ren. Terlukis senyuman nipis di bibir sang pesakit.

"Maaf. Macam mana dengan keadaan sekarang?" Lemah suaranya berbicara. Demam katakan.

"Semakin buruk. Tapi masih dalam keadaan terkawal," ujar Kenji pula. Seketika kemudian, Yuu memeriksa keadaan sekeliling.

"Mana Ray dan Ruby?"

"Tak tau. Tiba-tiba sahaja mereka hilangkan diri. Bila pun, tiada siapa yang sedar," jawab Hikari.

Sementara sesi menyoal berlangsung, Shiori sibuk menggantikan tuala basah untuk Yuu. Biar cepat sejuk.

"Terima kasih," kata Yuu mengejut. Ditujukan kepada Shiori.

Gadis itu terpaku. Tangannya ditarik semula daripada memeriksa suhu badan Yuu. Memang sejak tadi dia asyik memastikan suhu badan lelaki itu dalam keadaan terkawal.

"S-sama-sama."

Dum!

Semua mata terarah ke pintu. Keadaan Kei yang tercungap-cungap membuatkan mereka semua hairan. Shiori pula risau kerana kecederaan jejaka itu masih belum sembuh sepenuhnya.

"Ada apa?"

"Ada serangan berlaku kat Icyrock."

"Ha?!"

Terbeliak biji mata Yuu. Tidak difikirkan lagi masalah lain. Bandarnya sedang diserang. Hendak fikir apa lagi.

"Abang Yuu, tunggu!" Mayumi segera menarik pergelangan tangan si pengawal cahaya kuat.

Namun, apabila tidak berjaya, kuasa gravitinya digunakan. Yuu jatuh terbungkam kerana kejutan kuasa itu.

Kenji dan Ryuu segera menarik lelaki itu bangun sebelum Mayumi menghentikan kuasanya. Biar abangnya itu dipegang dahulu.

"Tenanglah. Icyrock masih dalam keadaan selamat. Pihak keselamatan di sana sedang bertarung," tambah Kei supaya pengawal cahaya itu tidak terlalu tergopoh-gapah.

"Icyrock! Bandar aku!" Pekiknya. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Keadaan menjadi hiruk-pikuk sehinggalah ketibaan Char dan Emi di situ.

"Berikan perhatian. Mizuki dah lancarkan serangan di Icyrock. Hanya beberapa orang akan pergi ke tempat itu.

Mikio, Hikari, Ren, Sayuri dan Yuriko akan pergi ke sana. Ahli yang lain bersedia di sini dahulu. Yuu, jangan bergerak ke sana. Belum sampai masa untuk kau orang bertiga jumpa dengan pengawal kegelapan," ayat terakhir ditekan Char.

Yuu menunduk. Dia lemah. Kuasa Mizuki pun dia tidak boleh tanding apatah lagi selamatkan dunia daripada ancaman Dragoniel. Lebih baik ikut sahaja arahan tersebut.

Pegangan tadi dilepaskan. Yuu melangkah ke arah katil. Dia berbaring di situ. Melepaskan keletihan.

___________________________________

"Seronok kan tengok orang kena seksa?" Sinis ayat Mizuki. Ruby menggenggam buku limanya. Menyesal ikut arahan Mizuki.

"Aik, dah tak suka aku ke?" Ruby terkejut apabila pedang dihunuskan tepat ke lehernya serentak dengan keluarnya persoalan itu.

Lantas dia menggeleng. Belum sampai masanya untuk dia mati. Dia masih belum puas hidup bersama Ray, abang kandungnya.

"Oh. Ingatkan dah bosan. Kalau dah bosan, aku boleh je terus bunuh si Ray tu," kata Mizuki selamba berbaur ugutan.

Terasa panas di hati gadis yang dipaksa itu. Takkan sesekali dia membiarkan Mizuki menyentuh Ray.

Sudah lama Ray menjaganya dengan baik, dan kali ini dia pula yang akan jaga si abang. Janji antara mereka berdua.

"Tapi kan, memang cantik dan lebih kacak muka-muka orang yang kena seksa ni," ujar Mizuki.

Ruby terpaksa diam. Dia tidak tahu hendak membalas apa. Sekarang yang dia tahu dan dapat dengar serta melihat ialah;

Penyeksaan mengerikan di hadapan mata.



Bersambung....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro