🐾 38: Chase

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Char mengeluarkan salah satu tentera roh yang mempunyai kuasa perlindungan. Ryuu, Shiori, Ken dan Kenji menghantar mereka hingga ke pintu utama.

"Ken, pastikan tiada serangan yang berlaku di pangkalan ni. Begitu juga bandar ni," keras Char.

Ken menjatuhkan kepala. Char beralih pula ke arah Shiori. Gadis itu berwajah serius. Semakin lama, anak-anak Yuuki semakin matang.

"Shiori, tolong jaga Kei, Claire, Yuki dan Yuu baik-baik. Mereka masih belum sihat sepenuhnya," nasihat Char kepada Shiori.

"Ryuu pula tolong kawal keadaan sekeliling dengan Kenji," tambah sang serigala lagi. Mereka semua akur.

Setelah dipastikan semuanya dalam keadaan baik, barulah ketujuh-tujuh mereka berlalu ke IcyRock.

Hilang sahaja bayangan mereka daripada pandangan, Shiori terus naik ke bilik Kei. Hari ini, lelaki itu belum dirawat lagi.

Ryuu dan Ken saling berpandangan manakala Kenji sudah naik ke bilik. Roh tadi pula berkawal di belakang pintu utama.

"Kau tolong jaga Yuu. Dia boleh hilang kawalan bila-bila sahaja. Aku akan tengok keadaan Yuki," arah Ken. Ryuu lantas mengangguk.

Bilik tetamu dituju. Ryuu menarik daun pintu sebelum melangkah masuk. Namun, dia terus panik apabila tiada kelibat Mayumi dan Yuu di dalam ruang itu.

"Yuu? Mayumi? Mana kau orang?!" Panggil Ryuu. Dia memandang keadaan sekeliling. Pandangannya terhenti pada tali besar di bahagian tingkap.

Dia berlari ke situ. Sudah terang lagi bersuluh, Yuu dan Mayumi sudah melarikan diri. Sticky note yang ditampal pada cermin tingkap menambahkan lagi keyakinannya.

Kalau lari sahaja tak apa. Masalahnya sudah tentulah Yuu akan pergi selamatkan bandarnya. IcyRock!

"Ken! Ken! Ken!"

"Hoi diamlah. Yuki dan Claire tengah berehat," tegur Ken. Ryuu termengah-mengah.

"Yuu dengan Mayumi dah larikan diri. Dia orang pergi IcyRock!" Beritahu Ryuu.

Gelas yang dipegang Ken tergelincir lalu menghempas lantai. Kaca-kaca yang bertaburan tidak diambil kisah.

"Cis! Dia orang mesti lari dari tingkap!" Ken cuba menenangkan diri sendiri. Nama Kenji terus dilaung kuat.

"Ada apa? Aku tak pekak lagi lah," muncul Kenji sambil menggosok telinga kucingnya. Bingit dengan jeritan Ken sebentar tadi.

"Kau cuba kejar Yuu dan Mayumi. Dia orang tak berada jauh dari sini. Aku yakin."

"Ha? Dia orang larikan diri ke?" Soal Kenji tak percaya. Ryuu mengangguk lemah.

Tanpa menunggu lama, Kenji bertukar menjadi bayang lalu menyelinap keluar dari pangkalan untuk mengejar Yuu dan Mayumi.

"Ken, kau tolong tengokkan Yuki sekejap. Aku hendak beritahu Shiori," ujar Ryuu. Dia melangkah laju menuju ke bilik Kei, di mana Shiori berada.

Pintu dihempas kuat, sudah tidak kisah berkenaan keadaan Claire dan Kei. Shiori terkejut apabila bunyi hempasan kedengaran.

"Ryuu?"

"Shiori, Yuu dan Mayumi hilang."

"Hah?!"

Bukan sahaja Shiori, malah Kei dan Claire turut sama terkejut apabila mendengar berita itu. Pergaduhan antara dua buah kuasa yang bertentangan akan menyebabkan satu bencana yang besar.

"Bawa aku pergi ke tempat dia orang pergi, sekarang!" Claire menjerit. Kei pantas menarik telinga serigala itu. Terjerit Claire dibuatnya.

"Kau gila Claire?! Kuasa kau belum sembuh sepenuhnya sebab lelaki tua tu!" Kei menengking. Geram dengan sikap membuta tuli si serigala.

"Kei! Mizuki ialah pengawal kuasa kegelapan. Sama seperti aku. Siapa lagi yang akan bantu pengawal cahaya kalau tiada makhluk yang berkuasa kegelapan di situ?'

"Emi ada! Dia dewa kilat! Dia boleh uruskan!"

Suasana kembali senyap selesai sahaja tengkingan daripada Kei. Shiori dan Ryuu terdiam. Tidak tahu apa hendak dikatakan. Mereka bukannya arif sangat berkenaan kuasa kegelapan.

"Tolong bawa aku ke sana. Aku akan tolong pengawal cahaya," tegas Claire. Semangatnya dapat dirasakan oleh mereka semua. Claire kesal. Kesal kerana selalu menyakiti Charlotte. Kalau dia tak dapat tolong, bila lagi dia akan dapat tolong Char?

"Kau boleh ikut," suara Ken mencelah di hadapan bilik. Claire tersenyum, tetapi Kei pula mengetap gigi. Dia tak nak terlibat! Tapi kalau Claire nak ikut, pastilah dia kena ikut sekali.

"Kei, ikut?" Lembut pertanyaan Shiori. Ken mendecit. Terpaksa jua dia ikut. Demi dunianya juga. Ken tersenyum manis. Dia melihat Yuki yang berada di sebalik pintu.

Vampire itu turut tersenyum. Jikalau peperangan dunia sudah semakin dekat, takkanlah mereka hendak duduk diam pula?

"Cepat bersiap. Kenji dah dapat kesan lokasi dia orang," arah Ken tegas. Dia bergegas menuju ke ruang tamu. Ryuu dan Shiori memandang antara satu sama lain lalu mengangguk.

Kei membantu Claire untuk berdiri. Kemudian, barulah mereka berempat bergerak ke ruang tamu. Ken mengambil nafas panjang sebelum dihela sekuatnya.

"Yuki, tinggalkan Otto kau di sini. Robot tu takkan mampu untuk berlawan dengan Mizuki," ujar Ken kepada Yuki. Lelaki itu akur. Disuruhnya Otto untuk kekal di situ.

"Kita akan ke sana menggunakan kereta kuda. Aku akan salurkan kuasa kepantasan pada kereta kuda tu supaya kita cepat sampai ke lokasi. Ingat, aku tak nak kau orang buat benda yang bertentangan dengan misi ini. Faham?!"

Semua orang serentak mengangguk mendengar arahan daripada Ken. Pintu utama dikunci rapat setelah dipastikan semua orang sudah keluar dan hanya Otto yang tinggal.

Ken mengambil tempat di atas kuda manakala yang lain di atas keretanya pula. Perlahan-lahan kereta kuda itu dibawa keluar daripada pangkalan. Sesudah menghubungi Kenji untuk memastikan lokasi yang tepat pada ketika itu, dia mula menyalurkan kuasa kepantasan pada sang kuda.

Sepantas mungkin kuda itu berlari memandangkan lokasi Yuu dan Mayumi agak jauh dari lokasi Lylith. Sekarang ini, mereka hanya boleh berdoa agar Yuu dan Mayumi belum sampai ke IcyRock.



Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro