5 | Masa, Tanda, Petanda

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku berlari. Kadangkala aku menoleh ke belakang, lihat lihat sekiranya mereka masih mengejarku. Dan ya! Mereka masih ada. Malah semakin ramai.

Namun segalanya kabur. Aku tidak mengecam wajah mereka. Hanya pakaian sahaja yang hijau tua.

Aku toleh ke hadapan. Kaki masih lajukan larian. Aku tidak tahu kenapa mereka mengejarku. Malah, di tangan mereka terdapat senjata senjata merbahaya.

Pom!

"Urgh!"

Aku mengeluh deras. Mujurlah tembakan itu tersasar. Dari jauh, aku sudah nampak jambatan yang sudah terbelah dua itu.

Hancur.

Di bawah jambatan itu terdapat air laut yang mengalir deras. Membawa serpihan bangunan bangunan yang dahpun tumbang.

Larian dilajukan lagi. Sehingga beberapa meter dekatnya aku dengan lompongan jambatan runtuh itu, aku melompat ke arah seberang.

Waktu itu, peluru berdas das dilepaskan ke arahku. Terus, belum sempat tubuh mendarat, ada satu perluru yang hinggap di lengan kiriku.

Kesakitannya bukan kepalang. Aku menjerit namun suara tidak kedengaran. Dan apabila jatuhnya aku di seberang jambatan, terus aku terjaga.

Peluh di dahi aku lap kasar. Basah di gigi rambut. Tangan dibawa ke dada, terasa seolah jantung itu mengetuk pintu hati berulang kali.

Berdebar.

Ya. Aku mimpikan itu lagi.

Aku meraup wajah. Seketika hembusan nafasku kedengaran. Mengeluh berat.

"Dah 5 hari aku mimpi benda yang sama.." gumamku. Dalam pada itu, aku melihat jam loceng di atas meja kecil di sebelah katil.

Pukul empat pagi.

Masih awal untuk aku bersiap ke sekolah hari ini. Aku kembali memandang dinding bilik tidur. Atau lebih tepat, memandang kipas siling yang berputar itu.

Memikirkan tentang mimpi itu lagi. Benar, dari lima hari lepas, mimpi itu menghantui diri.

Hanya aku yang lari dari sekumpulan manusia. Mereka tidak putus putus mengejarku, ingin membunuh pastinya. Bandar waktu itu huru hara. Aku pasti, seluruh negara aku sedang kecoh.

Bangunan di sana sini tumbang. Jambatan runtuh. Api marak di mana mana.

Kenapa negara aku boleh jadi macam tu? Dan kenapa aku diburu? Siapa yang hendak membunuh aku?

Paling penting, kenapa aku perlu berhadapan dengan mimpi sebegitu?

***

"Five minutes!"

Justeru, semua pelatih yang berada di dewan itu terus meletakkan pedang masing masing di atas lantai.

Aku dan Sara mula bergerak ke tepi dewan. Ingin minum sebentar. Melegakan rasa tekak yang kering sedari tadi.

"Kau hebatlah!"

Aku hanya senyum membalas pujian Sara. Seketika, minuman diteguk lagi.

"Kau main pedang pandai, menembak lagilah terror. Budak sukan pulak tu. Kau dah macam The Great Assasin, tau? Coach tak habis habis puji kau,"

Aku tergelak.

"The Great Assasin? Mana kau dapat nama tu?"

Aku sambung gelak. Tapi hanya seketika, jurulatih kami mula memanggil kami kembali untuk menjalankan latihan.

"Alah impian kau jugak nak dikenali sebagai pahlawan pedang dan penembak terhandal dunia!"

Aku senyum. Memang tak disangkal, apa yang Sara kata itu benar. Itu impianku. Sedari kecil aku dilatih bermain pedang dan menembak.

Jujur dari hati kecilku, aku ingin dikenali di mata dunia. Tak kisahlah bagaimana sukarpun aku harus tempuh perih, aku akan sentiasa berusaha. Demi impian aku.

Aku mula masuk ke tengah dewan kembali. Bersedia untuk berlatih. Ada pertandingan lawan pedang dan menembak minggu hadapan. Aku perlu dapatkan dua pingat emas nanti.

***

Aku berlari lagi. Nafas aku semakin semput. Namun aku harus gagahkan diri juga. Mereka ingin membunuh aku!

Tiba tiba ada bom dilepaskan tak jauh di belakangku. Terus tubuhku terhumban ke hadapan. Hidungku dahulu yang mencium tanah. Waktu itu, sekumpulan manusia yang mengejarku juga rebah akibat tekanan bom itu tadi.

Aku tak tunggu lama, gigih berdiri dan mula berlari ke satu ruang bangunan yang dah hampir runtuh.

Aku mula menyorok di bahagian tepi pintu. Ada gerobok yang sudah pecah. Aku tariknya agar dekat dengan tubuh aku. Agar rasa sedikit terlindung.

Aku duduk bersandarkan dinding disitu. Penat! Sakit! Aku mengesat darah yang mengalir di celahan bibir dan hidung itu. Seketika aku mula mengoyakkan bahagian bawah baju hitamku. Sehinggakan fabrik yang tinggal hanyalah separas di atas pusat.

Fabrik yang dikoyak itu aku mula ikatnya di bahagian peha aku yang sudah tercalar parah itu.

Banyak kecederaan aku terima sepanjang aku lari dari mereka. Aku mendengus. Seketika, aku mula menelan liur sendiri. Dahaga.

Pom!

Berselang seli bunyi tembakan itu, bunyi jet di langit juga mendebarkan aku.

Aku memandang pula seluar pendekku yang berdebu itu. Pandanganku jatuh pada pehaku yang berbalut.

Bam!

Aku tersentak. Pantas aku dongakan kepala. Aku menelan liur lagi. Rasa rasa, yang bangunan ini akan runtuh tidak lama lagi.

Pantas aku berdiri. Aku mula memandang ke luar dengan berhati hati. Tiada orang orang yang ingin mengejarku.

Hanya kelihatan beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan.

"Di sana!" serentak bunyi jeritan itu, tembakan bertalu talu dilepaskan. Namun syukur aku berada di dalam bangunan. Hanya satu dua sahaja yang tembus namun tidak menyentuh tubuh.

Urgh mereka nampak aku lagi!

Aku panik. Tidak tahu ingin lari ke arah mana. Pantas mata aku tertancap pada satu lubang di atas kepala. Rasanya, tingkat atas bangunan ini. Mungkin tangga sudah lama runtuh atau bangunan ini hanya ada lif.

Tak tunggu lama, lantas aku memanjat ke atas gerobok usang itu. Sebelum gerobok itu tumbang, aku sempat melompat ke atas, memegang bahagian sisi lubang siling itu.

Dengan kekuatan yang ada, aku memanjat lagi membawa tubuh aku ke dalam lubang itu.

Benar tekaanku, ini tingkat atas, namun segalanya musnah. Dalam beberapa minit, bangunan ini akan tumbang bila bila masa.

Pom!

Aku terjaga. Tersentak dengan bunyi tembakan itu. Lagi, aku mengurut dada. Mimpi itu menjengah kembali.

Kenapa?

***

Pingat emas itu aku pandang dengan rasa bangga. Ya. Aku juara lawan pedang dan menembak. Syukurnya!

"Kau nampak penat," tegur Sara. Aku hanya menoleh ke arahnya sebentar sebelum mula tersenyum.

"Mestilah penat, baru habis tournament," balasku pula.

"Tak, maksud aku, nampak tak cukup tidur. Kau mimpi lagi?"

Dengar saja soalan itu, aku mengeluh deras. Kepala pula dianggukkan. Mengiyakan sahaja kata kata Sara.

"Kau perlu jumpa doktor,"

Aku senyum kecil.

"Mimpi aje, Sara,"

"Yalah mimpi. Tapi mimpi kau pelik. Kau kata, umur kau masa tu 26?"

Aku mengangguk. Membayangkan kembali pakaianku waktu itu. Dengan rambut diikat tocang tinggi persis Ariana Grande, namun sudah lebih pendek dari sekarang. Seluar pendek separas peha dipadankan dengan baju tshit hitam.

Comot dengan debu dan darah.

"Betul kau mimpi?"

Aku menoleh pelik ke arah Sara. Kening pula dinaikkan.

"Maksud kau?"

Sara mengeluh pendek.

"Kau mimpi, atau kau melawat masa depan?"

Aku tersentak. Melawat masa depan? Seriuslah? Wujud ke benda macam tu?

"Kau buat apa di sepuluh tahun akan datang? Aku bukannya nak mengarut. Kalau dah mimpi, mungkin sekali dua sahaja,"

Sepuluh tahun akan datang?

Ya. Umurku kini enam belas. Namun mimpi aku itu, umurkan dua puluh enam.

"Kenapa diorang nak bunuh kau? Siapa diorang? Kenapa dunia masa tu, huru hara? Peperangan? Tapi kenapa? Kita hidup tenang sekarang,"

Sara masih lagi dengan hujahnya. Entahlah. Kadangkala kedengaran tidak logik. Namun, kata katanya itu masih bermain difikiran.

Aku melawat masa hadapan?

Mengarut.

"Ataupun..."

Aku menoleh.

"Ini petanda?"

Muka Sara aku pandang lagi. Mencari kebenaran di dalam anak matanya itu. Waktu pertama kali aku membuka hal mimpi anehku ini, dia hanya tergelak. Kononnya mimpi aku itu lawak. Namun tidak sekarang, dia betul betul...risau?

"Apa maksud kau petanda?"

Sara menelan liur.

"Macam mana kalau aku cakap, mimpi kau tu petanda. Yang memang sepuluh tahun akan datang, kau diburu. Kau hendak dibunuh atau dijadikan tawanan. Bagaimana waktu itu, kau sebenarnya ada di negara lain? Dan nak pulang balik ke sini dah tak mampu. Ada orang nak bunuh kau. Mimpi tu pula seolah kau melawat masa depan, memberi petanda yang kau kena bersedia agar tak jadi macam tu,"

Aku terdiam. Benarkah, mimpi itu bisa jadi petanda? Sememangnya perkataan melawat masa depan itu benar benar wujud maksudnya? Benar benar terjadi?

Rentas masa melalui mimpi?

Kedengaran mengarut. Namun mendengar teori Sara, aku meremang. Bagaimana jika betul katanya. Aku ini ingin dibunuh? Kenapa? Kenapa mereka inginkan aku?

Dan aku hanya lari seolah olah aku pengecut. Aku juga reti menembak, melawan. Kenapa aku pilih untuk lari waktu itu?

Siapa aku di masa akan datang? Kenapa aku dikehendaki?

Siapa mereka? Pengganas? Atau...apa sebenarnya mereka?

***

Akibat mimpi yang bertalu talu mengetuk kotak minda, sehinggakan menganggu latihan menembakku, aku dah buat keputusan.

Setiap malam, aku akan mengambil pil tidur. Dan ia berkesan. Aku tidur nyenyak tanpa gangguan mimpi itu lagi. Malahan, aku rasa lebih bertenaga untuk latihan pedang dan menembak. Kerana tidur yang cukup, aku pasti tentang itu.

Memang benar keputusan aku, pil tidur itu betul berkesan. Sejak itu juga, aku tidak lagi bermimpi. Hidup aku kembali tenang dan aku semakin handal dalam menembak. Apatah lagi bermain pedang. Sehinggakan umurku mencecah 18 tahun, aku diiktiraf sebagai penolong jurulatih tertinggi.

Impianku sikit lagi hendak digapai. Hanya perlu berlatih sehingga setiap pertandingan, hanya nama aku yang menyentuh juara. Itu impianku. Agaknya jika aku tidak mengambil langkah drastik, mengambil pil tidur, sudah tentu aku terus menerus diburu mimpi seakan nyata itu.

Dan mungkin aku akan jadi semakin lemah. Tak bisa untuk teruskan latihan tatkala tubuh jatuh sakit.

Ah lupaka semua itu.

Aku ada impian yang perlu digapai.

Dan pedang di tangan pula dihayunkan ke kiri ke kanan. Berlatih pelbagai teknik serangan dan mempertahankan diri.

***

Aku tersenyum lebar. Tak disangka sangka, aku kini sudah menginjak dewasa. Bukan itu fokusnya, aku sudah dikenali di mata dunia!

Kerana kehandalanku bermain pedang dan menembak, presiden negara Eropah ingin bersemuka denganku.

Memberi penghargaan atas segala usahaku selama ini. Aku membayangkan kembali sepuluh tahun yang lepas. Bagaimana aku dan Sara sentiasa berlatih bersungguh sungguh.

Dan kini, usaha itu membuahkan hasil.

Dan disinilah aku, tersenyum bangga dengan silauan flash dari kamera. Berada di negara Eropah, ditonton berjuta juta manusia.

"Saya iktirafkan, gelaran awak ketika ini, The Great Knight,"

Nama itu berulang kali aku sebut di dalam hati. Pahlawan terhandal. Berdirinya aku disini juga, ingin membuktikan bahawa perempuan juga mampu.

Benci juga bila lelaki sahaja yang dipandang kuat, sedangkan perempuan juga ada potensi terpendam yang tak semua orang mahu menoleh dua saat.

Buktinya aku kini. Memecahkan rekod The Great Knight wanita pertama. Malah aku juga ada panggilan terbaru, iaitu Lady Knight.

"Lady Knight, presiden ingin jumpa awak di pejabatnya. Ada hadiah yang agak privasi dimintanya,"

Dan kini disinilah aku. Berdiri di hadapan Presiden berambut blonde itu. Dia hanya senyum ke arahku.

"Sini," pamitnya. Aku mula merapatkan jarak. Berdiri betul betul di hadapan mejanya yang besar itu.

"Bukan saja saja saya iktirafkan awak di negara saya, Lady Knight,"  dia bersuara.

Aku mula mengerutkan dahi.

"Saya ingin meminta pertolongan awak,"

"Apa sahaja, Tuan Presiden. Saya berbangga jika dapat menolong,"

Dalam hati, aku sudah bersorak gembira. Mungkin aku akan diupah menjadi pengawal peribadinya? Yalah, dia presiden yang diancam juga kedudukannya. Bila bila masa, orang luar boleh datang menyerang.

Presiden mengeluarkan satu peta. Gulungan peta itu dibuka dan dihalakan ke arahku.

Apa yang aku nampak, ini peta dunia. Jelas juga ada tertulis di ruangan tepi peta, nama nama dari berbeza negara.

Mungkin musuhnya.

"Awak tahu saya diancam, bukan?"

Sudahku kata. Mesti ingin jadikan aku pengawal peribadinya.

"Berapa bayaran?" soalku pantas.

Apa sahaja aku boleh lakukan, asal duitnya itu dibayar. Jangan sesekali buat sesuatu yang menggunakan kepakaranmu hanya dengan percuma. Itu aku pegang.

Dan sekarang, Presiden negara lain yang meminta tolong denganku. Walhal Presiden negara sendiri pun tidak menjemputku ke kamar peribadinya sebegini.

"Berapa saja yang awak nak," dia menoleh ke sisi. Melihat itu, aku turut menoleh sama. Kelihatan beberapa beg bimbit yang aku pasti kandungannya itu wang tunai US Dollar.

Aku tersenyum kecil.

"Boleh," putusku laju. Presiden itu ketawa. Dia mula berdiri lalu mendekati aku.

"Tapi sebelum itu, ada misi,"

Misi?

"Aku akan bagitahu selepas ni," terus Presiden itu memelukku kemas. Bibirnya laju saja menyentuh permukaan bibirku.

Huh..lelaki.

"Extra," bisikku. Menandakan aku ingin duit lebih jika ingin melakukan apa apa yang lebih.

Dia hanya tersenyum sinis sebelum mula bertindak lebih jauh.

Apa sangatlah duit itu. Dia Presiden. Tidur atas duit!

Kini, aku ada segalanya. Pangkat yang diinginkan, wang, perhatian. Malah juga jadi pengawal peribadi presiden. Oh mungkin tittle skandal juga bakal aku galas.

Ah..siapa sahaja tidak mahu?

Dan aku juga cepat lupa. Mana mungkin sesenang itu dia memberikan aku wang tanpa buat sesuatu yang extreme dahulu.

***

Aku memanjat ke atas. Kelihatan ruang tingkat atas ini separuh musnah. Dalam beberapa minit lagi, memang bangunan ini akan tumbang.

Bimbang akan hal itu, aku berlari pula ke arah selatan. Memandangkan sekumpulan manusia berbaju hijau gelap itu berada di utara.

Aku berlari lalu melompat ke arah bangunan disebelah. Waktu itu juga, ada sekumpulan yang senada bajunya, mengejarku.

Lagi, aku lajukan langkah. Beberapa bangunan aku langkau dan yang terakhir tidak sempat tangan mencapai seberang, aku terus terjatuh.

Namun tidak ke bawah. Kakiku tersangkut pada ampaian di tingkat kondominium.

Pom!

Fuh! Sipi sipi! Hampir sahaja peluru itu mencium dahiku. Mujurlah tersasar. Sekumpulan manusia yang mengejarku itu tadi ditembak bertalu talu dari sekumpulan manusia yang lainnya.

Aku mula berlari lagi. Menyelamatkan diri. Mayat mayat bergelimpangan itu aku hanya langkah sahaja. Sampai di satu jalan, ada sekumpulan manusia lagi mengejarku.

Dada aku berdebar debar.

Nafas pula semakin semput.

Aku lihat ada jambatan yang roboh. Terbelah dua. Apa lagi, aku lajukan langkah, dan terus melompat ingin ke seberang.

Jelas kelihatan di bawahku, air laut deras mengalir membawa serpihan tajam bangunan yang hancur musnah.

Pom!

Ketika itu juga, lengan kiriku ditembak. Terus aku jatuh berguling guling di atas jalan itu. Mujurlah tubuhku rebah di seberang. Kalau jatuh ke dalam laut, memang langsung aku mati.

Aku bangun dari lari lagi. Apapun, aku harus abaikan kesakitan aku. Aku perlu selamatkan diri!

Sampai di satu lorong kereta api, aku mula masuk ke dalam salah satu kereta api disitu.

Menyorok.

Waktu itu juga, aku ternampak Sara dan beberapa orang lain juga menyorok disitu.

"Lady Knight!" beberapa orang disitu mula menjauhkan diri. Hanya Sara seorang saja yang mendekatiku.

"Aku ingat kau dah takda!" Sara memelukku erat.

Ya. Negara sudah hancur akibat peperangan. Dan mereka di luar sana memburu aku.

Hanya mereka.

Sekumpulan manusia yang lainnya entah berkumpul di mana. Setelah pasti dia memperoleh kemenangan, mereka tinggalkan kami berkeadaan begini. Ataupun mungkin ada lagi beberapa askar yang meronda. Mencari cari manusia yang hidup seperti kami disini.

Dan tentunya aku yang utama.

"Kau menyesal?" Sara menyoal.

Aku hanya tersenyum hambar. Nafas pula masih lagi tidak teratur. Letih melompat lompat dan berlari tidak henti.

"Kau pun tahu jawapan aku," balasku.

Sara mengeluh lemah.

"Aku minta maaf," ujarnya.

"Untuk?"

Kami bersama sama menyandar di dinding keretapi itu. Berharap yang askar tidak akan jumpa kami disini.

"Untuk sepuluh tahun lepas. Nasihat aku salah. Teori aku salah," katanya lagi.

Aku menggeleng.

"Betul. Kau cakap semua itu betul. Aku melawat masa depan aku sendiri melalui mimpi," balasku.

Sara menggeleng pula.

"Aku patut halang kau dari terus jadi pahlawan. Dan kau tak perlu pegang tittle Lady Knight sekarang,"

Aku senyum hambar. Kemudian aku pejamkan mata.

"Aku salah, Sara. Aku buta dengan wang,"

Pom!

Mataku terbeliak. Tepat di perut kananku, peluru tertusuk. Darah membuak buak keluar menyebabkan Sara dan beberapa orang lain disitu menjerit.

Waktu itu, sekumpulan askar datang mendekat. Aku kenal baju ini. Baju askar negara aku.

Tubuhku dipegang oleh dua orang askar. Aku hanya biarkan. Tak berdaya ingin melawan lagi.

Manakala Sara dan orang lain pula diarahkan untuk mengikut beberapa orang lagi askar yang ada.

Dan...inilah penamat aku.

Penamat bagi masa depan, yang berpunca dari masa silam.

***

Ruang itu dipenuhi oleh puluhan rakyat. Tempat sembunyi. Hanya disini sahaja tempat yang selamat. Selamat buat masa sekarang.

Dan disitu juga, terlantar mayat presiden negara aku.

Orang kanan presiden mendekati aku yang berikat tangan dan kaki itu.

Dia mencerlungku seolah olah ingin menelan.

"Rakyat, inilah pengkhianat negara," katanya.

Rakyat yang berbaki itu menyokong. Hanya Sara sahaja yang diam. Mungkin, baginya aku ini masih kawan baiknya. Tidak kira apapun salah yang telah aku lakukan.

"Lady Knight," pamitnya.

"Kau aset berharga negara. Kau buat sehingga seluruh dunia kenal kau. Tapi malang, kerana duit, kau belot pada negara sendiri!"

Aku hanya menelan liur dan memejamkan mata. Menerima nasibku.

Ya. Aku pengkhianat negara. Memang benar apa kata orang kanan presiden itu. Disebabkan aku, ramai rakyat terkorban. Askar juga tumpah darah.

Dan mayat presidenku yang terbaring kaku itu, puncanya juga dari aku.

"Kau bunuh presiden kau sendiri, presiden negara kita!"

Tomahan itu aku terima. Kerana memang itu silap aku. Bocorkan rahsia negara sendiri kepada presiden negara eropah demi duit.

Bunuh presiden negara sendiri.

Dan sememangnya benar apa yang aku lihat sepuluh tahun lepas. Memang aku melawat masa hadapan.

Sebagai petanda bahawa aku akan rosak sebegini. Aku kononnya dikejar oleh penjahat. Walhal akulah penjahat sebenarnya.

Pangkat Lady Knight itu butakan aku.

Kalaulah aku pandang serius mimpiku dahulu. Tapi sayangnya tidak. Malah aku sekat mimpi itu agar aku dapat berlatih lagi untuk kejar impian.

Dan impian itu sepatutnya aku pangkah sepuluh tahun dahulu.

"Kau, tak layak hidup,"

Serentak bunyi tembakan itu, aku jatuh terlentang ke belakang.

Ini nasibku.

Sepatutnya, aku sedar akan masa lalu aku. Tanda tanda pada mimpi merupakan petanda.

Ya. Aku memang merentasi masa. Namun aku tidak gunakan kelebihan itu sebaiknya. Aku alpa.

Dan kini, inilah penamat hidup aku. Pengkhianat negara yang bakal dicemuh oleh setiap generasi.

Aku memandang puluhan rakyat dan askar yang masih lagi ingin mempertahankan negara kami. Air mataku jatuh setitik.

Untuk itu, aku doakan agar mereka menang. Tanah yang aku gadai ini, akan berjaya dituntut kembali.

Dan nama Lady Knight akan tercatat di setiap buku sejarah. Pengkhianat negara yang dicemuh. Nama Lady Knight itu tidak lagi gah sebagaimana dahulu.

Masa, tanda dan petanda.

Masa depan puncanya dari masa silam. Tanda tanda yang dikumpul akan membentuk petanda terulung.

Sejurus itu, jantungku berhenti berdegup dan mataku lantas terkatup. Gelap.

.

.

.

"...and how supercilious we are, we said we love our country, we full of loyalty, but we doesn't give anything. In fact, we insult our own Leader,"

.

.

.

14 Januari 2049,
__unknown land__

.

.

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro